ussopp posted on 17-3-2013 08:08 AM
aku pelik lah, cerita taubatnya imam2 ni...
sat kata imam asyaari bertaubat, sat kata ibnu taimiy ...
1. Imam Abu Hasan Asya'ari R.A bertaubat dari muktazilah dan menjadi penentang tegar muktazilah, beliau pegang aqidah, tauhid sebagaimana yang dipegang Rasulullah SAW, para sahabat, para tabi'in dan seterus nya. Beliau dan Imam AL-Maturidi R.A memperkenalkan pengajian tauhid berasaskan sifat 20 bagi memudahkan dan mempercepatkan umat zaman khalaf yang makin jauh dari Rasulullah SAW dan para sahabat untuk memahami tauhid sebagaimana Rasulullah SAW faham.
Al-Hafizh Ibnu Katsir berka-ta dalam kitabnya, al-Bidayah wan Nihayah (11/187, terjemahan), “Sesungguhnya Abul Hasan al-Asy’ari awalnya adalah seorang Mu’tazilah kemu-dian bertaubat dari pemikiran Mu’tazilah di Bashrah di atas mimbar, kemudian beliau tampakkan aib-aib dan kerosakan pemikiran Mu’tazilah.”
Ulama Abu Bakar Ibnu Faurak R.A Pula berkata: "Abul Hasan Al-Asy'ary meninggalkan madzhab Mu'tazilah dan berpegang pada madzhab ahlu sunnah pada tahun 300 H.
Dan ringkasnya bahwa terdapat ramai lagi para ulama memberi komen perihal beliau bertaubat dari madzhab Mu'tazilah seperti;
1) Abul Abbas Syamsuddin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakar bin Khalkan Asy-Syaafi'i wafat pada tahun 681 H ~ Kitab beliau " Wafayaatul A'yaan (II/446) ".
2) 'Imaduddin Abul Fida' Ismail bin Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi Asy-Syafi'i wafat pada tahun 774 H ~ Kitab beliau " Al-Bidaayah wan Nihaayah (XI/187) ".
3) Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Utsman Ad-Dimasyqy Asy-Syaafi'i yang dikenal dengan sebutan Adz-Dzahaby wafat pada tahun 748 H ~ Kitab beliau " Al-'Ulum Lil 'Aliyil Ghaffaar ".
4) Taajuddin Abu Nashr Abdul Wahhab bin Taqiyyudin As-Subky Asy-Syaafi'i wafat pada tahun 771 H ~ Kitab beliau " Thabaqaat Asy-Syaafi'iyah Al-Kubra (II/246) ".
5) Burhanuddin Ibrahim bin Ali bin Muhammad bin Farhun Al-Ya'mari Al-ya'mari Al-Madany Al-Makky wafat pada tahun 799 H ~ Kitab beliau " Dibaajul Madzhab fi Ma'rifati A'yaani Ulama Madzhab (hal. 193) ".
6) Sayyid Muhammad bin Muhammad Al-Husainy Az-Zubaidy dikenal dengan sebutan Murtadha Hanif wafat pada tahun 1145 H ~ Kitab beliau " Ittihafus Saadah Al-Muttaqiin Bisyarh Asraar Ihya' Ulumuddin (II/3). "
Ibnu Katsir menyebutkan dalam kitab Ath-Thabaqat Asy-Syafi'iyyah mengatakan, "Mereka menyebutkan tiga tahap yang dilalui oleh Abu Hasan Al-Asy'ary R.A:
Tahap pertama: Madzhab Mu'tazilah yang telah beliau tinggalkan secara seluruh.
Tahap kedua: Penetapan sifat aqliyah yang tujuh; Hayat, Ilmu, Qudrah, Iradah, Mendengar, Melihat, Berkata-kata dan mentakwil khabar tentang jah, dua tangan, kaki, dan yang semisalnya.
Tahap ketiga: Menetapkan semua sifat-sifat Allah swt dengan tidak menanyakan tentang kaifiyah-Nya, tidak menyerupakan dengan makhluk dan membiarkan menurut kaedah manhaj salaf. Demikianlah disebutkan dalam tingkatan ketiga dalam kitab Thabaqat Asy-Syafi'iyah -manuskrip-.
Dalam tahap ini beliau mengikuti kaedah Ibnu Kullab Abu Muhammad Abdullah bin Sa'id bin Muhammad bin Killab Al-Bashri, wafat 240 H. Silakan lihat kitab Al-Aql wan Naql tulisan Ibnu Timiyah (II/5) tahqiq Hamid Al-Faqi.
( Al-Ibanah' Buku Putih Imam al-Asy'ari).
2. Sheikhul Islam Ibnu Taymiyyah R.A pula bertaubat dari aqidah beliau yang berunsur mujassimah seperti yang telah saya buktikan sebelum ni, namun sebilangan murid masih bawa dan amal aqidah dan fahaman yang beliau sendiri telah declare salah dan bertaubat.
