|
Senja yang berlabuh
mengintai mimpi di kamar malam
hadir bayangan mengetuk jendela silam
menyampai pesan embun yang mendingin
di kejauhan suara sayup di telan desir angin
malam menunjuk dewasa mengelita pandang
lalu rupa wajah terguris rona duka
melepas senja tanpa rasa dosa
kala masa mendesak menguja
mengejar bayang dusta
jadi lupa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sepi
Berlabuh sang malam menyepikan diri
Tiada bintang bila dicari
Hadirnya nanti tidak disedari
Hanya malam yang kutemui
Terasa kelam hatiku ini
Jauh di sudut menjerit sendiri
Mengapa sepi datang lagi
Aku benci perasaan ini
Pegilah sepi tinggalkan aku sendiri
Tidakku mahu engkau kembali
Apa yang kuperlu bukan kau di sisi
Sinar harapan yang sedangku nanti
Akanku temui sinar yang kucari
Biar masa berlalu pergi
Hadirnya nanti memberi erti
Wahai sinar dengarkan suaraku
Memanggil manggil sayu namamu
Kembalilah dikau segera kepadaku
Menjadi teman setia di sisiku
Berjanjilah dikau kan menemuiku
Walau apapun yang telah berlaku
Genggam erat tanganku tiap waktu
Jangan pernah lepaskan jemariku
Dakaplah diriku agar tidak jauh darimu
Sinar yang kunanti pasti kembali
Aku yakin dengan janji manis yang ditaburi
Sepi..tinggalkan aku...
02.12.2010 : 8.45 pm
comic_comot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sepi
Berlabuh sang malam menyepikan diri
Tiada bintang bila dicari
Hadirnya nanti tidak disedar ...
Goldkey Post at 22-12-2010 11:05 
Sepi..
sunyi yang terindah
dalam sepi terzahir madah
menemani hati gundah
kala mengharap sinar menyerlah
datang ketenangan membelah
kesepian pergi mengalah
dengan izin Allah
Alhamdullilah
InsyaAllah.
~Goldkey~
Sepi itu punya rasa
ada suka dan ada duka
bergantung cara kita menilainya
sepi itu indah tatkala kita perlukannya
sepi itu airmata tatkala kita berduka
sepi itu bahagia tatkala kita hargainya
hanya kita yang mampu tafsir sepi itu apa rasanya.
CC |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Esok Khamis
PMR diumumkan
Ya Allah kurniakanlah keputusan yang baik
kepada anakku
kawan-kawannya
serta muridku
moga gembira di hati-hati mereka
bersemangat meneruskan pendidikan
jurusan pilihan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Cukup bagiku
Pentadbir semesta alam
luas terbentang tak tercapai fikiran
punya kuasa tiada bandingan
cukuplah bagiku
Tuhanku tempat berlindung
Maha suci Allah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Syukur Alhamdullilah
Kejayaan milik anakku
dihadiahkan kami kejayaan
PMR 9A
tahniah dan syabas sayang
moga terus cemerlang
di tahun mendatang
abah dan ibu akan terus memberi sokongan
dalam apa jua lapangan
bersama restu Tuhan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Penjara Masa
Masa yang menghimpit
masa yang mencengkam
masa yang membunuh ruang
masa yang menikam senang
masa yang mengejar
masa yang menjalar lapar
hari ini bebalas
dengan sebuah kejayaan
terima kasih sayang.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Hari ini Jumaat esok Sabtu
Hari ini hari Jumaat
esok hari sabtu
doa dipanjat
moga hidup direstu.
Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
perbanyakkan amalan sunat
moga ibadat bertambah mutu.
Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
bersegeralah solat
masa takkan menunggu.
Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
keluarkanlah zakat
bersihkan jiwamu.
Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
bersegeralah bertaubat
umur kita belum tentu.
Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
carilah ubat
jika jiwa bercelaru.
Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
kalau nak capai hajat
rajin-rajin tuntut ilmu.
Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
usaha penuh semangat
kejayaan pasti milikmu.
