|
Sharnaaz Ahmad bakal pencen dari dunia retis katanya!!
[Copy link]
|
|
aireen24 posted on 26-11-2013 01:10 PM
dia sekarang selalu ade kat ex-gf dia punya instagram, ruzana..
ruzana tu walau seksi rajin join ...
ruzanna tu geng CBN/BBGS...geng cousin jejai raja sabrina, irma hasmie, nadia aqilah, dan ramai lagi
sheols ok je.
nampak cam ok je sharnazz dan ruzanna ni
|
|
|
|
|
|
|
|
yusryimran posted on 25-11-2013 08:13 PM
selamat berpencen... aku pencen lambat lagi huwaaaa
iols pun pencen 2042 kalau panjang umur..
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 26-11-2013 11:59 AM
@ ] sharnaazahmad I want to break free 🚣️️🚁🚂 4min
[ @ ] ...
i love u sharnaaz..
|
|
|
|
|
|
|
|
jargon posted on 25-11-2013 01:51 AM
Betul ke sharnaz ni ank tan sri bashir ahmad pengerusi penang airport tu ..?klo btul la mknenye bla ...
uols..anak kepada tan sri bashir ahmad ni, MD malaysia airport ni adalah Sasha Bashir.
bapa sharnaaz ni Dato Basir Ahmad, pemuzik RTM dan gitaris kumpulan muzik Teruna Ria bersama L.Ramlee
ni gambar bapak dia dulu2 dgn orkesta Teruna Ria
Last edited by tapibukanaku on 26-11-2013 02:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 26-11-2013 02:45 PM
uols..tak silap iols yg anak kepada tan sri bashir ahmad ni, MD malaysia airport ni adalah Sasha B ...
aku pn stuju ngn ko ... n kalo xslh shanaz pnah ckp dia ni org kampung ... so kbtulan nama same la kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Sharnaaz tinggalkan dunia hiburan demi keluarga
BEBERAPA bulan yang lalu namanya hangat diperkatakan di media-media massa dan sosial.
Kelibat dan setiap butir bicara pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad menarik perhatian media ekoran kisah cintanya dengan penyanyi tersohor Shila Amzah yang putus di tengah jalan.
Reda kisah cintanya dengan Shila, Sharnaaz kemudian dikaitkan pula bercinta dengan tunang orang, Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang.
Tunangan Uqasha, Pekin Ibrahim pada awalnya berang kerana menyangka kekasih hatinya itu berlaku curang di belakangnya.
Namun semua itu hanya salah faham dan hubungan mereka berdua kembali pulih selepas mengetahui Uqasha dan Sharnaaz rapat kerana mahu membuat kejutan di hari jadinya.
Setelah melalui pelbagai liku yang sememangnya lumrah sebagai anak seni, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun baru-baru ini mengumumkan untuk bersara daripada dunia hiburan tanah air.
Keputusan mengejut itu diambil oleh Sharnaaz ekoran terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi industri itu.
Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai.
Berikut kata-kata Sharnaaz yang dipetik daripada sebuah laman web popular:-
"Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.
Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah…
Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. ALLAH SWT Maha Kuasa."
Drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad.
sumber - sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 25-11-2013 12:09 PM
Eh, ANAK Tan Sri Bashir..........?????
Kayoooooooo weii, Tan Sri Bashir ni.
Apasal ND.Lala tak ...
bukan lah uols. anak TS bashir tu adalah Sasha Bashir
sharnaaz ni anak Dato Basir Ahmad, bekas pemuzik RTM dan orkestra Teruna Ria bersama L.Ramlee
|
|
|
|
|
|
|
|
ciaki posted on 26-11-2013 02:52 PM
aku pn stuju ngn ko ... n kalo xslh shanaz pnah ckp dia ni org kampung ... so kbtulan nama same la ...
sharnaaz ni anak pemuzik RTM/orkestra teruna ria. dato basir ahmad
sharnaaz ni degree holder dlm bidang Logistic, Kolej Olympia, KL.
|
|
|
|
|
|
|
|
sanaz nak pencen jd retis?? **icon mulut ternganga ngan besaq nya** |
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 26-11-2013 02:59 PM
sharnaaz ni anak pemuzik RTM/orkestra teruna ria. dato basir ahmad
sharnaaz ni degree holder dl ...
Oooo...bisnes studies, pengkhususan Logestik.
