CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikCtNurEnjoy

HISTERIA PART 2&PENUNGGU RUMAH&Hantu Kondo

[Copy link]
Post time 24-12-2015 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
CikCtNurEnjoy replied at 24-12-2015 04:10 PM
saja bagi iklan, hihi 1 jam lagi sye update


Baiklah...bg perut yang kecut jd kembang balik sat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2015 06:24 PM | Show all posts
PART 5 UPDATE

Sebelum tragedi menjelmakan diri, ada beberapa lagi peristiwa.Tapi sebelum tu, entry yang sebelum ni, bila Lala berjumpa Ustaz, dan pesanan Ustaz. Sebenarnya macam ni tau, aku rasa semua rata-rata bila dah duduk ramai-ramai, paling susah nak handle adalah kebersihan. Tapi alhamdulillah lah, bilik 1 dan 2, yang berkongsi bilik air ni, tiada masalah tersebut. Sebab kami ada jadual, bergilir-gilir membersihkan toilet. Kita pun sedia maklum dan tahu, toilet yang pada mata kasar ni, yang nampak bersih sebenarnya adalah kotor, dan beribu segala jenis mahluk ada dekat dalam tu, kira port mereka. Cuma yang selalu buat kami berlima, geram dan tak tahu macam mana nak tegur, bebudak bilik masterbed, dah lah toilet dia orang dalam bilik, cuba imagine, kalau toilet yang dah sedia bersih pun, tetap dianggap kotor, apatah lagi toilet yang dimata kasar tu sedia kotor? So no wonder lah kan. Dengan toilet berbau, kain baju di rendam berminggu-minggu. Dan yang paling-paling aku rasa bom atom menjengah atas kepala ni, kotex@pad, di simpan dalam toilet. Kira macam, period seminggu, simpan dalam toilet, then next week sambung orang ke 2, habis orang ke 2 period, sambung orang ke 3 plak. Kalau sempat buang, buang lah..kalau tak sempat, continue orang pertama period next month. Boleh bayangkan dan faham kan? apa yang korang rasa? Boleh lah pulak mereka bertiga ni, sepakat dalam kes dan hal-hal macam tu. Nak kata busy, semua pun busy.Nak bising-bising nanti jadi gaduh, so no wonderlah, ustaz tu boleh agak, budak masterbed yang prob. Pernah satu hari tu, budak masterbed, Dekna, Anis, dan Ima, mereka baru habis dari kelas,masa tu kira senja jugaklah. Masuk je dalam lif, Dekna tekan butang 6, tiba-tiba, Ima buat hal dan perangai, terus panjat dinding lif. Kalau secara logik, tak kan mampunya, perempuan acah-acah melayu terakhir, nak panjat dinding lif, dekat lif dinding tu, cuma ada tempat pemegang,dan kalau di fikir secara rasionalnya, untuk apa melompat dan memanjat tu? Ima sedar, cuma dia tak mampu nak kawal diri, sampai dekat tingkat 6, dia turun, dan kemudian dia menangis.Dia pun terpinga-pinga tak tahu kenapa dan mengapa dia bertindak macam tu.

Oh lupa, sebenarnya kami berlapan merupakan student medic.So theory class kami, sangat-sangat singkat, lebih kurang 3-4 bulan, selapas tu kami akan praktikal, di hantar merata-rata. So kiranya rumah tu, akan penuh orang bila theory class je, bila masuk praktikal, adalah yang kena practical jauh sampai 3 bulan. Rumah tak pernah lah tak ada orang langsung, kalau ada pun seorang dua, kalau dah jadi macam tu, biasanya dieorang akan menumpang di rumah lain, atau pun, bawak lah kawan-kawan rumah lain tidur di rumah, Cakap pasal rumah lain, ingat tak masa awal entry aku ada bagitahu, yang floor 6 ni, ada 2 buah rumah student. Mula-mula kami ingat, rumah kami sahaja yang ada gangguan, rupanya rumah hujung tu pun ada gangguan ok macam ni lah ceritanya,,,,(ni penceritaan mereka)

