|
|
[Tempatan]
Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia-Sabtu, 26 April 2014
[Copy link]
|
|
|
michelle tak dtg erkk? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tengah tengok live tb3
...KJ juga yg sambut uncle O kat subang  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hencem body guard pak cik obama  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
skg TV3 tgh menjilat amereka |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
UM beku program sempena kehadiran Obama
KUALA LUMPUR: Pentadbiran Universiti Malaya mengeluarkan arahan agar semua program dalam kampus dibekukan pada tarikh 26 hingga 27 April sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke kampus itu pada Ahad ini.
Arahan itu dikeluarkan melalui satu surat kepada kesemua jabatan yang menyebut ianya atas tujuan keselamatan dan nasihat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Pihak kedutaan amerika Syarikat telah memlih Universiti Malaya untuk menganjurkan 'US Embasy Town Hall' pada 27 April 2014 di Dewan Tunku Chanselor, Universiti Malaya
"Bagi tujuan kawalan keselamatan, pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan supaya tiada sebarang aktiviti atau program dijalankan di dalam kampus pada tarikh tersebut," kenyataan surat itu dipetik.
Obama dijadual tiba di Malaysia pada petang 26 April (Sabtu) ini dengan menaiki pesawat Air Force One dan akan mendarat di pangkalan TUDM di Subang.
Kehadiran Omaba ke Malaysia ini adalah sempena siri jelajah beliau ke Aisa yang yang tertangguh pada Oktober lepas berikutan krisis bajet yang menyebabkan penutupan separuh Kerajaan AS.
Ketibaan Presiden AS ke-44 akan disambut dalam satu majlis rasmi di Dataran Parlimen diikuti upacara menghadap Yang di- Pertuan Agong dan jamuan negara di Istana Negara.
Pada Ahad, Obama dijadual melawat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak dan kemudian lawatan kebudayaan ke Masjid Negara.
Selepas itu, beliau bakal mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh kedua-dua pemimpin, dan pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan dinamik.
Acara kemuncak akan diadakan di Universiti Malaya bersama pemimpin-pemimpin muda terpilih dari 10 negara Asean.
Pada pagi Isnin, Obama akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian korporat sebelum berlepas ke Manila. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PMUM: UM 'keterlaluan' sambut Obama
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tidak berpuas hati dengan tindakan pihak kampus yang didakwanya "keterlaluan" dalam menyambut lawatan Presiden Amerika Syarikat itu ke universiti tersebut Ahad ini.
Setiausaha Agungnya, Fahmi Zainol (kiri) berkata, ini kerana pihak kampus akan menutup empat daripada lima pintu pagar dari laluan pelajar
Katanya, hanya satu pintu akan dibuka kepada pelajar iaitu pintu Damansara yang menurutnya terletak jauh dari kampus.
Menurut Fahmi, notis yang baru diterima semalam mengenainya adalah terlalu lewat bagi memaklumkan perkara penting sedemikian.
"Pihak kampus terlalu sensitif terhadap kedatangan Obama ini," katanya dalam sidang media di Masjid Negara.
"Tak perlu menutup semua pintu menyusahkan pelajar itu sendiri.
"Kita bantah terhadap kawalan keselamatan Universiti Malaya yang ketat dan tidak mesra pelajar.
"Lawatan beliau (Obama) cukup bagus untuk berdialog dengan pemimpin muda.
"Kawalan keselamatan terlalu ketat menyebabkan kesukaran kepada pelajar," tambahnya.
Bahkan, katanya, beberapa program yang telah dirangka oleh mahasiswa terpaksa dibekukan mengakibatkan mereka menanggung kerugian.
Sementara itu, PMUM juga, ketika mengalu-alukan kedatangan Obama, mengambil kesempatan menyatakan bantahan mereka terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
"TPPA menjadikan Malaysia, sebagai negara yang terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika,” katanya.
Sementara itu, Malaysiakini menghantar e-mel kepada pejabat naib canselor dan pejabat perhubungan antarabangsa dan korporat Universiti Malaya untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan mahasiswa itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 26-4-2014 05:11 PM 
michelle tak dtg erkk?
tak...takut xder air katanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

mesti bangga tokey stesen caltex ni..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Obama Tiba, Selamat Datang Tuan Presiden
Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014
5:12 PM

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
KUALA LUMPUR: Presiden Barack Obama tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada Sabtu untuk lawatan kerja selama tiga hari ke negara ini.
Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat ini selamat mendarat di pangkalan berkenaan pada pukul 5 petang selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan.
Ini merupakan lawatan pertama Obama ke Malaysia sejak beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Antara tempat pertama yang akan dilawatinya ialah Bangunan Parlimen. Beliau kemudiannya akan melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertuan Agong dan menghadiri santapan diraja bersama Tuanku di Istana Negara.
Malaysia merupakan negara ketiga dalam jadual lawatan Obama ke empat negara di Asia. Sebelum Korea Selatan, beliau melawat Jepun.
Beliau akan mengakhiri lawatan itu dengan mengunjungi Filipina pada Isnin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
myvios posted on 26-4-2014 05:21 PM 
mesti bangga tokey stesen caltex ni..
beratur isi minyak ron95 subsidi kerajaan malaysia agaknya..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Obama tiba untuk lawatan tiga hari
oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
SUBANG 26 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba kira-kira pukul 4.50 petang di sini hari ini, bagi memulakan lawatan tiga hari ke Malaysia.
Ketibaan Obama di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Yang turut hadir menyambut Obama ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Dr. Awang Adek Husin.
Sebelum ini lawatan pemimpin nombar satu dunia itu ke Malaysia ditunda beberapa kali ekoran krisis politik yang menyebabkan pentadbiran kerajaan AS lumpuh.
Obama merupakan Presiden AS kedua melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
Lawatan bersejarah itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan Obama ke Asia meliputi negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina.
Kunjungan tersebut membawa makna besar bagi Malaysia kerana ia menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini selain pengiktirafan terhadap kepimpinan Najib.
Pada masa yang sama, kesediaan Obama memilih Malaysia juga menunjukkan Washington yakin dengan situasi politik di negara ini yang aman dan harmoni.
Sempena lawatan ini, Najib dan Obama dijangka membincangkan kerjasama ekonomi, pelaburan, aspek keselamatan, pertahanan serta sains dan teknologi.
Beliau juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan melawat Masjid Negara. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -hari#ixzz2zz1MUNAz
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 26-4-2014 05:11 PM 
michelle tak dtg erkk?
Penat ah Daus, Asia Tour nih. Letih ahkak tu nk tour 3+2+3+2 tak balik2 US.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 26-4-2014 05:06 PM 
orang amerika yang tengok CNN pun heran rupanya ada negara yang punya bendera serupa dorang...
...
gelak aja kot depa sbb ada negara usa wanabe |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|