buragazz posted on 8-10-2014 06:55 PM 
Iishh.. Adlin pun patut gi jumpa MS bukan buat statement.. bende ni akan jadi lebih kecoh dan jika k ...
sangat complicated, even side anak saloma dan AR Tompel pun ada cerita masing2...
Kuala Lumpur: Waris kepada Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma kesal dengan filem biopik Saloma yang memberikan gambaran negatif dan tidak tepat di mana ia dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada generasi akan datang. Perkara itu didedahkan Arzanee Armalie, 37, cucu kepada biduanita berkenaan atau nama sebenarnya Salmah Ismail apabila ada segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menyentuh peribadi keluarganya dan dianggap untuk kepentingan sendir“Filem itu juga seolah-olah memperbodohkan keturunan nenek (Saloma), termasuk bapa (Armalie Arman Ramli ) apabila menayangkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah. “Gambaran yang dipaparkan rata-ratanya berunsur negatif dan tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam. Katanya, dia tertekan dengan perkara itu dan tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan khalayak memandangkan imej keluarganya tercalar berikutan tayangan filem terbabit. “Perkara yang paling dikhuatiri apabila masyarakat memandang buruk terhadap generasi Allahyarham Puan Sri Saloma akan datang termasuk anak-anak saya, ” katanya.
Melissa saila punya side :
Melissa tidak tahu agenda Arzanee
MENERUSI laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan minggu lalu, cucu kepada biduanita Saloma, Arzanee Armalie melahirkan rasa kesal terhadap sutradara Melissa Saila kerana memaparkan beberapa perkara yang tidak benar menerusi filem biopik arahannya, Saloma. Menurut laporan tersebut, filem yang dibintangi oleh Nabila Huda, Azhan Rani, Tony Eusof dan Sazzy Falak itu dikatakan telah menyentuh hal peribadi keluarganya serta dianggap tidak menjaga sensitiviti waris Saloma yang lain, termasuk memaparkan adegan Armalie Arman Ramli mengalami masalah menagih dadah. Pada masa yang sama, Arzanee mendakwa, dia masih belum menerima sebarang royalti atau bayaran daripada pihak Melissa Saila mahupun Astro selepas biopik tersebut ditayangkan bermula pada minggu lalu. Kosmo! menghubungi Melissa, 42, bagi mendapatkan kepastian mengenai dakwaan Arzanee itu. Kosmo!: Arzanee mendakwa pihaknya masih tidak menerima sebarang pembayaran royalti daripada pihak Melissa. Adakah dakwaan itu benar? MELISSA: Sejujurnya, saya enggan memanjangkan perkara ini. Jika dia tidak berpuas hati dan mempunyai sebarang masalah, dia boleh menghubungi saya secara peribadi. Apa yang menghairankan saya, mengapa dia mahu menghebahkannya kepada umum dengan bercerita kepada pihak media? Apakah jalan terbaik bagi anda untuk menyelesaikan masalah ini? Saya tunggu tindakan lanjut daripada pihaknya kerana dia yang memulakan perkara ini terlebih dahulu. Namun, ketika saya cuba menghubunginya baru-baru ini, dia tidak menjawab panggilan saya. Adakah hubungan anda dan Arzanee sebelum ini dalam keadaan baik? Sebelum perkara ini timbul, saya pernah beberapa kali berjumpa dengannya. Dia turut datang berjumpa dengan ibu saya (Mariani) ketika sambutan hari raya bulan lalu. Selain itu, saya juga ada menjemputnya ke majlis pelancaran filem biopik tersebut, namun dia tidak hadir. Adakah dia bertindak sedemikian kerana ingin mengambil kesempatan atas kejayaan yang dikecapi oleh filem biopik Saloma? Saya kurang pasti dan enggan memberikan sebarang komen mengenai hal tersebut. Sebelum ini, saya pernah mengarahkan sebuah dokumentari mengenai Saloma. Namun, tiada siapa yang membangkitkan sebarang isu mengenainya. Kebanyakan orang yang menonton filem ini juga memuji dan menghargai naskhah tersebut. Arzanee turut mendakwa anda tidak menjaga sensitiviti waris Saloma dengan memaparkan adegan bapanya, Armalie Arman Ramli sebagai seorang yang bergantung pada najis dadah. Adakah dakwaan itu benar? Jika dakwaan terbabit benar, sila datang berjumpa saya dan tunjukkan buktinya. Tidak takut isu seperti ini akan menjejaskan kredibiliti anda sebagai pengarah dan pencapaian yang diterima oleh filem biopik Saloma? Tidak. Adakah anda akan terus mengarahkan filem yang berbentuk seperti ini? Ya, mengapa tidak? Apakah perkembangan terbaharu anda? Saya akan mengarahkan sebuah drama bersiri berjudul Kampung Semerah Padi. Antara pelakon yang terlibat menerusi drama itu adalah Sabri Yunus dan Shila Mambo.
|