|
Remy berkali-kali tekan kalkulator di hadapannya itu sambil menyelak fail di hadapannya. Terdengar pintu bilik dikuak laju.
“Oiii!!”
“Astaghfirullah..dah tak reti nak bagi salam ke?”
Berderau darah Remy sambil mengurut dadanya. Shahnaz ketawa lalu menepuk belakang badan Remy.
“Sorry, bro…”
Remy mengintai Puteri Sarah yang berdiri di belakang Shahnaz.
“Hai Sarah..” tegur Remy sambil melambai tangan.
Shahnaz toleh memandang Puteri Sarah. Kemudian dia pandang Remy semula.
“Hamboiii!”
“Hahaha..relek bro! Kenalkanlah aku dengan dengan si gadis comel ni..” Remy bangun berdiri sambil tersenyum memandang Puteri Sarah.
Shahnaz menggelengkan kepalanya.
“Sarah..kenal kan ni Remy, sahabat abang.”
Puteri Sarah hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Abang.. eh abang plak! Hahaha”
“Kau jangan nak macam-macam sangat Remy..kang penumbuk ni hinggap jugak dekat pipi kau tu!”
“Hahaha eh, jom sambung buat keje! Aku rasa akaun kita tak balance la..berserabut!!”
“Jap.” Shahnaz menarik Puteri Sarah keluar dari bilik itu.
Puteri Sarah masih membiarkan Shahnaz memegang tangannya.
“Sarah duduk sini kejap ya. Abang nak settlekan keje kat dalam tu.”
Puteri Sarah memandang tangan Shahnaz yang masih memegang erat itu. Shahnaz terkejut langsung melepaskan genggaman.
“Sorry. Duduk sini elok-elok. Apa-apa jerit panggil abang.”
“Ok.”
Shahnaz berjalan masuk ke dalam bilik kerjanya meninggalkan Puteri Sarah bersendirian di ruang tamu. Puteri Sarah mula memuncungkan mulutnya.
“Apa aku nak buat ni? Hmmm..”
|
|
|
|
|
|
|
|
Rosyam menarik tubuh badan Fazura lalu terus dihumbanya ke atas katil. Kemudian tanpa belas kasihan terus di tamparnya wajah Fazura kiri dan kanan bertalu-talu.
“Please, Rosyam..please..” Fazura merayu sambil cuba menutup wajahnya.
“I dah rugi! Faham tak I dah rugi?!!!”
“I tak tahu macam mana dia boleh lari.”
“Apasal plak U tak tahu? I dah suruh U jaga dia baik-baik kan?!!!”
Sekali lagi Fazura ditampar.
“Sakit..” berdarah dan berlebam mulut Fazura dikerjakan Rosyam.
Nafas Rosyam turun naik . Dia mengelap peluh di dahi sambil berdiri dan duduk di sofa berhadapan katil itu. Fazura manangis dan terus menangis.
“Rugi aku macam ni. Aku nak pengganti dengan segera!”
“I nak cari mane kalau nak cepat macam ni?!”
“Apa aku peduli?! Lelaki tu dah bayar banyak kat kita. Dah jadi macam ni apa aku nak jawab?!!”
Fazura diam.
**********
Fazura mendapat panggilan dari adiknya, Nelydia. Panggilan di jawab.
“Kak..nak duit!” rayu Nelydia.
Fazura memandang Rosyam yang duduk di hadapannya itu sambil menghisap rokok. Dia bangun lalu berjalan ke arah jendela.
“Kau nak duit?”
“Nak..nak! Please kak..”
“Tolong aku buat keje boleh?”
“Keje? Keje ape?”
|
|
|
|
|
|
|
|
Puteri Sarah menyelak sehelai demi sehelai mukasurat Majalah Cleo di hadapannya itu. Sesekali dia menguap sambil memandang jam di dinding.
“Lambatnya..dah nak masuk kul 12 dah ni..hmm”
Puteri Sarah menyandarkan tubuhnya di sofa yang empuk itu. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dikuak dengan kuat. Sentap! Dua lelaki berbadan sasa masuk lalu terus mengangkat tubuh badan Puteri Sarah yang kecil itu keluar dari pejabat Shahnaz.
“Abang!!!!!!!!”