Pada satu malam tu, budak bilik pertama rumah hujung, aku gelarkan dia orang A dan B. Dia orang stay late jugaklah, sebabnya bukan study pun, dok layan movie dekat laptop and main handphone. Student life kan, jarang yang kita dengar tidur awal. So malam pun kian larut, Si B tidur katil atas, manakala Si A tidur katil  bawah, B bersuaralah, "eh A, off lah lampu, aku nak tidur dah, ko tengok cerita dekat laptop kan, mana lag feeling kalau on lampu," Si A, ni tak bersuara apa, tekan pause, dan segera ke suis, untuk mematikan lampu. Suasana dalam bilik tu, samar-samar je. Langsir bilik mereka, tak menutup tingkap. Tingkap bilik diaorg ni jenis sliding. So bila malam, bilik gelap, memang jelas lah nampak luar, dengan di bantu oleh lampu jalan kan. B, dah selamat berkeruh. Si A ni masih gigih dan khusyuk menghadap laptop, entah macam mana, dia rasa macam ada sesuatu yang memerhati kan dia dari tingkap, dalam hati dia berkata,"perasaan aku je ni"..tapi dia rasa lain semacam, seram.. mata dia seakan-akan dipanggil untuk melihat ke arah tingkap..... nahhhhhh........nampak dengan jelas, seorang perempuan dengan muka hodoh, rambut mengerbang, mulut menyeringai menampakkan gigi taring, semua giginya tajam-tajam, dengan mata merah...memandang tepat ke arahnya. Si A ni macam terpaku, nak pandang kiri tak mampu, pandang kanan tak mahu.Mata nya masih tertumpu pada mahluk yang ada pada tingkap tu...makhluk tu semakin lama, semakin ke belakang dan terus hilang. Hilang sahaja dari pandangan, barulah A boleh menggerakkan badanya. Tak tunggu apa, peluh jantan dah keluar, A terus tarik selimut, baca apa yang patut, dan selubung sampai pagi.

Ada juga peristiwa lain, budak rumah block E. Ni pun berdasarkan penceritaan kawan baik aku yang duduk di rumah blok E. Ada satu hari tu, pagi. Gigihlah masak air, dalam kettle elektrik. Sementara tunggu air nak masak tu, dia pun duk lah tengok tv. Selang 10 minit lebih kurang, bila dia rasa air yang di jerang tu dah masak, dia pun bangunlah jengah ke dapur, confident lah, nak buat air milo katanya. Yang memeranjatkan dia, keetle air tu kosong. Air yang dia masak tu, setitik pun tak ada, kettle tu masih panas. Ok dia bersangka baik, mungkin kettle tu bocor, tapi tak ada pulak kesan air, siap testing letak air baru, tak bocor pun. Ok sedapkan hati, mungkin ada yang dah bangun, buat air senyap-senyap, check lah setiap bilik, sah semuanya masih tidur. Haish kawan tu dah pelik.. hurm, breakfast jugak mereka ni.

Dan satu peristiwa lagi, bukan kat rumah aku, tapi dekat block paling yang depan. Diaorang punya rumah dekat floor 14, kira yang paling ataslah.Lif pun sampai floor 14 je. Dekat hujung floor 14 ni, ada satu tangga yang dikunci. Kira tangga tu, menghubungkan floor 14 dengan dengan ruang atas kondo, iaitu tempat tangki air. Dan tangga tu, ada pintu dan berkunci. Nak tahu tak gangguan apa yang mereka dapat, sama macam dekat rumah aku, orang tarik perabut, ketuk lesung.Bunyi tu datang dari tingkat atas. Hurm mana ada orang duduk atas, atas tu tangki air je. Hurm..

Dan gangguang biasa dekat kondo tu, menurut cerita guard yang bertugas. Bila ronda malam, kelibat memakai baju putih tu memang biasalah nampak, dekat kawasan kolam renang, ada pokok kelapa, dia selalu bersantai dekat situ. Pernah gaurd tu cerita satu malam tu, ada satu kereta nak keluar, resident kondo lah, dia memang jelas nampak, kereta tu, cuma ada pemandu je, tapi sekali imbas dia tengok dekat cctv, ada penumpang perempuan berambut panjang, tundukkan wajah, sambil dukung anak, dekat seat bahgian penumpang. Menurut guard lagi kan, banyak juga berlaku kes orang terjun kondo. Sepanjang 3 tahun aku duduk situ pun, ada 2 kes orang terjun bangunan, pecah kepala. Huhu scary tak? scary lah jugakkan, tak pa, nanti ada masa aku cerita dekat new thread pengalaman masa praktikal dekat hospital.