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany R.A dalam kitabnya berjudul :
Ad-Durar Al-Kaminah Fi “ayan Al-Miaah As-Saminah
cetakan 1414H Dar Al-Jiel
juzuk 1 m/s 148
dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H :
cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah
juzuk 32 m/s 115-116
dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab nasnya:
ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق
Terjemahannya: “Dan para ulama telah mendapati skrip yang telah ditulis oleh Ibnu Taimiah yang telahpun diakui akannya sebelum itu (akidah salah ibnu taimiah sebelum bertaubat) berkaitan dengan akidahnya bahawa Allah ta’ala berkata-kata dengan suara, dan Allah beristawa dengan erti yang hakiki (iaitu duduk) dan selain itu yang bertentangan dengan Ahl Haq (kebenaran)”.
قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه
Terjemahannya: ” Telah berkata Ibnu Taimiah dengan kehadiran saksi para ulama: ‘ Saya golongan Asy’ary’ dan mengangkat kitab Al-Asy’ariyah di atas kepalanya ( mengakuinya)”.
Jadi dua-dua ada kesah bertaubat dari pegangan/aqidah yang salah. Cakap takda dalil yang tsiqah tak laku disisi saya. Maka saya sendiri buktikan dengan dalil. Banyak dalil bab ni sebenarnya, tapi cukup takat ni. Siapa yang rasa tak tsiqah dalil ni, sila bentangkan dengan bukti yang tsiqah. Setakat cakap tin kosong tak laku, takut jadi fitnah. Dosa fitnah insya'allah memasing telah sedia maklum keberatannya. Na'uzubillahiminzalik.
Imam Idola Wahabiyyah, Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah R.A dah bertaubat, saki baki pengikut akidah,tauhidnya yang salah bila lagi nak taubat....
baghal posted on 17-3-2013 11:44 AM
Bukan nyakat, bila di beritahu orang awam haram ijtihad, kena taqlid ikut imam muktabar, pasti mel ...
Siapa kata org awam 'haram' ijtihad?
- ikut kemampuan le...
Tp bila dh mampu xmau plk, nk tgk ijtihad org laen
hanya johari mengenal maniam katanya...
Soal Ibadah khusus, umum, etc. yg besar2 nabi s.a.w. dah bereskan
bab khilaf tetap khilaf, takda masalah pn...kecuali yg taksub je kata masalah.
Cuma dok bz taksub tu dh melencong jauh ke laut
lalai/leka/alpa dgn amal bid'ah nahi khilaf katanya lg...tertomoih masuk longkang.
Saya tak tahu, cuba tuan list kan, jadi boleh saya belek2 iktiqad depa..selari dengan ulama salaf tak.
Saya lg la tak tau.
Sembang muktabar ke sana ke mari
Bila soh listkan xnak...ngaku taqlid pulak.
Taqlid dgn kitab je? Ilmu ada amal tarak?
Dahtu nk belek2 pulak ijtihad org laen...
Apakanamakah ini???
Adakah Kingdom Tower lambang kehebatan iman atau lambang dunia yg semakin megah dgn tipu muslihatnya.
Tu kan tanda2 kedatangan kiamat yg baru nk naek...
tp lebih ramai yg dok kunyah khilaf sana sini itu ini sosek-nyosek
Yg tegakkan Menara Berkembar Petronas tu Wahabi ka, Sunni ka???
Kalo nk sondol, gi sondol yg tu dulu...
baghal posted on 17-3-2013 11:52 AM
Perjuangan ulama sunni menentang muktazilah( salafi wahabi), bukanlah baru hari ni, dari zaman Nab ...
Hang pn x faham
yg diperjuangkan tu amal makruf nahi mungkar
sunni ka, salafi ka, muktazilah ka, apa ka, etc. sama ja
Hang tau bau mulut pentaksub camne???
- dlm IC x tulih gk...
ussopp posted on 16-3-2013 02:06 AM
ini pandangan sy...sy petik dr kata2 seorang yakni......ia bukan sy reka melainkan menyampaikan il ...
sang wahabi yg bertaraf orang awam tidak pernah berijtihad(sebab mereka tak layak), melainkan mereka hanya kutip pendapat2 imam muktabar juga, imam malik, syafie, ahmad, dan hanafi......cuma mereka tidak menghadkan pada satu imam.
ini bkn iktiqad org wahabi...jika beriktiqad sebegini ertinya saudara ahlus sunnah waj jamaah la, lain kali jgn sebut le saudara tu wahabi.
habis tu yg dikutuk wahabi buat ijtihad sendiri tu siapa...
ini bermakna anda telah salah faham terhadap wahabi.
sy bukan nak membela sangat, tp sangkaan sang wahabi itu berijtihad sendiri sudah tentulah tidak benar padahal orang awam mereka, mcm org awam lain, hanya menukilkan pendapat imam2 muktabar....
seperti mana pengikut syafie menukilkan pendapat syafie.
Maka, riak, takbur, ujub ulamak muktabar lain krn x pernah bertaubat???
- Sbb tu jgn skodeng rumah org, jgn pasang cctv...tepuk bahu jemaah bersama sudah.