Itu sahaja yang dapat Puteri Sarah sebut sebelum mulutnya ditampal dengan plaster dan tangannya diikat kuat.
Shahnaz dan Remy masing-masing memandang antara satu sama lain.
“Sarah?”
Dengan sepantas kilat, Shahnaz dan Remy berlari keluar menuju ke ruang tamu. Senyap, sunyi, kosong!
“Shah! Tengok kat luar tu! Laju kereta tu pergi! Dia orang culik Sarah ke?” kata Remy yang turut susah hati dengan apa yang berlaku.
“Mana kunci kereta aku?”
Shahnaz mula meraba poket seluarnya. Ya! Kunci kereta ada di dalam poketnya.
“Aku nak ikut!” jerit Remy.
“Kunci pejabat cepat!”
|
|
|
|
|
|
|
|
jap gi momey smbung lg ye |
|
|
|
|
|
|
|
sapa pulak culik si sarah ni... sambung lg momey |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 08:46 AM
sapa pulak culik si sarah ni... sambung lg momey
ok momey smbung ckit! |
|
|
|
|
|
|
|
Puteri Sarah menangis. Matanya ditutup dengan kain yang diikat rapi. Manakala tangannya diikat kebelakang dan mulutnya masih berpelekat dengan plaster.
Dia tahu sekarang dia masih berada di dalam kereta. Dan tiba-tiba dia dapat bau perfume yang pernah dia bau sebelum ini.
Kain yang menutup matanya di buka. Perlahan-lahan matanya dibuka dan wajah Nelydia yang dipandangnya.
“Nely?”
“Maafkan aku..Aku perlukan duit.”
Puteri Sarah menjerit sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang difahami kerana masih berplaster mulutnya.
“Tutup balik mata dia!!” Arah Nelydia pada lelaki yang berbadan sasa di sebelah Puteri Sarah.
Puteri Sarah menjerit dan terus menjerit. Dan akhirnya dia lemah dan tertidur sendiri.
**********
Shahnaz terus kejar sekumpulan yang telah menculik adiknya itu.
“Remy, kau call polis sekarang!”
“Ya..ya..aku call.”
“Lindungilah Puteri Sarah, Ya Allah..”
Remy terus memandang Shahnaz. Ya! Jelas Shahnaz betul-betul sayangkan Puteri Sarah.
**********
Perlahan-lahan tubuh badan Puteri Sarah di baringkan di atas katil. Tubuhnya kaku. Masih tidur nampaknya!
Fazura memandang Nelydia.
“Ni bukan Sarah kawan kolej kau tu ke?”
“Aah..Nely dah tak boleh fikir dah! Nely nak duit!”
“Yang terdesak sangat nak duit ni dah kenapa?!”
“Nak pergi oversea!”
Baru sahaja Nelydia hendak berlalu pergi, Fazura sempat menarik lengan adiknya itu.
“Kau cakap dengan aku, kenapa muka kau pucat sangat ni? Siap nak pergi oversea lagi.”
“Nely bergaduh dengan Adi..”
“So?”
“Nely tikam perut dia!”
“What?!!!!”
Rosyam yang sedang membelek tubuh badan Puteri Sarah itu terus memandang wajah Nelydia.
“Nely takutt.. Banyak sangat darah. Nely cuba kejutkan dia. Dia diam. Langsung tak gerak. Nely pinjam duit ni ye, kak. Nanti Nely dah banyak buat duit dekat oversea, Nely bayar balik.”
“Nape Nely buat macam ni..” Fazura nangis.
“Nely pergi dulu ya. Nely sayang sangat akak..”
Nely dan Fazura berpelukkan.
“Jaga diri baik-baik..” pesan Fazura sambil mengesat airmatanya.
Nelydia tanpa banyak cakap terus berlalu pergi setelah mendapat sebungkus sampul yang tebal berisi duit.
Rosyam berjalan lalu berdiri berhadapan dengan Fazura.
“Tak payah nak berdrama sangat! Uruskan cepat perempuan ni. Nanti bising pulak datuk bulu ketiak tak cukur tu!”
Fazura dan Rosyam berbalas pandangan.
“U nak tahu? Pandai adik U pilih. Tu..confirm masih dara! Hahahaha” kuat Rosyam ketawa lalu keluar dari bilik kondo mewah itu.
