Post time 5-5-2015 01:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mattzzx replied at 5-5-2015 01:50 PM
tahniah.....u banyak info tentang org bugis....
Dalam sejarah Selangor dah ada...macam sejarah 5 daerah dgn Sultan masing2...lepastu perang saudara yg berlarutan dr Sabak bernam, kuala selangor ke KL n Kuala Kubu....
Punca perang bagi aku sebab nak ubah sistem pentadbiran Bugis kpd Melayu..lepastu guna cara British...paling awal pakai Selangor...sistem Melayu tu mainan sultan Abd Samad saja..sbb nak kuasa yg luas...hujung2 suruh British yg urus ekonomi.
Post time 5-5-2015 06:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
prizadane replied at 5-5-2015 01:22 PM
haha.. sama la. aku kat belah parit n serapoh. memang takde banjar. yg aku tahu belah teluk intan ...
Haha kann..belah2 kuale parit tkde nye bgsa2 laen..belah cni blh speaking peyrok ngn jayanyer..sbb tu payrok nie plik skit, satu negeri tp stiap daerah slang berbeza..
perak ori start dri kuala kangsar menghilir sampai ke bota. ats dari bota ade perak ori tpi dh bercmpur.. dialek perak sama ngn dialek indonesia ktenye melayu deli. x cye dengar lgu pak pung pak mustape oleh kump 2by2
Terdapat 3 asal-usul mengenai orang Melayu di Sarawak iaitu:-
1) berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu.
Suku kaum Melayu di Sarawak mendiami kawasan persisiran pantai. Mereka dipercayai berasal dari Sumatera (dan sesetengah sumber lain juga menyebut Semenanjung Tanah Melayu). Mereka mula datang ke Sarawak sejak kurun ke-15 Masihi lagi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah iaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak (kini terletak di Bahagian Kuching).
Pada masa itu, suku kaum ini diketuai oleh seorang putera raja bernama Datuk Merpati Jepang. Orang Melayu beragama Islam dan menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan di laut, bertani dan berniaga. Setelah mereka dijajah oleh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di sana dengan memakai gelaran Datuk. Akhirnya lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk Patinggi (sebagai ketua menteri), Datuk Temenggung (menjaga keamanan dan keselamatan) dan Datuk Bandar (mengendalikan hal-hal perdagangan).
2) berasal dari keturunan Melayu Brunei (Kesultanan Brunei).
Menurut satu sumber yg lain, orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Brunei seperti di Bahagian Miri adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Seperti kata saudara/i Maru, keturunan golongan ini memakai gelaran Abang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga (surname). Mereka mula masuk ke Sarawak setelah Sarawak dijajah oleh Kesultanan Brunei.
3) berasal dari keturunan orang-orang Dayak yang memeluk Islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu serta bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
Golongan ini merujuk kepada orang-orang Melayu yang menetap di bahagian lain di Sarawak. Nenek-moyang kepada golongan ini boleh dikatakan orang Dayak yang terasimilasi menjadi kaum Melayu secara rela setelah memeluk Islam.
Kewujudan golongan ini juga telah menyebabkan terciptanya bahasa Melayu loghat Sarawak. Seperti bahasa Melayu loghat Kelantan, bahasa Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerap perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.
Sumber: Siri Teks Sejarah STPM - Kertas 2 (Bahagian A): Sejarah Malaysia. Cetakan Pertama 1999
org Iban adalah sebahagian org Austronesia jati - yg kemudiannya menjadi bangsa orang laut... satu kumpulan yakni nenek moyang Dayak bertebaran sampai ke borneo, bukan sahaja kalimantan tp juga hingga ke sarawak dan sabah, lebih kurang tiga ribu tahun dahulu. bahasa Dayak dikatakan masih kekalkan sedikit Austronesian Lingua.
The main ethnic groups of Dayaks are the Bakumpai and Dayak Bukit of South Kalimantan, The Ngajus, Baritos, Benuaqs of East Kalimantan, the Kayan and Kenyah groups and their subtribes in Central Borneo and the Ibans, Embaloh (Maloh), Kayan, Kenyah, Penan, Kelabit, Lun Bawang and Taman populations in the Kapuas and Sarawak regions. Other populations include the Ahe, Jagoi, Selakau, Bidayuh, and Kutais.
beribu tahun kewujudan org dayak di swk tp rekod sejarah yg menyebut kemasukan dayak kalimantan pd abad ke -18 sahaja yg diambil kira
Itu loghat bahasa org Betawi, yg sebutan 'e' nya sama dgn Perak loghat Parit.Bukan Melayu Deli.
Org Betawi adlh penduduk asal Jakarta (Batavia, nama asal Jakarta ketika di zaman Belanda) dan kawasan2 sekitarnya.Nama 'Betawi' itu pun berasal dari perkataan Batavia, yg disebut mengikut slang Indonesia.
Manakala org Melayu Deli pula di Sumatera Utara.Sama wilayah dgn org Mandailling dan Batak.
Artis Indon dari suku Betawi dulu ialah Benjamin S.Ce cari videonya kat Youtube, dengar lagu2nya mcm mana.