Aahil_adha posted on 19-3-2013 02:24 PM @ussopp , bab ni ada apa-apa nak bantah atau jawab dak?
pertama sy pelik nukilan saudara,
awalnya dipostnya tentang taubatnya imam asyaari, lalu peringkat terakhir menunjukkan imam asyaari menggunakan aliran yg dituduh wahabi pd zaman ini....
dan kamu nukilkan hal ini panjang lebar.....yakni hujah yg digunapakai si wahabi utk membuktikan imam asyaari bertaubat dan berakidah salaf....mengapa kamu nukilkan taubatnya imam asyaari itu kalau kamu menentang wahabi? padahal taubatnya imam asyaari adalah hujah si wahabi menentang anti wahabi...
kemudian kamu nukil pula ibnu timiyah bertaubat masuk asyaari....dan nukilannya pendek saja dan sy ragui kesahihannya....
namun sy tak mau kata apa kerana sifat mukmin ialah menyemak maka sy akan semak nanti....
ussopp posted on 20-3-2013 12:36 AM
benar2 kamu ni tak faham wahabi,
kamu ingat wahabi tu hanya ada satu imam???
benar2 kamu ni tak faham wahabi,
kamu ingat wahabi tu hanya ada satu imam???
kalau ibnu taimiyah bertaubat, apakah mereka tidak ada imam malik, syafiee, ahmad, dan hanafi sebagai rujukan????
susah lah....org yg pikiaq wahabi ni benda baru padahal mereka nukil pendapat imam2 juga, cuma mereka tak stick pada satu imam....
brapa kali nk ulang nih???
Bermakna jika Ibnu taimiyyah bertaubat dari fahaman mujassimah yang wahabiyyah pegang, maka wahabiyyah beralih kepada imam malik, imam syafie, imam ahmad dan imam hanafi r.a? Adakah aqidah 4 imam ini sama dengan fahaman mujassimah yang Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah Tinggalkan?
ussopp posted on 20-3-2013 12:32 AM
pertama sy pelik nukilan saudara,
awalnya dipostnya tentang taubatnya imam asyaari, lalu perin ...
pertama sy pelik nukilan saudara,
awalnya dipostnya tentang taubatnya imam asyaari, lalu peringkat terakhir menunjukkan imam asyaari menggunakan aliran yg dituduh wahabi pd zaman ini....
dan kamu nukilkan hal ini panjang lebar.....yakni hujah yg digunapakai si wahabi utk membuktikan imam asyaari bertaubat dan berakidah salaf....mengapa kamu nukilkan taubatnya imam asyaari itu kalau kamu menentang wahabi? padahal taubatnya imam asyaari adalah hujah si wahabi menentang anti wahabi...
kemudian kamu nukil pula ibnu timiyah bertaubat masuk asyaari....dan nukilannya pendek saja dan sy ragui kesahihannya....
namun sy tak mau kata apa kerana sifat mukmin ialah menyemak maka sy akan semak nanti....
pendek kata, taubat siapa yg kamu nk buktikan...
Sebentar, kamu tak baca kah dalil yang dibentang? atau mungkin tuan rabun, atau nyanyok sebentar kot...Wallahu'alam.
1. Baca dalil bebetul sheikh sebelum menjawab. naya nanti, apa ornag kate lak. Imam Abu Hasan Asya'ari bertaubat dari Muktazilah dan berpegang pada aqidah puak salafussoleh, malah untuk memudahkan umat kemudian (zaman khalaf) dalam memahami dan mengamalkan tauhid para salafussoleh, maka beliau juga dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi R.A membentuk kaedah sifat 20.
2. Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah R.A pula berfahaman aqidah Mujassimah (bukan SALAFUSSOLEH! Tolong sikit...jangan perasan, nak perasan bentang dalil, jangan cakap camni serupa tin kosong betul tak?).. maka beliau pon menentang aqidah golongan seperti Imam Abu Hasan Asya'ari R.A , dok kata sesat sana sesat sini, kemudian bid'ah sana bid'ah sini tak tentu hala (macam wahabiyyah skg, cuma depa tak ikut Ibnu Taimiyyah taubat, itu ja beza). Sehingga sebagai dalil penentangan keatas fahaman Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah R.A ketika itu, anak murid beliau sendiri, Imam Ad-Zahabi R.A sendiri menentang beliau malah menegur!
Al-Hafizh adz-Dzahabi ini adalah murid dari Ibn Taimiyah. Walaupun dalam banyak hal adz-Dzahabi mengikuti faham-faham Ibn Taimiyah, –terutama dalam masalah akidah–, namun ia sadar bahwa ia sendiri, dan gurunya tersebut, serta orang-orang yang menjadi pengikut gurunya ini telah menjadi bulan-bulanan mayoritas umat Islam dari kalangan Ahlussunnah pengikut madzhab al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari. Kondisi ini disampaikan oleh adz-Dzahabi kepada Ibn Taimiyah untuk mengingatkannya agar ia berhenti dari menyerukan faham-faham ekstrimnya, serta berhenti dari kebiasaan mencaci-maki para ulama saleh terdahulu. Untuk ini kemudian adz-Dzahabi menuliskan beberapa risalah sebagai nasehat kepada Ibn Taimiyah, sekaligus hal ini sebagai “pengakuan” dari seorang murid terhadap kesesatan gurunya sendiri. Risalah pertama berjudul Bayan Zghl al-‘Ilm Wa ath-Thalab, dan risalah kedua berjudul an-Nashîhah adz-Dzhabiyyah Li Ibn Taimiyah.
