CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 13-3-2015 11:56 AM | Show all posts

dangdut pun dangdut lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2015 11:57 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 12-3-2015 01:13 AM
Oooo. So sweet Conan & Arisha

ya zam...pasangan yg sepadan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 11:58 AM | Show all posts

sweet like candy ke..sweet like macaroon?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 11:59 AM | Show all posts
aylanins replied at 12-3-2015 08:46 AM
Sweetnye Conan & Arisha

Baeklah... sekarang semua orang sudah happy... marilah ...

mawar hitam makin liat nampaknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 12:00 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-3-2015 05:54 PM
fuhhhh... habis jugak merempit
sweetnya conan

akhirnya...popcorn banyak tumpah tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 12:03 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 14-3-2015 07:56 AM

BAB 49



MALIK bersyukur. Aylanins sudah dibenarkan keluar hospital. Luka di bahu dan paha Aylanins tidak parah. Hampir dua minggu Aylanins terlantar di hospital dan selama itulah dia dan ibu mertuanya ulang alik dan bergilir menjaga Aylanins. Kes penculikan Aylanins pula masih disiasat dan Linda sudahpun ditahan reman ketika ini. Memang dia juga sebenarnya tidak mahu Linda masuk penjara tetapi tindakan Linda itu dirasakan sudah melampau. Malah, Aylanins boleh terbunuh kerana tindakan gila Linda itu. Dia tidak sanggup kehilangan Aylanins. Gadis yang pertama berjaya mencuri hatinya dan gadis pertama yang membuatnya kenal erti cinta biarpun perkenalannya hanya sementara dan rasa itu hadir ketika dia dan Aylanins sudahpun diikat atas tiket tunang dulu. Rasanya itu lebih berkat dalam sesuatu perhubungan dan kini perasaan itu semakin subur untuk isterinya. Hani hanyalah kenangan zaman remajanya yang sememangnya zaman seronok dan nakal. Syukur juga kerana dia tidak terlanjur ketika itu.

"Abang...apa yang menung panjang tu?" Tegur Aylanins melihatkan suaminya dari tadi menopang dagu di meja belajar. Fail kelihatan ada beberapa buah di atas meja itu. Mungkin fail projek pengubahsuaian dan pembesaran resort dengan kerjasama syarikat SQ milik nenek Arisha dan Nayla.

Malik menoleh. Dia segera melangkah ke arah Aylanins yang terkial-kial mengambil tongkat. Bahu Aylanins masih belum sembuh sepenuhnya lagi. Doktor yang sarankan pakai tongkat untuk ke sana ke mari. Mungkin makan masa selama seminggu lagi untuk sembuh sepenuhnya.

"Mari abang tolong.." Malik peluk pinggang Aylanins dan bersama menapak ke meja belajar. Aylanins didudukkan di kerusi dan dia pula tarik satu lagi kerusi dan duduk sekali di situ.

"Hmm..abang fikir apa sampai termenung jauh tadi? Abang...masih ingat Hani ke?" Perlahan suara Aylanins. Wajah Malik ditatap lembut. Sayu juga rasa di hati andainya Malik ingin memenuhi kehendak Linda dan juga Hani yang beria menuntut Malik adalah haknya. Jika benar, bermakna dia tiada sesiapa selain ibu. Conan sudah bahagia dengan Arisha.

"Apa Ayla cakap ni? Abang ada Ayla sorang je. Dah! Jangan nak merepek." Malik segera tarik lembut tangan Aylanins dan diusap-usap.

"Yalah..Ayla kan dah jadi macam ni. Tempang...jalan pun pakai tongkat..." Aylanins seakan merajuk. Dia tunduk. Jemari Malik masih mengelus lembut jemarinya.

"Ayla..pandang abang. Ayla dah sah jadi isteri abang. Ayla adalah anugerah terindah dari Allah untuk abang. Pasangan yang baik adalah pasangan yang redha dan terima seadanya antara satu sama lain. Kekurangan atau kelebihan. Faham sayang?" Malik sentuh pula pipi isterinya yang sudah kemerahan tapi masih tunduk.

"Ayla tak ada sesiapa. Ayla hanya ada mak dan abang saja. Kalau abang tinggalkan Ayla..." Sebak yang ditahan tadi sudah tidak dapat dibendung lagi. Terasa bila-bila masa takungan dalam matanya akan melimpah.

"No! Please don't say that. Don't ever say that. I love you..so much in love with you.." Tubuh Aylanins didakap erat. Terasa bahunya basah dan panas..mungkin Aylanins sudah menangis. Air mata isterinya disapu.

