|
burungantu posted on 21-5-2014 12:36 PM
KENAPA UNCLE MENYEBOK....(dan Uncle yakin...sebab yg sama Tuan @mnm77 pun masuk campur ):
- Bila ... KENAPA UNCLE MENYEBOK....(dan Uncle yakin...sebab yg sama Tuan @mnm77 pun masuk campur ):
- Bila seorg mengadu..."ada masalah gangguan" atau "Saka"..atau 'Perubatan"....
ada pihak yg memberi nasihat supaya membaca Ayat Ayat Al Quraan sebagai usaha & doa...
TAPI...dibidas dengan kata kata......BACA AYAT..LEBIH BYK SETAN DATANG...
- BACA AL QURAN khususnya himpunan ayat ayat yg diberi nama manzil akan menyesatkan.
SUDAHNYA???? Buruk benar pandangan tuan pada saya, sebab apa??
Jika saya kata ' kebergantungan pada ayat' terutama manzil, syaitan yg bakal hadir, salah kah? jika salah, sila buktikan ianya salah dan sila tunjukkan syaitan lari kerkangkang kangkang bila dibacakan manzil, tu je.
Allah suruh bergantung dan minta perlindungan daripadaNYA jika mendapat gangguan syaitan, tapi kita diajar pula nak minta perlindungan kene baca manzil, kamu kene baca manzil ni, supaya saka tu lari, supaya sihir tu hilang, supaya jin tak kacau, saka mana yg takut manzil? sihir yg mana boleh terlerai dengan manzil? jin mana yg tak boleh mengacau jika orang tu sentiasa mengamalkan manzil???
Bergantunglah sebenar benar kebergantungan pada Allah, bukan pada script doa, bukan pada mentera arab ke, mentera jawa ke, mentera inggris ke, jampi arab ke atau apapun selain Allah.
Ayat Quran dah banyak diturun taraf jadi ayat penyeri muka, ayat pembungkam, ayat pendinding, ayat pengasih, ayat pelembut, ayat penguat, ayat ayat pelaris, ayat pemurah rezeki, ah macam macamlah kategori ayat, tu yg gantung kat kedai la, kat pinggang la, kat leher la, kat pintu la..... hebat sungguh Quran tu kannnnnn, alasan apa Doa???? kalau orang gantung tulang babi, tulang kokang dibacakan Quran boleh tak? jangan kata tak boleh, ada orang buat tuuuu.....
Maaf uncle, terkasar bahasa sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
uncl.OWL..
Maaflah kalo kata2 saya sbb kan uncl dan guru uncl terguris hati..
Pasal Manzil tu saya dah jelaskan pahaman saya..dan saya tidak menyuruh/menghasut pon sesape untuk percaya dan ikuti pahaman saya,,
Pengamalan yg salah dan disandarkan kepada nabi tu yg saya x setuju..
Kalo Uncl atau sedara MnM nak amalkan Manzil "ayat2 quran" seperti yg dinyatakan dlm hadis tu harap2 ikut juga cara nabi mengamalnyer...iaitu dibacakan ketika merawat sakit "gila"..bukan untuk jadi pendinding/pagar diri bagai..
Nampaknyer walaupon dah panjang lebar bincangnyer tapi masih belum jumpa titik temunyer...
saya undur diri dulu..
Assalamualaikum
|
|
|
|
|
|
|
|
AYAT-AYAT MANZIL
Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq
An Naas
Surat Dari Maulana Muhammad Talha
Anak Maulana Muhammad Zakaria (RAH) Mengenai “MANZIL”
Ayat-ayat Al-Quran terdapat di bawah ini terkenal di dalam keluarga kami sebagai “Al-Manzil”. Alim ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.
Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasullullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.
Rasullullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan alim ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca “Manzil” ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) teah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.
Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa, “Tiga tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain”.
Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar” “Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah”.
Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripa Al-Quran yang telah ditanda di tempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara berasing. Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat “Manzil” sebagai sebuah buku kecil.
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)
Nota: Dipetik dari Manzil Resam Uthmani
Begitu taksubnya manusia akhir zaman pada 'ayat Quran' terutama manzil.... terlalu konfident mendapat apa yg dihajat, seolah Allah melebihkan mengabulkan doa pada sipengamal manzil ini.... sednagkan terang dan nyata pujian yg dilakukan hanya tipuan, tidak jujur, tidak sepenuh hati, ada udang disebalik kayu....berpura pura memuji Allah untuk kepentingan diri
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 21-5-2014 04:33 PM
AYAT-AYAT MANZIL Begitu taksubnya manusia akhir zaman pada 'ayat Quran' terutama manzil.... terlalu konfident mendapat apa yg dihajat, seolah Allah melebihkan mengabulkan doa pada sipengamal manzil ini.... sednagkan terang dan nyata pujian yg dilakukan hanya tipuan, tidak jujur, tidak sepenuh hati, ada udang disebalik kayu....berpura pura memuji Allah untuk kepentingan diri Bawak mengucap bro, terlebih pandai dah ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak jumpa gambo Maulana Talha RAH sebenarnya (dia tak suka ditangkap gambar)
Kalau p hotel...TV pun depa tutup dgn kain..sebab dia buka sja tak suka tonton TV.... tengok TV pun tak suka!..
