|
BAB 39
Pejabat kaunseling.
Aku sudah berjanji hendak menjengah Dona di hospital tengah hari ini. Memikirkan Rahul akan datang mengambil aku seperti yang dipinta Dona petang semalam, hatiku berbelah bagi. Aku sudah bertekad tak akan keluar dengan mana-mana lelaki ajnabi. Bimbang juga aku andai doaku tak diterima nanti. Kalau Dona tak sempat mengucap syahadah, aku akan menyalahkan diri aku selamanya.
Aku ambil keputusan untuk membatalkan niatku menziarahi Dona hari ini. Aku terpaksa berbuat begitu supaya aku tak keluar bersama Rahul. Lantas telefon bimbitku aku ambil dan aku menitipkan satu mesej. Mesej yang sudah siap aku taip, aku hantarkan kepada Rahul.
Saya tak dapat jengah Dona hari ini sebab ada seminar. Please say sorry to Dona.
Telefon bimbitku berdering dua minit selepas mesej aku dihantar. Nama Rahul muncul pada skrin telefon bimbitku.
Duhh... nak apa? Dah hantar mesej pun masih nak bertanya lagi? Aku merungut-rungut di dalam hati.
“Hai! Bergaduh dengan boy friend ke?” Soal Yasmin. Aku berkerut dahi kerana tak memahami maksudnya.
“Tu... kenapa tak jawab call? Bingitlah.” Yasmin menyindir aku. Aku hanya tersengih. Sudah berkali-kali telefon bimbitku berdering tapi aku tak jawab. Malukan Yasmin punya pasal, aku jawab juga panggilan dari Rahul.
“Kenapa lambat jawab?” Soalnya dalam nada marah.
Suka hati aku lah nak lambat jawab ke, tak nak jawab ke. Aku bukan girl friend kau. Urghh.... Aku merungut dalam hati. |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya sedang berkursus. Kan saya dah hantar mesej pada awak?”
“Kursus pulak? Tadi kata seminar.” Fuhh, aku terperangkap. Bibirku kuketap kejap.
“Kursus. Saya tersilap tulis.”
“Tak kan waktu lunch tak ada break langsung?” Lelaki itu mempertikai alasan aku.
“Tempat kursus saya jauh. Kalau nak pergi pun tak sempat. Petang pun tak sempat. Kursus kali ni sampai malam.”
“Jauh? Di mana?” Aduhh... menyibuk betul. Jenuh pula aku nak memikirkan lokasi yang bersesuaian agar lelaki itu membatalkan niatnya hendak mengambil aku.
“Bangi!” Lancar saja bibirku menipu kerana otakku bekerja amat laju. Betullah kata orang practice makes perfect. Kemudian aku mendengar suaranya tertawa. Namun aku dapat merasakan nada tawanya seperti mengejek aku.
“Jadi betullah menjadi seorang kaunselor mesti pandai menipu?” Terkedu aku dengan kata-katanya.
“I really wonder, selama ini apa yang awak katakan, apa yang awak nasihatkan kepada klien awak itu benar-benar ikhlas dari hati awak atau pembohongan semata-mata? Seorang kaunselor memang cukup bijak berkata-kata.” Rasa seperti mahu tergolek aku dari kerusi mendengar kata-kata sinisnya.
“You know what Jiha... sebab itulah saya lebih suka bertemankan komputer. Oh, how I really love my relationship with technology. With technology I can detect who are sincere and who are not.”
"I can just come to your office Jiha because I know you are there. But, I won't. Tak berbaloi untuk seorang yang tidak jujur!"
Dan aku terus tak bersuara. Sungguh aku rasa terpukul... TKO!
********** |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 4-4-2013 06:18 PM
nah fahmi.. cukup jambus dop??
Indon mali? Ok ler tuu... sebab bayaran dia mesti murahkan kalau mengikut rate rupiah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lembik ah Jiha ni... tetiba tak suka dengan dia.... Rasa macam nak anto je dia pegi kem bina semangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Patut jiha terus terang kat rahul x no keluar berdua sebab prinsip Dan amalan meet I rahul paham kan rahul nak cuba paham APA yg jiha suka Dan tak suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 5-4-2013 10:42 AM
Ini bukan muntah dah...ini dah masuk bab pecah perut.....
