CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aahil_adha

Fatwa Ulama Warisatul Anbiya terhadap Fahaman Hulul dan Wahdatul Wujud

[Copy link]
 Author| Post time 4-11-2012 05:05 PM | Show all posts
bintang posted on 4-11-2012 05:02 PM
Tergelak pun ada bintang dengan korang neh... adeh laa

minta maaf bintang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 05:14 PM | Show all posts
Aahil_adha posted on 4-11-2012 05:05 PM
minta maaf bintang

Malas dah sambung posting... gaduh ar abang Andak puas-puas

majuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 05:20 PM | Show all posts
Aahil_adha posted on 4-11-2012 04:59 PM
. Minta Maaf atas kesilapan ini. Salah saya. Yang saya rujuk adalah kata-kata awak yang  ...

... oh okey... masih siuman lagi !  

Nak kuar jap



Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 06:39 PM | Show all posts
Pening pening....

baru baca first page 3 post pertama .... pening nak mikirkan yang korang berdua nazrul & aahil refer kepada siapa?

'Abū 'Abdillāh Muḥammad ibn 'Alī ibn Muḥammad ibn `Arabī ?
Abū Bakr Muḥammad b. ʿAbdallāh, Ibn al-ʿArabī al-Maʿāfirī, al-Išbīlī, ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 09:44 PM | Show all posts
bintang posted on 4-11-2012 05:14 PM
Malas dah sambung posting... gaduh ar abang Andak puas-puas

majuk

salam

haha .. majuk .. eehh .. hehe

ini satu kena campak kat pulau pandan jauh ke tengah
lagi satu kena campak kat gunung daik bercabang dua ..
haha

baru boleh selesai .. hehe

wassalam


p/s ..
laa ilahaa illaa Allah
wahdahu laa syarikalah ..

muhammadar rasulUllah
wa ana abduhu wa rasuluh


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 09:47 PM | Show all posts
ibnur posted on 4-11-2012 06:39 PM
Pening pening....

baru baca first page 3 post pertama .... pening nak mikirkan yang korang berdua ...
baru baca first page 3 post pertama .... pening nak mikirkan yang korang berdua nazrul & aahil refer kepada siapa?

'Abū 'Abdillāh Muḥammad ibn 'Alī ibn Muḥammad ibn `Arabī ?
Abū Bakr Muḥammad b. ʿAbdallāh, Ibn al-ʿArabī al-Maʿāfirī, al-Išbīlī, ?
Tak pasal2 mod jadi pening

Saya refer kepada
Ibnu Araby yang mempunyai nama lengkap Abu Bakar Muhyiddin Muhammad bin Araby At-Thai Al-Haitami Al-Andalusi. Dia lahir di Mercia Spanyol tahun 598 H/ 116 M dan wafat di Damaskus tahun 638 H/ 1240 M. Semula dia menuntut ilmu fikih, Hadis dan Teologi mazhab Zahiri di Sevilla kemudian berguru kepada guru-guru yang banyak terpengaruh aliran filsafat Neo-Platonisme yang sedang berkembang pesat di Andalus.  
- HAMKA 1984. Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya. Jakarta : Pustaka Panjimas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2012 09:47 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 4-11-2012 04:31 PM
Ada tak ulama Warisatul Anbiya yang membenarkan perkara ini selepas Muzakarah dan siasatan;

Dia ...
Ada tak ulama Warisatul Anbiya yang membenarkan perkara ini selepas Muzakarah dan siasatan;Diantara kitabnya adalah;- Futuhat al Makkiyyah.Dalam karyanya itu, Ibnu Arabi menulis bahawa Allah SWT melalui malaikat yang menyampaikan ilham kepadanya. Kitab ini mengandungi huraian tentang prinsip metafizik, ilmu keagamaan dan pengalaman kerohanian Ibnu Arabi sendiri.- Fushus al-Hikam  Menurut pengakuan Ibnu Arabi, karya ini diterimanya daripada Nabi Muhammad SAW dalam mimpinya, yang menyuruh beliau menyebarkannya kepada seluruh umat manusia agar mereka dapat mengambil manfaat daripada karya itu.

Cakap siang pandang2, cakap malam juling2...jangan mata hang juling dah la...