Dalam risalah Bayan Zghl al-‘Ilm, adz-Dzahabi menuliskan ungkapan yang diperuntukan bagi Ibn Taimiyah sebagai berikut [Secara lengkap dikutip oleh asy-Syaikh Arabi at-Tabban dalam kitab Bara-ah al-Asy’ariyyîn Min ‘Aqa-id al-Mukhalifîn, lihat kitab j. 2, h. 9/ bukunya ada sama saya]:
“Hindarkanlah olehmu rasa takabur dan sombong dengan ilmumu. Alangkah bahagianya dirimu jika engkau selamat dari ilmumu sendiri karena engkau menahan diri dari sesuatu yang datang dari musuhmu atau engkau menahan diri dari sesuatu yang datang dari dirimu sendiri. Demi Allah, kedua mataku ini tidak pernah mendapati orang yang lebih luas ilmunya, dan yang lebih kuat kecerdasannya dari seorang yang bernama Ibn Taimiyah. Keistimewaannya ini ditambah lagi dengan sikap zuhudnya dalam makanan, dalam pakaian, dan terhadap perempuan. Kemudian ditambah lagi dengan konsistensinya dalam membela kebenaran dan berjihad sedapat mungkin walau dalam keadaan apapun. Sungguh saya telah lelah dalam menimbang dan mengamati sifat-sifatnya (Ibn Taimiyah) ini hingga saya merasa bosan dalam waktu yang sangat panjang. Dan ternyata saya medapatinya mengapa ia dikucilkan oleh para penduduk Mesir dan Syam (sekarang Siria, lebanon, Yordania, dan Palestina) hingga mereka membencinya, menghinanya, mendustakannya, dan bahkan mengkafirkannya, adalah tidak lain karena dia adalah seorang yang takabur, sombong, rakus terhadap kehormatan dalam derajat keilmuan, dan karena sikap dengkinya terhadap para ulama terkemuka. Anda lihat sendiri, alangkah besar bencana yang ditimbulkan oleh sikap “ke-aku-an” dan sikap kecintaan terhadap kehormatan semacam ini!”.
nasihat adz-Dzahabi terhadap Ibn Taimiyah yang ia tuliskan dalam risalah an-Nashîhah adz-Dzahabiyyah, secara lengkap dalam terjemahannye (dalam bahasa indonesia) sebagai berikut [Teks lebih lengkap dengan aslinya lihat an-Nashîhah adz-Dzahabiyyah dalam dalam kitab Bara-ah al-Asy’ariyyîn Min ‘Aqa-id al-Mukhalifîn, j. 2, h. 9-11]:
“Segala puji bagi Allah di atas kehinaanku ini. Ya Allah berikanlah rahmat bagi diriku, ampunilah diriku atas segala kecerobohanku, peliharalah imanku di dalam diriku.
Oh… Alangkah sengsaranya diriku karena aku sedikit sekali memiliki sifat sedih!!
Oh… Alangkah disayangkan ajaran-ajaran Rasulullah dan orang-orang yang berpegang teguh dengannya telah banyak pergi!!
Oh… Alangkah rindunya diriku kepada saudara-saudara sesama mukmin yang dapat membantuku dalam menangis!!
Oh… Alangkah sedih karena telah hilang orang-orang (saleh) yang merupakan pelita-pelita ilmu, orang-orang yang memiliki sifat-sifat takwa, dan orang-orang yang merupakan gudang-gudang bagi segala kebaikan!!
Oh… Alangkah sedih atas semakin langkanya dirham (mata uang) yang halal dan semakin langkanya teman-teman yang lemah lembut yang menentramkan. Alangkah beruntungnya seorang yang disibukan dengan memperbaiki aibnya sendiri dari pada ia mencari-cari aib orang lain. Dan alangkah celakanya seorang disibukan dengan mencari-cari aib orang lain dari pada ia memperbaiki aibnya sendiri. Sampai kapan engkau (Wahai Ibn Taimiyah) akan terus memperhatikan kotoran kecil di dalam mata saudara-saudaramu, sementara engkau melupakan cacat besar yang nyata-nyata berada di dalam matamu sendiri?!
