CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Cintaku Hanya Untukmu (U)

[Copy link]
Post time 6-3-2013 01:18 PM | Show all posts
dah habis?....alamak..nak lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2013 08:57 AM | Show all posts
Yana dan Rania beriringan berjalan menuju ke kedai yang menjual pelbagai jenis baju untuk ibu mengandung. Walaupun masing-masing sudah tinggal lagi dua bulan sebelum melahirkan, mereka masih mahu membeli baju ibu mengandung. Tak mahu kelihatan selekeh semasa berbadan dua dan mahu mengikut trend terkini. Normal lah jika seorang perempuan merasa begitu.

"Beb..cantik gila baju ni. Kalau pakai baju ni mesti tak nampak perut sangat sebab dia longgar" Yana membelek-belek sehelai blaus labuh yang berwarna biru muda itu.

Rania di sebelah yang sibuk meneliti baju yang menarik perhatiaannya menjeling ke arah Yana yang sedang memadankan blaus itu di badannya.

"Cantik..cantik..tak nampak perut? Eh kau nak sorok ke apa?" ujar Rania sambil tergelak. Dia lagi suka perutnya kelihatan memboyot kerana dia bangga menjadi ibu mengandung. Baginya itu satu pengalaman yang paling best dan membahagiakan.

Yana tergelak mendengar apa yang dikatakan Rania.

"Takdelah Puan Nia oii. I saje je cakap macamtu. Aku try kejap baju nii"balas Yana sambil mencapai baju yang sesuai dengan saiznya sambil mengatur langkah ke arah bilik mencuba.

Rania tersenyum sendirian melihat gelagat rakannya itu. Macam-macam. Rania beralih ke arah pakaian bayi pula. Seminggu yang lepas dia dan Hafizi sudah membeli pelbagai barangan bayi di ekspo ibu dan bayi.

Dia membelai lembut perutnya yang memboyot itu. Hmmm baby boy ke baby girl anak mama nii? Gumam Rania sendirian meneka jantina anaknya. Berlainan dengan Yana dan Daniel, mereka awal-awal lagi sudah mengimbas jantina anak mereka. Berkemungkinan besar mereka akan mendapat bayi lelaki.

Kelihatan sepasang mata sedang memerhatikan Rania dari jauh. Pemilik mata itu tersenyum. Lama sudah dia tak berjumpa wanita ini. Bonus padanya apabila Hafizi tak bersama Rania.

"Beb jom.. aku dah settle bayar. Kau tak beli apa-apa ke? Kita pergi kedai lain jom" Yana mengajak rakannya itu pergi ke kedai lain pula.

Tiba-tiba Zarul datang menerpa mereka berdua. Yana agak terkejut kerana tak sangka lelaki ini masih menagih kasih Rania walaupun sudah tahu yang Rania sudah dimiliki orang lain.

Rania mencebikkan muka. Dia sudah meluat dengan lelaki ini. Tak sudah-sudah mahu menganggu hidupnya.

" Pregnant woman mana boleh masam-masam muka. Tak elok taw" Zarul memulakan perbualan di antara mereka. Bibirnya mengukir satu senyuman nakal.

"Yana jom kita pergi dari sini. Ada manusia tak betul kat sini" Rania berkata sambil mencapai tangan Yana dan melangkah secara perlahan dari situ.

Yana hanya mendiamkan diri dan mengikut saja Rania. Malas juga hendak melayan kerenah lelaki itu.

"Eh you ni sombong sangat lah. I sayangkan you tahu tak" ujar Zarul lagi sambil menahan pergerakan mereka berdua. Kali ini suaranya kedengaran keras sedikit. Mungkin dia sudah bengang dengan Rania yang langsung tak melayan cintanya itu.

"Kau ni Zarul tak faham ke?! Nia ni dah ada laki. Kau tolonglah jangan kacau dia lagi" Yana menengking Zarul. Tak tahan pula dia melihat Rania asyik diganggu. Sebagai rakan dia perlu bersuara juga.

"Kau jangan nak sibuk lah perempuan ! " Zarul menjerit sambil menampar muka Yana sehingga perempuan itu terjatuh. Entah kenapa tangannya laju berbuat begitu.

