|
MUZAFAR letak telefon bimbitnya. Sesekali dia jeling skrin telefon. Tiada balasan mesej dari Aylanins. Dia perlu pujuk Aylanins supaya menarik balik dakwaan terhadap Linda. Kasihan melihat Linda yang sudah tidak terurus dan tidak tentu arah. Hani dan ibunya pula asyik ulang alik ke balai polis. Sudah dua kali pihak polis menyoalsiasat Linda berhubung kes penculikan Aylanins dulu.
"Ayla...balas la mesej aku tu.." Muzafar mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Dia jeling jam. Hampir sebelas malam. Takkan Aylanins dah tidur?Oh baru teringat...gadis itu sudah bernikah dan sudah tentu waktu begini Aylanins sudah lena dibuai mimpi indah. Mengenangkan itu semua, wajah Hani mula terbayang di ruang mata. Keras sungguh hati gadis itu untuk menerimanya semula.
Mata Muzafar kembali ke skrin telefon bimbitnya. Masih tiada balasan dari Aylanins. Sekali lagi dia menghantar teks mesej dan menapak ke katil. Esok, dia perlu juga jumpa Aylanins.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sila, sila... mawar hitam Kami bersedia utk menangkap awak...
*sambil selongkar almari carik tali pinggang hitam Taekwondo zaman sekolah dulu *
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa hani belom pulih lagik...
|
|
|
|
|
|
|
|
umm harap Linda dapat dipulihkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian linda ..hancur harapan utk jd doktor.. |
|
|
|
|
|
|
|
amboih zam..sampai double post
geram benar ni
|
|
|
|
|
|
|
|
doktor kata dah sembuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mawar hitam tetap misteri cam mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
linda tu stress sangat tu..terbawa2 perasaan dendam...
tunggu bab seterusnya..apa jadi pada linda
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la...kesian..
tapi tak dak gamak la nak buat linda gila..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 14-3-2015 04:58 PM
ok sambung sikit lagi...
USAI sarapan,Malik menghantar Aylanins ke hospital sekali lagi untuk rawatan susulan. Doktor sudah berpesan untuk membuat rawatan terapi fizikal pada bahu Aylanins supaya cepat baik. Habis saja terapi, mereka singgah pula di sebuah pasar raya. Aylanins hanya menunggu dalam kereta sementara Malik masuk ke pasar raya membeli barang keperluan. Lusa Malik akan pulang ke Terengganu menguruskan persiapan untuk majlis kesyukuran di resort yang tertangguh dulu.
Aylanins membelek majalah wanita yang sempat dibeli di kedai majalah di hospital tadi. Dari satu mukasurat ke satu mukasurat. Sesekali matanya menala ke arah pintu masuk pasar raya itu, melihat jika Malik sudah habis membeli belah.
"Hmm...dia beli apa? Dah hampir satu jam dah ni.."Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas.
Bosan menunggu dalam kereta, Aylanins mula melangkah keluar dari perut kereta dan dengan bertongkat, dia melangkah berhati-hati ke satu tempat di bawah pokok tidak jauh dari keretanya. Cuaca yang agak redup pada hari itu sungguh terasa nyaman tambah lagi dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi. Aylanins melabuhkan punggung di situ. Tongkat disandarkan di batang pokok. Sekali lagi majalah dibelek-belek.
"Assalamualaikum Ayla.."
Aylanins mendongak. Dia tergamam. Muzafar sudah berdiri di depannya. Salam Muzafar dijawab juga.
"Ayla..kenapa kau tak balas sms aku?" Tanya Muzafar, dia turut melabuhkan punggung di sebelah Aylanins bila melihat Aylanins cuba bangun tadi.
"Mana kau tahu aku ada kat sini?" Melilau Aylanins memandang ke sekitar kawasan parkir pasar raya itu. Kelibat Malik masih belum nampak.
"Aku datang bersama Hani tadi..aku nampak kau kat sini. Kau macam mana? Dah sihat?" Muzafar pandang lengan dan bahu Aylanins yang berbalut. Tongkat yang disandar di batang pokok turut dijeling. Kasihan pula pada Aylanins angkara Linda.
"Aku sihat...maaf, aku tidur awal malam tadi. Aku tak perasan sms kau.." Aylanins cuba berdalih. Sebenarnya dia sudah baca sms Muzafar tapi malas dia hendak membalas semula.
"Ayla..aku minta maaf bagi pihak Linda dan Hani. Aku tahu kau trauma dengan semua ni tapi aku minta tolong sangat pada kau..aku nak kau tarik semula dakwaan kau pada Linda. Linda masih muda..aku tak nak dia hilang masa depannya.." Lirih Muzafar menutur kata. Penuh harapannya pada Aylanins supaya tidak panjangkan hal itu.
Aylanins menghela nafas."Aku bukan tak nak tarik balik..tapi Malik yang berkeras nak dakwa."
