CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)

   Close [Copy link]
Post time 11-8-2010 08:59 AM | Show all posts
salam ramadan semua...
selamat berpuasa....
ada x yg lupa, tiba2 breakfast pagi ni hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2010 09:01 AM | Show all posts
dah nak abis ke citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 09:08 AM | Show all posts
arjun

cuti ke???
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 09:08 AM | Show all posts
ops..

salam  
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 10:11 AM | Show all posts
smiley....sambung laaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 10:26 AM | Show all posts
erm selamat menjalani ibadah puasa warga WR...tuan umah ckp n3 x dak...so menunggu lar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2010 10:50 AM | Show all posts
pagi & slmt berpuasa semua...

juna nie bile la nk sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 11:32 AM | Show all posts
selamat berpuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2010 11:57 AM | Show all posts
takde lg ke n3?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:12 PM | Show all posts
pagi sumer erk tengahari...
kak juna mana....
agaknya bln puasa,n3 pun puasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:15 PM | Show all posts
Salam  dan selamat  berpuasa semua...
smiley x muncul2 lagi ke ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 03:39 PM | Show all posts
salam Ramadhan al mubarak & selamat berpuasa semua
ni dia last n3 utk cerita ini
sorilah kalau bercelaru sikit... perut den lapo
.......................................................................

Adham menopang kepala dengan kedua belah tangan. Hatinya luluh. Dia hampir patah semangat. Kenapa ini harus berlaku pada aku dan Najlah? Terlalu banyak dugaan dan rintangan melanda perkahwinan kami yang belum pun setahun jagung usianya. Adakah aku berdosa kerana merampas tunangan abang sendiri? Tetapi Iskandar tidak layak bergelar  suami  pada Najlah. Kalau mereka berkahwin pun lambat laun pasti berpisah, dia menyedapkan hati. Habis itu, kenapa satu demi satu dugaan yang aku hadapi? Sejak kecil dirinya sudah lali dengan seribu satu ujian. Kematian ibunya, ayah yang bertahun tahun menyisihkannya. Sejak berkahwin dengan Najlah baru dia mengecapi bahagia yang sebenar. Ya Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang. Janganlah kau duga hamba mu ini dengan sesuatu di luar kemampuan aku.

Adham bangun dan menjenguk ke luar jendela. Kenderaan masih bertali arus di jalanraya walaupun jam sudah hampir pukul 7. Panas mentari petang sudah mula redup  Langit sudah di lakari jalur jingga.  Najlah masih tidak sedarkan diri walaupun kecederaan yang di alami tidak  serius. Doktor sendiri tidak pasti kenapa Najlah belum sedar sedangkan dia tidak mengalami konkusi. Tekanan darah 120/80, degupan jantung 78 seminit. Tiada pendarahan dalaman yang di alami..Kehilangan darah dari luka ketika bergelut dengan Izlyn tidak sampai satu pain. Namun Najlah tetap tidak sedarkan diri. Matanya tetap terpejam rapat. Adham kembali ke tempatnya di sisi katil. Perut Najlah di usap lembut. Monitor yang merakam degup jantung bayi masih berfungsi seperti biasa. Bayinya selamat dalam rahim ibu. Najlah, bangunlah, serunya. I need you. Our baby needs you. Jeritan hatinya di sambut keheningan. Bilik berhawa dingin itu sepi tanpa pelawat. Selain ahli keluarga terdekat , pelawat lain tidak di benarkan.  Datuk Fuad dan Datin Ainul baru sampai di LCCT. Mereka bergegas pulang dari Bandung setelah mendapat berita tentang kecelakaan yang menimpa Najlah. Adham terpaksa menapis berita yang di sampaikan melalui telefon, bimbang kalau kalau kesihatan ibu dan bapa mertua nya terjejas. Najlah jatuh di bilik air dan cedera ringan , versi yang di sampaikan. Apa reaksi mereka kalau tahu kisah sebenar? Dia sendiri gusar memikirkannya. Adakah aku akan di persalahkan?

Pintu yang terkuak  mengejutnya dari lamunan. Jururawat berbangsa India  menyedekahkan senyuman sebelum mencatit beberapa maklumat di  fail.

“ Kenapa isteri saya masih tak sedar?”