"Arghhhhhhhh" Yana mengerang kesakitan di perutnya.

Rania terus mendapatkan Yana yang sedang mengerang itu. Darah merah mula kelihatan di lantai pusat membeli belah itu. Rania panik. Dia terus menjerit  meminta tolong.

"Kau kejam Zarul !!! " Rania menjerit ke arah Zarul. Jika apa-apa berlaku kepada Yana, dia takkan memaafkan lelaki itu.

Zarul terkejut melihat keadaan Yana dan panik. Mesti orang akan menyalahkan dirinya. Dia terus berlari meninggalkan Yana dan Rania.

Akibat pendarahan yang banyak, Yana sudah tak sedarkan diri. Rania semakin panik. Orang ramai mula mengerumuni mereka. Ada di antara mereka yang cuba menelefon ambulan. Nasib mereka baik kerana ada yang sudi menghantarkan mereka ke hospital tanpa menunggu ambulans.


p/s : Tenkiu pd yang still bace cite nii. Maaf sebab byk kerja tak dpt nak update byk2. Hope korang enjoy
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 09:52 AM | Show all posts
Kesian yana.... ....
dayusnya di zarul... pukul perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:10 AM | Show all posts
alamak....kasihan yana....semoga selamat hendaknya...kalau tidak mmg carik pasal zarul nih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 01:16 PM | Show all posts
suspen  ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 02:36 PM | Show all posts
rania.. sila buat sexual harassment report terhadap zarul. abih citer..padan muka mamat tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2013 03:16 PM | Show all posts
Daniel berlari memasuki perkarangan hospital selepas mendapat panggilan dari Rania. Dia terus menuju ke bahagian kecemasan. Kemudian dia terus mencari kelibat Rania. Dalam hatinya tak pututs-putus dia berdoa agar kedua-duanya selamat. Harapannya cuma satu dia tak mahu apa-apa yang tak diingini terjadi.

"Abang sayang takut anything happen pada Yana" sejak Yana masuk ke dalam bilik bedah, Rania tak henti-henti berkata begitu. Esakannya makin kuat. Kalau bukan sebab dia mesti rakannya itu tak dicederakan oleh Zarul.

Hafizi meletakkan kepala Rania di bahunya. Dia mahu menenangkan keadaan isterinya itu. Dia juga terkejut dengan panggilan yang dia dapat sebentar tadi. Patutlah hatinya berat untuk melepaskan Rania keluar. Ada sesuatu yang akan terjadi rupanya. Zarul memang patut diajar. Dia sudah melampau !

" Shhh sayang..sabar ye..Kita doakan Yana dan anak dia selamat ye" ujar Hafizi sambil membelai lembut rambut isterinya itu. Rania cuma mampu tersenyum pahit.

"Fizi ! Nia ! Yana macam mana??" soal Daniel sebaik saja dia sampai dihadapan Rania dan Hafizi. Perasaan cemas semakin menyelubungi diri masing-masing.

" Kita doakan yang terbaik ye Daniel. Doktor still kat dalam lagi" jawab Hafizi perlahan. Itu saja yang dia mampu katakan buat saat ini.

Daniel duduk menyendiri daripada pasangan itu. FIkirannya berkecamuk. Dia tak dapat bayangkan hidupnya tanpa isterinya. Ya Allah..

"Doktor, wife saya macam mana???" Daniel berlari ke arah doktor lelaki yang baru saja keluar dari bilik bedah itu. Rania dan Hafizi juga segera bangun mendapatkan mereka berdua.

" Alhamdulillah..kedua-duanya selamat. Encik dapat bayi lelaki. Tahniah. Tapi sekarang ni bayi encik lahir tak cukup bulan jadi kena stay hospital dulu. Lagi satu keadaan Puan Yana masih lemah lagi. Boleh tengok dia tapi secara bergilir-gilir ye"

Semua yang disitu memanjatkan syukur kepada Tuhan yang maha esa. Semuanya sudah selamat setelah menunggu selama tiga jam di situ. Yana juga sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

" Alhamdulillah. Yana dah selamat. Aku takkan lepaskan si Zarul tu. Aku nak buat report pasal dia" ujar Daniel. Dia memang berdendam dengan lelaki itu. Kalau bukan sebab dia mesti bayinya itu akan lahir secara normal dan cukup bulan.

