CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
 Author| Post time 9-10-2014 06:15 PM | Show all posts
Umairah menutup pintu keretanya sebelum matanya meliar melihat persekitaran mencari kelibat Haikal. Mereka telah berjanji untuk bertemu di tempat parkir kereta. Umairah menyandar badannya pada kereta sambil melirik kearah jam yang melilit pergelangan tangannya. Lagi 5 minit tempoh yang dijanjikan akan tiba.

“ Jom...” Satu suara yang dikenali tiba-tiba sahaja menjengah gegendang telinga Umairah. Pantas Umairah mengerling kearah si penegur tanpa salam.

“ Ifran? Kau buat apa kat sini?” Tegur Umairah agak terkejut. Ifran menayang wajah bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“ Kata nak jumpa Haikal. Jom la.” Balas Ifran selamba.

“ Yang nak jumpa Haikalnya aku. Bukan kau. Kau buat apa datang sini?” Tanya Umairah sekali lagi. Memandang aneh kearah Ifran.

“ Aku datang nak sambut hari jadi Haikal la.. Lagi ramai lagi meriahkan.” Tutur Ifran tanpa perasaan.

“ Tapi dia tak ajak kau pon.”

“ Tapi dia ajak kaukan.. Aku ni suami kau, kiranya satu pakej la.” Ujar Ifran. Riak wajahnya masih lagi tenang dan bersahaja.

“ If... i’m not going to birthday party. Aku hanya keluar berdua dengan dia, makan-makan itu je. Kau tak datang pon tak apa.” Bantah Umairah. Ifran macam sengaja nak malukan dia depan Haikal je. Ada rasa kurang senang mula menempel di jiwa Umairah.

“ Laa makan berdua je ke? Lagilah tak meriah. Kurang-kurang ada aku jadi 3 orang. Lagi seronok. Boleh aku tolong doakan yang baik-baik untuk dia sekali nanti.”

“ Kalau nak berdoa tak semestinya kena ikut datang sini. Doa kat pejabat kau pon tak apa.” Bidas Umairah yang mula naik angin. Patutlah Ifran memberi syarat pelik kepadanya tadi. Ini rupanya agenda Ifran. Tak guna!

“ Kau ni ada nak buat apa-apa ke dengan dia? Semacam je tak bagi aku ikut rancangan korang.” Tuduh Ifran. Matanya merenung tepat wajah Umairah yang terjengil mata mendengar bicaranya yang agak kasar.

“ Kau merepek apa ni? Jangan nak mengarutlah.” Marah Umairah. Kurang senang dengan telahan yang dibuat Ifran. Membabi buta sahaja menuduhnya.

“ Kalau tak ada, kenapa tak nak bagi aku ikut sekali. Lagi pon, bukannya elok sangat lelaki dan perempuan keluar berdua. Eloklah aku ada sekali jadi peneman korang berdua.” Tutur Ifran lagi. Sempat pula memberi syarahan agama. Umairah mencebik mulutnya. Macam aku tak tahu hukum hakam agama! Sengal!

“ Mai, dah lama ke sampai.” Sapa Haikal yang belum sedar kehadiran Ifran dalam temujanji dia dan Umairah. Tersengih merenung gadis yang dicintai sekian lama. Namun, senyuman yang mekar dibibir Haikal mati tatkala raut wajah Ifran menyapa pandangan matanya. Sedikit tercengang melihat kehadiran suami Umairah.

“ Hai Haikal.. Happy birthday.” Sapa Ifran ramah sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Haikal melebarkan senyuman terpaksa, dengan perasaan meluat dia menyambut huluran tangan dari Ifran.

“ Thank you.. Jom la kita masuk dalam. Cuci-cuci mata dulu lepas tu makan.” Ajak Haikal sekadar berbasa-basi. Masakan dia mahu menghalau kedatangan Ifran pula. Ifran tersengih sambil tangannya menggapai tangan Umairah lalu digenggam erat. Mereka bertiga beriringan masuk ke pusat membeli belah terminal One.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2014 06:17 PM | Show all posts
“ Happy birthday Haikal... Semoga dimurahkan rezeki dan cepat-cepat bertemu jodoh.” Ucap Umairah sambil menghulurkan hadiah yang sudah dibalut elok. Haikal tersenyum ceria mendengar doa dari Umairah. Hadiah yang berbalut kemas itu dicapai dan diletakkan disebelah.

“ Aku pon nak doakan kau cepat-cepat bertemu jodoh dan kahwin.. Seronok kahwin ni Haikal. Tak sama macam hidup bujang.” Ulas Ifran tanpa dipinta. Sengaja menggebang-gebangkan tentang kebahagiaan sebuah rumah tangga. Kononnya dia sudah menikmati semua itu dengan Umairah. Haikal tersenyum dalam terpaksa, naik menyampah dengan kata-kata Ifran yang membuatkan hatinya cemburu.

“ Amin...” Balas Haikal ringkas. Sekadar ambil hati.

“ Buka la hadiah tu. Tengok awak suka ke tidak.” Suruh Umairah. Haikal mencapai kembali pemberian Umairah seketika tadi lalu dikoyak pembalut hadiah. Teruja untuk dia melihat hadiah pemberian Umairah. Mata Haikal bersinar-sinar memandang baju kemeja yang terlipat kemas didalam kotak hadiah. Dia menarik baju tersebut untuk dilihat dengan lebih dekat.

“ Hmm cantik... Pandai awak pilih.” Puji Haikal ikhlas. Bibirnya mengukir senyuman mesra.

“ Size okey tak? Saya agak awak dengan Ifran lebih kurang je.” Soal Umairah lagi.       

“A’ah. Memang saiz saya pon ni. Terima kasih ye Mai.” Luah Haikal lagi. Baju yang tadi ditatap dan ditilik kini sudah dilipat kembali. Mahu mengemas memandangkan menu yang dipesan kini sudah tiba. Mereka kini berada di restoren makanan segera Pizza Hut. Ifran yang melihat adegan memberi hadiah itu menjeling tidak puas hati. Tidak pernah pon Umairah memberinya hadiah. Hatinya mula terdetik cemburu.

“ Dah jom kita mula makan.” Seru Haikal apabila suasana sunyi sepi antara mereka. Seperti biasa Ifran mengetuai bacaan doa makan.