“Gatal!” sempat Fazura menjerling tajam ke arah Rosyam.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Arghhhhh!!!!” jerit Shahnaz lalu terduduk di sebelah keretanya.
“Aku dah call polis. Dah tentu Polis sedang cari Sarah.”
“Aku takut Sarah di apa-apakan dia orang.”
Shahnaz terlepas dari mengejar penculik Puteri Sarah itu. Terlalu laju dan kereta yang banyak menambahkan kesukaran yang ada.
Airmata jantan mula membasahi pipi.
“Allah ada..” Perlahan-lahan Remy menepuk bahu Shahnaz.
Shahnaz kembali masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin. Remy risau kena tinggal, dia pun sama pantas masuk ke dalam kereta.
“Hello! Tolong aku kesan no plat WWW 2329. Aku rasa kereta ni tak pergi jauh.. Hmm..ok!”
Shahnaz mematikan talian.
“Kau call Rasyid ke?”
“Tiba-tiba plak teringat dia. Dia kan pernah jadi bodyguard orang kaya dekat Hong Kong dulu. Mesti dia boleh tolong aku carikan setan-setan tu!”
Remy tersenyum. Rasyid, rakan mereka semasa sama-sama belajar seni mempertahankan diri suatu ketika dahulu.
**********
Perlahan-lahan Puteri Sarah membuka matanya. Badannya tersangat lemah. Dipandangnya ke siling. Kemudian ternampak kelibat empat orang di hadapannya.
“Sarah kat mane ni?”
Fazura mendekatkan dirinya dengan Puteri Sarah. Ditepuknya pipi Puteri Sarah berkali-kali.
“Sakitlaaa..”
“Ambil baju ni! Pergi tukar sekarang!”
“Hah?”
Puteri Sarah membelek baju bertali nipis dan paras paha itu. Terus dia baling ke lantai.
“Sarah nak balik!”
“Amboi! Kau pergi ambil balik baju tu dan tukar sekarang!”
Puteri Sarah bangun dan cuba hendak melarikan diri. Memang tak lepas la kan?
“Lepaskan Sarah la!” Dua lelaki berbadan sasa masing-masing memegang lengan Puteri Sarah.
Tiba-tiba pintu dikuak.
“Apehal tak siap-siap lagi ni? Datuk tu dah nak sampai dah!” marah Rosyam lalu terpandang Puteri Sarah yang kepalanya masih melekap bertudung.
“Cantik ko erk?” Rosyam mula menjilat bibirnya. Kemudian dia memandang jam di tangan.
“Sempat lagi ni kalau aku yang ‘rasa’ dulu.” Rosyam terus berjalan ke arah Puteri Sarah lalu mengangkat tubuh kecil itu.
“Lepaskan aku!!!” berkali-kali Puteri Sarah memukul belakang badan Rosyam.
“U nak buat ape dengan perempuan ni?” Fazura menolak tubuh badan Rosyam.
“I punya suka la nak buat apa..”
“Habis I ni?”
“Hahahaha..tataaaaaa” Rosyam yang masih menjinjing tubuh badan Puteri Sarah terus keluar dari bilik itu.
Puteri Sarah terus menangis dan menangis.
|
|
|
|
|
|
|
|
gila betul si nely ni... thanks TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 10:34 AM
gila betul si nely ni... thanks TT...
hahaha mmang dh gila pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
merahsilver2U posted on 18-9-2014 10:49 AM
cepat tau momey...
kita tgh xde keje ni...
bos dh kuar ...
nk smbung dah ni..nk bg settle ari ni jgk hahaha
ok jom smbung!! |
|
|
|
|
|
|
|
“Aku nak cari mana ni, Remy??”
Tiba-tiba handphone Shahnaz berdering.
“Rasyid!”
Shahnaz menjawab panggilan itu sambil memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Aku dah jumpa!”
“Waaa..laju! Bagi aku alamat..”
Shahnaz tersenyum sambil memandang Remy.
**********
Rosyam masuk ke dalam bilik no. 2 dan terus menghumban Puteri Sarah ke atas katil. Puteri Sarah mengambil bantal lalu dibaling ke arah Rosyam.
“Hahaha..” Rosyam mula membuka satu persatu butang bajunya.