Tapi ada juga terlepas satu dua gambar "curi" Maulana
Gambar Maulana Talha sedang makan..di Madinatul Munawwarah..2013
Tuan mnm77 munkin pernah bertemu Maulana Talha kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa beza 'manzil' yg diambil drpd Quran dan hadis
dgn 'manzil' yg diambil drpd laman blog? |
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 21-5-2014 06:17 PM
Susah nak jumpa gambo Maulana Talha RAH sebenarnya (dia tak suka ditangkap gambar) Gambar Maulana Talha sedang makan..di Madinatul Munawwarah..2013
Tuan mnm77 munkin pernah bertemu Maulana Talha kot?
Errr.. saya pun tak pasti saya dah bertemu... (mana tau kot-kot dah terserempak tapi tak kenal)
Tapi saya pernah temu Maulana Saad, yang merupakan cicit Maulana Ilyas. Maulana Ilyas merupakan bapa saudara Shaikhul Hadith Maulana Zakariyya Khandahlawi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 22-5-2014 02:18 AM
Apa beza 'manzil' yg diambil drpd Quran dan hadis
dgn 'manzil' yg diambil drpd laman blog?
Bezanya, 'manzil' yang diambil dari Al-Quran dan Hadith, dengan pemahaman yang betul, merupakan Sunnah dan Insya-Allah ada manfaatnya
'Manzil' yang diambil dari laman blog pula, ikut kefahaman masing-masing DAN:
-Kalau niat betul dan ikut Sunnah, Alhamdulillah
-Kalau niat tak betul dalam amalan 'manzil', kena perbetul balik niat MOHON PERLINDUNGAN ALLAH
Tapi kalau ada yang buat FITNAH kata 'manzil' tu amalan yang mendatangkan banyak Syaitan, tanpa membawa dalil yang kukuh, fitnah macam ni kita tolak ketepi saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkara yang tak mahu difahami oleh perawat YANG ANTI MANZIL:
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)
Nota: Dipetik dari Manzil Resam Uthmani
AYAT-AYAT MANZIL
Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq
An Naas
Alhamdulillah...semua ayat yang ditulis di atas tu ayat Al-Quran... dari hadith, himpunan ayat-ayat itulah dirujuk sebagai 'manzil'
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian. (Al-Isra, 82)
Sesiapa yang TAK PERCAYA Al-Quran itu penawar (syifa) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, maka dia BUKANLAH termasuk dalam golongan orang yang percaya KALAM ALLAH. Rukun Iman termasuklah beriman kepada Kitab Allah, yakni Al-Quran.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 22-5-2014 09:12 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 21-5-2014 05:34 PM
Assallamualaikum warahmatullah
sahabat Uncle yg dihormati Tuan HK...harap tak tersinggung...{: ...
Waalaikumsalam uncle
Mungkin terlalu keras kenyataan saya tersebut, dan apa yg saya merah merahkan tu pada pendapat saya adalah amat bertepatan pada semua peringatan Allah yg dalam Quran, tiada tujuan saya nak menemplak pendapat ulama tersebut. Tiada sesuatupun yg boleh memberi menafaat selain Allah atau jika yg lain dari Allah(ayat Quran) semestinya dengan izin Allah, bukan automatik. Ianya tak sama macam tembok, payung dll, iaitu yg dah sah sah untuk kegunaan manusia.
AlQuran hanya peringatan, ianya memang boleh menghapuskan syaitan/ senjata mengalahkan syaitan dan apapun kegunaan manusia secara ghaib jika sipembacanya dapat 'izin' menggunakannya. tetapi ulasan yg saya merahkan tersebut terang terang dia kata 'BOLEH' yg macam macam tu... kan sangat bersalahan tu walaupun yg menulisnya seorang ulama besar. AlQuran pun diturunkan untuk syaitan juga, bukan hanya untuk kita manusia. Dan syaitan hanya tak boleh mengalahkan orang yg ikhlas, bukan bacaan yg ikhlas atau doa yg ikhlas, berbeza tu.