“ Kau tak kerja ke hari ni?” Haikal menyoal sekadar ingin tahu. Pelik pulak bagaimana Ifran boleh menyemak dalam temujanjinya dan Umairah.

“ Half day.” Balas Ifran ringkas. Dia menyuap spagetti yang sudah diputar dengan garfu ke dalam mulut.

“ Sayang nak sos?” Tanya Ifran pada Umairah. Diambil botol sos cili untuk dituangkan kedalam pinggan milik Umairah. Umairah terpaku dengan kemesraan yang ditonjolkan oleh Ifran, siap memanggilnya sayang lagi. Apa kena Ifran ni? Haikal yang berada diantara Ifran dan Umairah menjeling ke arah pasangan itu silih berganti. Makin meluat dengan kebahagiaan yang dipertontonkan oleh pasangan itu.

“Boleh juga.” Jawab Umairah teragak-agak. Serba salah dirinya dalam situasi aneh saat ini. Ifran menuang sedikit sos cili kedalam pinggan Umairah dengan senyuman manis. Sempat dia memotong secebis pizza lalu dicalit sedikit sos kemudian disuakan ke mulut Umairah.

“ Buka mulut... Ahhhhh.” Seru Ifran. Sengaja dia buat-buat romantik didepan Haikal supaya jejaka itu berhenti mengharapkan cinta dari Umairah. Biar menanah mata Haikal melihat kebahagiaan dia dan Umairah. Umairah terkesima sekali lagi dengan perangai mengada-ngada Ifran. Tidak pernah Ifran bersikap begini, namun diikut sahaja rentak Ifran.

“ Sedap?” Soal Ifran lembut seraya memanah pandangan kedalam mata Umairah. Mahu tersedak Umairah dengan perubahan drastik Ifran. Tidak pernah Ifran selembut dan sebaik ini! Sudah la tadi sepanjang mereka berlegar-legar didalam kompleks terminal One, Ifran langsung tidak melepaskan tangannya. Apa sebenarnya dalam benak Ifran sekarang ini? apa yang lelaki ini rancang sebenarnya?

“ Sedap...” Umairah membalas pendek. Senyuman kejung terukir dibibir.

“ Sayang, bagi abang bebola daging sikit. Nak rasa.” Minta Ifran tanpa perasaan malu. Masih lagi diteruskan adegan romantik didepan Haikal. Umairah mengetap bibirnya kuat. Makin lama makin melampau perangai Ifran. Umairah memanjangkan tangannya lalu dipulas perut Ifran dengan perasaan geram. Matanya dijengilkan ke arah Ifran supaya jejaka itu menghormati Haikal yang hanya diam sedari tadi. Ifran tersengih Cuma, sempat dia mencapai tangan Umairah yang mencubitnya lalu digenggam erat. Ada rasa kasih sayang mula memekar diantara mereka. Haikal yang melihat aksi mesra antara Umairah dan Ifran hanya mampu menahan rasa. Namun begitu, rasa keliru mula mewarna hatinya. Benarkah Umairah dan Ifran tidak bahagia dengan rumah tangga mereka? Kalau beginilah gaya mereka berdua, pasti telahannya sebelum ini adalah tidak tepat. Umairah dan Ifran didepannya kini seperti pasangan bahagia, pasangan yang sedang hangat memadu kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 06:19 PM | Show all posts
poyohabis posted on 8-10-2014 07:56 PM
Update la banyak2 sikit.. Nak bg otak ni jiwang karat ...

sudah diupdate... mohon baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 06:21 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 8-10-2014 07:58 PM
Lorr...mne ada melambung..mmg btul pun karya sakura ni mmg tbaek lah..hehe

sakura dah update.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe...confirm lps ni haikal frust...umairah n ifran plak makin bahagia...hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 06:37 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 9-10-2014 06:28 PM
Hehehe...confirm lps ni haikal frust...umairah n ifran plak makin bahagia...hehe..

ksian haikal asik frust jr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2014 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambil2 makan tu sakura kat pizza hurt tu lagu yg ku tunggu janda mu bergema.. .. Hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:24 AM | Show all posts
“ Kami balik dulu.” Pinta Umairah disamping Ifran. Haikal tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

“ terima kasih kerana sudi raikan hari lahir saya.” Ucap Haikal pula.

“ sama-sama.” Balas Umairah lalu dia dan Ifran beredar meninggalkan Haikal dihadapan restoren makanan segera pizza hut. Ifran menggenggam erat tangan Umairah untuk menuju ke aras bawah komplek terminal One.

“ dah-dah la berlakon. Haikal dah tak ada kat sini.” cetus Umairah sambil menarik tangannya dari genggaman Ifran. Ifran memandang tangannya dan tangan Umairah yang bertaut lalu tersengih kecil. Baru tersedar dia berpimpingan tangan dengan Umairah. Terasa bahagia pula memimpin tangan itu lebih lama.

“ apa salahnya... jom kita pusing-pusing dulu sebelum balik.” Ajak Ifran seraya melepaskan genggaman tangan Umairah.

“aik. Tak puas lagi ke pusing-pusing tadi.” Sela Umairah kemudian ketawa perlahan. Sempat dia menjarakkan sedikit dirinya dari Ifran. lebih selesa jika berjauhan kerana dia mudah rimas jika terlalu rapat dengan orang lain.

“ tadi tak best.”

“apesal pulak tak best? Bukannya ada kedai baru bukak pon sekarang.”

“ tadi ada Haikal. tak seronok la.” Jelas Ifran tenang.

“pulak dah.. macam-macam. Tak best pon kau sibuk jugak nak ikut aku keluar dengan dia.” Sindir Umairah sinis.

“ tak habis marah lagi ke?” usik Ifran. matanya mengerling langkah Umairah disebelahnya. Ada rasa bahagia merintik didalam hatinya. Sudah lama perasaan ini tidak mewarnai hatinya semenjak perpisahan antara dia dan Atikah. Umairah sekadar berdiam, malas dilayan usikan Ifran yang memang sengaja mencari pasal dengannya.

“Mai...” panggil Ifran lembut. Umairah memandang sekilas wajah Ifran sebelum kembali menumpukan perhatian pada langkahnya. Silap hari bulan boleh terlanggar orang dihadapan kalau tidak diberi fokus dengan baik ketika berjalan.

“ apa dia?”

“ kau dengan Haikal tu ada apa-apa ke? Korang bercinta?”