Bukanlah Oil & Gas.
Kalau nak jadi agen hartanah, memang sesuaila.
Sekarang hartanah tengah mencanak naik.
Inilah masa nak buat duit. |
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 26-11-2013 03:06 PM
Oooo...bisnes studies, pengkhususan Logestik.
Bukanlah Oil & Gas.
Kalau nak jadi agen hartanah, ...
betul jugak tu. masa ni lah nak buat duit. lagi pulak dia boleh tahan pandai bercakap
orang pun kenal
senang nak close case..
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 26-11-2013 02:45 PM
uols..anak kepada tan sri bashir ahmad ni, MD malaysia airport ni adalah Sasha Bashir.
bapa sh ...
Datok jgk ke...datok beruwang tak? |
|
|
|
|
|
|
|
jargon posted on 26-11-2013 03:15 PM
Datok jgk ke...datok beruwang tak?
dato atas khidmat dan jasa
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 26-11-2013 02:59 PM
sharnaaz ni anak pemuzik RTM/orkestra teruna ria. dato basir ahmad
sharnaaz ni degree holder dl ...
Amboii uolszz..tahu semua...hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
jargon posted on 26-11-2013 03:18 PM
Amboii uolszz..tahu semua...hehe..
biasa2 je uols..
|
|
|
|
|
|
|
|
Shanazz..jgnlah undur lg...ko hnsem sgt..prnah trserempak gn ko kt area pandan..ko bru kua dr kdai runcit tyme tu ...ko tak igt ke..
Mood:meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... z-kini-dalam-dilema
Bersara daripada lakonan: Sharnaaz kini dalam dilema
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pelakon Sharnaaz Ahmad kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan hasrat meninggalkan dunia lakonan atau sebaliknya memandangkan masih banyak perkara yang perlu difikirkan.
Jelas pelakon berusia 28 tahun itu, memang benar dia ada membuat kenyataan mahu bersara daripada industri perfileman dan jika diikutkan kata hatinya, mahu sahaja dia mengotakan perkara yang diucapkannya itu.
"Namun perkara seperti ini bukan main-main, sebelum memberi kata putus, banyak pihak perlu saya pertimbangkan antaranya ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pastinya peminat saya.
"Setelah cerita saya mahu berhenti diketahui umum, ramai individu yang kebanyakannya rakan dan mentor saya dalam industri meluahkan perasaan kecewa mereka terhadap saya," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.
Menurut Sharnaaz, lebih merumitkan kerana beliau masih terikat dengan beberapa kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini dan dia tidak mahu memungkiri janji dibuat.
"Bercakap memang mudah namun untuk melakukannya itu satu perkara lain kerana saya masih ada beberapa kontrak yang belum selesai dan saya juga bukan jenis individu yang suka memungkiri janji yang dibuat.
"Selain daripada itu, saya juga masih mempunyai empat filem yang belum ditayangkan kepada umum selain kini sedang terlibat dengan penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta," jelasnya lanjut.
Antara filem lakonan Sharnaaz yang belum menemui penonton termasuklah Gila Baby, Dollah Superstar, Sindiket dan Darah Panas. - UTUSAN ONLINE
PULAKK!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bungalisa posted on 25-11-2013 01:28 AM
Job kurang... Kontroversi memalukan banyak.! Elokla benti... Lagipun..zaman skrg artis tumbuh bagai ...
eh sharnaz masyukla..mna ada kurang job? |
|
|
|
|
|
|
|
jargon posted on 26-11-2013 03:22 PM
Shanazz..jgnlah undur lg...ko hnsem sgt..prnah trserempak gn ko kt area pandan..ko bru kua dr kdai r ...
ada jugak poremer yg pernah terserempak dgn sharnaz masa kuar duit kat atm petrol station
poremer tu pun cakap sharnaz hensem sgt kat luar |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen posted on 25-11-2013 11:31 PM
Maaf wa font besar nak bagi nasihat membina kat sharnaaz...dia masih muda, buktikan ko boleh berjaya ...
akk pun mmg suka sgt dgn dia..tp lps kapel dgn lalat.. akk mlas nk amik tau dah.. kecewa..
now shanaz..buatlah yg terbaik..movie shanaz yg plg akk suka puntianak kg batu..masa tu muda n nmpk cool sgt!! ai lap u shanaz~~~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|