kita bersua jua akhirnya
debu debu kota penghalang penglihatan ku
sasak nafas k ...
ketotmerah Post at 18-6-2012 10:01
hey awak.. dpt juga kita berselisih dengan awak
walau tidak dpt lama
namun jejak awak telah segera menyapa kita..
cuma dlm keadaan cuaca skrg ini
awak jgn berani dedahkan diri dengan jerubu itu yer...
awakk...
terdiam seketika kita bila menggenggam sekelumit rindu
terkedu lidah kita menahan kelu di kalbu
tidak tahu ke mana arah dan di mana harus kita mencari awak
untuk kita rungkai segala yang tersimpan lama.....
awakk...
terdiam seketika kita bila menggenggam sekelumit rindu
terkedu lidah kita menahan kelu di ...
iDputera Post at 18-6-2012 21:02
Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejamku yang tiada lena
Bayang wajahmu menyentak
Jantungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya
Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Berdenyut resahku menanti malam tiada hujung
Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan di kala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka di kala kau berjauhan
Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya
Kerinduan membara
Menjadi dendam yang tak daya ku pujuk ragam
Lalu berpusar bagai ribut
Yang melanda di jiwa