“ kenapa kau tanya?” soalan berganti soalan. Ifran mengeluh perlahan.

“ sebab nak tahu..” jawab Ifran mudah.

“ kekasih atau tidak tak penting sebab aku dan dia takkan dapat bersama selagi kau tak ceraikan aku.” Ujar Umairah tenang. Namun jawapan itu langsung tidak berjaya memuaskan hati Ifran.

“ kau cintakan dia?” soal Ifran lagi. Kali ini dadanya sedikit berdebar menanti balasan dari Umairah. Tangannya sedikit berkeringat menahan rasa gemuruh yang bertandang. Wajah Umairah disisi ditatap lama, mencari jawapan daripada air muka gadis itu.

“ entah..” acuh tak acuh jawapan dari Umairah. Dia malas berfikir sebenarnya. Lagi pun dua tiga menjak ini dia seolah-olah sudah dapat meneka siapa dihatinya. Dia sudah tidak mahu berdalih lagi kenyataan yang sudah lama diketahui itu.

“ aik boleh pulak main entah jer.. takkan perasaan sendiri pon tak tahu.”

“ tak penting pon semua tu.” Tambah Umairah lagi. Ifran merengus kasar mendengar jawapan malas dari Umairah. Gadis itu seperti tidak serius melayan persoalannya.

“ kau ni memang hati keringkan.. langsung tak tahu apa itu perasaan cinta. Sebab tu kau sanggup gunakan persahabatan kita untuk pisahkan aku dan Atikah. Kalau kau tahu apa itu cinta, apa itu sayang kau tak akan macam ni.” Ifran mula mengungkit kisah silam mereka. Suaranya yang agak meninggi menarik beberapa mata untuk memandang. Sakit hati pula dengan sikap dan layanan acuh tak acuh Umairah padanya. Tidak bolehkah Umairah lebih serius dalam hal hati perasaan, tidak bolehkah Umairah lebih menghargai perasaan orang disekelilingnya.

“ If.. kan aku dah minta maaf pasal tu.” Pujuk Umairah perlahan. Malu pula apabila ada mata memandang perselisihan faham antara mereka.

“ minta maaf memanglah senang. Cuba kau rasa kalau perkara macam tu jadi kat kau.” Marah Ifran dengan nada yang sama seperti sebelumnya. Umairah cuba menahan sabar walaupun kesabarannya mula menipis. Ditatap lama wajah Ifran didepannya.

“ kau cakap macam kau baik sangat...”

“ seteruk-teruk aku pon tak adalah aku buat macam kau ni. Rampas kekasih kawan baik sendiri malah sanggup gunakan kawan untuk balas dendam.” Bentak Ifran sinis. Darah Umairah mula menggelegak. Geram dengan herdikan dari Ifran sedangkan perkara itu sudah pon berlalu dan dia sudah memohon kemaafan. Kot ye pon Ifran tak maafkan dia, perlu ke lelaki itu mengungkit semula hal itu?

“ betul ke kau tak pernah buat macam aku? Bukan ke kau yang mulakan dulu semua ni. Kau dekati aku kerana Atikah! Kau berkawan dengan aku kerana Atikah? Itu bukannya nama mempergunakan kawan ke?” jerkah Umairah dengan nada yang tinggi. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang asalkan Ifran juga tahu bertapa sakitnya hati dia suatu ketika dahulu. Sikap Ifran yang mendekatinya kerana Atikah buat dia salah faham. Sangkanya Ifran menyukainya tapi silap, Ifran ada agenda lain dalam bersahabat dengannya. Ifran terkedu dengan kata-kata keras yang keluar dari mulut Umairah. Wajah Umairah yang kian mencuka dipandang lama.

“ Aku balik dulu.” Minta Umairah. Tanpa menunggu jawapan dari Ifran, Umairah sudah beredar meninggalkan suaminya. Perit sungguh hatinya apabila kenangan silam yang sudah dilupakan diimbau kembali. Ifran tidak tahu bertapa sukarnya dia menerima kenyataan dipermainkan suatu ketika dahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2014 11:25 AM | Show all posts
Ifran merenung lama tasik luas didepan matanya. Setelah pergaduhannya dengan Umairah sebentar tadi, dia mengambil keputusan untuk mengambil angin terlebih dahulu di Taman Tasik Seremban sebelum pulang ke rumah. Hatinya betul-betul terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Umairah padanya. Tak tercapai dibenaknya Umairah sanggup berfikir begitu tentang dirinya.

“ kau salah faham Mai...” rintih Ifran sambil menundukkan wajahnya yang jelas riak sendu. Matanya dipejam rapat demi menghilangkan segala bait-bait tutur kata Umairah yang terngiang-ngiang pada cuping telinga.

“aku tak pernah pergunakan kau untuk dapatkan Atikah. Percayalah Mai.” Luah Ifran lagi. Wajahnya diraup perlahan menyebabkan rambut yang disisir rapi mula berserabut. Bertapa dia terkilan dengan tomahan Umairah seketika tadi. Adakah ini semua silapnya yang tidak pernah berterus terang selama ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:28 AM | Show all posts
                                                                         3 tahun yang lalu...

Ifran menatap lama wajah Umairah yang tekun membuat pengiraan kalkulus. Langsung tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh Ifran. Lama keadaan itu berterusan sehinggalah Umairah mengangkat wajahnya untuk mencapai kalkulator yang berdekatan dengan Ifran. tersentak dirinya tatkala matanya berlaga dengan mata Ifran yang ralit memandang wajahnya.

“ kenapa?” soal Umairah bagi mengusir rasa canggung yang tiba-tiba menjengah. Ada rasa malu lagi segan mula menapak hatinya tatkala matanya dan mata Ifran bersambung. Atikah yang sedang mencari bahan untuk tugasannya meninggalkan mereka berdua untuk seketika.

“ kau nampak cantik bila fokus macam tu.” Puji Ifran dengan senyuman kecil. Umairah tergamam dengan pujian yang tidak semena-mena itu. berdegup kencang hatinya. Wajahnya sudah merintik merah.

“ ini mesti ada apa-apa ni... nak bodek la tu.” Balas Umairah dengan reaksi yang setenang mungkin. Dia tidak mahu memalukan diri didepan Ifran kerana dia dapat rasakan pujian itu tidak ikhlas.