" Aku sokong kau..memang orang macam tu patut diajar. Macam nilah..aku nak bawak Nia balik dulu. Dia dah nampak macam penat sangat tu. Esok kitaorang datang lagi" balas Hafizi sambil berjabat tangan dengan suami kepada sahabat baik isterinya itu. Rania hanya mengangguk lemah. Tubuhnya terasa lemah sekali.

"Okey la macamtu. Aku pun kesian tengok Nia. Dahlah tengah pregnant..mesti penat tu..elok korang balik dulu" ujar Daniel. Daniel memahami keadaan rakan-rakannya itu. Lagipun semuanya dah selamat. Setelah mereka beredar, Daniel terus menuju ke bilik yang menempatkan bayinya dan wad isterinya.





Zarul berlegar-legar di ruang tamu rumahnya. Perasaan takut mula menjengah ke dalam hatinya. Apa yang dia sudah buat tadi. Kalau Yana mati, mesti dia dianggap pembunuh. Polis tentu akan mencarinya. Ini semua disebabkan Rania. Jika wanita itu melayan cintanya pasti tidak akan berlaku hal begini. Arghhhhhhhh !!!

Jeritan pemuda itu kedengaran di segenap rumah itu. Bingung dan takut. Itu yang dirasakan Zarul. Beberapa mini kemudian, dia menuju ke bilik tidurnya. Segera mengambil beberapa helai baju dan sebuah beg. Dia harus menghilangkan diri seketika.


p/s : Terima kasih awak2 yang mberi sokongan pd cite nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 03:22 PM | Show all posts
terima kasih kembali....tp mcm x cukup jeee...tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 01:10 AM | Show all posts
Sebulan telah berlalu. Yana juga semakin sembuh dan anaknya semakin sihat dan semakin comel. Rania pula hanya tunggu masa untuk melahirkan. Kalau diikutkan jangkaan doktor, lebih kurang sebulan je lagi dia akan bersalin. Zarul pula entah ke mana selama tempoh sebulan ini. Mungkin takut apa yang dia dah lakukan dan tidak akan menganggu Rania lagi. Itu yang semua orang fikirkan. Mungkin betul atau mungkin tidak.


Malam itu, Rania leka meneliti buku akaun butiknya yang dihantar oleh pekerjanya pagi tadi. Semenjak kejadian sebulan yang lalu, Hafizi tidak lagi membenarkan Rania keluar bersendirian untuk sementara waktu. Suaminya tak mahu apa-apa terjadi kepada Rania. Dia tak mahu keluarganya menerima nasib yang sama seperti Yana dan Daniel. Dia perlu lebih berhati-hati sekarang.


'Mana abang ni? Senyap je kat bawah tu..Buat apa la tu agaknya' gumam Rania sendirian. Dah beberapa minit dia leka mengadap buku akaun tersebut barulah dia teringat dekat si suami. Rania menutup buku tersebut dan mula mengatur langkah menuju ke tingkat bawah.

Rania menuruni tangga dengan berhati-hati. Kakinya dihayun secara perlahan. Maklumlah bila perut sudah memboyot sudah semakin susah untuk berjalan.

" Sayang..hati-hati turun tuu." jerit Hafizi dari dapur dan terus berlari mendapatkan Rania. Tangannya segera memimpin isterinya itu hingga ke bawah.

" Abang buat apa ni? Senyap je dari tadi" soal Rania. Hairan juga apabila Hafizi tak menganggunya langsung. Kalau tidak tak mahu berenggang langsung.

"Macam mana nak sedar..dah sibuk sangat kat atas tu. Abang lapar ni. Jom makan !" balas Hafizi pula. Seketika kemudian, dia terus membawa Rania ke ruang dapur. Rania agak tercengang melihat lauk-pauk yang banyak di atas meja makan. Serba salah juga bila dia tak menyiapkan makanan untuk suaminya itu.

"Jemput duduk bidadariku. Harini patik yang masak dinner kita berdua" Hafizi menggayakan seperti seorang yang berada di istana yang sedang mempelawa si cantik makan bersamanya.