Di antara sebab banyak pemikiran al-Syeikh Ibn ‘ Arabiy dianggap menyeleweng ialah wujudnya beberapa karangan beliau yang telah terdedah kepada pencerobohan. Pada zaman dahuIu, perkembangan kitab bergantung kepada industri penyalinan (al- naskh). Maka, didapati bahawa ada sesetengah karangan al-Syeikh Ibn ‘Arabiy telah diceroboh dengan dimasukkan tambahan-tambahan yang tidak ada pada naskhah asal di mana tambahan-tambahan ini mempunyal unsur-unsur penyelewengan akidah ahl al-sunnah wa al-jama’ah seperti kefahaman al-hulul wa al-ittihad. Kenyataan ini pernah dinyatakan oleh al-Imam’ Abd al-Wahhab al- Sya’raniy dalam kitabnya Lawaqih al-Anwar al-Qudsiyyah:

"Semasa saya melakukan usaha meringkaskan (Mukhtasar) (kitab al- Futuhat al-Makkiyah), saya telah terhenti pada banyak tempat dalam kitab itu di mana isi kandungannya jelas bagi diriku bercanggah dengan akidah ahl al-sunnah wa al-jama’ ah, jadi saya telah memadamkan bahagian tersebut daripada ringkasan (Mukhtasar). Boleh jadi saya terlalai, lalu saya memeriksa kandungan kitab itu… Kemudian, saya terus beranggapan bahawa bahagian-bahagian yang saya telah padamkan itu memang sabit ianya adalah daripada perkataan al-Syeikh Muhy al-Din, sehinggalah seorang saudaraku seorang ‘alim al-Madaniy yang wafat pada tahun 955H datang menziarahiku. Lalu, saya bermuzakarah dengan beliau tentang perkara ini, lalu beliau menunjukkan kepada saya satu naskhah kitab al-Futuhat al-Makkiyah yang dia sendiri telah menyemaknya dengan satu naskhah asli tulisan tangan al-Syeikh Muhy al-Din, maka saya dapati bahawa bahagian-bahagian yang saya padamkan itu (yang saya sangka ia adalah perkataan asli al-Syeikh Muhy al-Din dan ianya bercanggah dengan akidah ahl al-sunnah wa al-jama’ah) tidak ada sama sekali, jadi saya terus memadamkannya. Justeru, tahulah saya bahawa naskhah-naskhah (naskhah kitab al-Futuhat al-Makkiyah) di Mesir sekarang ini semuanya telah disalin berdasarkan naskhah yang telah dimasukkan tambahan-tambahan fitnah terhadap al-Syeikh yang mana ianya bercanggah dengan akidah ahl al-sunnah wa al-jama’ah sebagaimana juga apa yang telah berlaku kepada kitabnya Fusus al-Hikam dan lain-lainnya."


Amacam? Ada rasa gatai kaki nak larik ke?




Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 10:06 PM | Show all posts
baghal posted on 4-11-2012 09:47 PM
Cakap siang pandang2, cakap malam juling2...jangan mata hang juling dah la...

Di anta ...
Kenyataan ini pernah dinyatakan oleh al-Imam’ Abd al-Wahhab al- Sya’raniy dalam kitabnya Lawaqih al-Anwar al-Qudsiyyah:
... Tertinggal bas lah pulak si baghal ni !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 10:14 PM | Show all posts
Aahil_adha posted on 4-11-2012 04:59 PM
. Minta Maaf atas kesilapan ini. Salah saya. Yang saya rujuk adalah kata-kata awak yang  ...

... Tak kan minta maaf sahaja, Ko tak mahu bantah ker post aku yang ko tempek balik tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 10:25 PM | Show all posts
NorAddin posted on 4-11-2012 09:44 PM
salam

haha .. majuk .. eehh .. hehe
haha .. majuk .. eehh .. hehe

ini satu kena campak kat pulau pandan jauh ke tengah
lagi satu kena campak kat gunung daik bercabang dua ..
haha

baru boleh selesai .. hehe



Nampaknya perang tamo berenti la bang Usu   sambung majuk aarr

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 10:25 PM | Show all posts
Aahil_adha posted on 4-11-2012 05:04 PM
Aih, kornar baring nampak, sampai list ulama yang fatwa Ibnu Araby R.A tak sesat dan menyokongnya, ...