Sebelum tu nak cerita, masa tu aku dengan siti je yang ada kat rumah,yang lain balik kampung, study week,so kami berdua ni bantai tidur sampai tengah hari. Lebih kurang dalam 1 lebih tu, aku dah tersedar, sebab dengar riuh kat dapur. Tapi aku buat tak endah, tiba-tiba, lengan aku, siti pegang, "Huda..." kejut Huda lembut. Aku cuma jawab.. "erm.." "Kau dengar tak apa aku dengar, ada orang tu kat dapur, tu siap bunyi kacau air lagi."ujar Siti perlahan. "Dengar..biarlah...untung-untung kita bangun, air dan makanan dah tersedia atas meja" balas aku. Siti bersuara lagi "Huda aku takut.." keluh Siti. "Eish, kau takut lagi dia buat hal, ko buat tak reti je,"aku sambung tidur. Tak tahu apa jadi dekat siti, bila aku terjaga, dia tengah tengok tv dalam bilik, muka pun tak basuh lagi, jawapannya, memang sah, dia tak keluar bilik. Aku pandang dia, dia pandang aku.Hati kering kan? huhu

Eh, jauh pulak aku cerita, ni nak cerita bahgian paling real, kejadian dekat rumah aku. Masa tu, time praktikal, so yang tinggal kat rumah tu, cuma ada 4 orang. Aku,kak siti, Kecik dan seorang budak bilik masterbed, Anis. Masa tu maghrib, weekend.Anis dalam bilik dia, Kecik pun dalam bilik. Aku tengah main phone, duduk dekat katil, dan bersandar kat dindng. Kira kedudukan katil tu, rapat ke dinding, tapi menghadap tegak ke pintu. Kak siti masa tu tengah bersiram, ececey ayat aku, Hahah Masa tu aku tengah belek phone, sementara nak tungggu turn untuk mandi.Tak adalah khusyuk manapun. Suasana agak seram masa tu, anjing tetiba bunyi menyalak, aku tak ambik pusing, kejadian selalu kalau anjing menyalak tu.Tapi...dari ekor mata aku, ada yang menjengah dari pintu bilik aku yang terbuka. Kuatkan semangat, yes tekaan aku betul! Ada orang hulurkan kepala,jelas. Rambut dia panjang, jengah, rambut tu tutup bahgian muka. Aku tunduk. Eh perasaan aku je ni, dalam hati berkata "ni mesti Anis, dok nyakat aku" sebab dalam rumah tu, Anis seorang je yang bela rambut panjang. Aku angkat kepala ku pandang semula ke arah pintu. Tiada. Nafas dah berdegup kencang, tapi aku masih boleh kawal. Aku jerit memanggil nama Siti "Siti kau ada jengah aku ke?" siti yang tak berapa nak dengar tu membalas jeritan aku "apa weyh tak dengar" serentak tu siti, mematikan shower, dan dengar dia membuka pintu, mulut ni ringan memanggil nama Anis dan kecik. Meraka pun segera mendapatkan aku. Aku senyum."Dah sah, dia dah berani main tunjuk-tunjuk diri ni"dalam hati cakap. Aku cerita secara ringkas kat diaorang, semua ternganga. Malam tu kami baca Ya'sin dan tidur berjemaah. huhuhu

Next jelmaan, Dekna. Masa tu, tak silap aku, cuti. Semua balik kampung, tapi aku stay rumah kakak aku, kakak aku duduk dekat taman berdekatan dengan kondo yang aku duduk ni. Menurut Dekna, dia pun tak tahu kenapa dia balik, sedangkan dia tahu, rumah tak ada orang. Masa tu dia singgah rumah kejap, dari rumah pakcik dia. Dia cuma teringat kain baju yang dia tak basuh lagi. So dia pun, confident masuk rumah. Kemudian bergegas ke bilik air, nak basuh baju. Depan bilik air masterbed, ada kerusi plastik. Tengah gigih dia memberus baju tu, dia memang rasa dia di perhatikan, tekaan dia tepat.Dia tak berani nak tengok, cuma jeling dari ekor mata, ada perempuan duduk tengah perhatikan dia basuh baju. Tapi benda tu sekejap je. Dekna tak tunggu lama, terus bla.