Rania tergelak kecil. Terharu juga dengan Hafizi. Memang dia seorang yang bertuah apabila dikurniakan suami seperti ini. Memahami keadaanya yang suah tak larat untuk membuat kera-kerja rumah.

" Abang tahu sayang dah tak larat. So..abang masakkan semua ni untuk kita dan baby" ujar Hafizi sambil membelai lembut perut Rania.

"  Sayang tak tau nak cakap apa. Baiknyaa suami sayang ni. Thanks abang. Sayang lebih lah camni" balas Rania sambil menghadiahkan satu senyuman yang manis kepada Hafizi.

" Beruntung tau dapat husband macam abang ni. Okeyy dah-dah.. jom kita makan. Budak kecik kat dalam perut sayang tu mesti dah lapar" kata Hafizi sambil mencedokkan nasi ke dalam pinggan isterinya. Dia mahu Rania bahagia. Itu saja.




" Sayang..esok abang balik lambat sikit taw. Biasalah bila tender baru masuk ni..macam-macam nak kena buat. " Hafizi memulakan perbualan ketika mereka sedang bersantai di ruang tamu.

" Takpelaa.. sayang faham. I wait for you darling" balas Rania pula sambil memandang wajah suaminya yang redup itu.

Hafizi tersenyum. Memang semakin hari semakin berseri dia melihat muka isterinya itu. Rasa seperti mahu dicubit-cubit saja pipi yang tembam itu.

" Cantiknya isteri abang ni....." ujar Hafizi tiba-tiba. Orang kata kita kena selalu puji isteri kita. Yelah diaorang dah bersusah payah mengandung dan melahirkan zuriat untuk kita.

" Suami sayang pun apa kurangnya. Handsome sangat. Kalau anak kita lelaki, mesti muka dia sebijik macam muka abang" ujar Rania sambil mencubit pipi suaminya itu.

" Mestilah dah anak abang. Hurmm..esok sayang jaga diri baik-baik tau. Jangan nak buat kerja berat-berat pulak. Kalau boleh baring je atas katil tu" pesan Hafizi sambil tergelak besar. Gurau senda lelaki itu disambut dengan gelak tawa si isteri. Ada ke patut baring je atas katil 24 jam..? Haha




p/s : Cukup tak untuk entry kali niii..? Heeeee




Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 11:44 AM | Show all posts
he he he x cukup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 12:28 PM | Show all posts
Nak lagi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 04:46 PM | Show all posts
Hafizi mengerling ke arah jam tangannya yang berjenama Fossil itu. Sudah tepat pukul 830 malam. Dia mengeluh. Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Esok petang ada meeting dengan client dari Perancis pula. Tender pulak bertimbun-timbun diminta untuk submit. Maklumlah syarikat sendiri kenalah buat sendiri. Sampai bila nak harap orang luar buatkan kerja untuk kita.

Setengah jam berlalu, Hafizi bangun dari kerusi biru itu. Dia meregangkan anggota badannya. Lenguh juga bila asyik mengadap laptop dan kertas-kertas yang berlambak itu. Rasa rindu kepada isteri bertamu di hatinya. Seharian tak berjumpa hari ini. Apa lah yang sayang aku tengah buat hari ini? Hafizi berteka teki sendirian.


Ketukan di pintu rumahnya mengejutkan Rania yang sedang leka menonton drama di tv3. Mesti abang dah balik. Rania lekas menuju ke pintu untuk menyambut suaminya.

" Haii sayang !" Zarul bersuara sebaik saja pintu rumah banglo itu dibuka oleh Rania.

Rania terkejut dan tergamam. Wajah lelaki yang dibencinya kini dihadapannya.

" Kali ni you tak boleh tolak lagi cinta I " ujar Zarul sambil tersengih. Selama ini dia tak pernah berputus asa untuk menagih kasih wanita ini. Dia sengaja menghilangkan diri sejak sebulan yang lalu.

" Apa kau cakap ni Zarul ?? Tolonglah stay away from me. I dont love you ! " bentak Rania. Dia sudah bosan mendengar kata-kata Zarul.  Still tak faham bahasa.

" Apa you cakap ? Berani you cakap macam ni. You tak kenal siapa lagi I " tengking Zarul pula. Kakinya dihayun melangkah masuk ke dalam rumah itu.

