True-X posted on 10-4-2014 01:56 PM
Aku btol2 wish kita kembali pada zaman melayu mcm ni..tak judge org atas pkaian agamanyer.... bu ...
Pesanan untuk MUSLIMIN (LELAKI) .
Cara berpakaian mestilah yg baik dan sopan dengan tidak menunjuk-nunjuk ataubermegah-megah.
Memetik kata-kata Ibnu Umar:
"Pakaian yang tidak disanjung oleh orang-orang yg bodoh, dan tiada dicaci oleh orang-orang yg bijaksana kerana melebihi batasan pertengahan"
Di sini dapatlah dilihat bahawa Islam menyarankan agar umatnya memakai pakaian yg baik (secara sederhana tanpa membazir atau menunjuk-nunjuk dan membangga diri). Kerana membangga diri atau riak dan takbur adalah suatu perbuatan yg dilarang di dlm Islam, sebagaimana yg dpt kita lihat di dlm hadis Nabi S.A.W:
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu." [HR. Muslim]
Pernah suatu ketika Imam Malik memberikan fatwa dlm keadaan dirinya yg memakai pakaian yg org melihatnya kurang meyakinkan (dapat digambarkan seperti memakai singlet). Org ramai tdk menghiraukan beliau sehingga beliau pulang ke rumah dan menukar pakaiannya kepada jubah yg bersih kemas dan berserban barulah org ramai mendengar fatwanya.
Jelas di sini bahawa pemakaian memainkan peranan penting bagi mendapat "thiqah" (kepercayaan) orang ramai. Pakaian yg kemas, bersih dan cantik melambangkan seseorg itu berjiwa kemas dan menarik. Justeru, berpakaianlah menurut garis panduan Islam bukan hawa nafsu!
Pesanan untuk MUSLIMAH juga.
Dihadapan Mahram Selain Suami Dan Wanita Muslimah: Wajib menutup antara pusat dan lutut dan bg mengelakkan fitnah adalah lebih baik menutup seluruh anggota badan kecuali kepala, muka dan kaki Dihadapan Wanita Kafir: Kesemua anggota kecuali muka dan tapak tangan (menurut pendapat Mazhab Syafi'e, Maliki dan Hanafi. Mazhab Hambali mengatakan makruh jika diperlihatkan kepala dan kaki).
Last edited by abbyhoney on 14-4-2014 01:38 PM
|