|
Kembara Durga uji ketahanan tentera
Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my
RAJA Mohamed Affandi (tengah di bawah bendera) turut meraikan kejayaan pegawai dan anggota 10 Briged Para menjuarai Pertandingan Kembara Duga Peringkat Medan Tentera Darat, di Lapang Sasar Kem Paradise, Kota Belud baru-baru ini.
Kem 10 Briged Para buktikan keupayaan harungi cabaran di darat dan jeram
"JENTERA tidak berupaya menakluki medan tempur sepenuhnya. Ia hanya pelengkap kepada sumber manusia. Teknologi tanpa penguasaan anggota tentera tidak mampu menjamin kedaulatan negara," demikian kata Panglima Medan Tentera Darat Malaysia (TDM), Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Mengakui teknologi persenjataan amat penting, baik dalam perang konvensional mahu pun perang bukan konvensional, ia bagaimanapun tidak akan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara tanpa pembangunan sumber manusia dalam pasukan tentera.
“Teknologi persenjataan hanyalah pelengkap kepada sumber manusia. Angkatan tentera negara maju juga tidak boleh lari daripada fakta ini.
"Kemahiran dan kecekalan anggota tentera yang digabungkan dengan penggunaan teknologi moden adalah penentu kejayaan dalam operasi tertentu atau peperangan tetapi peralatan saja tidak mampu mengambil alih akal yang dikurniakan Tuhan kepada manusia," katanya.
Sehubungan itu, TDM tetap memberi keutamaan kepada aspek pembangunan sumber manusia, bersandarkan hakikat teknologi tanpa penguasaan anggota tentera tidak mampu menjamin kedaulatan negara.
PESERTA Kembara Duga membina rakit sebelum mengharungi Sungai Tuaran.
Walaupun TDM melaksanakan pemodenan berkenaan dari semasa ke semasa, aspek pembangunan anggota tentera sebagai aset paling penting tidak diketepikan, sebaliknya dikembangkan sejajar kemajuan dalam bidang teknologi itu.
Menerusi latihan berterusan, seperti Pertandingan Kembara Duga, keupayaan anggota tentera sentiasa diuji dan dipertingkatkan bagi memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi ancaman musuh.
Pada Pertandingan Kembara Duga Peringkat Medan TDM, yang berlangsung di Lapang Sasar Kem Paradise, di sini, baru-baru ini, 140 pegawai dan anggota tentera lain dari 1 Divisyen, 2 Divisyen, 3 Divisyen, 4 Divisyen dan Trup Medan, dicabar dengan pelbagai dugaan getir, yang menguji semangat pasukan, kebijaksanaan dan ketahanan.
Peserta juga diuji dalam acara jalan lasak, mendayung, pandu arah dan menembak. Pasukan Kem 10 Briged Para menjuarai program berkenaan dengan catatan masa masa 65 jam 48 minit 20 saat dan membawa pulang piala pusingan, Piala Helang.
CABARAN penuh ranjau Kembara Duga mengharungi Sungai Tuaran.
"Rakit kami pecah akibat terlanggar batu di jeram tajam Sungai Tuaran. Dalam tertekan mengejar masa, kami gagahkan juga untuk membaiki rakit dan kami teruskan berakit di celah jeram dan berjaya tiba di muara Sungai Tuaran di Kampung Bolong dalam tempoh 45 minit.
"Sepanjang berakit dari Kampung Malanggang ke Kampung Bolong sejauh 35 kilometer itu, kami terpaksa mengelak daripada terlanggar batu. Sungai di negeri ini memang mencabar ketahanan mental dan fizikal kami," luah Kapten Fatihi Kamil Khazali, ketua pasukan Kem 10 Briged Para.
Fatihi Kamil dan 27 anggota Kem 10 Briged Para yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dipilih pemenang pertandingan berkenaan, yang dianjurkan 1 Divisyen yang berpangkalan di Kuching.
Hadiah disampaikan Raja Mohamed Affandi Hadir sama, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mazelan Kasap; Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Noor Daud, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Datuk Datuk Zulkiple Kassim dan Panglima 5 Briged Kem Lok Kawi, Brid Jen Masrani Paiman.
Fatihi Kamil berkata, dalam acara jalan lasak, mereka terpaksa berhempas-pulas berjalan sambil memikul bebanan berat sejauh 40 kilometer dari muara Sungai Tuaran kembali ke Kampung Malanggang sebelum meneruskan cabaran dengan mendayung perahu katamaran.
"Kami mendayung tiga perahu katamaran dengan setiap perahu ada lapan anggota. Dalam tempoh dua setengah jam, kami berjaya tiba di muara Sungai Tuaran.