" Dari dulu I cintakan you Nia. Tapi you tak pernah nak bagi I peluang. I betul-betul cintakan you ! " Hafizi meluahkan perasaannya. Rania sekadar memerhati. Sejak apa yang jadi pada Yana dulu, memang dia takkan maafkan lelaki ini.

" Asal you diam je ? Jawaaaaaaab !! " Zarul menengking Rania. Dia menghampiri tubuh Rania dan mencekak leher jinjang milik Rania.

Rania terdiam. Takut melihat perangai Zarul yang tak ubah seperti orang mental. Dia hanya berdoa agar dirinya tidak diapa-apakan oleh lelaki itu.

" Awak tolong lepaskan saya " Rania cuba berlembut. Biasanya orang seperti ini jika dibalas dengan kasar akan jadi lebih teruk.

" Apa dia ? I tak dengar. Lepaskan you..? Tak mungkin. Never Rania !! " Zarul menjerit. Dia takkan lepaskan satu-satunya wanita yang pernah menolak cintanya. Geramnya semakin meluap-luap. Pipi Rania yang gebu itu ditampar sebanyak dua kali. Terdapat darah merah di bibir Rania.

" Tolonglahhh.. saya merayu dekat awak. Lepaskan saya. Saya tak larat ni. Awak tak kesian ke kat saya yang tengah mengandung ni " rayu Rania lagi. Kalau boleh biarlah dia selesaikan perkara ini secara baik dengan Zarul. Dia tak mahu kejadian buruk berlaku lagi.

Zarul memandang tubuh Rania sekali lagi. Perut yang semakin membesar itu makin menambah kebenciannya kepada Rania. Anak itu milik Rania dan lelaki lain. Bayi ini tak patut hidup. Fikiran Zarul semakin dihasut bisikan jahat.

" Aku benci kauuuuuu !!! " jerit Zarul sambil menolak tubuh Rania sehingga jatuh.

Rania mengerang kesakitan. Sakitnya Ya Allah.

Zarul tersenyum melihat Rania yang sudah tersungkur di atas lantai. Puas hatinya. Baru Rania tahu siapa dia yang sebenarnya. Dia terus melangkah keluar meninggalkan Rania.




p/s : Amacam kali ni..? Okeyy ke keyy o.. ? Hehe


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 06:21 PM | Show all posts
kejam betul tinggal suspen2 gini sambung laaa sambung laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:47 AM | Show all posts
Zarul tu mental ke apa????
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 01:10 PM | Show all posts
waaaa....nape tinggalkan masa tgh suspen nih...smbg lagi tt....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2013 08:33 AM | Show all posts
Sebaik saja Hafizi sampai di rumah, dia melihat kelibat Zarul keluar dari rumahnya. Hairan. Apa dia buat kat rumah aku waktu macam ni..? Ya Allah isteri aku !

Dia segera mematikan enjin kereta. Hafizi berlari masuk ke dalam rumah dan melihat Rania sudah terbaring di atas lantai. Ada banyak darah di situ.

"Sayang !!!!" jerit Hafizi dan lekas mendapatkan isterinya. Dia serta merta panik apabila melihat darah yang banyak itu.

"Sayang..bangun sayang !" jerit Hafizi lagi. Dia cuba mengejutkan Rania namun tiada respon langsung. Perasaan takut tiba-tiba datang menerpa. Adakah isterinya sudah...

Tangannya menggigil-gigil mengeluarkan handphonenya. Dia cuba meminta bantuan dari ambulance. Air mata lelakinya mengalir lagi. Dia belum bersedia lagi untuk kehilangan wanita yang paling disayangi selepas mamanya.




Zarul tersenyum puas. Dendamnya sudah berbalas. Biarpun apa yang dia buat itu mungkin akan membahayakan nyawa Rania tetapi dia tetap puas. Kalau dia tak dapat orang lain pun takkan dapat. Kalau dapat pun dia takkan berhenti menganggu kebahagiaan mereka.

HAHAHAHAHHAHA. Deraian gelak tawanya memecah kesunyian di segenap rumahnya. Memang aku dah gila. Gilakan kau Rania. Itulah kalau kau terima aku mungkin kau dah hidup bahagia sekarang. Sekarang ni kau terima lah padah reject aku !