Nak letak video clip tapi t ...
Rajnikan aka pakcik Bala ke? Letak je lahh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah sewa, Kampung Bharu.
“Lili, kau marahkan aku ke?”
“Kalau ikutkan geram, memang aku nak pelangkung aje kau ni. Tapi bila aku baca tred kau, aku simpan marah aku.”
Aku mengebam bibir manakala mataku pula terkebil-kebil memandang Lili. Aku berharap sangat Lili tak marahkan aku lagi kali ini. Baru saja kami berbaik-baik setelah aku memungkiri janjiku terhadapnya. Sekarang Lili dapat tahu pula siapa Fahmi melalui tred yang aku buka.
Duhh.... silap besar aku buka tred menggunakan nama Fred Kougar. Kenapa aku tak menggunakan nama pengguna lain saja? Kenapalah aku tak terfikir tentang ini? Aku sedar kini, walau pun selama ini begitu aktif aku memikirkan jalan penyelesaian yang efisyen bagi masalah orang, tapi bila diri sendiri berdepan dengan masalah, akalku tak mampu berfungsi dengan baik. Ternyatalah kaunselor itu hanya manusia biasa...
“Haa... tak payah nak buat muka seposen. Nak minta simpati aku lah tu.” Lili memarahi aku apabila dia melihat aku bermuram.
“Kenapa kau ni bodoh sangat?” Lili memarahi aku lagi.
“Kalau aku jadi kau, aku tak peduli, aku tak akan lepaskan Fahmi. Jiha, kau dan Fahmi dah suka sama suka, ok! Keluarga kau orang pun dah restu.”
“Lili, kau jangan beritahu Fahmi tau!”
“Maksud kau, Mujahid?” Aku tahu Lili sengaja memerli aku.
“Tolonglah Lili. Aku tak boleh lukakan hati Dona. Kau tahu kan, mengikut perkiraan doktor hayat dia mungkin tak lama?”
“Bagaimana kalau selepas pembedahan tu, Dona sihat dan boleh terus hidup?” |
|
|
|
|
|
|
|
“Kau tak faham tujuan aku. Aku beralah bukan sebab Dona dah tak boleh hidup lama lagi. Aku benar-benar ikhlas mahu Fahmi berkahwin dengan Dona. Hanya dengan cara itu Dona dapat menjadi saudara baru.”
“Kalau Fahmi tak nak kahwin dengan Dona, maknanya Dona tak akan masuk Islam?”
“Bukan macam tu. Dona memerlukan sokongan. Tambahan keluarga dia tak setuju, jadi Dona perlukan Fahmi untuk memberikan dia kekuatan.”
Walau beratus kali, walau seribu kali, aku tak akan pernah jemu menjelaskan alasan aku kenapa Fahmi perlu berkahwin dengan Dona. Dengan Fahmi sudah aku jelaskan. Sekarang dengan Lili pula aku cuba terangkan. Jika Kak Syirah juga tidak menyokong, akan aku yakinkan kepadanya tentang alasan aku itu.
“Aku tak fahamlah... Sanggup kau suruh Fahmi terima Dona sedangkan kau tahu Fahmi cintakan kau?”
“Ini semua kerana cinta Allah, Lili. Cinta Allah harus berada di kedudukan yang paling tinggi.”
Lili hanya tertawa mendengar kata-kata aku. “Apa-apa ajalah Jiha!”
“Lili, tolong jangan beritahu Cicak Kobeng pasal tred aku. Aku takut nanti dia beritahu Mujahid.”
“Ye lah! Aku tahu...”
“Terima kasih Lili. Sayang kau!” Aku pantas memeluk Lili dan mencium pipinya. Lili cepat cepat mengelap pipinya. Aku hanya tertawa.
“Pipi ni aku reserve untuk Cicak Kobeng saja tau!”
“Ye lah! Tapi make sure bila dah halal tau!”
“Ye, ustazah.” Aku pula diangkat menjadi ustazah oleh Lili. Aku tahu dia menyindir. |
|
|
|
|
|
|
|
ari jumaat ni habiskan satu bab pagi ,pastu satu bab petang , jenuh nk tunggu isnin tau ... |
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 5-4-2013 11:00 AM
ari jumaat ni habiskan satu bab pagi ,pastu satu bab petang , jenuh nk tunggu isnin tau ...