Hari ini hari Jumaat
esok hari Sabtu
apa pon pangkat
jangan lupa Tuhan yang satu.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Tak perlu mengubah
Tak perlu mengubah
terus saja dengan tabah
apa hendak diendah
kepada kerenah yang memuntah
itu semua anggap macam antah
dalam kehidupan pasti ada yang tak berfaedah
usah gundah
mainkan peranan yang diamanah
jayakan perancangan yang digubah
strategi dilaksana perlu berarah
InsyaAllah
tak perlu mengubah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Tak bisa
Tak bisa menuruti
menuruti langkah yang kian jauh
jauh tergelincir dari landasan
landasan yang tak mungkin bercantum
bercantum pada satu titik persamaan
persamaan yang sepatutnya telah lama terjelma
terjelma dalam hidup kita
kita yang tentukan hala tuju
tuju ke haluan yang berpaksi
berpaksi Al-Quran dan As-Sunnah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini hari Sabtu esok hari Ahad
Hari ini hari Sabtu
esok hari Ahad
banyakkan baca buku
ilmu kekal berabad.
Hari ini hari Sabtu
esok hari Ahad
tuntutlah segala ilmu
sehingga ke liang lahad.
Hari ini hari Sabtu
esok hari Ahad
kuatkan iman kamu
jangan takut nak berjihad.
Hari ini hari Sabtu
esok hari Ahad
Tuhan kita satu
mengurnia tanpa had.
Hari ini hari Sabtu
esok hari Ahad
kita perlu bersatu padu
bulatkan semua tekad.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 26-12-2010 13:15
Tragedi 26 Disember
Seringkali mencengkam jiwa
trauma berganda
hilang keluarga
sanak saudara
ombak pembinasa
menerjah meragut nyawa
membunuh tanpa pusara
huru hara
apa dosa?
bencana tak disangka
takdir yang Esa
subhanallah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 26-12-2010 13:17
Beralih dekad
Sedar tak sedar
sudah di hujung dekad
apakah tercapai tekad?
sepuluh tahun berlalu
kita semakin maju?
atau ditakat itu?
renung-renungkan sahabatku
bertindak jitu
mengubah perilaku
ke arah yang bermutu
direstu
Tuhan yang satu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Saban tahun
Di akhir Disember
ada sambutan di ambang
apakah agenda ?
adakah ini propaganda?
merosak anak-anak muda
yang leka dengan hiburan semata
berpusu-pusu berhimpit tua muda
alangkah bagus kalau acara agama
dipenuhi sedemikian rupa
renung-renungkan remaja
elak dosa
kumpul pahala.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Masuk Lif tekan sendiri
Nak ke tempat tinggi
usaha sendiri
jangan harap orang mengerti
susah payah kita sendiri
cari jalan memperbaiki diri
InsyaAllah apa yang diimpi
pasti jadi realiti
usahalah sepenuh hati
janji.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Rimba lara
Rimba yang gelita
membutakan mata penuh hiba
menanti penuh setia
mengharap datangnya pembawa berita
berteduh di silara pohon cemara
membisikan seribu kata
tiada dusta
tiada cerca
lalu menyinar cahaya
membuka buta mata
di kelopak sengsara.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Menang
Hati senang
boleh lena dengan tenang
kumpul tenaga nak bertandang
jangan nanti kena ligan sakan
elok-elok susun perancangan
jangan dok berangan
nanti terlepas yang dalam tangan
kena kutuk siang malam
kesian.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 27-12-2010 19:06
Pada kisah yang berlalu
Biarkan ia berlalu
ditiup bayu yang menderu
damaikan hatimu
usah dikenang yang jadi sejarah
kelak merebak menjadi barah
tempuhi hari-hari mendatang
dengan hati yang tenang
berlapang dada
menerima ketetapan yang Esa
syukuri apa yang ditakdirkan
kerana itu lebih baik dari difikirkan
hadapi masa depan
dengan ketabahan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 27-12-2010 18:50
Kebahagiaan dalam perpisahan
Andai perpisahan
membawa seribu kemanisan
belayarlah
tinggalkan pantai yang menyakitkan
carilah pulau yang membahagiakan
simpan segala kepahitan
dalam lipatan titik perpisahan
jadikan layar kenangan
meredah badai dan gelombang
menemukan pulau idaman
di seberang.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Rintihan pilu
Hati yang sendu
seringkali mengimbau sayu
mendengar lagu-lagu menusuk kalbu
mengimpikan bisikan kata yang merayu
membiar jiwa terusan dibelenggu
rasa rindu
pada kisah silam yang berlalu
tanpa peduli airmata mengalir laju
membasahi pipi yang sebu
merintih pilu.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|