“Kau nak buat apa kat aku?!” jerit Puteri Sarah lalu berdiri di sisi katil.
“Layan aku malam ni.”
“Memang tak la!!”
“Ooo tak nak erk..” terus Rosyam menarik tangan Puteri Sarah lalu memeluk dengan erat sekali.
“Lepaskan aku!!!”
“Tak nakk..aku suka bau perfume kau! Wangi..” Rosyam mula mencium pipi dan leher Puteri Sarah.
Puteri Sarah cuba melepaskan diri namun kudratnya tidak dapat melawan nafsu binatang itu!
“Sedapnya bau badan kau..belum lagi rasa yang bawah tu! Hahahaha” Rosyam terus mengangkat Puteri Sarah lalu dibaringkan di atas katil.
Sengaja dia menghempap tubuhnya ke tubuh badan Puteri Sarah.
“Tolong!!!!!!”
“Tak yah nak jerit sangat la..tak ada siapa pun nak tolong kau.”
Puteri Sarah menangis lagi. Rosyam mula membuka zip seluarnya. Kemudian dia menarik tudung Puteri Sarah diikuti dengan t-shirt yang dipakainya.
“Hahahaha..slurppppp!! Kenyang aku malam ni..” Baru sahaja Rosyam hendak melucutkan seluar yang dipakai Puteri Sarah..
“Ya Allah.. Ya Allah..”ucap Puteri Sarah dengan sebak sekali sambil cuba menolak tubuh badan Rosyam yang semakin menghimpit tubuh badannya itu.
Rosyam terpaku. Dia memandang wajah gadis sunti di hadapannya. Ternampak sedikit tanda lahir di belakang bahu kanan gadis itu. Dia yang berada pada posisi di atas tubuh badan Puteri Sarah terus bangun zipkan seluarnya dan mengambil kemejanya di lantai lantas keluar dari bilik itu.
"Tak mungkin.."bisik hati Rosyam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shahnaz memberhentikan keretanya berhadapan bangunan kondo mewah itu.
“Ni tak lain nak jadikan Sarah pelacur la ni..”
Shahnaz terus memandang Remy.
“Mulut kau jangan nak celupar sangat erk! Aku belasah gak kang!”
Remy terus menutup mulutnya. Shahnaz mematikan enjin lalu keluar dari kereta.
**********
Rosyam mengambil sebatang rokok di atas meja lalu mula menghidupkan rokok itu. Kemudian dipakainya kembali kemeja putihnya sambil memandang Fazura yang sedang berjalan dengan airmuka yang begitu marah sekali.
“Sampai hati U buat I macam ni. Depan-depan U curang dengan I..”
“Tak sempat pun..”
Fazura diam.
“Tak sempat?”
Rosyam mengambil handphonenya di dalam poket yang baru bergegar itu.
“Ya, Datuk.. Ok!”
Talian dimatikan.
“Datuk dah sampai. Bukakan pintu untuk dia” Rosyam menghembuskan asap ke atas.
Fazura tersenyum. Kemudian dia berjalan ke arah pintu lalu dibukakannya. Muncul wajah Datuk yang bermisai tebal itu dengan senyum lebar sekali bersama dua bodyguardnya.
“Hello Datuk..how are you?” tegur Rosyam lalu berjabat tangan dengan datuk itu.
“I’m fine. Mana I punya darling?”
“Darling? Hahahaha ada..masuk dulu laa..”
Mereka berdua ketawa besar sambil berjalan ke arah ruang tamu. Rosyam memberi isyarat pada Fazura supaya bawa keluar Puteri Sarah dari dalam bilik.
Fazura membuka pintu bilik.
“Rosyam!!” jerit Fazura.
Rosyam yang sedang rancak berbual itu langsung bangun dan berlari menuju ke bilik Puteri Sarah.
|
|
|
|
|
|
|
|
adik dia ke TT... terkejut sampai mcm tu sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul adik kandung dia... selamatlah sarah |
|
|
|
|
|
|
|
Shahnaz dan Remy sama-sama berdiri di hadapan lif.
“Nak gi tingkat berapa ni?”
“Aku tak ada idea” jawab Remy sambil mengangkat bahu.
