CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmad_fazill

Manchester City - 2011/2012

   Close [Copy link]
 Author| Post time 20-12-2009 08:30 AM | Show all posts
saya tak dapat menahan sedih ketika membaca berita sparky dipecat..
ini perbuatan khianat..hokey apa duduk no 6,semi final piala miki..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2009 08:39 AM | Show all posts
bulan disember baru leh skor 1st goal ko kata hebak
ShadowChaser Post at 20-12-2009 08:28


dua gol hokey..
piala miki sebutir jumlah 3 butir gol..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 08:41 AM | Show all posts
motip tebes nari goyang2 montot?
nak goda sparky la tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 09:39 AM | Show all posts
saya tak dapat menahan sedih ketika membaca berita sparky dipecat..
ini perbuatan khianat..hokey apa duduk no 6,semi final piala miki..
ahmad_fazill Post at 20-12-2009 08:30 AM


sapo khianat sapo nih, sapo yang spent 200mil dan drawn 7 games in a row and 10 points behind 2nd placed manyuurrrr at half way points through the season nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 09:40 AM | Show all posts
dua gol hokey..
piala miki sebutir jumlah 3 butir gol..
ahmad_fazill Post at 20-12-2009 08:39 AM


uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 2bijik gooool rupanya, HEBAK nya
skor 1000 bijik dlm piala miki pun takde orang nak kira eh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 09:47 AM | Show all posts
nasib baik dpt gak mng 4-3 smalam, MCity memang gila seri punya team
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-12-2009 05:46 PM | Show all posts
sapo khianat sapo nih, sapo yang spent 200mil dan drawn 7 games in a row and 10 points behind 2nd placed manyuurrrr at half way points through the season nih
ShadowChaser Post at 20-12-2009 09:39


sparky patut diberi lebih masa untuk membuktikan kehebatannya sebagai manager terulung abad ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 05:48 PM | Show all posts
nasib baik dpt gak mng 4-3 smalam, MCity memang gila seri punya team
lordvoldemort Post at 20-12-2009 09:47


sparky tau dia akan dipecat boleh pulak tim dia menang semalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2009 07:35 PM | Show all posts
sparky patut diberi lebih masa untuk membuktikan kehebatannya sebagai manager terulung abad ini..
ahmad_fazill Post at 20-12-2009 05:46 PM


dia DAH diberi 1 1/2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 07:36 PM | Show all posts
sparky tau dia akan dipecat boleh pulak tim dia menang semalam..
ahmad_fazill Post at 20-12-2009 05:48 PM


leh bangga ke menang walo bolos 3 bijik
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 09:05 AM | Show all posts
Hughes kena pecat

Roberto Mancini


MANCHESTER, England - Mark Hughes disingkirkan daripada jawatannya pengurus Manchester City, kelmarin dan digantikan dengan penggantinya dari Itali, Roberto Mancini, umum kelab tersebut.
Pengumuman kelab terkaya dunia itu dibuat selepas City mencatat kemenangan 4-3 ke atas Sunderland.
Hughes dilantik menggantikan tempat Sven-Goran Eriksson yang dipecat daripada jawatan itu pada 2008.
Mancini yang juga berkas jurulatih Inter Milan diarahkan menjalankan tugas barunya itu berkuatkuasa serta-merta.
City yang mencatat kemenangan keduanya dalam 11 perlawanan setakat ini menduduki tangga keenam liga dan masih panas untuk memburu kedudukan pasukan empat teratas.
Pasukan itu juga kini berada dalam saingan separuh akhir Piala Liga dan akan menentang Manchester United.
''Dengan kemenangan dua daripada 11 perlawanan setakat ini dalam liga menjelaskan betapa bukan ini (sasaran) yang kami mahukan dan dipersetujui.
''Pemilik kelab ini, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan lembaga pengarah merasakan keadaan sekarang sukar untuk diubah.
''Keputusan ini memang sukar dibuat selepas sekian banyak pelaburan dibuat dalam tempoh 15 bulan lalu.
''Di sini kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Mark Hughes dan mengharapkan masa depan yang baik kepadanya,'' kata Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dalam satu kenyataan dalam laman web www.mcfc.co.uk, kelmarin.
Sementara itu, Mancini begitu berkeyakinan bahawa beliau boleh memberi impak segera setelah dipilih sebagai pengurus baru Manchester City.
City kini berada di tangga keenam Liga Perdana England dan enam mata di belakang penghuni tangga keempat liga, Tottenham.
Mancini sedar bagaimana besarnya tanggungjawabnya di kelab tersebut berdasarkan cara Hughes telah diketepikan.
Namun, pengurus baru City itu tidak akan berada di belakang Hughes untuk memberi sokongan, sebaliknya dia berazam mahu memberi tanggapan pantas di Eastlands.
Bekas pengurus Inter Milan itu mungkin masih tidak boleh mengharapkan kepada satu perjalanan permainan lebih baik seperti mana dia berusaha mengadaptasi tugas barunya sebagai seorang pengurus Liga Perdana England.
Ujian pertama buat pengurus dari Itali berusia 45 tahun itu adalah menentang pasukan berada di tengah liga, Stoke City di laman sendiri, Sabtu dan diikuti pertemuan menentang pasukan bermasalah, Wolverhampton Wanderers dua hari selepas itu.
Pertemuan seterusnya adalah menentang Blackburn Rovers, Everton, Stoke, Portsmouth, Hull City dan Bolton Wanderers.
Mancini dilihat berpeluang meraih sanjungan tinggi peminat jika berjaya membawa semula City di landasan tepat, setelah mereka begitu kecewa dengan pencapaian skuad tersebut di bawah kendalian Hughes.
Ujian pertama Mancini menentang pasukan yang digelar 'Big Four' juga tidak menunggu masa yang lama apabila City melayani kunjungan Liverpool pada 21 Februari depan.
Ia merupakan pertemuan penting dalam usaha City merebut tempat untuk layak ke persaingan Liga Juara-Juara musim depan.
Meskipun City menempuhi musim yang tidak menentu di bawah Hughes, namun bekas pengurus dari Wales itu berjaya membawa kelab itu ke separuh akhir Piala Liga. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 09:36 AM | Show all posts
Saya sangat dukacita tidak diberikan peluang: Mark Hughes