Sampai kapan engkau akan selalu memuji dirimu sendiri, memuji-muji pikiran-pikiranmu sendiri, atau hanya memuji-muji ungkapan-ungkapanmu sendiri?! Engkau selalu mencaci-maki para ulama dan mencari-cari aib orang lain, padahal engkau tahu bahwa Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian menyebut-menyebut orang-orang yang telah mati di antara kalian kecuali dengan sebutan yang baik, karena sesungguhnya mereka telah menyelesaikan apa yang telah mereka perbuat”. Benar, saya sadar bahwa bisa saja engkau dalam membela dirimu sendiri akan berkata kepadaku: “Sesungguhnya aib itu ada pada diri mereka sendiri, mereka sama sekali tidak pernah merasakan kebenaran ajaran Islam, mereka betul-betul tidak mengetahui kebenaran apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad, memerangi mereka adalah jihad”. Padahal, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat mengerti terhadap segala macam kebaikan, yang apa bila kebaikan-kebaikan tersebut dilakukan maka seorang manusia akan menjadi sangat beruntung. Dan sungguh, mereka adalah orang-orang yang tidak mengenal (tidak mengerjakan) kebodohan-kebodohan (kesesatan-kesesatan) yang sama sekali tidak memberikan manfa’at kepada diri mereka. Dan sesungguhnya (Sabda Rasulullah); “Di antara tanda-tanda baiknya keislaman seseorang adalah apa bila ia meninggalkan sesuatu yang tidak memberikan manfa’at bagi dirinya”. (HR. at-Tirmidzi)
Hai Bung…! (Ibn Taimiyah), demi Allah, berhentilah, janganlah terus mencaci maki kami. Benar, engkau adalah seorang yang pandai memutar argumen dan tajam lidah, engkau tidak pernah mau diam dan tidak tidur. Waspadalah engkau, jangan sampai engkau terjerumus dalam berbagai kesesatan dalam agama. Sungguh, Nabimu (Nabi Muhammad) sangat membenci dan mencaci perkara-perkara [yang ekstrim]. Nabimu melarang kita untuk banyak bertanya ini dan itu. Beliau bersabda: “Sesungguhnya sesuatu yang paling ditakutkan yang aku khawatirkan atas umatku adalah seorang munafik yang tajam lidahnya”. (HR. Ahmad)
Jika banyak bicara tanpa dalil dalam masalah hukum halal dan haram adalah perkara yang akan menjadikan hati itu sangat keras, maka terlebih lagi jika banyak bicara dalam ungkapan-ungkapan [kelompok yang sesat, seperti] kaum al-Yunusiyyah, dan kaum filsafat, maka sudah sangat jelas bahwa itu akan menjadikan hati itu buta.
Demi Allah, kita ini telah menjadi bahan tertawaan di hadapan banyak makhluk Allah. Maka sampai kapan engkau akan terus berbicara hanya mengungkap kekufuran-kekufuran kaum filsafat supaya kita bisa membantah mereka dengan logika kita??
Hai Bung…! Padahal engkau sendiri telah menelan berbagai macam racun kaum filsafat berkali-kali. Sungguh, racun-racun itu telah telah membekas dan menggumpal pada tubuhmu, hingga menjadi bertumpuk pada badanmu.
Oh… Alangkah rindunya kepada majelis yang di dalamnya diisi dengan tilawah dan tadabbur, majelis yang isinya menghadirkan rasa takut kepada Allah karena mengingt-Nya, majelis yang isinya diam dalam berfikir.
Oh… Alangkah rindunya kepada majelis yang di dalamnya disebutkan tentang orang-orang saleh, karena sesungguhnya, ketika orang-orang saleh tersebut disebut-sebut namanya maka akan turun rahmat Allah. Bukan sebaliknya, jika orang-orang saleh itu disebut-sebut namanya maka mereka dihinakan, dilecehkan, dan dilaknat.
Pedang al-Hajjaj (Ibn Yusuf ats-Tsaqafi) dan lidah Ibn Hazm adalah laksana dua saudara kandung, yang kedua-duanya engkau satukan menjadi satu kesatuan di dalam dirimu. (Engkau berkata): “Jauhkan kami dari membicarakan tentang “Bid’ah al-Khamîs”, atau tentang “Akl al-Hubûb”, tetapi berbicaralah dengan kami tentang berbagai bid’ah yang kami anggap sebagai sumber kesesatan”. (Engkau berkata); Bahwa apa yang kita bicarakan adalah murni sebagai bagian dari sunnah dan merupakan dasar tauhid, barangsiapa tidak mengetahuinya maka dia seorang yang kafir atau seperti keledai, dan siapa yang tidak mengkafirkan orang semacam itu maka ia juga telah kafir, bahkan kekufurannya lebih buruk dari pada kekufuran Fir’aun. (Engkau berkata); Bahwa orang-orang Nasrani sama seperti kita. Demi Allah, [ajaran engkau ini] telah menjadikan banyak hati dalam keraguan. Seandainya engkau menyelamatkan imanmu dengan dua kalimat syahadat maka engkau adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di akhirat.