Tiba-tiba pintu lif terbuka dan dengan pantas juga keluar seorang lelaki berbadan sasa dari dalam lif itu dengan agak kelam kabut.
“Bob! Nasib baik kau ada.” Kata lelaki yang baru keluar dari lif itu pada lelaki yang baru datang yang juga baru hendak masuk ke dalam lif.
Shahnaz dan Remy diam seribu bahasa melihat dan mendengar perbualan mereka.
“Kau nak ke mana ni? Datuk mana?”
“Datuk ada atas. Kau pergi la naik atas dulu.”
“Tingkat berapa?”
“10. Aku nak pergi ambil barang jap.”
“Ok.”
Shahnaz dan Remy yang sudah berada di dalam lif itu sanggup menunggu lelaki itu masuk bersama untuk menuju ke tingkat 10 itu. Naluri hati Shahnaz kuat mengatakan lelaki ini mahu ke tempat Puteri Sarah disembunyikan.
**********
Puteri Sarah yang sudah mencangkung untuk terjun ke bawah akhirnya tidak kesampaian kerana Rosyam sempat memeluk dan menariknya kembali.
“Ada hati nak bunuh diri ya..”
“Aku pakar terjun bangunan la!”jawab Puteri Sarah dengan kasar sekali.
“Waaaa..bukan calang-calang orang ko erk?”
“Apa dah jadi ni?” tanya Datuk tiba-tiba muncul di muka pintu.
“Tak ada apa la, Datuk..”jawab Rosyam sambil usap kasar kepala Puteri Sarah.
“Darling? Pergi mampus dengan darling kau la!” Puteri Sarah menolak tubuh badan Rosyam.
Dia bangun dan dengan pantas mahu melarikan diri keluar dari bilik neraka itu namun sekali lagi dia tewas. Ramai lelaki gagah perkasa kot dalam bilik itu!
“Lepaskan aku la!!!!” jerit Puteri Sarah sambil meronta-ronta tangan dan kakinya minta dilepaskan apabila dipeluk kuat salah seorang bodyguard Datuk itu.
“Ini ke darling I? Manyak cantik oooo..hahahaa”
“Cantik kan? Ganas tuuu” tambah Rosyam.
“Ganas la I lagi suka maaa..aaummm aummm! Hahaha”
Rosyam dan Datuk itu berbalas ketawa.
“Dah! Bawa dia masuk bilik special sebelah sana.”
Bodyguard yang dukung Puteri Sarah angguk tanda faham dan terus memikul Puteri Sarah masuk ke dalam bilik khas yang telah disediakan untuk Datuk itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shahnaz dan Remy mengekori lelaki asing itu tanpa disedari. Lelaki itu memberi syarat ketukan pada pintu dan memetik loceng sebanyak dua kali. Shahnaz dan Remy tersenyum dan mengambil idea itu.
Lelaki itu masuk ke dalam kondo tersebut. Shahnaz dan Remy tanpa teragak-agak terus berjalan menghampiri pintu utama itu.
“Kau dah bersedia ke, Shah?”
“Aku dah lama bersedia. Aku sanggup mati demi Sarah..”
Mereka berdua bertentangan mata.
**********
Datuk membuka blazernya sambil tersenyum sengih memandang Puteri Sarah yang dibaringkan bodyguardnya di atas katil.
“Jangan harap la aku nak ikut kemahuan setan ko tu!” Entah datang dari mana kekuatan Puteri Sarah untuk mempertahankan maruahnya sebegitu semangat sekali tanpa langsung rasa takut jika dirinya di apa-apakan.
“Sikit saja maa..”
Datuk itu mula merangkak ke arah Puteri Sarah.
“Geli la aku tengok misai ko tu! Nak muntah!”
“Geli? AKu cukur sekarang nak?”
Puteri Sarah terdiam. Sekarang hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam bilik itu. Kalau Datuk masuk ke dalam bilik air cukur misai, boleh la dia melepaskan diri.
“Hmmm..pergilah cukur! Nak cium pun geli..eeeee” Puteri Sarah cuba melayan perasaan Datuk itu.
“Ok..tunggu jap.” Sempat Datuk itu mencuit dagu Puteri Sarah.
“Eeeee..werkk”
Datuk tersenyum lalu masuk ke dalam bilik air.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|