|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Balas #1215 jadree00\ catat
terpost 2x.. sorry
[ Last edited by bayangan_rindu at 25-7-2008 11:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1218 HUSSAINTAHIR\ catat
ada 2 ekor kucing turut serta dalam gambar ni... jabal nur ni kat mana ya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 25-7-2008 11:49 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
ada 2 ekor kucing turut serta dalam gambar ni... jabal nur ni kat mana ya
jabal nur is the place where Rasulullah SAW get his first wahyu
gua hira is situated here in jabal nur (cahaya) |
|
|
|
|
|
|
|
mendoakan orang yg baik haji
Di antara akhlak mulia yang ada pada diri Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ialah sikap amat suka memberi kegembiraan kepada orang lain, termasuklah mendoakan orang.
Banyak hadis yang menceritakan tentang akhlak mulia Baginda dan salah satu daripadanya ialah mengenai kesukaan Baginda mendoakan orang yang baru selesai mengerjakan amal ibadat haji.
Imam As-Suyuti dalam buku al-Fatawanya merakamkan sebuah riwayat Ibnu as-Sunni dan At-Thabarani yang menceritakan tentang seorang sahabat yang bertemu dengan Baginda yang baru kembali daripada mengerjakan ibadat haji, lalu Baginda berkata yang maksudnya :
Semoga (Allah) menerima ibadat hajimu dan mengampunkan dosamu, serta mengganti semula perbelanjaanmu".
Apa yang telah dilakukan oleh Baginda ini telah dicontoh-teladani oleh sahabat yang bernama Abdullah ibnu Umar, iaitu dengan mendoakan orang yang baru selesai mengerjakan haji sebagaimana yang diriwayatkan oleh Said bin Mansur dalam sunannya, bahawa apabila orang yang baru pulang daripada menunaikan haji bertemu dengan Abdullah bin Umar, dia akan berkata yang maksudnya :
"Wahai anak, semoga Allah menerima hajimu, dan membesarkan ganjaran pahalamu, dan menggantikan perbelanjaanmu"
Kesukaan Baginda mendoakan orang yang baru kembali menunaikan ibadat haji adalah sebagai tanda kecintaan terhadap orang Islam yang telah mendapat limpah kurnia daripada Allah dalam melaksanakan rukun Islam dan pada masa yang sama orang berkenaan baru saja menjadi tetamu Allah Ta`ala : Dia juga dianggap sebagai orang yang baru dilahirkan tanpa dosa sekiranya hajinya itu mabrur. Orang seperti ini memang sudah selayaknya diberi kegembiraan dengan menyambut kepulangannya dengan sambutan yang boleh menggembirakannya sebagaimana yang dilakukan Baginda.
Sememangnya saat-saat kepulangan jemaah haji ke kampung halaman dan ke pangkuan keluarga dengan selamat dari tanah suci setelah selesai menunaikan ibadat haji merupakan saat-saat yang amat menggembirakan berbagai pihak.
Mereka yang kembali merasa gembira kerana telah berjaya menempuh perjalanan yang jauh yang diwarnai oleh berbagai cabaran dan dugaan dan kerana telah selamat dapat menunaikan ibadat haji yang merupakan salah satu rukun Islam, di samping kerana telah dapat kembali ke kampung halaman dan pangkuan keluarga.
Manakala masyarakat Islam dan keluarga mereka turut merasa gembira kerana telah dapat bertemu semula sesama mereka selepas hampir sebulan atau lebih pergi meninggalkan mereka menjadi tetamuNya di tanah suci.
Di saat-saat kegembiraan seperti ini tentu berbagai sambutan akan diadakan dan beraneka acara akan diaturkan, termasuklah mengadakan doa selamat atau kesyukuran.
Sesuai dengan dasar pengamalan dalam Islam bahawa pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik, maka eloklah bagi setiap orang Islam yang menyambut atau baru bertemu dengan orang yang baru kembali daripada menunaikan ibadah haji supaya bersikap sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah itu.