“ mana ada.. puji pon salah ke.” Sela Ifran perlahan. Matanya masih tidak lepas dari merenung wajah Umairah yang bersahaja. Langsung tiada riak teruja dengan pujian ikhlasnya sebentar tadi.

“ apa-apa je la... dah tak payah nak merapu sangat, kita fokus dengan tugasan ni. Bahagian aku dah hampir siap dah. Bahagian kau macam mana?” bidas Umairah demi menyembunyi rasa segan yang sudah memenuhi hatinya. Cepat-cepat wajahnya ditundukkan. Pura-pura sibuk dengan tugasan yang masih belum selesai. Padahal dalam hatinya sudah hampir meletup menahan debaran tak terhingga.

“ dah siap... sebab tu aku sibuk buat ‘tugasan’ lain pulak.” Sambung Ifran selamba. Bibirnya tersengih-sengih bak kerang busuk dengan kata-kata sendiri. Umairah sekadar diam membisu. Masih meneruskan kerjanya yang belum lagi selesai.

“ kau dah ada kekasih Mai?” Umairah terperanjat untuk kali kedua. Mata pensil yang digunakan patah apabila mendengar pertanyaan dari Ifran yang sangat pelik pada pendengarannya. Wajahnya yang menunduk seketika tadi diangkat lalu dihalakan pandangan kearah Ifran. jejaka itu kelihatan tenang menanti jawapan darinya.

“ kenapa kau tanya?"

“saja nak tahu... jawablah.”

“ kau rasa?” Umairah berteka-teki. Ifran mengeluh kecil.

“ kalau ikut aku rasa, baik aku tak payah tanya kau...” tempelak Ifran sedikit geram. Banyak pula cekadak Umairah.

“ apa-apa je la...” tokok Umairah pendek. Dia meneruskan kerja yang tertangguh.

“ kalau ada lelaki yang syok kat kau, kau nak kenal dia tak?” soalan demi soalan keluar dari mulut Ifran. Umairah mengerut dahinya.

“ siapa?”

“ aku kata kalau je.. mungkin kawan aku tak pon kawan kau... kau suka tak?” dalih Ifran yang masih membuang pandang kearah Umairah.

“ aku tak ada masa lah nak fikir benda-benda macam tu... tak minat! Sekarang aku fikir belajar jer, tak minat nak bercinta bagai.” ujar Umairah tegas. Namun semua itu sekadar helahnya sahaja. Mana mungkin dia memandang lelaki lain sedangkan hatinya sudah diberikan kepada Ifran. Ifran mengeluh kecil melihat ketegasan dari Umairah. Rasa kecewa mula bertebaran didalam hatinya mendengar jawapan Umairah yang cukup tegas dan yakin itu. lama dia tatap wajah serius Umairah yang kelihatan khusyuk mengadap tugasan yang belum selesai.

“ Mai aku balik dululah... yang ni bahagian aku. Nanti kau compile je yer.” Minta Ifran sambil bingkas berdiri. Mendengar jawapan jujur dari Umairah seketika tadi buat perasaannya terguris. Dia mahu berehat untuk memikirkan jalan seterusnya dalam menggapai perasaan Umairah.





“ mana If?” Soal Atikah setelah menghenyakkan punggung dihadapan Umairah. Wajah Umairah yang tekun dengan tugasan yang dibuat dipandang dengan rasa ingin tahu. Umairah mengangkat mukanya lalu menoktahkan pandangan pada wajah cantik Atikah. Tersenyum mesra kearah temannya itu.

“ kau ni.. tak menyempat-nyempat tanya pasal mamat tu..” usik Umairah. Atikah tersengih kerang. Agak malu dengan sikap gelojohnya.

“ iye la... tadi elok je nampak dia berbual dengan kau. Lagi pon aku sengaja bagi kau dengan dia masa untuk berdua... manalah tahu ada perkembangan positif.” Tambah Atikah senang. Umairah tersenyum, agak terharu dengan penjelasan dari Atikah yang sangat memahami.

“ dah tu dia ke mana? Toilet?” soal Atikah untuk kali ke dua. Mungkin Umairah sudah lupa dengan persoalannya seketika tadi.

“ tak adalah... dia dah balik pon. Part dia dah siap, nanti kita compile je.” Ulas Umairah lembut. Dia kembali menatap pengiraan yang belum  selesai.

“ kau dengan dia tak ada apa-apa perubahan lagi ke? Kau tak nak luahkan perasaan kau pada dia?”

“ malulah Tikah... lagi pon dia tu anggap aku macam kawan je kot. Karang kalau aku luahkan perasaan takut terjejas pulak persahabatan kitorang.”

“ kau ni... penakut sangatlah. Cuba beranikan diri ambil risiko.” Bebel Atikah pendek. Dia mula membelek buku rujukan yang baru diambil, mahu menyelesaikan tugasan yang masih tertangguh.

“ nanti-nanti la Tikah... lagi pon, kalau dia ada perasaan sama macam aku mesti dia akan usahakan jugak untuk tarik perhatian aku. Melainkan dia memang tidak berminat untuk menganggap aku lebih dari kawan.” Jawab Umairah mudah. Dia memang sukakan Ifran tapi untuk terhegeh-hegeh menonjolkan perasaannya itu agak sukar. Perasaan malu masih ada didalam dirinya. Tak terbayang diminda sekiranya Ifran menolak perasaan cinta ini. Malu seumur hiduplah jawabnya.

“ suka hati kau la Mai... kalau If dikebas orang jangan kau meroyan sudahlah...” pesan Atikah sekali lagi. Ada makna tersirat disebalik kata-katanya. Umairah diam sahaja mendengar pesanan Atikah. Memang ada benar kata gadis itu. Tetapi untuk melaksanakannya tak semudah yang dikata. Semuanya memerlukan keberanian dan keyakinan yang tinggi dan dia bukanlah manusia yang arif dalam bidang ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:29 AM | Show all posts
“ ada apa kau nak jumpa aku? Urgent sangat bunyinya.” Sergah Umairah sambil menghenyakkan punggung diatas kerusi didepan Ifran yang sedang menyedut teh ais. Ifran kelihatan tersengih-sengih seperti ingin meminta sesuatu.