"Program pandu arah juga amat mencabar kerana kami terpaksa berjalan pada waktu malam dalam hutan di sekitar Kiulu ke Topokon. Kami berjaya tiba di lapang sasar ini pada jam 4.30 pagi.
"Kami terpaksa mendaki bukit dan menuruni lurah sepanjang mencari jalan keluar dari hutan itu. Dalam acara menembak, kami berjaya mengumpul mata terbanyak," katanya.
Beliau berkata, jika tahun lalu pasukan berkenaan hanya mencapai tempat ketiga, tahun ini menyaksikan beliau dan 27 anggota berjaya mengharumkan nama Kem 10 Briged Para. |
|
|
|
|
|
|
|
Azam tingkat imej PDRM
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
tuty@bharian.com.my
Pelatih terbaik mahu jadi pegawai polis berkaliber
KUALA LUMPUR: “Saya mahu menjadi seorang pegawai polis yang terbaik dan akan berusaha meningkatkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Pelatih Terbaik Keseluruhan Kursus Asas Inspektor (Awam) Siri 3/2008, Seah Tiong Seng, 27.
Bagi siswazah Sains Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu azam yang ditanamnya sejak kecil tercapai selepas berjaya menamatkan latihan kepolisan selama sembilan bulan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
“Walaupun saya dibesarkan dalam keluarga yang besar iaitu enam adik-beradik dan tanpa kasih sayang seorang bapa sejak berusia 10 tahun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berusaha.
“Semua kepayahan itu boleh ditelan selepas saya berjaya merangkul kategori Pelatih Terbaik Keseluruhan, sekali gus memberi saya peluang mencapai cita-cita untuk menjadi pegawai polis berkaliber,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Inspektor (Awam) di Pulapol, baru-baru ini.
Seah berkata, tidak timbul isu pilih kasih ketika pemilihan pelatih terbaik kerana dia yakin pimpinan dalam pasukan bijak memilih mereka yang benar-benar layak untuk menerima anugerah.
Sementara itu, Inspektor Norsiah Hussin pula dipilih sebagai pelatih terbaik bagi kategori Terbaik Latihan Luar (Wanita).
Norsiah, 23, yang berasal dari Kampar, Perak tidak menjangka dipilih pelatih terbaik walaupun hanya menyertai pasukan itu secara kebetulan selepas rakannya mengisi borang bagi pihaknya.
“Rakan saya yang beria-ia mengajak saya menyertai pasukan polis sehingga sanggup mengisi borang bagi pihak saya. Walaupun pada mulanya saya seperti terpaksa mengikut latihan ini memandangkan belum ada pekerjaan tetap, saya berbangga kerana mampu menamatkannya dengan cemerlang.
“Saya menyimpan hasrat yang besar dan bercita-cita mahu menjawat jawatan tertinggi dalam pasukan ini yang belum pernah dipegang mana-mana wanita sebelum ini,” katanya.
Selain Seah dan Norsiah, dua lagi pelatih terbaik adalah Mudzaffar Shah Zulkefli yang dipilih bagi kategori Terbaik Latihan Luar (Lelaki) dan Chian Wen Sin untuk kategori Terbaik Akademik. Platun Terbaik pula dimenangi Platun 3 Kompeni A.
Seramai 281 pelatih Inspektor Percubaan bagi siri 3/2008 berjaya menamatkan latihan asas kepolisan selama sembilan bulan di Pulapol yang bertujuan membentuk dan melahirkan pegawai kanan polis yang sentiasa bersedia memberi perkhidmatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera khidmat 10 tahun dapat pencen?
IPOH 20 Ogos - Anggota tentera yang berkhidmat dalam tempoh 10 tahun berpeluang menikmati pencen jika cadangan mengenainya diluluskan dalam Akta Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan digubal tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, pada masa ini, hanya anggota tentera yang berkhidmat dalam tempoh 21 tahun menerima pencen minimum iaitu RM720 sebulan.
Katanya, anggota yang berkhidmat kurang daripada tempoh itu tidak menerima pencen melainkan mereka terkorban dalam peperangan.
"Kita mencadangkan satu formula pencen munasabah untuk diberikan kepada anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan bawah tempoh 21 tahun dan kita mencadangkan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi dialog dengan veteran ATM Perak yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani di sini hari ini.
Kementerian Pertahanan sebelum ini bercadang mewujudkan Akta Veteran ATM bagi memastikan kebajikan pesara tentera terus terjamin.