Kedengaran siren polis di luar. Aku tak buat salah apa-apa. Buat apa aku nak takut. Aku tak buat salah. Aku tak buat !



p/s : Kali nii sambung pendek sikit je. Btw dah nak abes daaaa. Thanks for you support
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 11:20 AM | Show all posts
salam tt...pendek sangat nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 04:07 PM | Show all posts
Kini sudah genap tiga tahun peristiwa itu berlalu. Rania telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat yang dinamakan Adam Haikal walaupun koma selama seminggu. Yana semakin berbahagia dengan suami tercintanya disamping dua orang anak lelaki yang comel. Zarul pula telah ditangkap oleh pihak polis kerana atas tuduhan mencederakan Yana dan Rania. Rupa-rupanya lelaki itu mengalami tekanan perasaan yang melampau kerana cintanya ditolak oleh Rania. Butik Rania dan perniagaan Hafizi pula semakin bertambah maju dari hari ke hari.


Rania memerhatikan Adam dan Diana yang sedang sibuk bermain dari meja makan sambil berborak bersama Azalea dan Datin Milah. Itulah cinta hati mereka yang sentiasa membawa kebahagian kepada rumah tangganya dan Hafizi.

" Tak sangka ada jugak orang macam Zarul tu ye Nia. Macam-macam dunia ni" Datin Milah mengimbau semula peristiwa yang berlaku tiga tahun lalu. Dia teringat lagi bagaimana takutnya dia bila mengetahui yang anak perempuannya itu dicederakan seorang yang mental.

" Itulah ma. Nia pun tak sangka yang orang macam tu laa yang selalu menghantui hidup Rania selama ni. Gila betul " balas Rania menyokong apa yang dikatakan oleh mamanya.

" Pasal cinta duit tu semua..orang sanggup buat apa saja. " Azalea menyampuk. Manusia zaman sekarang ni memang ramai yang tak berhati perut. Sanggup mencederakan orang yang sedang mengandung demi untuk melunaskan dendamnya.

" Takpelaa. Yang penting tu semua dah berlalu. Haa Nia bila nak tambah lagi sorang.. Adam tu dah tiga tahun. Kesian dia takde kawan nak main kat rumah. " Datin Milah menukar topik. Malas hendak bercerita perkara yang dah berlalu.

" Betul tu Nia. Diana pun sebulan lagi nak dapat adik baru. Kak Lea tengok Yana pun dah masuk dua dah anak dia." tambah Azalea sambil memerhatikan anaknya yang sedang leka bermain. Kini dia dan Iskandar hanya menanti hari untuk menyambut seorang lagi ahli baru dalam keluarga mereka.

Rania tersenyum. Memang dia dan suaminya sedang merancang untuk menambahkan lagi ahli keluarga mereka. Lagipun mertua dan juga ibu bapanya selalu mengajukan soalan yang sama setiap kali mereka berbual bersama.

" InsyaAllah mama kak Lea.. Kalau ada rezeki nanti tahun depan Adam dapat adik pulak" ujar Rania sambil tergelak. Kesian juga pada anak terunanya itu takde kawan nak main bersama.




"Mama... papa mana.. Adam rindu papa. Adam nak papa teman Adam tidur " Adam merengek. Rania tersenyum. Adam memang rapat dengan Hafizi. Sejak suaminya itu menguruskan urusan perniagaan di Perancis selama sebulan, Adam selalu mengadu rindukan papanya. Manja betul dengan papa dia.

"Alaa kesiannya anak mama nii. Patutnya malam ni papa balik tau. Nanti papa teman anak mama yang comel ni tidur ye. Adam pergi main dulu ye" ujar Rania sambil meneliti rekaan terbaru gaun pengantin milik butiknya itu. Sempat dia mengerling ke arah jam didinding. Kalau ikutkan abang dah selamat sampai kl ni.

Rania mencapai handphonenya dan laju mendail nombor telefon suaminya. Dia juga rindu dengan Hafizi. Selama sebulan ini mereka hanya berhubung melalui Skype dan telefon.