“ acu bawak bersabar sikit... duduk dulu, tarik nafas panjang-panjang, minum-minum dulu barulah nak terjah dengan soalan pon.” Usik Ifran. Umairah mencebik dengan kata-kata Ifran. sempat matanya dijulingkan keatas tanda dia menyampah dengan usikan dari temannya itu.

“ kau fikir aku banyak sangat masa nak mengadap kau ni hah?” soal Umairah dengan mulut yang terjuih. Ifran tergelak melihat tingkah Umairah, langsung tidak mengambil hati. Dia dan Umairah sudah berkawan hampir dua semester. Rasanya, tak perlu dia ambil serius dengan gurauan begitu.

“ dah order belum untuk aku?” sambung Umairah seraya menukar topik perbualan. Dia sememangnya ada menyuruh Ifran memesan makanan dan minuman buatnya.

“ dah...” balas Ifran dengan anggukan kecil.

“ apa hal yang kau nak cakap dengan aku?” sekali lagi Umairah menebarkan pertanyaan namun kali ini dengan nada yang lebih serius. Dia bukanlah bertemu dengan Ifran untuk suka-suka tetapi kerana Ifran ingin menemuinya dengan alasan ada hal penting yang ingin dibincangkan.

  “ akukan tuang kelas Dr.Ahmad tadi.... so...”

“ kenapa kau ponteng tadi? Sakit ke?” belum sempat Ifran menghabiskan bicara, Umairah sudah memotong kata-katanya. Namun hati Umairah cukup yakin, Ifran tidak ke kelas bukan kerana sakit tetapi malas atau terlajak tidur.

“a’ah sakit... sakit bontot.” Ujar Ifran kemudian dia tergelak kecil. Umairah menarik muka kerana terasa dipermainkan namun dia tidak berkecil hati. Bukan dia tidak faham perangai Ifran yang suka bergurau.

“ sakit bontot betul-betul baru tahu! Kau jangan lupa If, kita punya final lagi beberapa minggu je. Serius sikit boleh?” Umairah sudah mula berleter.

“ sebab aku tahu nak exam tak lama lagilah aku nak mintak tolong dengan kau ni...”

“ apa dia?”

“ bagi aku nota kuliah dr Ahmad untuk minggu ni...” minta Ifran dengan senyuman yang memekar dibibir. Menyerlahkan barisan giginya yang putih bersih tersusun rapi.

“ laa tu je ke kau nak? Asal tak mesej je, aku boleh transfer nota ikut email. Tak payah nak nak susah-susah ajak aku keluar pun tak apa...” ulas Umairah. Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia ingat apalah yang penting sangat ingin diperkatakan oleh Ifran, rupanya ini sahaja. Kelakar pulak rasanya.

“ kalau cakap berdepan macam ni pon tak salahkan...” sela Ifran dengan nada suara yang tak dapat ditafsirkan. Sememangnya pertemuan dengan Umairah malam ini untuk mendapatkan nota kuliah sekadar alasan yang dicipta. Dia bukan tiada kawan lain untuk meminta semua itu tetapi dia sengaja memintanya daripada Umairah. Kerana dia rindu dan ingin betemu Umairah. Takkan Umairah tidak faham dengan tingkahnya yang terlalu mudah dibaca? Umairah mengerut dahinya mendengar butir bicara Ifran yang lain macam bunyinya, mimik muka jejaka itu dipandang dengan rasa hairan.

“ memang la tak salah... tapi setakat perkara kecil macam ni tak perlu kot kita nak berjumpa dan cakap secara berdepan. Masih banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dibuat daripada kita habiskan masa dekat luar macam ni.” Ifran sedikit tersentap dengan jawapan Umairah yang seperti memberi gambaran yang dia tidak berminat untuk menghabiskan masa dengannya. Mula mengerti Umairah langsung tiada hati untuknya.

“maaflah kalau mengganggu masa kau... untuk tebus kesilapan aku, makan malam ni aku belanja.” Pujuk Ifran lembut. Dia malas memikirkan kata-kata Umairah yang cukup menikam kalbu. Lagi pon, memang salahnya juga mengganggu orang yang sibuk macam Umairah!

“ If jangan la kecil hati... aku bukan tak suka jumpa kau Cuma...”

“ dah-dah... aku faham. Tak payah nak terangkan apa-apa.. nanti jangan lupa hantar nota tu dekat aku.” Potong Ifran. sempat mengalih topik perbualan mereka. Umairah mengeluh lemah, mula rasa bersalah dengan mulutnya yang tak pandai menuturkan kata-kata yang baik.

“ kalau kau terasa aku minta maaf yer...” pinta Umairah sekali lagi sebelum masing-masing sibuk dengan juadah makan malam. Ifran dan Umairah hanya mendiamkan diri menikmati makanan yang terhidang. Mula ada rasa kekok dengan situasi yang melanda.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 11-10-2014 11:25 AM
Ifran merenung lama tasik luas didepan matanya. Setelah pergaduhannya dengan Umairah sebentar tadi,  ...

Ifran2 nama pun jantan dua2 dia nak.. Kes ni biasa berlaku kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:38 AM | Show all posts
poyohabis posted on 11-10-2014 11:31 AM
Ifran2 nama pun jantan dua2 dia nak.. Kes ni biasa berlaku kan..

lelaki cam ifran ni mmg ramai. x dpt yg dikejar ambik yg spare part pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 11-10-2014 11:38 AM
lelaki cam ifran ni mmg ramai. x dpt yg dikejar ambik yg spare part pulak.

Kan lps tu tunjuk kemeseraan pd yg dia x dpt.. Poyo yg amat la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apesal annoying gile mase bace part umairah, ifran dgn haikal tu. Gedik sgt da tau bini org perlu ke nk jmpe laki lain lg. Pastu kalo laki die nk ikut pun x slhkn. Knp beriye sgt nk mrh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 02:30 PM | Show all posts
mawibotak posted on 12-10-2014 11:44 AM
Apesal annoying gile mase bace part umairah, ifran dgn haikal tu. Gedik sgt da tau bini org perlu ke ...

nampaknya Mawibotak x suka watak utama citer ni... tapi x pe pilihan masing2. tq sbb sudi menyinggah bce thread sendu sedan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2014 02:33 PM | Show all posts
Umairah memandang lama lautan tasik yang terbentang luas dihadapan mata. Sedikit sebanyak perasaannya menjadi tenang melihat keindahan alam ini. dia hanya bersendiri waktu itu... tiada Atikah, Zizie, Zurina mahupun Amirah yang menemani. Memang dia yang memilih untuk bersendiri.