Amboii! demand na? Ekceli mmg nak habiskan 1 bab pagi ni. Tadi ada hal skit. Boboiboi ni ha... Nak makan pun nak suruh teman.
----
“Kau! Janganlah sindir aku. Dah nak rebeh telinga aku ni mendengar kutukan kau. Tak kesiankan aku ke?”
“Kesian.... aku kesian dengan kawan aku yang cintanya tak kesampaian ni.” Tutur Lili. Aku hanya mampu menyengih.
(tertinggal lak part ni tadi sbb yg ni dah masuk pg baru. Sorry tak perasan.)
**********
Pejabat Kaunseling.
Dua hari kemudian.
Hari ini aku shif malam. Malam yang kian larut terasa begitu sunyi sepi dan membosankan. Biasanya jika tiada pemanggil, aku akan melayari forum. Sejak laptop aku rosak, aku tak dapat menjengah forum lagi.
Apa dah jadi dengan tred aku agaknya... Hati kecilku tertanya-tanya. Sudah banyak hari aku tak menjengah forum. Rindu begitu mencengkam rasa.
Hmm.. Bila lah si sengal tu nak pulangkan lappy aku? Reti repair ke tak ni? Silap-silap lingkup terus lappy aku tu. Bukan main sedap lagi aku mengutuk si sengal. Mana taknya dah lebih seminggu laptop aku berada dengannya.
“Woitt! Sedang dilanda kebosananlah tu...” Yasmin menegur aku yang sekejap meletakkan kepala aku atas meja, sekejap aku angkat dan termenung pula.
“Memang sedang bosanlah ni, Kak Yasmin. Tak ada call masuk. Lappy pulak rosak.”
“Nak baca novel?”
“Jiha tak suka sangat novel cintan-cintun ni.” Aku tahu novel Yasmin hampir kesemuanya bertemakan cinta.
“Tapi ini cintan-cintun yang lain dari yang lain. Cintan cintun yang berlandaskan agama.”
“Buku apa?”
Last edited by ladyFinger12 on 5-4-2013 11:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Tadaaaa!” Yasmin menayangkan novel yang dimaksudkannya itu. Kemudian dia bangun dari duduknya lalu menghampiri aku. Novel dihulurkan ke tanganku. Aku menyambutnya tanpa minat kerana ketebalan novel itu sudah cukup membuatkan aku tak teruja langsung.
“Tebal gila!” Aku bersungut.
“Bacalah dulu.” Yasmin kemudiannya kembali ke mejanya.
Aku membaca tajuk novel.... Perempuan Lindungan Kaabah. Gempak gila tajuk. Kemudian aku baca pula sinopsis di belakang buku. (smiley ini sengaja ditambah penulis)
“Alahai... kahwin paksa lagi!” Aku terus-terusan mengomel. Namun disebabkan aku tiada aktiviti yang hendak dibuat, aku memulakan juga pembacaan akhirnya.
“Hah... ni pakwe dah call.” Baru membaca tiga muka surat, aku menerima panggilan. Teruja sungguh aku kerana di waktu begini selalunya panggilan dari Eddie.
“Assalamualaikum Eddie.” Aku begitu yakin ia sememangnya panggilan dari Eddie.
“Waa’laikumussalam. Macam mana tahu saya yang call?” Kali ini tekaan aku tepat. Nasib bukan Rahul yang menelefon.
“Naluri hati.” Balas aku. Tertawa Eddie mendengar kata-kata aku.
Malam aku kembali ceria. Kami berbual tentang banyak perkara. Tentang keluarga, kerja dan impian. Selain daripada bercerita santai aku tak lupa menyelitkan sedikit tazkirah yang tidak keterlaluan. Perlahan-lahan aku cuba menyuntik rohaninya dengan pengisian agama. Mudah-mudahan jiwanya akan berubah ke tahap nafsu al-lawwamah, seperti yang diperkatakan oleh Ustaz Khalim.
“Saya ada tiga ekor kucing di rumah.”