Di samping itu adalah sunat melakukan tiga perkara berikut : mengucapkan salam kepada mereka, menjabat tangan mereka dan meminta agar mereka sudi berdoa meminta dosa-dosa kita diampunkan sebagaimana hadir berikut yang maksudnya :
"Apabila engkau menemui orang haji, ucapkanlah salam kepadanya dan jabatlah tangannya serta suruhlah dia berdoa supaya engkau diberi keampunan sebelum dia masuk ke dalam rumahnya, kerana sesungguhnya diberi kampunan baginya. (Kan al-Ummal, 5.4). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1218 HUSSAINTAHIR's post
cantik betul gambar ni...pakej malaysia ada-kah yang offer tempat melihat macam ni?... just wondering. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar suasan Mengerjakan Haji.
Gambar diimport dari Forum...Muslimin muslimat utk tatapan forumer.
Terutama yang bakal Mengerjakan Haji...
![](http://img.photobucket.com/albums/v296/ibxpert/hajj1427/PC290096.jpg)
Waktu pagi sebelum waktu wukuf.
Perkhemahan Malaysia dan kelihatan juga bendera Malaysia.
Papan tanda kuning tu adalah tanda sempadan Arafah. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v296/ibxpert/hajj1427/PC290095.jpg)
Gambar perkhemahan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v296/ibxpert/hajj1427/PC300108.jpg)
Di Muzdalifah, pihak muasassah telah menyediakan kawasan-kawasan khas untuk setiap maktab.
Kelihatan papan tanda sempadan Mina dan Mudzalifah.
Di belakang sana tu ialah sebahagian perkhemahan Mina. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v296/ibxpert/hajj1427/PC300111.jpg)
Kelihatan dlm gambar selepas tengah malam,
sebahagian jemaah haji dari asia barat, tengah dan selatan memilih
utk berjalan kaki dari muzdalifah ke Mina (kelihatan di luar pagar).
Sementara jemaah haji Malaysia disediakan bas oleh Muasassah.
Boleh juga jalan kaki kalau tahu mana Mina Muaissim. . |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v296/ibxpert/hajj1427/P1010127.jpg)
Perkhemahan jemaah haji Malaysia disebelah kiri sementara dikanan tu Indonesia.
Jemaah haji pada hari Nafar Awal (12 Zulhijjah).
Ada sedang bersiap utk pergi melontar dan ada yang baru pulang. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v296/ibxpert/hajj1427/P1010118.jpg)
Ni gambar lereng bukit berhampiran terowong Muaissim dengan perkhemahan maktab-maktab Malaysia. Y
ang biru-biru tu khemah orang yang tak ikut Muasassah.
Semua sdn bhd. Main pacak khemah sendiri jer kat mana-mana.
Kat lereng bukit tu boleh kutip batu kalau tak cukup batu.
Kat Mina Muaissim ni, keseluruhannya dah kena simen, lantai dan jalanraya.
Nak cari batu kena panjat bukit.
Sebelum panjat bukit kena panjat tembok pagar dulu.
Sebaiknya, kutip le batu secukupnya di Muzdalifah. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v296/ibxpert/hajj1427/P1020139-1.jpg)
Jemaah indonmesia dan malaysia dalam terowong menuju ke jamrah
selepas solat maghrib pada hari nafar awal. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v296/ibxpert/hajj1427/PC200084.jpg)
Mesjid mina:
TERIMA KASIH KEPADA IBNUR..
KOLEKSI GAMBAR YANG DIPINJAM UTK TATAPAN DI THREAD HAJI NI.. |
|
|
|
|
|
|
|
i pernah panjat kawasan berbukit syamiyah nie nak makan kari kambing..fuuh memang tak boleh lupa
![](http://farm3.static.flickr.com/2052/1540807480_23961386d9_o.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
sedap nya minuh qahwah (kopi) dgn buah kurma
![](http://farm3.static.flickr.com/2289/2052165629_557e3142fa_o.jpg) |
|
|
|
|
|
|
| |
|