“ jauh termenung... ingatkan buah hati ke?” tegur satu suara sekali gus menyedarkan Umairah kealam realiti. Lekas-lekas matanya memandang kearah si penegur lalu melebarkan senyuman tawar.

“kau If... ingat siapalah tadi.” Balas Umairah sambil mengensotkan sedikit badannya ketepi agar Ifran boleh melabuhkan diri disebelahnya.

“kenapa? Kau harapkan orang lain ke? Buah hati kau barangkali.”

“hish kau ni... mengarut jer. Aku mana ada kekasih. Kau tu lainlahkan.” Tingkah Umairah bersahaja. Ifran menjeling kearah Umairah yang kelihatan tenang disebelahnya.

“kau memang tak ada pak we ke Mai?” soal Ifran terus. Langsung tidak bengkang bengkok. Dalam hatinya berdetak kencang. Berharap jawapan Umairah seperti yang diingini.

“aik... ni apasal tanya soalan peribadi sangat ni? ke kau sengaja nak gelakkan aku pasal tak ada pakwe. Buat-buat tanya pulak!” bebel Umairah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Ifran mengeluh lega. Damai sikit jiwanya mendengar jawapan daripada Umairah yang dirasakan jujur.

“ooo... kau tak ada kekasih la. Kenapa? Kau tak ada minat kat siapa-siapa ke?”

“bukannya aku yang tak berminat tapi orang yang tak minat dekat aku... dah macam mana nak ada buah hati.” Jelas Umairah dengan ketawa kecil. Ifran turut sama ketawa dengan kata-kata Umairah.

“jadi kau memang ada minat kat seseoranglah? Siapa? Aku kenal ke? Ke aku?” Ifran buat serkap jarang. Umairah tersentak, berdebar-debar jantungnya dengan telahan tepat daripada Ifran. cepat-cepat Umairah kawal reaksi mukanya yang sudah kemerah-merahan.

“ish... perasan sungguh kau ni. tak ada maknanya aku minat dekat kau. tak kuasa aku.”

“ala... dah tu sapa?” soal Ifran ingin tahu. Sentap juga hatinya dengan jawapan Umairah yang terlalu berterus terang. Tapi apa boleh buat, nada soalannya sendiri pon bergurau. Mustahillah Umairah mahu mengaku perasaannya jika sekiranya ada untuknya.

“adalah... buat apa nak beritahu kau. tak mendapat manfaat pon.” Tingkah Umairah tanpa perasaan. Ifran genggam jemarinya sendiri. Sedikit sebanyak perasaannya mula dihantui rasa kecewa. Nampak sangat Umairah langsung tiada hati padanya malah gadis itu turut menyimpan perasaan untuk lelaki lain. Suasana sepi sekejap. Hanya kedengaran bunyi angin meniup daun-daun kering.

“Mai...” panggil Ifran lembut. Umairah yang ralit merenung tasik yang terbentang luas dihadapannya berkalih pandang. Direnung lama wajah Ifran yang cukup mendatangkan rasa gelisah dihati gadisnya. Dia tenggelam sejenak dalam renungan penuh asyik daripada Ifran.

“ kalau aku cakap aku sayangkan kau... kau percaya tak?” sambung Ifran dengan wajah yang serius. Umairah kaget! Terkebil-kebil matanya membalas renungan Ifran yang kelihatan serius. Tanpa dapat dikawal, hati dan perasaan Umairah berdebar sendiri. Dia termangu seketika. Tidak tahu apa yang perlu dijawab dan dilakukan buat masa ini. dia tidak biasa dan tidak pernah alami perkara ini. persoalan dari Ifran terlalu mendadak baginya.

‘biar betul Ifran ni... ke dia nak perdajal aku jer?’ otak Umairah berteka-teki. Tidak yakin dengan kata-kata Ifran meski pun jejaka itu memaparkan wajah yang cukup serius. Umairah tiba-tiba sahaja melepaskan gelak. Hanya ini sahaja reaksi yang mampu difikirkan buat masa ini.

“hahahahaha... kau buat lawak ke If? Tak kelakar okey. Apa kau ingat aku nak percaya temberang kau tu? puii la...” sela Umairah dengan ketawa yang dibuat-buat. Ifran terkedu. Mula tersedar dengan ketelanjuran bicaranya. Sedikit sebanyak dia menyesal dengan soalan yang keluar dari mulutnya tanpa berfikir panjang. Namun tak dapat dinafikan, hatinya cukup terguris dengan reaksi Umairah yang tergamak menggelakkan luahan hatinya. Ifran buat-buat ketawa. Cuba kawal perasaan malu yang bertandang.

“ala kau ni Mai... aku baru je nak perkenakan kau... tahu-tahu je kau ni kan.” Ujar Ifran dengan ketawa yang masih bersisa. Perasaan kecewa dan sedih sedaya upaya dibuang jauh-jauh. Dia tak nak Umairah sedar perasaannya yang berperang sesama sendiri. Untuk apa gadis itu tahu? Hanya menjatuhkan maruahnya lagi adalah!

“kita ni dah berkawan lebih setahun If... takkanlah aku tak tahu perangai kau tu... suka perkenakan orang.” Tembak Umairah setelah ketawanya reda. Dalam diam dia bersyukur dengan reaksi yang ditonjolkan. Kalaulah dia turut mengakui cintanya tadi, pasti dirinya digelak habis-habisan oleh Ifran.

“hmmm Mai... aku nak balik dululah. Baru teringat nak pergi main badminton dengan Zarif. Kau nak aku hantarkan kau balik ke?” habis sahaja sesi bergelak ketawa penuh palsu itu, Ifran mula angkat punggung lalu berdiri dihadapan Umairah. Penolakkan cinta dalam diam itu buat hati Ifran tersiat pedih. Dia tidak mampu untuk berlama-lama disisi Umairah disaat cintanya baru sahaja ditolak tanpa sedar.

Umairah sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. Menolak dengan ajakan Ifran yang kedengaran ikhlas. Dia sebenarnya kecewa dengan mainan Ifran itu tadi. Nasib baik dia tidak mudah perasan, kalau tidak pasti berkecai hatinya dengan gurauan Ifran.