“Wah! Minat kucing? Rajinnya.” Aku memuji. |
|
|
|
|
|
|
|
“Jiha tak suka kucing? Nabi pun sayang kucing tau.”
Wah! Eddie sudah pandai bercerita tentang Nabi. Alhamdulillah! Sekurang-kurangnya dia mula berfikir tentang agama.
“Saya bukan tak suka kucing, cuma saya tak suka bela kucing. Rumitlah. Macam-macam nak kena jaga. ”
“Memang lecehlah juga tapi kalau dah minat, semua itu tak menjadi masalah.” Jelas Eddie.
“So, apa nama kucing-kucing awak tu? Mesti semuanya nama-nama glamour macam nama awak, kan?”
“Dua ekor yang jantan tu namanya Thunder dan Mercury. Dan yang paling saya sayang sekali, Nicki.”
“Nicki manja sangat. Awak tahu apa warna Nicki?” Eddie rancak bercerita tentang kucing-kucingnya.
“Manalah saya tahu.” Aku tertawa kecil.
“Kelabu tapi ada warna perang perang sedikit.”
“Mesti comel.”
“Memang comel.... macam awak.” Terdiam seketika aku menerima pujian darinya. Eddie juga menggumam selepas itu. Beberapa detik kami menyepi.
"Awak tahu Eddie... binatang berbuat apa saja, namun Allah tak akan menghukum mereka.”
“Seronoklah jadi binatang.” Pintas Eddie. Aku tergelak kecil.
“Tapi mereka tak punya akal. Sebab itu binatang tak jijik pada kekotoran. Disebabkan mereka tak dikurniakan dengan akal, maka mereka tak dihukum. Ini menunjukkan keadilan Allah.” Eddie terdiam mendengar kata-kata aku. |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 5-4-2013 11:33 AM
“Tadaaaa!” Yasmin menayangkan novel yang dimaksudkannya itu. Kemudian dia bangun dari duduknya lal ...
promot PLK?? sempattttttttttttt
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kenapa malaikat itu sifatnya taat?” Aku menyoal pula.
“Tak tahu...”
“Sebab mereka tak punya nafsu.”
“Kalau saya diberi pilihan, saya mahu memilih untuk menjadi malaikat.” Eddie mencelah lagi.
“Sebenarnya Eddie Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Jadi manusialah makhluk yang paling istimewa sekali.”
“Ye ke? Kalau manusia istimewa, apa perlunya manusia dihukum? Kenapa Allah tak biarkan sahaja manusia itu berbuat sesuka hati?”
“Manusia istimewa sebab manusia mempunyai nafsu dan akal. Walaupun malaikat tak dihukum, tapi malaikat tak dapat merasai nikmatnya nafsu. Malaikat tidak makan, tidak tidur. Malah malaikat juga tak punya jantina. Jadi, malaikat tak merasai nikmatnya perasaan cinta.”
“Apa gunanya rasa cinta kalau tak mampu memiliki, Jiha. Allah kurniakan perasaan itu, kemudian sewenang-wenangnya Allah mahu menghukum pula.” Eddie masih menyalahkan takdir nampaknya.
“Eddie, jika manusia menggunakan akal untuk mengatur hawa nafsu dan amal perbuatannya, maka jadilah dia makhluk yang sempurna. Manusia yang menikmati nafsunya selaras dengan perintah Allah dan mengekang gelora nafsunya atas perkara-perkara yang ditegah, menjadikan manusia itu begitu istimewa sekali.”
Apabila Eddie tak bersuara apa-apa, aku terus menyambung lagi. “Perbezaan antara iman manusia dan iman para malaikat sangat jelas, Eddie. Malaikat berada hampir dengan Allah. Mereka melihat segala yang ghaib. Syurga dan neraka sudah mereka saksikan. Iman mereka adalah ainul yaqin. Sedang manusia pula mentaati Allah walaupun dia tidak melihat syurga mahu pun neraka itu. Dia taat dan dia meyakini bahawa di akhirat kelak dia akan diadili. Inilah yang dikatakan iman haqqul yaqin. Eddie, atas sebab itulah malaikat tewas kepada makhluk yang bernama manusia..."
**********
ok, done! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|