Ilham menghempas kasar telefon bimbitnya di atas sofa. Bukan main lagi Nadrisa menjawab kata-katanya sekarang. Sangkanya Nadrisa perempuan hanya pandai mengikut arahan dan tidak pandai melawan. Rupa-rupanya tak. Betul ke minah ni ada hati kat aku. Lain macam je perangai dia aku tengok. Entah-entah luahan perasaan tu hanya nak coverline.
“kau ni dah kenapa? Mengamuk tiba-tiba?” soal Hafiz yang sedang mengadap laptop. Berfacebook la tu kot. Ataupun menyiapkan kerja-kerja pejabat. Hafiz tu memang gila kerja.
“si Risa ni la... keras kepala.” Bebel Ilham.
“Risa mana pulak? Girlfriend baru kau ke?”
“ye la... girlfriend yang aku cerita hari tu...” jawab Ilham sambil menghempaskan badannya disofa rumah Hafiz. Hujung minggu macam ni lagi best melepak di rumah Hafiz berbanding rumah sendiri. Malas dia mahu mengadap mamanya.
“first time aku dengar kau membebel pasal awek... apa yang dia dah buat kat kau.Dia kikis duit kau ke?”
“bukan macam tu...” balas Ilham pendek.
“habis tu macam mana?”
“aku pelik lah dengan minah ni... hari tu bukan main lagi dia mengaku sukakan aku...tapi bila aku start bercinta dengan dia.........”
“kenapa? Dia curang kat kau?” pintas Hafiz.
“eh cuba kau sabar sikit... biarlah aku cerita dulu.” Tinggi suara Ilham. Tak sabar-sabar betul kawan dia ni. Hafiz sekadar tersengih dengan kesilapannya yang agak gelojoh.
“tahu pon diam... Risa tu la. Dia layan aku macam tak ada perasaan je. Aku ni bukan first time bercinta jadi aku tahulah asam garam orang bercinta ni. Tapi dengan Risa ni lain sikit. Dia macam nak tak nak je bercinta dengan aku. Macam aku pulak terhegeh-hegeh nak kat dia.”
“habis tu apa masalah kau?” Tanya Hafiz semula.
“ni la masalah aku... Risa ni....”
“sejak bila perempuan jadi masalah kau ni Ilham... apa susah. Kalau leceh sangat putus je la. Bukan ke ni memang bidang kau?” tempelak Hafiz.
“kau ni kan... aku baru couple dengan dia tak sampai lagi seminggu... tak kan nak putus dah. Nanti malu lah dia.”
“baiknya hati kau fikir air muka awek kau... asal kau tak fikir macam tu kat awek-awek kau sebelum ni...” tambah Hafiz lagi.
“kau ni kenapa macam tak puas hati jer...”
“memang aku tak puas hati pon... aku kesian kat mangsa-mangsa kau tu... diorang pon ada perasaan. Kenapa kau main-mainkan perasaan diorang.” Bebel Hafiz. Entah kali ke berapa topik ini mereka bincangkan.
“ala kau ni... aku ambik stok yang play girl je la.. bukan aku je yang mainkan diorang. Diorang pon mainkan aku jugak. Bukan aku tak tahu yang diorang pon ada lelaki lain belakang aku. So, kenapa aku nak fikir pasal diorang. Kiranya fair and square la. Kitorang keluar untuk suka-suka. Not serious.” Jelas Ilham. Dia sengaja memilih perempuan-perempuan begitu sebagai scandalnya. Semuanya tak lain tak bukan untuk mendera perasaan puan Maimun yang terlalu memilih pasangan hidupnya. Dulu aku ada pilihan yang baik tak nak... sekarang padan muka orang tua tu.
“habis tu yang sekarang ni kenapa jadi masalah pulak? Putus je la. Dia pon kan stok playgirl jugak. Tak payah lah nak fikir pasal air muka perempuan ni.” Ajar Hafiz. Apa lah yang menjadi masalah sangat kepada Ilham. Selama ni okey je. Tak pernah pon nak bercerita pasal awek dia. Hari ni tiba-tiba emo. Pelik betul.
“yang ni lain sikit...” balas Ilham pendek. Hafiz memandang pelik kearah Ilham. Apa pulak yang lain? Ke tuan empunya hati dah ada perasaan lain. Satu senyuman simpul terbit dibibir Hafiz. Mungkin ini permulaan yang baik kepada Ilham untuk melupakan Rania.
Last edited by misssakura on 8-10-2012 08:56 PM
|