Oh… Alangkah sialnya orang yang menjadi pengikutmu, karena ia telah mempersiapkan dirinya sendiri untuk masuk dalam kesesatan (az-Zandaqah) dan kekufuran, terlebih lagi jika yang menjadi pengikutmu tersebut adalah seorang yang lemah dalam ilmu dan agamanya, pemalas, dan bersyahwat besar, namun ia membelamu mati-matian dengan tangan dan lidahnya. Padahal hakekatnya orang semacam ini, dengan segala apa yang ia perbuatan dan apa yang ada di hatinya, adalah musuhmu sendiri. Dan tahukah engkau (wahai Ibn Taimiyah), bahwa mayoritas pengikutmu tidak lain kecuali orang-orang yang “terikat” (orang-orang bodoh) dan lemah akal?! Atau kalau tidak demikian maka dia adalah orang pendusta yang berakal tolol?! Atau kalau tidak demikian maka dia adalah aneh yang serampangan, dan tukang membuat makar?! Atau kalau tidak demikian maka dia adalah seorang yang [terlihat] ahli ibadah dan saleh, namun sebenarnya dia adalah seorang yang tidak paham apapun?! Kalau engkau tidak percaya kepadaku maka periksalah orang-orang yang menjadi pengikutmu tersebut, timbanglah mereka dengan adil…!
Wahai Muslim (yang dimaksud Ibn Taimiyah), adakah layak engkau mendahulukan syahwat keledaimu yang selalu memuji-muji dirimu sendiri?! Sampai kapan engkau akan tetap menemani sifat itu, dan berapa banyak lagi orang-orang saleh yang akan engkau musuhi?! Sampai kapan engkau akan tetap hanya membenarkan sifatmu itu, dan berapa banyak lagi orang-orang baik yang akan engkau lecehkan?! Sampai kapan engkau hanya akan mengagungkan sifatmu itu, dan berapa banyak lagi orang-orang yang akan engkau kecilkan (hinakan)?!
Sampai kapan engkau akan terus bersahabat dengan sifatmu itu, dan berapa banyak lagi orang-orang zuhud yang akan engkau perangi?!
Sampai kapan engkau hanya akan memuji-muji pernyataan-pernyataan dirimu sendiri dengan berbagai cara, yang demi Allah engkau sendiri tidak pernah memuji hadits-hadits dalam dua kitab shahih (Shahîh al-Bukhari dan Shahîh Muslim) dengan caramu tersebut?!
Oh… Seandainya hadits-hadits dalam dua kitab shahih tersebut selamat dari keritikmu…! Tetapi sebalikanya, dengan semaumu engkau sering merubah hadits-hadits tersebut, engkau mengatakan ini dla’if, ini tidak benar, atau engkau berkata yang ini harus ditakwil, dan ini harus diingkari. Tidakkah sekarang ini saatnya bagimu untuk merasa takut?! Bukankah saatnya bagimu sekarang untuk bertaubat dan kembali (kepada Allah)?! Bukankah engkau sekarang sudah dalam umur 70an tahun, dan kematian telah dekat?! Tentu, demi Allah, aku mungkin mengira bahwa engkau tidak akan pernah ingat kematian, sebaliknya engkau akan mencaci-maki seorang yang ingat akan mati! Aku juga mengira bahwa mungkin engkau tidak akan menerima ucapanku dan mendengarkan nesehatku ini, sebaliknya engkau akan tetap memiliki keinginan besar untuk membantah lembaran ini dengan tulisan berjilid-jilid, dan engkau akan merinci bagiku berbagai rincian bahasan. Engkau akan tetap selalu membela diri dan merasa menang, sehingga aku sendiri akan berkata kepadaku: “Sekarang, sudah cukup, diamlah…!”. Jika penilaian terhadap dirimu dari diri saya seperti ini, padahal saya sangat menyangi dan mencintaimu, maka bagaimana penilaian para musuhmu terhadap dirimu?! Padahal para musuhmu, demi Allah, mereka adalah orang-orang saleh, orang-orang cerdas, orang-orang terkemuka, sementara para pembelamu adalah orang-orang fasik, para pendusta, orang-orang tolol, dan para pengangguran yang tidak berilmu.
Aku sangat ridla jika engkau mencaci-maki diriku dengan terang-terangan, namun diam-diam engkau mengambil manfaat dari nasehatku ini. “Sungguh Allah telah memberikan rahmat kepada seseorang, jika ada orang lain yang menghadiahkan (memperlihatkan) kepadanya akan aib-aibnya”. Karena memang saya adalah manusia banyak dosa. Alangkah celakanya saya jika saya tidak bertaubat. Alangkah celaka saya jika aib-aibku dibukakan oleh Allah yang maha mengetahui segala hal yang ghaib. Obatnya bagiku tiada lain kecuali ampunan dari Allah, taufik-Nya, dan hidayah-Nya.
Segala puji hanya milik Allah, Shalawat dan salam semoga terlimpah atas tuan kita Muhammad, penutup para Nabi, atas keluarganya, dan para sahabatnya sekalian"
Aahil_adha posted on 20-3-2013 01:16 AM
Sebentar, kamu tak baca kah dalil yang dibentang? atau mungkin tuan rabun, atau nyanyok sebentar ...
Sambungan.