“ I’m not sure lah sir. Tapi dia tak ada infeksi, blood pressure pun normal. X ray yang kami ambil pun clear. “ Jawapan standard di beri setiap kali dia bertanya. Adham mengeluh. Nasib baik ini bukan hospital swasta. Tak berbaloi bayar beribu ringgit kalau setakat mendapat jawapan macam robot yang di program. Oleh kerana ini kes bawah siasatan polis,  Najlah dan Izlyn di bawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Izlyn sedang bertarung nyawa. Pergelangan tangannya yang di kelar mengesahkan yang dia cuba membunuh diri. Sebilah pisau berlumuran darah telah di jumpai di dalam lubang tandas.Polis sudah menemubual saksi kejadian termasuklah Adham sendiri. Cuma Najlah, saksi paling penting belum memberi keterangan. Namun telah jelas yang Izlyn mempunyai penyakit mental. Kalau hayatnya masih panjang, dia harus menjalankan rawatan psikiatrik


Lewat mendengar azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan, Adham menuju ke surau. Selesai berwuduk dia menunaikan rukun Islam kedua dengan penuh kusyuk dan tawadduk. Betul kata seorang penceramah, bila di landa dugaan barulah kita betul betul mengabdikan diri pada yang Esa, meminta pertolongan dari Nya. Kalau tiada masaalah melanda sambil solat boleh terlintas di kepala apa menu makan malam nanti. Selepas memberi salam, doa di panjatkan. Airmatanya mula bertakung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 03:40 PM | Show all posts
“ Assalamualaikum”

Kekusyukkan Adham diganggu. Dia menoleh ke kanan. Lelaki berumur di sebelahnya menghulurkan tangan untuk bersalaman. Bila masa lelaki ini datang? Sungguh aku tak perasan. Tapi macam pernah aku lihat. Lelaki itu turut memincing mata seolah mengenali dirinya.

“ Nak…boleh tolong pimpin Pakcik ke pintu? Kaki Pakcik tak berapa kuat.Mata Pakcik pun tak berapa nampak”

“ Mari Pakcik”  Tangan lelaki itu di paut.

“ Terimakasih , nak. Pakcik bagi susah hang saja” kata lelaki tua itu dengan loghat Kedah yang pekat. Dia berjalan terhincut hincut ke pintu.

“ Tak ada apa apa lah Pakcik. Pakcik pesakit di sini atau melawat orang?” Walau tak ada mood untuk bersembang, dia rasa kasihan pada lelaki itu. Orang susah agaknya, tebak Adham dari pakaian pakcik itu yang selekeh.

“ Anak pakcik masuk wad.” Suaranya sayu. Adham membantunya mengenakan selipar. Berulangkali dia mengucapkan terimakasih.

“ Sakit apa?”

Wajah Pakcik itu berubah. “ Dia.. dia tikam diri” balasnya separa berbisik kemudian menunjuk kepala.” Dia tak berapa betoi”

Ya Rabbi.. inikah Pak Mamat?  Ketika tahun pertama dia bekerja di Akitek Karyabina, Pak Mamat masih menjadi pemandu Datuk Badri. Tapi dulu Pak Mamat berbadan tegap dan ceria orangnya. Jauh beza dari lelaki tua di sampingnya kini. Kasihan Pak Mamat. Izlyn Sofia bukan saja mengecewakan harapan keluarganya tapi mencalit arang di muka mereka. Satu kampung pasti riuh bercerita tentang keaiban Izlyn Sofia. Bangkai tak boleh di sorok, lama lama terhidu juga.

“ Siapa nama anak ni? “ Adham menelan airliur. Alamak! Macam mana kalau dia tahu identiti aku? Apakah aku akan di persalahkan?

“  Panggil aja Yem” Takut nak sebut nama sebenar, kalau kalau Izlyn Sofia pernah bercerita pasal aku.

“ Yem tolong bawa pakcik ke lif. Pakcik nak naik tingkat tiga. Ha.. nama pakcik Muhamad. Panggil Pak Mamat saja. Yem mai sini tengok sapa? “

“ Isteri saya.” Ini semua anak pakcik punya angkara, namun kata kata itu cuma di simpan di benak hati. Pak Mamat tak bersalah.

Sampai di tingkat tiga , orang berpusu pusu keluar dari lif. Adham tak sampai hati membiarkan Pak Mamat berjalan seorang ke bilik Izlyn. Semakin dekat dengan bilik Izlyn, hatinya makin resah. Beberapa wajah yang di kenali berada di situ antaranya kakak dan abang ipar Izlyn juga Datuk Badri dan Datin Siti. Masing masing kelihatan sugul. Seorang wanita separuh abad mendekati Pak Mamat. Pasti ibu Izlyn, teka Adham. Dia merenung tajam ke arah Adham sambil mencekak pinggang.