"Ayla..pujuklah Malik. Aku tahu Malik sakit hati pada Linda yang memaksanya menikah dengan Hani. Hani dah redha dengan semua ni." Jelas Muzafar lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Malik tersangkut kat dlm ngan hani lettewww |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa aku pun fikir macam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 15-3-2015 10:35 AM
"Please Ayla...aku merayu pada kau. Tolong pujuk Malik. Dalam hal ni Linda hanya jadi mangsa keadaan saja. Dia hanya ingin kebahagiaan kakaknya. Itu saja.." Pujuk Muzafar lagi. Aylanins dilihat masih tidak berganjak dari pendiriannya.
"Jadi kau nak Malik lepaskan aku dan Malik nikah dengan Hani, macam tu?" Mata Aylanins sudah berkaca. Sudah terasa semua yang pernah menjadi miliknya dirampas oleh orang lain. Dulu Conan dan sekarang ini pula Malik.
"Ayla..aku tak cakap pun macam tu. Kau kan tahu aku suka Hani. Aku hanya nak kau maafkan Linda dan biarlah Linda jalani kehidupan normal macam gadis lain. Dia pelajar perubatan Ayla. Tolonglah faham keadaan dia, keadaan keluarga Hani. Aku merayu pada kau.." Ingin saja Muzafar capai tangan Aylanins dan merayu tapi dia tahu Aylanins sudah menjadi isteri Malik dan sebelum inipun Aylanins tidak pernah bersentuh dengannya.
Aylanins yang tunduk dari tadi mula mendongak semula. Namun saat mukanya diangkat, terpaku dia seketika. Malik dan Hani sedang berjalan beriringan keluar dari pasar raya. Riak mereka berdua seolah tiada apa yang berlaku. Dia menelan liur.
"Ayla..Ayla.." Muzafar petik jari beberapa kali di depan muka Aylanins yang tidak berkelip melihat ke satu arah. Lantas dia juga turut sama memandang. Tergamam.
"Aku tahu...Hani tak akan putus asa memujuk Malik.." Aylanins capai tongkat yang disandarkan di batang pokok tadi.
Melihatkan Aylanins terkial-kial cuba bangun, Muzafar segera menghulur bantuan. Tongkat dihulur. Hampir terjatuh Aylanins bila terasa tubuhnya sudah tada imbangan namun sempat disambut Muzafar.
"Maaf...aku tak sengaja.." Muzafar betulkan kedudukan. Dia tidak sengaja merangkul pinggang Aylanins tadi yang tiba-tiba ingin rebah.
Keduanya kaku dan kelu. Malik dan Hani sudah pun berada di situ tanpa mereka sedari. Hani hanya tersenyum melihat kemesraan Muzafar dan Aylanins. Memang sejak dulu dia tahu yang lelaki itu agak rapat dengan Aylanins. Matanya dialihkan pada Malik yang tidak berkelip melihat Muzafar dan Aylanins.
"Ayla..mari balik.."Pinggang Aylanins segera dirangkul dan Malik beriringan bersama Aylanins ke kereta semula.
Hani melihat dengan senyuman penuh makna. Dia berharap agar Malik pertimbangkan apa yang dibincang tadi. Tak sangka, dia akan bersua dengan Malik dalam pasar raya itu. Peluang itu diambil sebaik mungkin untuk dia memujuk Malik.
"Hani..kau dah beli barang yang nak dibeli tadi?" Muzafar pula terasa bersalah.Kejadian tadi tentu akan lebih membuatkan Hani menjauhkan diri darinya. Apa yang pasti, Hani dan Malik sama-sama keluar dari pasar raya tadi. Jelas terpamer di wajah Aylanins satu riak yang kurang senang dengan keadaan itu dan perasaan itu juga turut sama menerjah hatinya saat terpandang Hani dan Malik bersama.
"Dah..ni.." Hani tunjuk satu beg plastik kepada Muzafar.
"Hmm..jom." Muzafar terus saja mengajak Hani ke kereta semula. Mereka perlu ke balai semula untuk menjenguk Linda di sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang perjalanan pulang, Aylanins dan Malik masing-masing diam membisu. Hanya alunan lagu dari corong radio saja yang kedengaran. Aylanins dengan telahannya pada Hani dan Malik. Malik pula asyik berfikir kejadian tadi, Muzafar mesra memeluk pinggang Aylanins.
"Abang..." Aylanins memecah suasana senyap tadi.
"Hmm?" Malik bersuara tapi mata masih menghala ke arah depan.
"Tadi tu...Muzafar hanya nak tolong Ayla bangun..." Aylanins tidak berkelip memandang Malik yang masih menumpukan pada pemanduannya. Dia bimbang jika Malik sudah salah ertikan kejadian tadi.
"Abang tak tuduh apa-apa.." Malik menoleh sebentar sebelum kembali melihat ke depan. Pedal minyak ditekan semakin kuat, meluncur laju kereta ketika ini.
