CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_almondpecan

[Tempatan] Ramai cedera dalam letupan bom tangan di Bukit Bintang

[Copy link]
Post time 9-10-2014 01:19 PM | Show all posts
gaza posted on 9-10-2014 12:44 PM
Nak alih perhatian minyak naik kot.

ckp org bodo .. nak pilihanraya alih perhatian ngan insiden lahad datu, nak bicara nwart alih perhatian hilangkan mh 370,

nak letup gaza alih perhatian letup mh17 (yg ni global..masuk akal la jugak)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 01:26 PM | Show all posts
perghh.. terasa cam zaman rambo chow kit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:45 PM | Show all posts
http://www.astroawani.com/news/category/national
KUALA LUMPUR: Polis percaya kejadian letupan bom di Bukit Bintang awal pagi tadi membabitkan lebih daripada seorang pelaku.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng turut mengesahkan bahawa sasaran ditujukan kepada individu tertentu.

Dalam kejadian awal pagi tadi, seorang mangsa insiden letupan bom di kawasan Bukit Bintang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber polis berkata mangsa yang meninggal dunia ialah pekerja joki kereta, Tiong Kwang Yie, yang cedera parah dalam kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Kecemasan HKL, Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, senarai penuh mangsa insiden bom yang dihantar ke HKL masih belum dapat disahkan kerana beberapa maklumat masih belum diperoleh.

"Seorang mangsa yang kritikal sudah meninggal dunia, kita masih menguruskan maklumat mangsa-mangsa yang ada di sini.

"Kita akan memberikan maklumat susulan sebaik sahaja mendapat pengesahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Seramai 14 orang cedera dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati lokasi terbabit ditutup kepada orang awam bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Terdapat empat kenderaan diletakkan di hadapan kelab malam tersebut iaitu masing-masing sebuah Toyota Alphard, Mazda, BMW dan Toyota Camry.

Alphard berkenaan tertanggal bampar hadapannya akibat letupan itu dan kelihatan tompok-tompok hitam di atas jalan berhampiran kenderaan tersebut termasuk serpihan kaca.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa ketika dihubungi berkata sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan berdekatan dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, lapor Bernama.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bom kedua tersebut berjaya diletupkan Unit Pelupusan Bom Polis pada jam 12.30 tengah hari.

Mangsa kejadian berusia di antara 20 hingga 42 tahun, dua daripadanya wanita. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Ampang.

Setakat ini, 11 mangsa - enam lelaki dan lima wanita - yang sedang dirawat terdiri daripada empat warga China, satu Singapura, satu Thailand, manakala selebihnya adalah warga tempatan.

Terdahulu, tujuh daripada mereka - enam lelaki, satu wanita - telah dihantar ke hospital swasta Tung Shin sebelum dipindahkan ke HKL sekitar jam 6.30 pagi.

Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian letupan bom di Bukit Bintang dengan kegiatan pengganas.

Ahmad Zahid meminta masyarakat agar bertenang ekoran kejadian letupan bom yang meragut satu nyawa dan mencederakan 13 yang lain di Bukit Bintang awal pagi tadi.

Beliau berkata pihak polis sedang menyiasat insiden berkenaan dan akan memaklumkan perkembangan terkini.

"Saya akan minta pihak PDRM mengeluarkan kenyataan mengenainya apabila bukti konklusif dan penyiasatan telah dijalankan," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di bangunan Parlimen berkata insiden itu mungkin berpunca daripada persaingan dalam perniagaan.

Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan apa-apa maklumat kerana penyiasatan polis masih berjalan.

“Oleh kerana ini baru beberapa jam sejak kejadian berlaku, jadi belum dapat apa-apa maklumat mengenai apakah motif, apakah tujuan, siapakah yang melakukannya dan sama ada yang melakukannya adalah orang tempatan atau orang asing.

“Tidak semua maklumat boleh didedahkan sehingga maklumat yang pasti dan sahih didapati selepas penyiasatan,” katanya.

Namun, beliau memberi jaminan bahawa  pihak polis akan ambil tindakan dan orang yang terlibat tidak boleh terlepas daripada menerima hukuman.