“ Suhaimi, apa hang buat di sini? Hang punya pasal lah anak aku jadi macam ni” jeritnya. Adham terpinga pinga.

“Makcik silap orang. Saya bukan Suhaimi” Adham menginjak ke belakang bila wanita itu meluru kepadanya. Penyakit Izlyn berasal dari genetik mak dia kah? Tanpa usul periksa, tiba tiba aku di sergah.

“ Tipu! Celaka punya jantan! Hang ingat hang pakai baju lawa aku tak cam muka hang! “ Dada Adham di tunjal dengan jari telunjuknya berulang kali. Adham mula berang. Jururawat dan pelawat lain yang lalu lalang saling menjeling.

“ Shimah, sabaq. Dia bukan Suhaimi. Tadi masa abang tengok dia di surau pun abang rasa ada iras Suhaimi tapi bukan. Pelanduk dua serupa.” Celah Pak Mamat.

“ Betul tu Kak Shimah. Dia bukan Suhaimi. Rupa saja lebih kurang sama. Ini Adham. Dia ni akitek, dia kerja dengan Badri.” Datin Siti menenangkan Hashimah.

“ Sorry , Adham. Kak Shimah tersilap orang. Biasalah dia orang tengah stress. Izlyn masih belum selamat“ Datuk Badri menepuk belakang Adham

Jelas ibubapa Izlyn tidak tahu yang anak mereka telah mengharu birukan hidup aku. Biarlah begitu, janji mereka tidak kacau aku. Adham  terus pergi meninggalkan mereka tanpa melawat Izlyn.

Datin Siti membontoti nya. “ Am, apa khabar Najlah? Boleh Auntie jumpa dia?”

Adham mengangguk tanpa sepatah kata. Dia berjalan ke arah koridor yang menempatkan bilik Najlah di sayap kiri hospital.

“ Am, Auntie dan Uncle minta maaf. Kami tak sangka pula Izlyn tu seteruk ini. Baru tadi Kak Shimah bagi tahu yang Izlyn telah putus cinta dengan lelaki bernama Suhaimi. Suhaimi janji macam macam kat dia tapi tinggalkan dia. Itu yang dia jadi sakit jiwa. Dia malu sebab dia dah bagi tahu semua orang yang Suhaimi nak kahwin dengan dia “

Oh… patutlah mak dia nak serang aku tadi. Sebab muka aku macam Suhaimi. Mungkin sebab itu jugalah Izlyn menagih cinta aku. That explains it.

Datin Siti merendahkan suara. “ Bukan itu saja. Izlyn tu mengandungkan anak Suhaimi. Dah tiga bulan. Dia keguguran tadi”

Astaghfirullahalazim. Adham menggeleng. Nampak bukan main suci lagi tapi rupanya dah kena tebuk tupai. Nasib baik lah aku tak terjerat dalam permainannya. Jadi pak sangguplah aku gamaknya.

“ Kenapalah Izlyn jadi begitu? Dia budak yang pandai, muka pun boleh tahan. Kesian keluarga Pak Mamat.” Datin Siti mengeluh.

“ Habis tu aku dengan Najlah tak ada siapa nak kesian” gumam Adham. Langkah nya di percepatkan. Dia dapat merasa sesuatu yang tak kena bila beberapa jururawat dan doctor keluar masuk bilik Najlah. Ya Allah, selamatkanlah Najlah. Panjangkanlah umurnya.

Tangannya menggeletar bila memusing tombol pintu. Esakan Datin Ainul membuat jantungnya luruh.

“ Lalaaa!” jeritnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 03:46 PM | Show all posts
Istana pasirnya sudah siap. Dia melakar awan larat di keliling istananya dengan ranting kayu

“ Adik punya sandcastle cantik.” Puji budak lelaki yang berkulit hitam manis. Najlah ketawa riang.

“ Cantik kan? Lala nak jadi  princess. Pastu Lala tinggal dalam castle ni”

“ Lala tak boleh duduk dalam castle. ”

“ Apa pasal tak boleh?” Nak cari gaduh ni.

“ Princess mesti cantik. Bukan macam Lala. Lala duduk dalam kulit siput. Macam ni” Budak lelaki itu ketawa terkekeh kekeh sambil menunjuk cengkerang. Najlah ingin mengejarnya tapi kakaknya memanggil. Dia berlari ke laut.

