CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TuntungReturn

[Tempatan] 50 anggota JPAM histeria di Himpunan Pertahanan Awam Malaysia!!

[Copy link]
Post time 11-11-2013 10:12 AM | Show all posts
ari sabtu tu ronda2 gi PD…. just about to check In kat  MAYANGSARI resort… dilihat penuh dengan lori dan BAS JPAM..

cancel sebab tak suka crowd kumpulan besar mcm ni..

tak sangka pula malamnya ada kejadian mcm ni..

nasib baik…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 10:30 AM | Show all posts
serammmmmmmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 10:36 AM | Show all posts
1st time dgr lelaki dewasa histeria

uish
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 10:49 AM | Show all posts
patutla pun, dua2 tu orang kata mmg keras sket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 12:26 PM | Show all posts
Port Dickson: Persembahan kuda kepang dan ulik mayang, dipercayai antara punca hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengalami histeria di kawasan perkhemahan dekat Jalan Pantai di sini, malam kelmarin.

Kejadian bermula jam 10 malam ketika dua anggota wanita daripada satu kontinjen sedang mengadakan persembahan sempena Malam Kebudayaan di Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Ke-19, tiba-tiba menjerit sebelum pengsan, diikuti beberapa lagi anggota lain menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut.
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan yang juga sekretariat program, Mejar Lokman Hakim Abdul Rahman, berkata sebaik kejadian itu, pihaknya segera mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam bagi memulihkan mereka yang diserang histeria.

“Kehadiran lima pengamal perubatan Islam berhasil memulihkan keadaan yang terkawal jam 12.30 tengah malam.

Sebahagian mangsa dipulihkan dalam khemah, selebihnya dibawa ke Masjid Jamek Port Dickson di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi itu, malam kelmarin.

Seramai 1,300 pegawai dan anggota membabitkan 14 kontinjen seluruh negara menyertai himpunan itu yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.

Tarian ada unsur seru
Pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Islam al-Hadj, Muhamad Nur Hafiz Azmi, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada tarian kuda kepang dan ulik mayang yang dipersembahkan kerana mempunyai unsur menyeru makhluk halus.

Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling, berkata mereka yang diserang histeria dipercayai terlalu teruja membuat persembahan, selain penat akibat cuaca panas kerana lokasi yang terlalu hampir dengan laut.

Mangsa histeria yang juga anggota JPAM dari Perlis, Nazar Mohd Amin, 22, mendakwa ketika sedang menari ulik mayang, dia menyedari bayang-bayang di belakangnya dan sebaik menoleh, dia ternampak beberapa kanak-kanak lelaki berpakaian berwarna-warni sedang menari bersama mereka.

“Saya tetap teruskan persembahan, walaupun dalam keadaan takut, namun sempat juga berzikir sebelum pengsan.

Apabila tersedar satu jam kemudian, saya sudah pun berada di dalam khemah dan dikelilingi rakan lain,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharia ... Mkenarasuk/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tringat dulu penah gi tgk psmbahan kuda kepang kat muar.. Kami lari tak cukup tanah bila dikejar salah sorang pemain kuda kepang yg tetiba turun kat penonton dan sempat gigit telinga sorang penonton.. Bahaya btol.. Smpai skrg tkleh lupe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2013 01:49 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 11-11-2013 12:26 PM
Port Dickson: Persembahan kuda kepang dan ulik mayang, dipercayai antara punca hampir 50 anggota Jab ...

mcm2 ye....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 01:54 PM | Show all posts
salimrock posted on 11-11-2013 10:09 AM
dikir barat pun tak leh vs dangdut...ada yg histeria jugak..........

lu ni kelakar lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 02:11 PM | Show all posts
kuda kepang patut diharamkn aja..

serupa cm babi..

abis cite..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 02:27 PM | Show all posts
Muntz posted on 10-11-2013 10:21 PM
Awat jantan pun kena? Setau aku, secara biologinya mmg pompuan normal kena histeria sbb hormon imbal ...

Sah lah jantan LGBT tu
Jantan tulen x kena histeria ni

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 02:30 PM | Show all posts
chaintea posted on 10-11-2013 11:06 PM
Dlm byk2 tarian napo la ulik mayang n kuda kepang yg dipilih..

Lagu tu menduduki carta teratas malam kesenian jabatan2 gomen uolss

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 02:36 PM | Show all posts
Acong posted on 11-11-2013 08:17 AM
org crita kat aku, main kuda kepang lompat tinggi pokok kelapa......

tapi takde pun....... :curse ...

Biasa lah ummah melayu dan indon ni
Suka exagerated lebih2

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 02:37 PM | Show all posts
Gediknya depa ni. gatai nak menjerit
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 02:38 PM | Show all posts
salimrock posted on 11-11-2013 10:09 AM
dikir barat pun tak leh vs dangdut...ada yg histeria jugak..........

Pak cik tua berkopiah pon histeria & kena rasuk bila dengar lagu dangdut


Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 02:41 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 11-11-2013 12:26 PM
Port Dickson: Persembahan kuda kepang dan ulik mayang, dipercayai antara punca hampir 50 anggota Jab ...
Mangsa histeria yang juga anggota JPAM dari Perlis, Nazar Mohd Amin, 22, mendakwa ketika sedang menari ulik mayang, dia menyedari bayang-bayang di belakangnya dan sebaik menoleh, dia ternampak beberapa kanak-kanak lelaki berpakaian berwarna-warni sedang menari bersama mereka.

“Saya tetap teruskan persembahan, walaupun dalam keadaan takut, namun sempat juga berzikir sebelum pengsan.
Gigih sangat nak berjoget
Sambil berjoget sempat berzikir ye
Rasain

Ntah2 alasan jewrr.. sbb malu jantan kena hsiteria

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 02:43 PM | Show all posts
Lepas ni  ghost hunters boleh plan buat persembahan ulikmayang n kudakepang tak payah susah susah nak minta orang duduk dalam rumah usang hutan rimba tapi xdapat apa apa pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 02:48 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 11-11-2013 12:26 PM
Port Dickson: Persembahan kuda kepang dan ulik mayang, dipercayai antara punca hampir 50 anggota Jab ...
Apabila tersedar satu jam kemudian, saya sudah pun berada di dalam khemah dan dikelilingi rakan lain,” katanya.

Mcm mana dia tau satu jam??
Apakah sebelum pengsan dia sempat cek waktu jam tangan dia??
Dan sejurus lepas sedar dia cepat2 cek jam tangan dia semula utk mengira masa?


Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 02:55 PM | Show all posts
alang kan tak diseru pun, si dia suke menjengah
inikan pula diseru2, berduyun2 lah datangnye
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:36 PM | Show all posts
Yang gatal pergi buat tarian merapu tertonggeng2 dah kenapa kak? Kan dah kena, rasain loh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:44 PM | Show all posts
kenapa la tak buat research kat tenet sebelum nak berkuda kepang dan berulik mayang..

patutnya dorang kena briefing sebelum buat menda2 mcm nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.298042 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list