Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Zizan enggan mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia bercumbu dengan Emma Maembong.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak enggan mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia bercumbuan dengan aktres Emma Maembong di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Zizan atau nama sebenarnyan Razizan Razak, 30, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia masih belum membaca laporan mengenai perkara itu dan akan mengulas selepas mengetahui cerita sebenar.
"Maaf, saya baharu sampai pukul enam pagi tadi dan tidak tahu cerita sebenar dan tidak boleh komen buat masa ini.
Emma Maembong.
"Apabila sudah mengetahui situasi sebenar nanti saya akan komen," katanya.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Zizan dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.
Bagaimanapun sebelum ini, kedua-dua pasangan itu yang pernah dikaitkan bercinta tetapi menafikan perkara itu.