MANCHESTER: Mark Hughes mengesahkan semalam bahawa beliau tidak mengetahui akan dipecat sebagai pengurus Manchester City, selepas mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Sunderland, Sabtu lalu.

Selepas perlawanan menentang Sunderland, Hughes kelihatan memberikan tepukan dan melambai kepada peminat kelab itu tanda selamat tinggal

Bagaimanapun, beliau dalam kenyataannya menerusi Persatuan Pengurus Liga, berkata pihaknya ingin menjelaskan bahawa tidak dimaklumkan berhubung pemecatan itu.

"Saya hanya diberitahu selepas perlawanan menentang Sunderland di mana kontrak bersama Manchester City ditamatkan serta merta.

"Melihat kepada cepatnya pengumuman pengganti saya, ia jelas menunjukkan kelab itu sudah membuat keputusan untuk satu tempoh lama.

"Saya sangat dukacita tidak diberikan peluang untuk melaksanakan rancangan yang diaturkan di kelab itu," katanya.

Pada awal musim, Hughes berkata, beliau sudah duduk semeja dengan pemilik dan bersetuju sasaran yang realistik bagi musim ini adalah menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Barclays atau dalam lingkungan mengutip 70 mata.

"Ketika semua pihak di kelab ini mahukan lebih banyak kemenangan, pasukan kami ketika itu jelas berada di landasan yang betul dengan menepati sasaran ditetapkan pada tempoh saya disingkirkan," katanya lagi. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 09:41 AM | Show all posts
mancini?? perfthhh... team nie mmg world kelas ler..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 10:06 AM | Show all posts
aku dah mula respek sket team neh..
harap mancini tak hilang lagi skill dia..penuh la citeh dgn foreigners mcm inter dulu..
sian stok sparky cam santa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 10:08 AM | Show all posts
diharap mancini membawa K.rajagopal sebagai pembantu taktikal beliau di kelab yg sgt hebak ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 10:09 AM | Show all posts
leh bangga ke menang walo bolos 3 bijik
ShadowChaser Post at 20-12-2009 19:36



jnji menang dpt 3 point   menang la 10-9 pun jnji menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2009 10:16 AM | Show all posts
aku dah mula respek sket team neh..
harap mancini tak hilang lagi skill dia..penuh la citeh dgn foreigners mcm inter dulu..
sian stok sparky cam santa..
atai Post at 21-12-2009 10:06


saya rasa santa boleh mencabar kedudukan bayor kalau bayor terus malas nak skor..
motip puji santa dulu duk kutuk sangat dia nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 10:18 AM | Show all posts
jnji menang dpt 3 point   menang la 10-9 pun jnji menang
katana83 Post at 21-12-2009 10:09


kan janji menang..own goal pun tak kesah janji menang emas sukan sea..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 10:19 AM | Show all posts
mancini?? perfthhh... team nie mmg world kelas ler..
aimanutd Post at 21-12-2009 09:41


tim nih low class...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 10:21 AM | Show all posts
saya rasa santa boleh mencabar kedudukan bayor kalau bayor terus malas nak skor..
motip puji santa dulu duk kutuk sangat dia nih..
ahmad_fazill Post at 21-12-2009 10:16 AM


dulu dia hina,jadi sidekick sparky..skang baru nampak dia score..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.252820 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list