“ Adik, jom! Masuk lah lagi. “ Salwa melambai padanya. Najlah terjengket jengket dalam air separas pinggang.

“ Takut lah Kakak.  Adik kecil lagi , nanti tenggelam” Najlah melaung pada kakaknya yang sedang mengocak air beberapa kaki di depan. Salwa ketawa riang

“ Jangan takutlah. Kakak jaga Adik. ” Najlah menggeleng

“ Tak nak. Mak marah kalau mandi air dalam. “

Setiap kali ombak bergulung menuju pantai air mencecah paras leher. Sudah beberapa kali air masuk ke hidungnya. Najlah makin takut. Lainlah kakak yang tinggi dan pandai berenang. Dia sendiri baru belajar mengapungkan badan tapi belum boleh berenang.

Di pantai budak lelaki tadi melambai pada mereka. Dia menjerit sesuatu tapi angin kuat yang menderu menenggelamkan suaranya.

“ Kakak, Yem panggil. Jomlah pulang. Adik dah sejuk ni.” Jari jarinya sudah kecut.

“ Tunggulah kejap. Kakak tak puas mandi lagi. Esok kita dah nak balik KL. Meh Adik, kita sama sama masuk dalam sikit. Air di sini panas. Best!” Salwa menghulurkan tangan pada Najlah.

“ Adik nak balik. Adik takut Mak marah.” Dia mula melangkah kebelakang. Wajah Salwa sayu

“ Adik tak sayang Kakak lagi? Ikutlah Kakak. Janganlah balik, Kakak tak ada kawan nak main” Salwa merayu

Hati Najlah berbelah bagi. Suara Yem sayup sayup memanggil dari pantai. Nak temankan Kakak atau nak balik? Air makin lama makin dalam. Kalau dia lambat berpatah balik ke pantai , dia akan tenggelam. Salwa mencapai tangannya. Dia cuba melepaskan tangannya dari genggaman kakaknya.

“ Kita berenang sama sama ya. Kalau Adik balik, Adik tak ada kawan. Siapa nak main dengan Adik?”

“ Yem ada. Mak dengan Abah ada. Adik nak balik. Lepaskan tangan Adik” Ombak semakin ganas . Tubuh kecilnya tak berdaya melawan arus. Dirinya di tarik makin jauh ke dalam laut yang dalam. Segalanya makin gelap. Dadanya sempit tanpa udara. Suara lelaki memanggil namanya masih kedengaran. Tolong selamatkan aku, jeritnya.

“ Lala… Lala. Open your eyes. Please Lala. Jangan tinggalkan I” Adham tercungap cungap

“ Lala… jangan tinggalkan Mak dengan Abah sayang. Mak dah tak ada sesiapa. Salwa dah pergi. Lala jangan tinggal Mak.” Tangisan Datin Ainul mendayu dayu.

“ Doc , please do something” gesa Datuk Fuad

Adik sayang Kakak tapi Adik tak nak ikut kakak pergi. Adik nak tinggal dengan Yem, dengan Mak dengan Abah. Kenapa kakak tak faham? Airmata Najlah mengalir.

Kalau macam tu baliklah. Jaga Mak, Abah dan Yem. I will see you next time.  Bye Adik. Salwa melambai dan makin lama makin menghilang. Najlah terasa lega, seolah dia tidak lagi berada di laut dalam. Aku sudah boleh bernafas.

Matanya di buka perlahan. Satu persatu wajah di depannya di perhatikan“ Kenapa semua menangis ni?”

Tanpa segan Adham merangkul tubuh isterinya. “ I thought I lost you” Pipi Najlah di kucup berkali kali.

“ I pun ingat I dah tak jumpa you lagi.” Bisik Najlah. Airmatanya tumpah ke pipi

" I love you so much" kata mereka serentak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 03:59 PM | Show all posts
Best dah ada sambungan....
Ada lagi tak? tak tulis tamat or end pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 04:00 PM | Show all posts
huhuhuhu sedey....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2010 04:05 PM | Show all posts
kak juna... lg......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 04:05 PM | Show all posts
Legaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
Akhirnya sedar gak Lala.
Tp kesian gak kat Izlyn sbb tertipu smpai
gadaikan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 04:08 PM | Show all posts
akak..
baby mcm mn??
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 04:08 PM | Show all posts
sib baik lala selamat...ingat ke juna nak bagi sad ending...mau melimpah ruah banjir air mata umah ni... sambung la lagik juna... dah ujung2 nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077348 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list