Itulah... jika setakat list nama 1000 nama pun boleh ditempek kat sini!

Alangkan buku Ibn 'Arabi ko kata boleh ditokok tambah (tentunya kerja penganut2 sufi)... inikan pulak senarai nama !


Nak buat saya leka bab awak tak bawa hujah dan dalil terhadap soalan-soalan saya? nak saya lupakan soalan-soalan saya yang tak terjawab?
Oooo........ ini yang ada dalam kepala otak ko, patutlah asyik pusing sini sana, nak bagi aku tak ulang balik persoalan tu rupanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2012 10:46 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 4-11-2012 04:46 PM
... budak-budak!

Itu yang kamu katakan hujjah ?

Lorr ini je hujah Pakcik, dan pakcik nak saya balas? Hujah yang sandar pada hawa nafsu tanpa Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias sbg dalil? malah dalil palsu pon dah takde? adeh... rase mcm tgk Maharaja Lawak, dah takde rupa bincang ilmiah dgn awak, dah tak mampu gelak lalu mulut, saya gelak lalu punggung jerla

Setakat ni jerlah bab ni until kamu bawa hujah yang lebih ilmiah, tsiqah.


Pada penonton-penonton dan ahli majlis sekalian, minta maaf ler sebab TERlayan kerenah @Nazrulism sampai dah lari dari topik ke bab Al-Imam Ibnu Araby R.A semata-mata.

Kembali kepada topik asal, Boleh kita katakan yang Aqidah Manhaj Wahabiah berunsur Muktazilah dan Hulul.

Kenapa Muktazilah ?

Kerana memisahkan Kuasa Hamba dan Kuasa Tuhan, Hamba Ada Daya Upaya, Tuhan pon ada, dua kuasa sedangkan antara kalimah termulia dan tertinggi Rasulullah SAW laungkan adalah Lahawlawalaquwwataillabillah yg terjemahannya berbunyi "Tiada daya Upayaku melainkan DENGAN ALLAH".

Kenapa Hulul ?

Kerana mensifati tuhan dengan sifat Makhluk, yakni bertempat, sebagai contoh antara mereka Allah Ta'ala bersemayam Di Arasy.

Al Imam Abu Hanifah R.A (dalam kitabnya al Washiyyah) berkata (terjemahan:

“Bahwa penduduk syurga melihat Allah ta’ala adalah perkara yang haqq (pasti terjadi) tanpa (Allah) disifati dengan sifat-sifat benda, tanpa menyerupai makhluk-Nya dan tanpa (Allah)
berada di suatu arah”

Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani R.A (dlm Fath al Bari Syarh Shahih al Bukhari) berkata(terjemahan)
:
“Sesungguhnya kaum Musyabbihah dan Mujassimah adalah mereka yang mensifati Allah dengan tempat padahal Allah maha suci dari tempat”.

Al Imam As-Sajjad Zayn al ‘Abidin ‘Ali ibn al Husain ibn ‘Ali ibn Abi Thalib Q.S berkata :

“Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat”,

dan dia berkata:

“Engkaulah Allah yang Maha suci dari hadd (benda, bentuk, dan ukuran)”,

dan dia kata lagi :

“Maha suci Engkau yang tidak boleh diraba maupun disentuh”

yakni bahwa Allah tidak menyentuh sesuatupun dari makhluk-Nya dan Dia tidak disentuh oleh sesuatupun dari makhluk-Nya karena Allah bukan benda. Allah Maha suci dari sifat berkumpul, menempel, berpisah dan tidak berlaku jarak antara Allah dan makhluk-Nya kerana Allah bukan benda dan Allah ada tanpa arah.

(Diriwayatkan oleh al Hafizh az-Zabidi R.A dalam al Ithaf dengan rangkaian sanad muttashil mutasalsil yang kesemua perawinya adalah Ahlul Bayt; keturunan Rasulullah SAW).


Ada apa-apa bantahan sila bawa hujah yang bersandar dengan Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias dalam penuh adab majlis Ilmu, Insya'allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2012 10:49 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 4-11-2012 10:14 PM
... Tak kan minta maaf sahaja, Ko tak mahu bantah ker post aku yang ko tempek balik tu ?