Kemudian dengan Rahmat Allah Ta'ala, Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah R.A sedar akan kegelincirannya dan kemudian terus bertaubat. malah mengangkat kembali aqidah yang dipegang dan disampaikan oleh Imam Abu Hasan Asya'ari R.A sebagai aqidah salafussoleh yang sahih! nak bukti?. yang bentangkan sebelum itu :- Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany R.A dalam kitabnya berjudul :
Ad-Durar Al-Kaminah Fi “ayan Al-Miaah As-Saminah
cetakan 1414H Dar Al-Jiel
juzuk 1 m/s 148
dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H :
cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah
juzuk 32 m/s 115-116
dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab nasnya:
ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق
Terjemahannya: “Dan para ulama telah mendapati skrip yang telah ditulis oleh Ibnu Taimiah yang telahpun diakui akannya sebelum itu (akidah salah ibnu taimiah sebelum bertaubat) berkaitan dengan akidahnya bahawa Allah ta’ala berkata-kata dengan suara, dan Allah beristawa dengan erti yang hakiki (iaitu duduk) dan selain itu yang bertentangan dengan Ahl Haq (kebenaran)”.
قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه
Terjemahannya: ” Telah berkata Ibnu Taimiah dengan kehadiran saksi para ulama: ‘ Saya golongan Asy’ary’ dan mengangkat kitab Al-Asy’ariyah di atas kepalanya ( mengakuinya)”.
Malah beliau (Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah R.A) selepas menerima aqidah dan tauhid Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Asy'ariyah, terus memuji dan menerima ahlus suffah (sufi). Antara buktinya (kalau tak cukup saya leh tambah banyak Insya'allah) ,
Syekh Ibnu Taimiyah berkata, “Para imam SUFI dan para syekh yang dulu dikenal luas, seperti Imam Juneid bin Muhammad beserta pengikutnya, Syekh Abdul Qadir al-Jailani serta lainnya, adalah orang-orang yang paling TEGUH dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah. Syekh Abdul Qadir al-Jailani, kalam2nya secara keseluruhan berisi anjuran untuk mengikuti ajaran syariat dan menjauhi larangan serta bersabar menerima takdir Allah." (terjemahan dlm kumpulan fatwa jilid 10 hal 507)
Tak caye gak? takpe, dalam Fatawa Ibn Taimiyyah Juz 3 hal 377 pon ada, apa ada hal, Insya'allah, saya lampirkan terus :-
2. Buktikan tauhid dan aqidah Wahabi sekarang sama dengan tauhid dan Aqidah Al-Asy'ariyyah yang Imam Ibnu Taimiyyah R.A sendiri pegang setelah bertaubat?
3. Saya selitkan satu dulu ustaz wahabi yang selar konsep tauhid Al-Asy'ariyyah (sifat 20) yang dibawa Imam Abu Hasan Asy'ari R.A selepas bertaubat dari muktazilah, dan yang Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah benarkan setelah ebrtaubat dari MUJASSIMAH. Kalau tak cukup saya tambah lagi?
Jadi bagaimana nak kata sama??
4.
kemudian kamu nukil pula ibnu timiyah bertaubat masuk asyaari....dan nukilannya pendek saja dan sy ragui kesahihannya....
Nauzubillahiminzalik, sila la buka kitab yang saya dah nyatakan. apa payah benar. Kalau ada keraguan, buktikan dengan Dalil yang tsiqah. Cakap-cakap camni yang tak dibenarkan, menimbulkan fitnah. Kamu selaku orang yang alim rasenye tahu adab bab ni.
Last edited by Aahil_adha on 20-3-2013 01:23 AM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
ussopp posted on 19-3-2013 08:39 AM
habis tu yg dikutuk wahabi buat ijtihad sendiri tu siapa...
ini bermakna anda telah salah faham ...
Asas Iktiqad Ahlussunnah Wal Jamaah apakah sama dengan iktiqad Wahabi Salafi ?
1. Iman yang sempurna ialah mengikrarkan dengan lisan, membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.
2. Tuhan itu wujud, namanya Allah, dan ada 99 nama bagi Allah.
3. Tuhan mempunyai sifat banyak sekali, yang boleh disimpulkan perkataan; Tuhan mempunyai sifat-sifat Jalal,Jamal, Kamal, Qahar.
4. Sifat yang wajib diketahui oleh sekalian mukmin yang baligh berakal adalah 20 sifat; 20 sifat yang wajib dan mustahil ada bagiNya. Dan satu lagi sifat yang harus ada bagiNya, yaitu :
a. Wujud
b. Qidam
c. Baqa’
d. Mukhalafatuhu ta’ala lilhawaditsi
e. Qiyamuhu binafsihi
f. Wahdaniyah
g. Qudrat
h. Iradat
j. Ilmu
k. Hayat
l. Sama’
m. Bashar
n. Kalam
o. Kaunuhu Qadiran
p. Kaunuhu muridan
q. Kaunuhu ‘Aliman
r. Kaunuhu Hayyan
s. Kaunuhu Sami’an
t. Kaunuhu Bashiran
u. Kaunuhu Mutakalliman
5. Sifat yang harus bagi Allah hanyalah 1 yaitu boleh memperbuat atau tidak memperbuat. Tiada kewajipan bg Allah menjadikan alam termasuk segala isinya. Jika wajib maka Tuhan terikat dengan makhlukNya, ertinya jika Dia tidak menjadikan alam maka Dia telah berdosa, mustahil begitu.