Beliau turut menyampaikan rasa simpati kepada mereka yang cedera di dalam letupan itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://klxpress.com.my/?p=18839

Hasil siasatan
1. Sehingga kini terdapat 10 orang cedera ( 8 lelaki Dan 2 perempuan)
2. Letupan disyaki bom hand grenade ( telah disahkn oleh Unit Bom dan Forensik )
3. Terdapat 4 Kereta Ada kesan sprinter letupan,

Senarai nama mangsa yang dirawat di Hospital Tong Shin:

1.Lim Soon Hock (L)
KPT: 631210-07-5045

2.Teoh Keow Meng (L)
KPT: 740710-07-5167

3.Yaw lee Hock (L)
KPT: 730530-06-5181

4.Revindran chitavelu (L)
KPT: 650717-04-5391

5.Jasu (L/Thailand)
No passport: Y844674

6.Wong Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D

7.MA Yunfeng (P/China)
No passport: E19669631

8. YONG Jiaqin (P/China)
No passport: belum diperolehi

9. WONG Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D

10.TIONG KWANG YIE(L)
KPT: Belum diperolehi

4 buah kereta yg ada kesan sprinter letupan:
1. WVL168 Toyota alphard warna putih
2. WTT8999 Toyota Camry warna putih
3. WTV36 BMW325i warna putih
4. WXJ333 Mazda2 warna kelabu.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:45 PM | Show all posts
http://klxpress.com.my/?p=18843

Pergaduhan Kumpulan Gengster Punca Letupan Di Bukit Bintang – Polis
KUALA LUMPUR: Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.
Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.
“Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.
“Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.
“Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu,” tambahnya.
Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api-MSTAR
Last edited by MissMamamia75 on 9-10-2014 01:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:48 PM | Show all posts
alahai... ngeri nye....

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng ni depa x kacau org cuma yg kacau depa je..cuma mmg kena cantas lah yg kepala2 tu..aku nak keadilan utk arwah timb.peng kastam tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2014 01:51 PM | Show all posts
becir posted on 9-10-2014 11:41 AM
ada gak orang menyokong tempat ni dibom...meleis oh meleis

pelik kan?...

ka tak pelik...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:51 PM | Show all posts
dekat mana diorang beli bom?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 01:53 PM | Show all posts
dah page 5 baru meratib nuwart...nuwart...nuwart.dah sendu agknya nuwart neh?selalunya 1st page dah puas ratib
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
KL dah start ada bom bom ne ... Bertambah tak selamat la ... Setaraf ngan Zakarta,Manila, Hayyai, Islamabad, Mumbai ... Lepas ne warga akan takut la pergi ke tempat tumpuan ... Dan skuad pencegah bom akan mula kerja keras.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 9-10-2014 11:32 AM
tanah tu hak diorang ke?

Ko tanya dia org sendiri la.. Kelab2 malam mesti upah gangster nak bg kelab dia org selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:57 PM | Show all posts
bila orang berhibur kena bom salahkan orang berhibur...

abis tu orang tengah sembahyang kena tembak salahkan orang sembahyanglah...

kalau minda tu dah terlalu totok dengan prejudis buatan sendiri, bengapnya tak terjangkau akal...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 01:59 PM | Show all posts
Ah baru pasan ada sak-kai sorang dlm list nama tu
No wonder kena bom
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 02:06 PM | Show all posts
yang tepuk tangan dengar bunyi bom tu tu sila ke Gaza atau Syria. Lagi cepat kamu syahid lagi bagus untuk Malaysia...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 02:12 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 9-10-2014 02:06 PM
yang tepuk tangan dengar bunyi bom tu tu sila ke Gaza atau Syria. Lagi cepat kamu syahid lagi bagus  ...

mungkin orang sama yg cakap plane mas kene tembak sbb hidang arak kat penumpang...


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 02:14 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 9-10-2014 01:51 PM
pelik kan?...

ka tak pelik...

apa nak pelik decaf..islam meleis malaysia ni menuju ke arah afghanistan gohead gostan by 2020...wakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 02:16 PM | Show all posts
cina sama cina gaduh

pelancong ereb tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 02:23 PM | Show all posts
becir posted on 9-10-2014 02:12 PM
mungkin orang sama yg cakap plane mas kene tembak sbb hidang arak kat penumpang...

sila beri penghormatan negara pada budak jockey yang terkorban. bole?...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 02:24 PM | Show all posts
tekoyong posted on 9-10-2014 02:16 PM
cina sama cina gaduh

pelancong ereb tepuk tangan

eleh... sekadar bom je.
syukur, malaysia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 02:32 PM | Show all posts
katanya malaysia masih aman???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197145 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.072721 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list