“tak pe la... kau baliklah dulu. Aku nak layan perasaan kejap.” Tutur Umairah dengan nada yang rendah. Wajah Ifran dipandang dengan senyuman nipis. Ifran yang membalas renungan Umairah sekadar tersenyum tawar. Kepalanya terangguk-angguk memahami keinginan gadis itu. Dengan perasaan yang berkecamuk, Ifran membuka langkah meninggalkan Umairah sendiri di tasik itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 02:34 PM | Show all posts
Ifran menatap lama siling bilik tidur yang dikongsi bersama Ahmad. Entah kemana hilangnya jejaka itu pun Ifran tidak pasti. Apa yang pasti kini hati dan perasannya amatlah terguris mengingatkan cintanya ditolak secara tidak langsung oleh Umairah petang tadi. Ifran meraup lembut wajahnya. Cuba mencari-cari ketenangan yang sememangnya tiada dalam diri saat ini.

‘Mai... apa perasan kau sebenarnya pada aku? apa yang patut aku buat untuk kau jatuh cinta pada aku?’ soalan demi soalan berlegar difikiran Ifran. sedaya upaya dia menyambung segala urat saraf dibenaknya agar menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tahu kelemahannya. Dia terlalu takut mengucapkan kata-kata cinta pada Umairah. Dia takut kerana cintanya itu Umairah akan pergi meninggalkannya sendiri. Dia tak nak kerana perasaannya hubungan persahabatan antara dia dan Umairah berkecai begitu sahaja. Dia sedar dia seorang yang pengecut. Takut untuk membuat perubahan!

‘Mai... aku tak pasti apa perasaan kau pada aku. kadang-kadang kau seakan suka pada aku, kadang-kadang macam tak juga. Yang mana satu sebenarnya ni?’terus menerus persoalan meliar dibenaknya. Ifran bingkas bangun lalu mundar mandir sekitar biliknya. Langkahnya yang perlahan itu dihentikan ditepi tingkap yang terbuka luas. Dipandang langit hitam tanpa sebarang bintang mahu pun bulan itu. keluhan demi keluhan dilepaskan demi mencapai rasa tenang yang tidak muncul tiba.

‘aku kena uji perasaan dia pada aku!’ tegas Ifran didalam hati. Mula otaknya terfikir satu idea untuk menguji hati Umairah padanya. Dia perlu lakukan semua itu kerana dengan cara itu sahaja dia mampu mengetahui apa dihati Umairah.





Umairah berteleku didepan komputer ribanya. Langsung segala pembacaan nota-nota penting yang terdampar didada skrin laptop itu tidak meresap ke otaknya. Ingatannya kini lebih tertumpu pada peristiwa petang tadi. Wajah kacak milik Ifran mula memenuhi pemikirannya.

‘kalau aku cakap aku sayangkan kau... kau percaya tak?’ terngiang-ngiang persoalan dari Ifran didalam benaknya. Hati Umairah berdetak kencang. Meremang bulu romanya meskipun hanya mengingati bait-bait luahan daripada Ifran.

‘betul ke Ifran bergurau je masa dia cakap macam tu tadi? tapi kenapa muka dia serius sangat? Lagi pun, Ifran tak pernah nak bergurau perkara-perkara melibatkan hati dan perasaan selama ini. entah-entah betul dia ada hati pada aku?’soal Umairah pada diri sendiri. Tangannya diketuk-ketuk pada dagu. Kata-kata Ifran tadi buat dia berfikir panjang.

‘alah Mai... tadikan dia cakap dia nak perkenakan kau jer. Mustahillah dia serius. Lagi pun, bukan ke cinta dalam persahabatan tu taboo. Tak mungkinlah dia ada hati pada kau.’ bisik hati Umairah sedikit sebanyak cuba menghilangkan rasa menyesal kerana mempermainkan luahan perasaan Ifran petang tadi. namun kata-kata penyedap hati itu langsung tidak mampu memberi ketenangan padanya. rasa menyesal dan kecewa kerana tidak menggunakan peluang yang ada petang tadi semakin mengasak minda.

Kalaulah masa boleh diputarkan kembali, pasti dia akan mengakui perasaannya jua. Mungkin Ifran sekadar bergurau tetapi sekurang-kurangnya dia jujur dengan perasaan sendiri. Tapi dia dah terlambat. Entah bila pula peluang sebegitu akan muncul. Untuk meluahkan perasaannya sendiri dia tidak mampu. Dia belum punya keberanian seperti itu untuk mengakui cintanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 02:36 PM | Show all posts
Umairah terkedek-kedek menghampiri perhentian bas untuk mendapatkan perkhidmatan kenderaan tersebut. Jam pada pergelangan tangannya sudah menunjukkan 10 minit melepasi 9 pagi. Dia betul-betul sudah terlewat dek kekhilafannya yang terlambat bangun pagi tadi. Sedang Umairah memanjangkan langkah, bunyi hon bertalu-talu menjengah pendengarannya. Spontan kepalanya dipusingkan demi membuang pandang kearah kereta yang mengeluarkan bunyi yang bingit itu.

“ macam kereta If je.” Umairah bermonolog sendiri. Sangkaannya tepat apabila Ifran menurunkan cermin kereta lalu melambai kearahnya. Umairah cepat-cepat menghampiri Ifran yang tersenyum lebar.

“ nak tumpang.” Minta Umairah. Tanpa menunggu jawapan, pintu kereta sebelah pemandu ditarik. Umairah membenamkan badannya kedalam kereta Persona milik Ifran.

“ lambat bangun la ni... lupa ke kita ada kelas pukul 9.” Giat Ifran. pemanduan diteruskan menuju ke arah kampus.

“ mengutuk aku konon.. kau pon sama je. Kalau tak, tak adanya kau kat sini sekarang.” Bidas Umairah selamba. Wajah tenang Ifran dikerling menggunakan ekor mata.

“ bersyukur la aku lambat.. kalau tak kau mesti kena melangut berjam-jam dekat bus stop.”

“ apa-apa je la.” Tambah Umairah yang kemudiannya diam. Suasana antara mereka berdua kembali hening. Ifran sibuk dengan pemanduannya manakala Umairah pula enak melayan perasaan. Tiba-tiba mata Umairah menangkap satu imej beg kertas yang diletak elok berhampiran kakinya. Dahinya berlapis-lapis dengan perasaan ingin tahu. Tangannya yang tidak reti duduk diam dipanjangkan lalu membelek beg kertas bewarna coklat itu.