"Abang baru je sampai kat depan ni sayang" belum sempat Rania bercakap, Hafizi terlebih dahulu bersuara. Rania tergelak. Macam tahu-tahu je orang baru nak tanya dia dekat mana.

" Adam anak papa. Papa rindu kat hero papa ni" Hafizi terus meluru ke arah Adam yang sedang sibuk bermain. Dia terus memeluk dan mendukung anaknya itu. Pipi gebu Adam diciumnya berkali-kali. Siapa yang tak rindu kat anak kalau dah sebulan tak jumpa?

" Rindu anak je? Mama dia ni tak rindu ke ? " soal Rania sambil mengeluh. Ingat anak je ke mama dia tak ingat ? Nak kena nih.

" Adam tengok..mama dah merajuk dengan papa. Kejap ye hero..papa pujuk mama kejap" Hafizi lekas meletakkan Adam di lantai dan melangkah pula ke arah Rania lalu memeluk erat isterinya.

" Miss you too sayang. Miss you sangat-sangat " luah Hafizi perlahan. Kedengaran suaranya romantik sekali. Pelukannya dileraikan dan menghadiahkan satu kucupan mesra di pipi isterinya itu.

" Miss you two three four abang" balas Rania sambil menghadiahkan satu senyuman manis kepada suaminya. Lega rasanya bila suami sudah berada di depan mata.

" Tapi.... isteri abang ni macam dah gemuk sikitlah " Hafizi tergelak. Dia perasan yang tubuh isterinya itu kelihatan sedikit berisi.  Mesti kena marah kalau cakap macam ni.

"Amboi abang. Baru sebulan tak jumpa dah cakap sayang gemuk. Kejam tau" ujar Rania mencemikkan muka. Orang perempuan paling sensitif dengan isu berat badan. Rania akui ada jugak betulnya kata-kata suaminya itu. Dirinya sedikit berisi sekarang. Banyak makan agaknya.

"Agaknya sayang pregnant tak ? Manalah tahu Adam nak dapat adik ke ?" Hafizi mengagak. Kalau ikutkan dulu Rania pun tak sedar yang dia sedang mengandung. Tiba-tiba je berat badan bertambah tanpa sebarang alahan.

Rania tergelak panjang.

" Ada-ada je abang ni. Takdelah. Sayang tak rasa pun macam orang mengandung " Rania bersuara. Memang dia tak rasa apa-apa yang berbeza kecuali beratnya yang semakin bertambah. Tapi kalau betul dia mengandung, Alhamdulillah.

" Takpelah sayang. Esok kita pergi check kat klinik." ajak Hafizi. Dia tak mahu lagi Rania keguguran seperti dahulu hanya kerana tak tahu yang dia sedang berbadan dua.






Sementara menunggu Hafizi membeli aiskrim untuk Adam, Rania duduk di sebuah bangku sambil memerhatikan Adam bermain di taman permainan itu. Adam berlari-lari dan tiba-tiba terjatuh. Dia menangis apabila melihat lututnya luka.

"Mama..sakit ! " Adam berlari menuju ke arah Rania sambil menangis. Dia menunjukkan lututnya yang luka akibat terjatuh tadi.

"Ala sikit je ni.. Kata hero mana boleh nangis. Jom kita pergi kat papa" Rania membelek-belek lutut Adam. Seketika kemudian dia mendukung Adam dan melangkah mendapatkan suaminya.

"Adam meh kat papa. Mama dah tak larat tu.. Sayang ni kan dah sarat..tak payah la dukung Adam. Biar abang je yang dukung ye" ujar Hafizi sambil mengambil Adam dari isterinya. Risau juga bila melihat Rania yang sedang sarat mengandung tujuh bulan itu mendukung Adam.

"Takde pape la abang..Adam tu ringan je..sayang larat lagi ni. Jomlah balik. Adam terjatuh tadi tu" balas Rania pula sambil mencapai lembut tangan suaminya itu. Mereka beriringan berjalan bersama pulang dari taman. Rania tersenyum. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatmu.


TAMAT

p/s : Okeyy tak ending cite nihhh ?? Thanks yg sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 04:31 PM | Show all posts
Dah tamat....
nanti letak cerita baru ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.086101 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list