Tak dilayan selagi persoala@n sebelum yang berlambak kami kemukakan dikalihkan , tak dijawab, dijawab tanpa Dalil yang tsiqah dan telah ditelusuri salasilahnya, isinya, dan dipahami penyampai dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 10:57 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 4-11-2012 09:47 PM
Tak pasal2 mod jadi pening

Saya refer kepada
Ibnu Araby yang mempunyai nama lengkap Abu Bakar Muhyiddin Muhammad bin Araby At-Thai Al-Haitami Al-Andalusi. Dia lahir di Mercia Spanyol tahun 598 H/ 116 M dan wafat di Damaskus tahun 638 H/ 1240 M. Semula dia menuntut ilmu fikih, Hadis dan Teologi mazhab Zahiri di Sevilla kemudian berguru kepada guru-guru yang banyak terpengaruh aliran filsafat Neo-Platonisme yang sedang berkembang pesat di Andalus.  


Ada kesilapan fakta la abang Ngah;

Nama betul Ibn árabi ialah; Abu Bakr Muhammad ibn al-‘Arabi al-Hatimi al-Tai. Muhyiddin tu adalah gelarannya - Muhyiddin tu ertinya; penghidup agama. Al Andalusi tu pun bukan nama dia, tu nama tempat dia lahir.

Yang bintang bold, terlihat kandungan fitnah dan penutupan terhadap pembelajaran/ilmu Ibn árabi. Apa faedah gelaran Muhyiddin andai yang Ibn árabi belajar / terpengaruh dengan aliran neoplatonisme? Tau tak apa neoplatonisme? Kalo la ajaran Ibn árabi terdidik dari neoplatonisme sudah tentu pembawaannya cenderung kepada ajaran Plato dan Aristoteles.

Abang Ngah nampak tak itu satu pertuduhan dan menyekat dari mengkhabar cerita sebenar tentang Ibn árabi di mana guru dan persinggahannya sekian lama dia mengembara? Adakah ajaran neoplatonisme itu saja di dadanya sehingga ia wajar digelar Muhyiddin?

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:42 PM | Show all posts
bintang posted on 4-11-2012 10:57 PM
Ada kesilapan fakta la abang Ngah;

Nama betul Ibn árabi ialah; Abu Bakr Muhammad ibn al-‘ ...

Prof Dr HAMKA sengaja masukkan gelaran dan asal tempatnya supaya tak tertukar dengan individu lain !

Setakat gelaran itu.... tentunya pengikut setianya yang memberikan gelaran itu.

Sebagai CONTOH gelaran....kita lihat gelaran Sultan, macam2 Istilah hebat diletakkan untuk menunjukkan kehebatan orang yang diberi gelaran itu !

Yang bintang bold, terlihat kandungan fitnah dan penutupan terhadap pembelajaran/ilmu Ibn árabi. Apa faedah gelaran Muhyiddin andai yang Ibn árabi belajar / terpengaruh dengan aliran neoplatonisme? Tau tak apa neoplatonisme? Kalo la ajaran Ibn árabi terdidik dari neoplatonisme sudah tentu pembawaannya cenderung kepada ajaran Plato dan Aristoteles.
Jika diteliti kandungan kitab2nya.... memang cenderung kepada neoplatonisme pada sudut falsafahnya.


Adakah ajaran neoplatonisme itu saja di dadanya sehingga ia wajar digelar Muhyiddin?
Yang menjadi masalah adalah kerana percampuran - jika neopplastonisme sahaja... senanglah cerita !
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:55 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 4-11-2012 11:42 PM
Prof Dr HAMKA sengaja masukkan gelaran dan asal tempatnya supaya tak tertukar dengan individu lain ...
Prof Dr HAMKA sengaja masukkan gelaran dan asal tempatnya supaya tak tertukar dengan individu lain !

Setakat gelaran itu.... tentunya pengikut setianya yang memberikan gelaran itu.

Sebagai CONTOH gelaran....kita lihat gelaran Sultan, macam2 Istilah hebat diletakkan untuk menunjukkan kehebatan orang yang diberi gelaran itu !