“ hei! sapa bagi kau sentuh barang aku tu?” Tinggi suara Ifran melihat tingkah Umairah yang memandai menyentuh barangannya. Umairah tersentak, serentak dengan itu tangannya berhenti dari menyentuh beg kertas berkenaan. Wajahnya dipaling mengadap riak tegang milik Ifran. kecut perutnya dengan kesilapan yang tidak disengajakan.

“ maaf.. tak sengaja.” Minta Umairah sambil melagakan tangannya memohon ampun. Wajah berang Ifran dipandang dengan perasaan bersalah.

“ kau dah nampak ke apa kat dalam tu?” intonasi suara Ifran masih lagi keras namun tidak setinggi tadi. Umairah serba salah. Mahu menipu atau tidak. Setelah berfikir sejenak, Umairah akhirnya menganggukkan kepalanya.

“ nampak...” teragak-agak jawapan yang muncul dari mulut Umairah. Ifran mendengus geram. Di jeling Umairah yang sedang bermain-main dengan baju kurung sendiri.

“ sorry If... aku tak sengaja.” Luah Umairah sekali lagi. Marah benar Ifran dengan kesilapan kecilnya itu. tapi kenapa? Apa yang istimewa sangat hadiah yang tersimpan didalam beg kertas itu? dan yang pasti untuk siapa sebenarnya hadiah itu? Ifran dah ada kekasih ke?

“ lain kali kau jangan memandai-mandai nak usik barang aku...” pesan Ifran dengan nada yang lebih rendah. Mula terkesan dengan mimik muka Umairah yang berjaya menarik simpatinya.

“ okey.” Jawab Umairah faham. Dia kembali memusingkan badannya untuk mengadap jalan raya. Namun tidak dinafikan, otaknya terus diasak-asak persoalan . Milik siapakah hadiah yang berbalut kemas yang dilihat tadi? Sedikit sebanyak ada api cemburu mula membakar perasaannya. Bertuah si gadis yang berjaya menempatkan diri dalam hati Ifran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 02:37 PM | Show all posts
Atikah melangkah perlahan kearah perhentian bas. Dia baru sahaja selesai berdiskusi dengan ahli kumpulannya. Jam tangan bewarna putih yang melilit kemas pada pergelangan tangannya dipandang sekejap.

‘dah pukul 10 malam... sekejap je masa bergerak.’ Bisik Atikah didalam hati. Sampai sahaja di perhentian bas, Atikah dapat melihat beberapa pelajar yang turut sama sedang menanti bas dengan penuh sabar. Namun belum pun punggungnya panas, satu bunyi hon yang agak kuat mencecah ke gegendang telinga. Semua mata yang ada disitu mencuri pandang kearah kereta Persona bewarna hitam berkilat itu. ada yang memandang jengkel ada juga yang buat tidak tahu. Atikah turut sama melihat kereta yang cukup familiar pada pandangan matanya.

“ Tikah...” jerit satu suara dari kereta berkenaan. Atikah yang sememangnya sedang memandang kearah si pemandu tersenyum nipis. Cepat-cepat dia membawa diri ke arah kereta tersebut.

“jom saya hantar awak balik... dah lewat ni.” ajak Ifran ikhlas. Atikah tersenyum girang. Cukup gembira dengan perlawaan Ifran. tanpa membuang masa, pintu disebelah pemandu dibuka.

“terima kasih If... nasib baik ada awak, kalau tak tak tahulah pukul berapa saya boleh sampai rumah.” Minta Atikah dengan senyuman yang memekar dibibir. Dia tidak lokek untuk menghadiahkan senyuman semanis madu buat Ifran.

“tak adahal la Tikah... kitakan kawan.” Balas Ifran tenang. Dia memulakan permanduan untuk menghantar Atikah ke rumah sewanya.

“ awak dari mana sebenarnya If? Dari perpustakaan ke?” soal Atikah perlahan. sekadar mengisi keheningan suasana antaranya Ifran.

“a’ah... ada kerja sikit tadi. awak pon dari library ke?”

“hmm... tak perasan pulak awak pun ada kat sana tadi. kalau tak boleh lepak sama-sama. Awak pergi library sorang je ke? Tak nampak pun Ahmad dan Zarif?”

“saya pergi dengan Mai... tadi dia balik awal sikit sebab ada urusan lain katanya. Lepas tu saya duduk kat library tu sorang-sorang je la sampai balik.” Jelas Ifran jujur. Rasanya tiada sebab untuk dia berbohong dihadapan Atikah.MAtikah diam sejenak. Sedikit sebanyak perasaanya menjadi aneh apabila mendengar nama Umairah meniti keluar dari mulut Ifran. Terasa ada perasaan hangat mula bercambah didalam hati. Atikah menggeleng-gelengkan kepalanya. Cuba membuang segala pemikiran negatif yang berawangan didalam mindanya. Dia tidak boleh merasa sedemikian terhadap hubungan Umairah dan Ifran.

“yang awak tergeleng-geleng kepala tetiba ni apasal? Telinga masuk air ke?” usik Ifran dengan senyuman nakal. Kelakar pula dia melihat Atikah yang tiba-tiba sahaja memusingkan kepalanya kekiri dan kekanan tanpa sebab yang diketahui. Atikah yang sedang melayan perasaan tersentak. Meletus ketawanya dengan usikan Ifran.

“tak adalah... saja buat senaman kepala...” dalih Atikah cuba menutup rasa gugup yang melanda. Tidak perasan pula Ifran memerhati segala tingkahlakunya. Namun begitu, memikirkan Ifran yang mungkin curi-curi pandang kearahnya buat hati Atikah dilambung ombak asmara.

“awak lapar tak? Jom kita makan dulu sebelum balik. Saya laparlah.” Cetus Ifran. Sempat tangannya menggosok perut untuk menunjukkan rasa kebulur yang tidak terhingga. Atikah tersenyum kecil. Gembira dengan ajakan Ifran. rasanya, peluang sebegini jarang sekali diperolehi. Tak salah kalau dia gunakan dengan sebaiknya.

“okey...” pantas Atikah mengatakan persetujuan. Langsung hatinya kini tidak teringatkan Umairah. Apa yang dia tahu, dia perlu menghargai peluang yang sudah terbuka didepan mata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057350 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list