Akta itu akan memberi kekuatan kepada JHEV ATM dalam usaha menyeluruh memastikan nasib mereka yang pernah berjasa kepada negara sentiasa terjaga.
Zulkiflee berkata, pihaknya berharap dapat menyelesaikan draf cadangan akta tersebut menjelang hujung tahun ini sebelum ia dibentangkan pada Parlimen akan datang.
Katanya, setakat ini, pihaknya sudah mengadakan sesi dialog dengan lebih 2,000 veteran ATM di 11 negeri bagi mendapatkan pandangan mereka sebelum akta itu digubal sebagai undang-undang.
"Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini dan akta ini dapat dikuatkuasakan pada tahun depan," katanya.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut mencadangkan penubuhan Majlis Veteran ATM yang bertanggungjawab untuk menggaris dasar serta hala tuju kepentingan veteran ATM.
Sementara itu, Muhammad pula berharap veteran-veteran ATM mengemukakan masalah-masalah yang dihadapi dan cadangan untuk kebaikan mereka sebelum akta tersebut digubal.
Katanya, selepas akta itu digubal, hanya apa yang termaktub di dalamnya akan dilaksanakan oleh kerajaan.
"Kita harap sebelum akta ini diadakan, kadar baru elaun tambahan dan pencen hilang upaya dapat diberi kepada bekas tentera yang tamat perkhidmatan sebelum 1 Januari 2001 termasuk yang berjuang menentang komunis.
"Ini kerana terdapat 292 bekas tentera yang cacat semasa bertempur dengan komunis dan mereka merasakan jasa mereka tidak dihargai," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Seri Paduka rasmi Hospital ATM Tuanku Mizan
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tuanku Mizan di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini hari ini.
Pada majlis itu, Tuanku Mizan turut berkenan menamakan hospital berkenaan yang diberikan sempena nama baginda.
Turut hadir pada majlis yang penuh bersejarah bagi Kor Kesihatan Diraja itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal.
Hospital ATM Tuanku Mizan merupakan hospital keempat di dalam ATM selepas di Kem Terendak Melaka, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Mula dibina pada tahun 2004 dan siap pada Julai lalu, hospital bernilai RM270 juta itu dijangka dapat beroperasi Oktober ini.
Selain mempunyai 282 katil, hospital berkenaan juga akan menawarkan 20 bidang kepakaran untuk anggota tentera.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Hospital ATM Tuanku Mizan bakal menjadi pusat rujukan utama kemudahan kesihatan pasukan tentera itu.
Menurutnya, hospital tersebut paling canggih daripada segi teknologi berbanding tiga lagi hospital ATM lain.
‘‘Hospital ATM Tuanku Mizan akan menjadi rujukan kebangsaan daripada aspek ketenteraan seperti bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan, perubatan selam dan kebuk mampatan,’’ katanya.
Beliau berkata, dalam situasi bencana, kapasiti katil pesakit boleh ditambah sehingga 374 katil.
Jelasnya, pembinaan hospital itu menandakan tanda prihatin ATM termasuk kepada warga veterannya untuk mendapatkan rawatan lanjutan.
‘‘Biarpun kebanyakan warga ATM itu dapat tinggal di Wad 2 hospital kerajaan, ada beberapa peralatan yang mereka terpaksa membelinya sendiri dan ada antara pesara terlibat tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
‘‘Saya harapkan pembinaan hospital ini mampu menjaga kebajikan anggota ATM selepas bersara nanti,’’ katanya.
Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid berkata, Hospital ATM Tuanku Mizan akan menjadi pembuka ruang terhadap penubuhan Fakulti Perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
‘‘Hospital ini akan menjadi sebagai pusat pembelajaran dan kajian bagi mahasiswa di Fakulti Perubatan nanti kelak.
‘‘Penubuhan fakulti ini dijangka dapat ditubuhkan pada tahun hadapan memandangkan pihak kementerian telah pun memperuntukkan kewangan bagi tujuan berkenaan,’’ katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ade satu lagi spital tentera ke..hospital kinrara?? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu mmg ada hospital kinrara tu..tp skang cam dah x dek kot... |
|
|
|
|
|
|
|
1186# tenteng
hospital kinrara memang hospital utama ATM dulu2, siap ngan bilik bedah yang moden n etc... sekarang just operate sbg klinik biasa n klinik gigi saja... |
|
|
|
|
|
|
|
1187# venez
sayang la en venez...kadang2 civilian pun pegi dptkan rawatan kat sana sebab ada certain skill yg takde kat GH biasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
1188# guyfawke
ape skill dia ada yang x ada kat GH?? |
|
|
|
|
|
|
|
RMN-RAN: MASTEX 7/2009

Lumut,KLS: The maritime security cooperation between the Royal Malaysian Navy (RMN) and the Royal Australian Navy (RAN) continues with the conduct of joint exercise code-named ‘MASTEX 7/2009’.