Waulohua'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-5-2014 08:58 AM
Perkara yang tak mahu difahami oleh perawat YANG ANTI MANZIL:
Suatu perkara yang sangat penting d ... Sesiapa yang TAK PERCAYA Al-Quran itu penawar (syifa) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, maka dia BUKANLAH termasuk dalam golongan orang yang percaya KALAM ALLAH. Rukun Iman termasuklah beriman kepada Kitab Allah, yakni Al-Quran. AlQuran memang penawar, tak de sapa nafikan, tapi penawar hati, penawar jiwa, penawar penyakit seperti gila, kencing manis, penawar penyakit penyakit darah spt hipotetis dsb, penawar penyakit yg tak dijumpai ubatnya dalam perobatan moden dan tradisional, memang AlQuran adalah penawar!!!
Tapi kalau percaya Quran mampu beri itu ini, siap boleh digantung dileher, siap kata boleh halang sihir.... mengarut sangat tu....
Jin sihir pun boleh baca Quran, senang jek tembus pada pembaca Quran, tapi takkan tembus pada ORANG YG IKHLAS... SYAITAN TAKKAN MAMPU MENEWASKA ORANG YG IKHLAS.... janganlah bergantung pada ayat, bergantunglah pada Allah sepenuh penuhnya pergantungan, berserah bulatlah pada Allah
an nahl 99 "Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka."
|
|
|
|
|
|
|
|
10. Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
11. Katakanlah lagi (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;
12. Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah).
13. Katakanlah lagi: Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya).
14. Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.
15. Maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya). Katakanlah lagi: Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata. |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 22-5-2014 12:42 PM
Jin sihir pun boleh baca Quran, senang jek tembus pada pembaca Quran, tapi takkan tembus pada ORANG YG IKHLAS... SYAITAN TAKKAN MAMPU MENEWASKA ORANG YG IKHLAS.... janganlah bergantung pada ayat, bergantunglah pada Allah sepenuh penuhnya pergantungan, berserah bulatlah pada Allah
Tiada satu pun saya kata suruh bergantung pada 'ayat' seperti ada kuasa macam kepercayaan sesetengah orang pada tangkal! Tuan dah salah faham, sambil mengulangi tuduhan!
Saya kan dah BERULANG-ULANG kali tulis: NIAT MOHON PERLINDUNGAN ALLAH.
Allah yang berkuasa! Inilah yang berkali-kali saya sebut, tapi berkali-kali tuan nak tuduh macam saya pertahan manzil tu macam tangkal. Kenapa lah tuan susah sangat nak faham? Kalau ada orang lain yang salah dalam amalan manzil, tuan tak boleh salahkan manzil, salahkan orang itu! Saya tak pernah pertahan niat yang salah dari amalan manzil.
Bila niat betul, YAKIN dengan kebenaran Kalam Allah (ayat manzil), ikut Sunnah (cara Nabi), ada kejayaan.
Bila yakin dengan kebenaran Kalam Allah (manzil sebagai isti'azah/doa), itu tandanya MINTA pada Allah, tak timbul isu TAK BERGANTUNG pada Allah.
an nahl 99 "Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka."
Cukup benar, sebab tu amal manzil tu kena TAWAJJUH pada Allah, ikhlas, maka Syaitan tak mempunyai sebarang pengaruh pada orang-orang yang beriman. Cuma yang salah faham tuan, tuan borong dengan buat fitnah amalan ayat Quran (manzil) tu penyebab lagi banyak Syaitan datang tanpa membuktikan dengan dalil yang pasti.
Sebaliknya, dalil yang pasti sebenarnya tuan dah bawa untuk membenarkan manzil. Bagaimana boleh jadi macam tu?
"Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka."
Bagi sesiapa yang beriman, beramal dengan ikhlas, tawajjuh pada Allah, membaca ayat Al-Quran berkaitan isti'azah (contoh manzil), ikut cara Sunnah, nescaya Syaitan tak berkuasa ke atasnya. INI DALIL YANG PASTI!
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 22-5-2014 04:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian. (Al-Isra, 82)
Sesiapa yang TAK PERCAYA Al-Quran itu penawar (syifa) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, maka dia BUKANLAH termasuk dalam golongan orang yang percaya KALAM ALLAH.
Rukun Iman termasuklah beriman kepada Kitab Allah, yakni Al-Quran. Dan ayat-ayat manzil itu sendiri merupakan ayat-ayat Al-Quran.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-5-2014 04:09 PM
Tiada satu pun saya kata suruh bergantung pada 'ayat' seperti ada kuasa macam kepercayaan seseteng ... Tiada satu pun saya kata suruh bergantung pada 'ayat' seperti ada kuasa macam kepercayaan sesetengah orang pada tangkal! Tuan dah salah faham, sambil mengulangi tuduhan!
Saya kan dah BERULANG-ULANG kali: NIAT MOHON PERLINDUNGAN ALLAH.
