Keluarga menyokong Yuna
Oleh GARRET DAWUM [email protected]
Gambar ABDUL RAZAK LATIF
GAMBAR saya telah dieksploitasi," itu jawab Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna ketika disoal mengenai gambar dengan penampilannya yang kurang sopan dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya.
Sungguh, gambar yang dimuat naik itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak. Pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada Yuna.
Namun, Yuna menjadikan sabar sebagai kunci kepadanya untuk terus bertahan. Menerangkan situasi sebenar, Yuna menganggap baju yang dipakainya itu tidaklah seksi seperti yang didakwa di laman sesawang.
Katanya, gambarnya itu telah diubahsuai sehingga menampakkan bahagian pusatnya sebelum disiarkan di dalam beberapa blog.
“Saya sungguh kecewa dan kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Asalnya, gambar tersebut hanya diambil untuk satu sesi fotografi di sana (Amerika Syarikat). Tapi ada pihak yang telah menyunting gambar tersebut.
“Jujur, saya memang agak cerewet dalam hal bergambar dan sebelum disiarkan saya akan pastikan gambar tersebut sesuai atau tidak," katanya.
Biarpun perkara itu menimpa dirinya, Yuna percaya keluarga adalah tulang belakang buat dirinya dalam mendepani apa jua kontroversi yang melanda.
“Ibu adalah orang pertama yang saya hubungi apabila keluar kontroversi itu. Dia hanya menasihatkan saya agar tidak terlalu mengambil tahu perkara itu. Lagipun, mereka tahu siapa saya dan janji saya tidak buat.
“Syukur, saya ada keluarga yang memahami diri saya dan sentiasa memberi semangat untuk saya. Kerana mereka, saya kuat untuk hadapi situasi itu.
“Usia saya akan mencecah 28 tahun, jadi saya tiada masa untuk meluangkan banyak masa melayan kontroversi berkenaan.
“Saya tahu apa yang saya buat. Bagi saya, asalkan saya masih lagi gembira dengan kehidupan saya di Amerika," katanya yang mengaku tidak mempunyai penasihat pakaian.
Menurut Yuna, sebagai wanita matang, dia faham benar dengan batasan kehidupan yang masih dipegangnya sehingga kini.
“Bercakap soal keselesaan hidup, memang tidak dinafikan, saya cukup selesa dan memahami kehendak diri sendiri.
“Apabila kita dinilai orang, saya anggap ia sebagai lumrah kehidupan. Saya sudah belajar menelannya sejak dulu lagi.
“Tidak ada manusia yang sempurna. Apa yang berlaku saya terima dengan hati yang terbuka. Teguran yang datang saya ambil sebagai pengajaran jika betul saya buat silap," jelasnya.
Tidak tersinggung
Akibat tidak mahu gambar itu hangat diperkatakan, Yuna mengambil pendekatan untuk memadamnya.
Tindakan Yuna itu adalah salah satu cara untuknya menghentikan perbalahan yang timbul antara peminat hanya kerana gambar tersebut.
“Mulanya, saya biarkan peminat memberi komen dan saya kadang-kadang tidak layan juga komen yang merepek.
“Tetapi, lama-kelamaan saya melihat ramai pengguna laman Facebook terutama rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri.
“erkara itu saya lihat tidak manis dipandang oleh orang luar sehingga ambil keputusan untuk buang gambar tersebut dan juga tutup laman sosial Instagram saya.
“Jujur, saya tidak tersinggung dengan banyak tohmahan tetapi saya tidak mahu dua pihak terus bertelagah mengenai isu gaun tersebut.
Jadi diri sendiri
Berjaya mencipta kejayaan sebagai penyanyi di Amerika Syarikat, Yuna sebenarnya tidak pernah meletakkan dirinya sebagai model yang perlu dicontohi oleh sesiapa.
Kata Yuna, adalah penting untuk penyanyi baharu mempunyai identiti sendiri tanpa menyamakan diri mereka dengan mana-mana penyanyi sedia ada termasuk dirinya.
“Tidak salah jika kita menjadikan mana-mana artis sebagai inspirasi, namun janganlah sampai ke tahap cuba meniru.
“Lagi bagus kalau mereka (penyanyi baharu) jadi diri sendiri dan cuba teroka muzik itu secara sendiri. Masing-masing ada bakat, apa salahnya.
“Saya memang terharu apabila banyak yang menjadikan saya inspirasi. Dan saya harap inspirasi itu hanya kerana semangat bekerja saya tetapi bukan diri saya.
“Saya juga memang tidak pernah menganggap diri saya ikon," katanya yang pernah meletakkan individu berpengaruh seperti Datuk Sheila Majid dan Ning Baizura sebagai sumber inspirasi hidup.
Berkongsi berkenaan album terkininya iaitu Nocturnal, Yuna berkata, album tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kebanyakan siri jelajahnya dipenuhi peminat.
Tambah Yuna, peluang muncul dalam program bual bicara terkenal seperti Jimmy Kimmel Live dan Conan O'Brien Show dan mendendangkan karya miliknya disifatkan sebagai pintu rezeki yang sedang terbuka luas.
Yup mmg bangga anak malaysia beraksi di pentas nun omputih tetapi pakaian tu ikutlah lunas2 org Isle..tu je..boleh pakai turban gaban tapi pandai2 jaga AURAT , ni leher nampak, lengan pun nampak amik gambar rapat2 dgn bukan muhrim..aisshh...tak yah cakap laa nanti karats Yuna sentap....Nampak?
INTERVIEW: Yuna on sacrifices she's not willing to make for fame
James Dinh
Malaysian-Born Singer Puts Her Foot Down
Malaysian-born singer-songwriter Yuna tells SheKnows why she isn't willing to change anything about herself for the price of fame.
Yuna might not be a household name, but there are two things you need to know about the Malaysian-born singer-songwriter right off the bat. 1.) She's been in the music industry for eight years, so if you haven't heard her tunes, get informed. 2.) She's not going to sacrifice anything about herself for fame.
"I'm really into performing the music. I'm not a pop artist. Lady Gaga is known for that," Yuna tells SheKnows about incorporating a bit more glitz and glam into her stage show. While that might sound like a bit of a dig, it really isn't. It's just the words of a 27-year-old songstress who seems very confident in who she is as an artist and what kind of messages she wants to get out there to her fans.
INTERVIEW: Why songwriter LP almost quit her solo career >>Among one of her other messages, which she speaks profoundly about to her Twitter followers, includes a fundamental take on women and beauty. "I feel like beauty has a lot to do with confidence," she says. "The reason why I was getting into the topic a lot [on Twitter] was because a lot of girls feel shy talking about their own beauty."
You have to admit it. Yuna knows what she's talking about. Confidence is attractive, and if the entertainer has it her way, she'll be doing much more than just spreading her word on self-love. She'll be altering the way people look at it as well. "I feel like I can maybe change that perception of beauty. Beauty is not just about being physical appearance. It's about what goes on inside." INTERVIEW: Singer-songwriter Ryan Star talks about new EP Animals and independence >>When it comes down to one of her ultimate rules Yuna lives by, she says it's all about putting yourself first. "Be loyal to yourself. You don't need other people's approval. I feel like, for a long, long time, I'm guilty of that... seeking for people's approval." It's a hard thing to accomplish in the entertainment industry as Yuna details how the Malaysian music industry tried to push her to be more of a traditional female pop star. "It's really important to speak your mind and be firm with your decisions," Yuna adds.
It's not like she has to change either as she's already caught the attention of industry heavyweights like Pharrell (he produced her "Live Your Life" single) and she's currently touring across the U.S., gaining tons of new fans everywhere she goes.