Tak boleh abang Ngah sebab itu bukan gelaran khas, yang boleh diletak dipangkal nama.


Jika diteliti kandungan kitab2nya.... memang cenderung kepada neoplatonisme pada sudut falsafahnya.


Jauh sekali bang Ngah ooii


Yang menjadi masalah adalah kerana percampuran - jika neopplastonisme sahaja... senanglah cerita !


Dan.... itu tidak melayakkan dia digelar dengan Muhyiddin. Abang Ngah harus melihat kesilapan fakta dan cara menyembunyikan fakta di sini. Dengan gelaran Muhyiddin saja cukup membuat kita boleh berfikir bagaimana kewarakan dan ilmuannya Ibn árabi ini. Kerana gelaran Muhyiddin bukan senang-senang nak kasi cam gelaran datuk tuh .. adeh laa abang Ngah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 11:56 PM | Show all posts
Aahil_adha posted on 4-11-2012 10:46 PM
Lorr ini je hujah Pakcik, dan pakcik nak saya balas? Hujah yang sandar pada hawa nafsu t ...

... Kalau tak mampu jawab... tak payah belit2

ilmiah dgn awak, dah tak mampu gelak lalu mulut, saya gelak lalu punggung jerla

Setakat ni jerlah bab ni until kamu bawa hujah yang lebih ilmiah, tsiqah.
Tak habis lagi terkentut-kentut kena tembak ?

Nak lari mana tu ?... ikat kain yang terlondeh tu dulu ..............

Pada penonton-penonton dan ahli majlis sekalian, minta maaf ler sebab TERlayan kerenah @Nazrulism sampai dah lari dari topik ke bab Al-Imam Ibnu Araby R.A semata-mata.

Kembali kepada topik asal, Boleh kita katakan yang Aqidah Manhaj Wahabiah berunsur Muktazilah dan Hulul.
Merewang kat mana pulak tu .... kain dah terlondeh nanti terburai pulak !
Selesaikan satu-satu.



Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 12:01 AM | Show all posts
Aahil_adha posted on 4-11-2012 10:49 PM
Tak dilayan selagi persoala@n sebelum yang berlambak kami kemukakan dikalihkan , tak dijawab, dija ...

... Kalau ko tak mampu jawab... aku tak boleh paksa.

Esok saya tambah lagi dakwaan saya; harap pasukan pembela (tiga abdul) boleh bersiap sedia.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 12:14 AM | Show all posts
bintang posted on 4-11-2012 11:55 PM
Tak boleh abang Ngah sebab itu bukan gelaran khas, yang boleh diletak dipangkal nama.

Ishk... saya bukan nak isikan borang IC baru untuk Ibnu 'Arabi  ... hanya untuk memberitahu siapa yang dimaksudkan.


Jauh sekali bang Ngah ooii
Yang menerima... tentulah menafikan ianya adalah falsafah neoplonisme .... bukan sesuatu yng ganjil !


Dengan gelaran Muhyiddin saja cukup membuat kita boleh berfikir bagaimana kewarakan dan ilmuannya Ibn árabi ini. Kerana gelaran Muhyiddin bukan senang-senang nak kasi cam gelaran datuk tuh .. adeh laa abang Ngah
Faktanya... gelaran itu diberikan oleh orang yang bersependapat dengannya.. terutama pengikut2 tasawuf falsafi dizamannya itu.

Bintang tahu tak gelaran yang diberikan kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani oleh orang2 sufi falsafi ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 12:26 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 5-11-2012 12:14 AM
Ishk... saya bukan nak isikan borang IC baru untuk Ibnu 'Arabi  ... hanya untuk memberitahu siap ...

Alahai abang Ngah... kalo sebut nama betul, kena la tulis nama betul tade campur ngan gelaran punya . Ibn árabi bukan saja digelar dengan Muhyiddin malah turut digelar Syeikh al-Akbar bukan Syeikh @NorAddin .

Abang Ngah, meh studi apakebenda neoplatonisme tu... nak kena pelangkong neh

Nampak sangat fitnah, tade nak citer sejarah lengkap pembelajaran Ibn árabi... tak baik tau caya dengan sumber camgitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.633671 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list