Allah yang berkuasa! Inilah yang berkali-kali saya sebut, tapi berkali-kali tuan nak tuduh macam saya pertahan manzil tu macam tangkal. Kenapa lah tuan susah sangat nak faham?
Bila niat betul, YAKIN dengan kebenaran Kalam Allah (ayat manzil), ikut Sunnah (cara Nabi), ada kejayaan.
Bila yakin dengan kebenaran Kalam Allah (manzil sebagai isti'azah/doa), itu tandanya MINTA pada Allah, tak timbul isu TAK BERGANTUNG pada Allah.
an nahl 99 "Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka."
Cukup benar, sebab tu amal manzil tu kena TAWAJJUH pada Allah, ikhlas, maka Syaitan tak mempunyai sebarang pengaruh pada orang-orang yang beriman. Cuma yang salah faham tuan, tuan borong dengan buat fitnah amalan ayat Quran (manzil) tu penyebab lagi banyak Syaitan datang tanpa membuktikan dengan dalil yang pasti.
Dalil yang pasti seperti tuan dah bawa di atas:
"Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka."
Bagi sesiapa yang beriman, beramal dengan ikhlas, tawajjuh pada Allah, membaca ayat Al-Quran berkaitan isti'azah (contoh manzil), ikut cara Sunnah, nescaya Syaitan tak berkuasa ke atasnya. INI DALIL YANG PASTI!
WAllahu a'lam Betul sangat tu tuan, jangan bergantung selain Allah, dan tuan fasih berbahasa arab tentunya tuan baca manzil dengan sempurna untuk memuji Allah, untuk mengingati Allah dan yg utama sekali tuan baca manzil sebagai cara tuan berdoa, sebab tuan tau maknanya sebijik sebijik.
Tapi apa yg berlaku dinusantara ini adalah disebalik yg tuan lakukan, mereka rata rata membaca dan mengamalkan manzil dengan sangkaan manzil tu ada keistimewaan, bukan sebagai doa pun, sebab rata rata pengamalnya tak taupun apa yg dibacanya, hanya tau sebut.... ibarat kalau manzil tu ditulis dan diterjemah dalam bahasa tamil yg boleh di bunyikan oleh kita, kita sebut hari hari dengan anggapan manzil dlm bahasa tamil tu adalah satu doa yg ada kelebihannya tersendiri. ini yg saya sebutkan sebagai mentera, tangkal.
Kebergantungan pada Allah adalah dalaman, hati dan segenap perasaan, bukan bergantung pada bait bait doa yg tersusun indah walaupun Quran.
Berserah bulat bulat pada Allah bukan dengan manzil (jika yg membacanya tak fahampun maknanya), berserah pada Allah sangat mudah, tanpa perlu bicara mulut.... tapi utamanya bicara hati. orang yg berserah bulat pada Allah pun belum tentu dah capat tahap 'mukhlis'
Orang yg ikhlas iaitu yg tak mampu ditewaskan oleh syaitan bukan dengan membaca doa manzil dengan ikhlas, tetapi orang yg seluruhjiwanya dan raganya dan segala amal dan perbuatannya tanpa ada tujuan lain selain hanya dan semata mata kerana Allah, malah setiap detik dan hembusan nafasnya hanya kalimah Allah yg bergema di hatinya... boleh ke jumpa orang macam ni lagi???
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 22-5-2014 04:30 PM
Orang yg ikhlas iaitu yg tak mampu ditewaskan oleh syaitan bukan dengan membaca doa manzil dengan ikhlas, tetapi orang yg seluruhjiwanya dan raganya dan segala amal dan perbuatannya tanpa ada tujuan lain selain hanya dan semata mata kerana Allah, malah setiap detik dan hembusan nafasnya hanya kalimah Allah yg bergema di hatinya... boleh ke jumpa orang macam ni lagi???
Mungkin tuan belum jumpa orang yang IKHLAS yang beramal dengan manzil dalam MOHON PERLINDUNGAN ALLAH, sebab tu tuan gemar salahkan manzil. Yang tuan dah jumpa, mungkin yang salah niat dalam beramal dengan manzil. Sebab tu timbul salah faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 22-5-2014 04:34 PM
Rukun iman antaranya percaya pada kitab, tapi bukan percaya isi kitab boleh halau dan elak gangguan syaitan, sebab kitab itu sendiri adalah untuk sekelian alam....peringatan, hikmah, syifa'.... syifa' juga pada para syaitan kan
Salah tu. Untuk Syaitan, Al-Quran tak jadi Syifa, ia jadi penambah kepada KERUGIAN. Sila lihat dan baca betul-betul ayat tu . Tuan dah salah faham tu.
Baru azan Asar di tempat saya. Hayya 'Ala As-Solaahh...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|