"Hmm..macam nilah isteri abang.." Malik senyum, Aylanins sudah mula menguntum senyum padanya.

"Abang...maaf, sebab kejadian tu..abang terpaksa batalkan majlis resepsi di resort tu." Aylanins teringat pula majlis resepsi yang sepatutnya diadakan dua hari selepas majlis akadnikah.

"Abang tak kisah pun, yang penting Ayla sihat dan selamat. Majlis tu bila-bila masa kita boleh buat. Lepas Ayla sihat sepenuhnya nanti, kita buat ya?" Pujuk Malik.

"Err...bu...buat apa?" Muka Aylanins sudah pucat.

Malik senyum nakal. Haih..bini aku ni. Tentu fikir ke situ..apa salahnya, mereka dah sah nikahkan? Lagipun, sejak akadnikah dulu, dia dan Aylanins tak berkesempatan lagi menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri. Kelam kabut rasanya bila masalah datang bertimpa-timpa.

"Kenapa?"

"Err..tak ada apa.." Merona merah muka Aylanins. Mukanya sudah menunduk, kalau boleh ingin dia sorokkan mukanya itu dari dilihat Malik. Ah..aku yang salah tafisr ke?

"Abang dah tempah satu dewan besar untuk majlis tu nanti. Abang dah jemput kawan-kawan kita semua. Kad pun dah diedar. Oh ya...kejap.." Malik bingkas dan menapak ke arah almari pakaian. Sehelai gaun berwarna firus siap dengan tudung sekali dikeluarkan dari almari. Dia menapak semula ke arah Aylanins yang masih berada di tepi meja belajar.

"Cuba pakai ni.." Gaun kembang itu dihulur kepada Aylanins untuk dicuba.

"Err...gaun apa ni bang?" Aylanins sambut gaun yang dihulur Malik dan dibelek-belek. Memang cantik..lagak seperti puteri dari kayangan. Dia boleh bayangkan cantiknya gaun  itu.

"Gaun ni...abang nak Ayla pakai masa majlis resepsi nanti. Abang nak Ayla jadi puteri masa tu.." Malik senyum lagi.

Aylanins mendongak. Wajah Malik sudah berseri-seri. Haih..dia pula yang teruja..

"Cubalah..abang nak tengok. Abang nak rasmi dulu tengok Ayla pakai ni depan abang.." Malik bangunkan Aylanins dari duduknya dan tongkat diletakkan di tepi meja. Pinggang Aylanins dirangkul erat supaya Aylanins tidak jatuh.

"Err..nak kena pakai sekarang ke?" Aylanins pandang Malik yang masih erat memeluk pinggangnya.

Malik mengangguk.

"Err..tapi macam mana nak pakai? Kan abang tengah peluk ni..lagipun..Ayla..Ayla segan la.." Aylanins sudah semakin merah pipinya. Sungguh dia tidak biasa menyalin pakaian depan Malik.

"Yalah...abang keluar jap. Pakai tau!" Ujar Malik, sempat cuit hidung Aylanins sebelum menapak keluar dari bilik.

Aylanins senyum. Rasa bahagia bila bersama Malik. Entah kenapa baru kini hatinya terubat. Luka yang di bahu dan paha tidak sama dengan luka di hati. Masih terasa setiap kali teringat wajah kesayangan sudah jadi milik orang lain dan sekarang ini, luka itu sudah ada ubatnya. Malik adalah suami yang dihadiahkan oleh Allah untuknya.

Perlahan Aylanins mengenakan gaun yang diberi Malik tadi. Terkial-kial dia mencuba menyarung gaun ke tubuhnya. Akhirnya dapat juga disarung, lantas dia melihat di cermin besar. Badannya dipusing-pusing perlahan ke kiri dan ke kanan berkali-kali, mencari mana yang tak kena. Dia senyum. Pandai Malik memilih gaun, kena dengan warna dan saiz. Otaknya mula berfikiran nakal. Dari mana Malik tahu saiz tubuhnya?

"Ish..aku ni..asyik fikir benda yang bukan-bukan saja.." Aylanins sengih lagi.

Teks mesej masuk ke telefon bimbitnya. Dia capai dari atas meja solek. Mesej itu dibaca. Tergamam membaca setiap bait ayat dalam mesej yang diterima itu.

'Aku tak akan biarkan kau bahagia dengan Malik.'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2015 12:23 PM | Show all posts

tak lama lagi nenek seripah dpt cucu lettewww
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 12:30 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 13-3-2015 12:23 PM
tak lama lagi nenek seripah dpt cucu lettewww

Amboi. Gedik!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 12:34 PM | Show all posts

ni mukan gedik.. ni malu bertepek2..
tapi aku rasa conan dlm citer ni tatak malu punya olang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 12:46 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 13-3-2015 12:34 PM
ni mukan gedik.. ni malu bertepek2..
tapi aku rasa conan dlm citer ni tatak malu punya olang {:ml ...

awat Conan tak malu plak?
tang mana yang tak malu tu?



Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 12:51 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-3-2015 12:46 PM
awat Conan tak malu plak?
tang mana yang tak malu tu?

die tatak malu.. tapi manyak lomantik
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 12:53 PM | Show all posts

Errr... part dengan Malik tu, okeh... pengsan jap   #modegedikON

part dapat warning tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 04:28 PM | Show all posts
aylanins replied at 13-3-2015 12:53 PM
Errr... part dengan Malik tu, okeh... pengsan jap   #modegedikON

part dapat warning tu ...

kesian ayla...

aku dah tak tahu nak habiskan citer ni

.......psssssssssssssssssssssttt.....sampai di sini je la ya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 04:40 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-3-2015 04:28 PM
kesian ayla...

aku dah tak tahu nak habiskan citer ni

jangan kata nak soroksn identiti Mawar Hitam pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
So sweet 2 couple nih..tak lama lagi tambah lg sorang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 13-3-2015 04:28 PM
kesian ayla...

aku dah tak tahu nak habiskan citer ni

@Ipo... Jangan mengada nak stop kt sini...  nanti tak pasal2 benang ni kena bakor kat kami...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2015 11:40 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 13-3-2015 04:40 PM
jangan kata nak soroksn identiti Mawar Hitam pulak

ipo tak sorok..mawar hitam yang tak munculkan diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 11:40 PM | Show all posts
kakZue replied at 13-3-2015 05:16 PM
So sweet 2 couple nih..tak lama lagi tambah lg sorang...

insyaAllah kak...bertambah umat nabi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 11:41 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 13-3-2015 08:56 PM
@Ipo... Jangan mengada nak stop kt sini...  nanti tak pasal2 benang ni kena bakor kat kami...

janganlah bakor...nak main api kecil boleh je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2015 07:54 AM | Show all posts
ok sambung sikit...pagi ni ada mood tak ke laut..


Terdiam Aylanins membaca mesej yang baru sahaja diterima tadi. Jenuh dia berfikir, siapakah yang menghantar mesej itu sedangkan Linda sudahpun ditahan reman dan dimasukkan ke dalam lokap. Apakah itu kerja Hani? Setahunya, Hani sudah redha dengan apa yang sudah berlaku.

"Sayang...dah siap?" Terpesona Malik tatkala matanya menatap penampilan Aylanins.

Terkejut Aylanins. Malik sudah terjongol kepalanya di muka pintu yang dikuak sedikit. Dia terteleng melihat Malik yang sudah menapak ke arahnya. Cepat-cepat dia tutup telefon dan letak di atas meja solek semula. Senyuman manis diberikan pada suami.

"Wow! So gorgeous!" Terus saja satu ciuman singgah di dahi dan pipi Aylanins. Tangan merangkul erat pinggang Aylanins yang masih berdiri di depan cermin meja solek.

Merona merah wajah Aylanins ketika ini. Tergamam dengan tindakan spontan Malik tadi. Dia tunduk malu.

"Come...let me hug you.." Lantas tubuh Aylanins dipeluk erat seolah tidak akan dilepaskan lagi. Malik mengelus lembut rambut Aylanins.

Aylanins hanya diam. Terasa dirinya disayangi. Semoga pernikahannya dengan Malik akan menemui jalan bahagia dan kekal sehingga ke akhirat. Sekali lagi Aylanins tergamam. Bunyi teks mesej sekali lagi berbunyi. Dia menelan liur. Bimbang Malik akan membaca mesej itu dia segera menarik tangan Malik dan bersama menapak keluar dari bilik.

"Kita nak ke mana ni?" Malik senyum. Kasihan melihat Aylanins terhegeh-hegeh berjalan, dia terus saja mendukung menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Nasiblah mak mertuanya sudah lena ketika ini.

"Err..abang.." Aylanins mula merasa tidak selesa. Malu bila didukung Malik.

"Hmm...duduk diam-diam kat sini. Malam ni kita sembang.." Malik duduk di sebelah Aylanins yang sudah diletakkan atas sofa.

Malam itu, keduanya rancak berbual. Malik yang banyak berbicara itu ini, Aylanins pula lebih banyak mendengar dan sesekali ketawa mendengar lawak bersahaja dari Malik. Namun fikirannya masih kepada teks mesej yang diterima tadi. Dia perlu berhati-hati sekarang ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.257549 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list