According the Joint Press Release by FOC RMN,this exercise is conducted annually and in this year it will start at Lumut Naval Base, for the Harbour Phase and the Closing Phase will be conducted in Port Klang.
MASTEX has been introduced since 2002 and this year’s exercise will be conducted from 24th to 30th August 09. The RMN is the host for this year’s exercise.
A total of about 420 personnel from each navy will participate in the exercise. The RMN assets that will be participating are KD LEKIU (Lekiu Class Frigate 2000) and KD LAKSAMANA HANG NADIM (LAKSAMANA Class Corvette) where else the RAN’s participants consist of HMAS DARWIN (Adelaide - Class Frigate) and HMAS SUCCESS (Durance - Class Auxiliaries).
The exercise will be led by Capt Mohd Zahari bin Hj Jamian RMN as Commander Task Group 39.1, with CDR Christopher Smith, RAN as the deputy. The exercise has six objectives, namely:
a) To enhance inter-operability between the RMN and RAN through the conduct of professional exchanges and a graduated exercise program including weapons practices and a structured free play exercise.
b) To improve effectiveness and efficiency, and to enhance inter-operability in ASuW, AAW, ASW, MARSTRK and MARSEC (MIO).
c) To practice seamanship so as to enhance the safe conduct of underway activities.
d) To enhance exchange of professional views through the conduct of workshops on specific areas of interest and personnel exchange.
e) To improve effectiveness and efficiency, and to enhance inter-operability in secure data communications.
f) To use the planning process for MASTEX 7/2009 to validate the MASTEX Planning Guide.
The Opening Ceremony was held at PUSTAKMAR Lumut Naval Base, Perak on 25 August 09 officiated by the RMN Fleet Commander, Vice Admiral Dato’ Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin.
The Closing Ceremony will be held at Port Klang and will be officially closed by the Commander Task Group on 30th August 09.


http://www.klsreview.com/HTML/2009Jul_Dec/20090825_05.html |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan F-22P Frigate Makes Port Call in Malaysia
Kuala Lumpur, KLS: Pakistan Navy's first Chinese F-22P frigate PNS Zulfiquar is scheduled to stay at Port Klang Malaysia from 27th August to 30th August 2009.
The first of four Chinese F-22P frigates constructed for the Pakistan Navy was formally handed over on 30 July at a ceremony at the Hudong Zhonghua Shipyard in Shanghai.
Work on design and construction of the frigates started in 2005 after signing of an agreement to build three ships in China and one at the Karachi Shipyard. The other three ships are at different stages of construction. The last of the vessels is to be delivered by 2013.
The frigates are equipped with state-of-the-art weaponry and sensors and would also deploy the Z9EC helicopter as an integral part of the platform.
First batch of two helicopters has arrived in Pakistan.
What is most intersting is Malaysia defence media could be the first oversea media to visit and study the Chinese made warship and F-22P visiting right now became as another hot defence issue in this region. This is also F-22P first visit at Southeast Asean Country.
KL Security Review's editorial team has received official invitation from Pakistan to visit the warship.
The ship is on a goodwill mission to Malaysia, a furtherance to promote bilateral relations between the navies of the two countries.

http://www.klsreview.com/HTML/2009Jul_Dec/20090825_03.html |
|
|
|
|
|
|
|
http://military-photos.blogspot.com/
http://gun-s.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
1191# jofizo
kite dokla speculate meko csl la lekiu batch 2 la.....tengok2 f-22 yg masuk...amacam...ada berani ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ya ya kami bukak..takyah promote kat suma thread..:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by jofizo at 27-8-2009 14:57
1193# guyfawke
RMN tak pandang Made In China product nih.......... politician tak tau la plak......... |
|
|
|
|
|
|
|
1195# jofizo
masalahnya kat m'sia ni last2 politician yg tentukan product to buy....ATM takde kuasa veto... |
|
|
|
|
|
|
|
itu mcm kalu terpaksa mintak tolong uncle lim la.......... |
|
|
|
|
|
|
|
mintak tolong uncle lim?? Pelingkup lagi ada la.... |
|
|
|
|
|
|
|
1182# guyfawke
Pasal apa kursus tu dikenali sebagai Inspektor (Awam)? Nak bezakan dgn kursus Inspektor KPSL ke? |
|
|
|
|
|
|
|
1199# jazim
hehehehe...ini sang saka bole jawab ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|