Aylanins tunduk. Dia tahu jawapan Malik tadi ada maksud lain. Dia faham dengan nada suara seperti itu. Buntu pula bila perkara itu sudah terjadi. Namun, dia juga merasa sangsi dengan riak Malik ketika keluar dari pasar raya tadi bersama Hani. Ada apa-apakah antara mereka berdua?
|
|
|
|
|
|
|
|
lambat lagi la abih citer ni gini gaya |
|
|
|
|
|
|
|
ok2..nanti aku pendekkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 15-3-2015 09:57 AM
aku sendiri pun tak reti nak sudahkan citer ni
SEMINGGU sudah berlalu. Aylanins dan keluarganya sudah pun berada di bandar Kuala Terengganu. Esok, mereka akan bertolak ke Sutra Beach Resort untuk majlis resepsi di sana pula. Maklonglah yang bertungkus lumus menguruskan semuanya bersama maksu Malik untuk majlis itu. Segala persiapan sudah siap.
"Maklong, kita bertolak ke resort tu pukul berapa?" Tanya Aylanins pada mak saudaranya
" Pagilah..sebab malam tu majlis dah mula. Bolehlah kita berehat dulu tapi kalau Ayla nak pergi dulu boleh je. Dah halal.." Sengih Maklong memandang anak buahnya yang sudah tersipu malu.
"Maklong ni..Ayla tanya je la.." Aylanins tunduk menahan malu.
"Hmm..kawan-kawan kamu dah sampai belum?" Ibu Aylanins pula mencelah.
"Dah la kut..semalam Ayla nampak Nicki dan tunang dia. Amir dan Alif pun ada sekali." Jawab Aylanins sambil tangan ligat menyusun semula hantaran gubahan yang dibawa bersama.
"Hmm..Nan dan isterinya jemput tak?"
Aylanins mendongak. Dia diam sejenak. Dia tidak menjemput Conan dan Arisha tetapi tak tahulah jika Malik yang jemput mereka. "Entahlah.."
"Haih kamu ni..tak baik bergaduh. Terima jelah ketentuan Allah. Dah tertulis jodoh Nan dan Arisha tu..bukan mak tak tahu pasal kamu dan Nan dulu tu.." Ibu Aylanins jeling anak gadisnya yang sudah muka ketat.
Hmm..mak aku ni dalam diam pun ambil tahu juga hal boyfriend aku. Aylanins tidak menjawab. Dia menyibukkan diri meletakkan semua barang hantaran itu di tepi katil di dalam biilik hotel itu. Sengaja dia menolak tawaran Malik untuk bermalam di resort. Segan pula bila penganting perempuan berkampung di resort itu nanti. Biarlah dia bermalam di bandar Kuala Terengganu ini saja. Esok pagi mereka akan bertolak kerana majlis resepsi itu pada malamnya nanti. Jadi tidaklah nampak kemaruk sangat. Aylanins senyum sendiri.
"Haih..senyum sengih ni, dah tak sabar dah ke?"Usik Maklong.
Aylanins angkat muka. "Ke situ pulak maklong ni.."
"Banyak barang beli kat Pasar Payang tu?" Maklong mula berbual dengan adik bongsunya, ibu Aylanins.
Melihatkan kedua mereka rancak berbual, Aylanins menapak ke katil. Dia capai telefon bimbitnya yang diletakkan atas bantal tadi. Malam tadi, dia tidak sempat membaca mesej yang masuk. Peti mesej dibuka. Satu persatu mesej dibaca. Tersenyum-senyum membaca mesej yang kebanyakannya dari Malik. Ayat-ayat cinta yang puitis. Hairan juga, tiba-tiba Malik semakin romantik padanya. Boleh dikatakan hampir setiap malam dia terima mesej cinta seperti itu. Sambil membaca mesej dari suami tercinta, sempat juga telinganya menangkap butir bicara dari kedua orang tua yang sedang rancak bersembang di sebelah katilnya. Wajah ibu yang paling ceria. Teruja dapat menantu seperti Malik agaknya. Kejadian di depan pasar raya itu mula menerjah benaknya pula. Sehingga ke hari ini, dia masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu. Wajah Hani seperti tersenyum puas. Malik pula seperti muka ketat.
"Hmm..ada lagi mesej?" Sedang asyik memikirkan hal itu, bunyi teks mesej masuk.
Aylanins tahu, itu tentu mesej dari Malik lagi. Dia pandang nombor yang tertera, bermakna bukan Malik yang hantar mesej itu. "Siapa?"
Mesej itu dibaca perlahan.
'Terima kasih. Linda sudah bebas dari tuduhan. Muzafar'
"Linda dah bebas?" Aylanins menelan liur. Mesej dari Muzafar itu dibaca lagi. Bingung sekejap. Mungkinkah Hani pujuk Malik untuk menarik balik dakwaan ke atas Linda ketika di pasar raya hari itu?
Aylanins rebahkan tubuhnya, dia baring. Bantal dipeluk. Otak masih memikirkan hal tadi. Sekali lagi mesej masuk. Mesej itu dibaca. Kali ini bukan dari nombor yang sama.
'Moga kau bahagia kerana aku juga bahagia'
Tercegat Aylanins bangun dari baringnya. Mesej itu dibaca lagi berkali-kali. Siapa yang hantar? Apa maksud mesej tu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|