Inilah pengalaman sepanjang 3 tahun duduk kat rumah tu, cuma aku masuk third year, aku jarang ada kat rumah tu, sebabnya aku stay dengan akak aku. So ulang alik, rumah kakak aku dan kolej..Ada masa aku balik jugak lh rumah. Alhamdulillah, tak adalah sampai kena rasuk. Masing-masing kuat semangat. Aku ni plak memang jenis hati kering,sebenarnya ada peristiwa kenapa aku jadi macam tu. So after batch kami, dah tak adalah penempatan student dekat situ. Sorry lah, cerita tak seseram macam rumah sewa 50, apartment raviera, tapi, bagi kami yang menghadapinya, agak seram jugaklah.. so next aku akan cerita penunggu rumah, rumah kakak aku dan rumah dekat kampung. Next thread ye. terima kasih sebab membaca,

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 06:40 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 24-12-2015 04:53 PM
Baiklah...bg perut yang kecut jd kembang balik sat

Tu hah update dh..hiihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak seram menda .. aku baca blh bayangkan lak .. mau terkujat antu dok main tenung2 camtu.. kuat gak korg smp 3thn dok situ, klo aku pindah trus..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak seram?  berdebar gak lah orang yang membaca ni membayangkan keadaan. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram la jugak tt wpun gangguannya light2 jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2015 08:22 PM | Show all posts
ezacbee replied at 24-12-2015 07:27 PM
Tak seram menda .. aku baca blh bayangkan lak .. mau terkujat antu dok main tenung2 camtu.. kuat gak ...

tahan kan jerklah, sebab rumah tu, kolej sediakan... dah deduct dengan ptptn sekli kn.. so tu tu y than kan jerk.. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 08:23 PM | Show all posts
mai-shi replied at 24-12-2015 07:56 PM
Tak seram?  berdebar gak lah orang yang membaca ni membayangkan keadaan. huhu

hihihii x heavy sgt...kite bce y kat dlm ni, ade gangguan lagi lah bert2,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CikCtNurEnjoy replied at 24-12-2015 08:22 PM
tahan kan jerklah, sebab rumah tu, kolej sediakan... dah deduct dengan ptptn sekli kn.. so tu tu y ...

Lepas ni cite serem kat hospital lak.. jgn lupe tau.. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 08:25 PM | Show all posts
kancilku_biru replied at 24-12-2015 08:17 PM
Seram la jugak tt wpun gangguannya light2 jer

hihi tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 08:26 PM | Show all posts
ezacbee replied at 24-12-2015 08:24 PM
Lepas ni cite serem kat hospital lak.. jgn lupe tau.. hahaha

kat hospital tu, ade pengalaman sendri, dan ada pengalamn kwn2 lain.huhu ok boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung rumah btho pulak...aku pernah ddk situ lama gak area MCD...haunted juga...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:53 PM | Show all posts
cik ct nor enjoy aka huda nape cite pasal budak masterbed yg x jg kebersihan n pasal pad tu mcm x de sambung...

lg 1...ko sambung je la cite hantu pape yg ko alami kt sini.... nnt aku upah abam medang bg tacang ko byk2 ok
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila tak seram. Aku terkucil ni ha.. kua peluh jantan aku dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap jugak la cerita tt ni..pandai mengarang, meols baca pun faham
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Smbung lgi2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2015 11:25 AM | Show all posts
CrowneGlory replied at 24-12-2015 09:30 PM
Sambung rumah btho pulak...aku pernah ddk situ lama gak area MCD...haunted juga...

oh, area situ, rumah kakak aku, suakasih sana. Adalah dia duduk situ dari tahun 2004 sampai 2008, gangguan light2 je, cuma dia selalu cakap nampak cik pon je. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2015 11:26 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 24-12-2015 10:53 PM
cik ct nor enjoy aka huda nape cite pasal budak masterbed yg x jg kebersihan n pasal pad tu mcm x de ...

oh, cuma nak ckp, benda tu suka dekat masterbed, sebab kondisi room apalah semua, bnde2 tu mmg dah ada dalam rumah. tapi mcm makin di support plak dengan persekitaran mcm tu. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2015 11:27 AM | Show all posts
arrowtotheknee replied at 24-12-2015 11:42 PM
Gila tak seram. Aku terkucil ni ha.. kua peluh jantan aku dah ni

hahah siap imagine ke benda tu mai, jengah-jengah tu,hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2015 11:28 AM | Show all posts
swimswim replied at 25-12-2015 12:35 AM
Sedap jugak la cerita tt ni..pandai mengarang, meols baca pun faham

terima kasih uolls. Dihayati dan dibayangi tak hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.115212 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list