6. Wajib dipercayai bahwa Malaikat ada, mereka banyak. Tetapi yang wajib diketahui hanyalah 10 shj.
7. Wajib mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada ummatnya.
a. Kitab Taurat yang diturunkan kpd Nabi Musa A.S.
b. Kitab Zabur yang diturunkan kpd Nabi Daud A.S.
c. Kitab Injil yang diturunkan kpd Nabi Isa A.S.
d. Kitab Al-Quran yang diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW.
8. Ahlussunnah wal Jamaah mempercayai sekalian Rasul-rasul yang diutus Allah swt kepada manusia, mereka banyak, ada yang diterangkan Allah swt kepada manusia dan ada yang tidak diterangkan. Tetapi yang wajib diketahui 25 rasul shj yg dinyatakan dalam Al-Quran.
9. Setiap orang Islam wajib mempercayai adanya hari akhirat. Permulaan hari akhirat itu bagi setiap manusia adalah sesudah mati, yaitu;
a. Setiap orang pasti akan mati.
b. Setelah mati lalu dikubukan. Di dalam kuburnya akan ditanya: Siapa Tuhannya?, siapa Nabinya?, siapa imamnya? dll. Pertanyaan tersebut diajukan oleh malaikat Mungkar dan Nakir.
c. Orang yang jahat dan ahli maksiat akan disiksa di dalam kubur.
d. Kemudian pada suatu waktu akan terjadi kiamat besar, alam serta isinya akan hancur.
e. Kemudian pada suatu waktu pula akan dibunyikan sangkakala sehingga seluruh makhluk yang mati akan bangkit kembali, berkumpul di padang mahsyar.
f. Akan diadakan hisab, yaitu perhitungan dosa dan pahala.
g. Di Padang Mahsyar akan ada syafaat dari Nabi Muhammad saw dengan izin Allah swt.
h. Akan ada timbangan untuk menimbang dosa dan pahala.
i. Akan ada titian Shirathal Mustaqim yang akan dibentangkan di atas neraka yang harus dilalui oleh sekalian manusia.
j. Akan ada telaga Kautsar kepunyaan Nabi Muhammad saw di dalam surga, di mana org2 yang beriman akan dapat meminumnya.
k. Yang lulus ujian dalam meniti Shirathal Mustaqim akan masuk surga Jannatun Na’im sementara yang tidak lulus akan tergelincir masuk ke dalam neraka.
l. Orang yang baik akan terus masuk surga dan kekal selama-lamanya.
m. Orang yang mukmin yang berdosa dan mati sebelum bertaubat, akan masuk ke dalam neraka buat sementara dan setelah menjalani hukuman akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam surga buat selama-lamanya.
n. Orang kafir masuk neraka dan kekal selama-lamanya.
o. Orang mukmin yang baik-baik akan diberi nikmat apa saja yang ia sukai, dan nikmat yang paling besar adalah dpt melihat Allah swt.
10. Kaum Ahlussunnah wal Jamaah mempercayai adanya Qada dan Qadar yaitu takdir ilahi, sebagai berikut:
a. Sekalian yang terjadi di dunia ini sudah ada qada Allah swt yakni hukum Allah swt dalam azal, bahwa hal itu akan terjadi.
b. Sekalian yang terjadi di alam ini buruk atau baiknya semuanya dijadikan Allah swt.
c. Yang ada bagi manusia hanya kasab (ikhtiar dan usaha). Manusia wajib berikhtiar dan berusaha. Akan tetapi segala usaha dan ikhtiar itu tidak memberi bekas.
d. Pahala yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia adalah krn karuniaNya dan hukuman yang diberikan kepada manusia adalah karena keadilanNya.
11. Allah swt bersama namaNya dan sifatNya semuanya qadim, karena nama dan sifat itu berdiri di atas zat yang qadim, maka dengan demikian semua nama dan sifat Allah SWT adalah qadim.
12. Rezeki sekalian manusia sudah ditaqdirkan, tidak bertambah dan tidak berkurang tetapi manusia diperintahkan untuk mencari rezeki.
13. Anak-anak oang kafir yang mati kecil masuk surga.
14. Doa orang mukmin memberi manfaat bagi dirinya sendiri dan bagi orang lain yang didoakannya.
15. Pahala sedekah, wakaf dan pahala bacaan (tahlil, salawat dan bacaan Al-Quran) boleh dihadiahkan kepada orang yang telah mati dan sampai kepada mereka.
16. Ziarah kubur, khususnya kubur ibu bapa, ulama-ulama, wali-wali, dan orang-orang syahid, lebih2 lagi maqam Rasulullah saw, dan maqam sahabat-sahabat beliau adalah sunat hukumnya, diberi pahala kalau dikerjakan.
17. Berdoa direct kepada Allah swt atau berdoa dgn wasilah (bertawasul) adalah sunat hukumnya, diberi pahala kalau mengerjakannya.
18. Masjid di seluruh dunia sama darjatnya, kecuali tiga buah masjid, lebih tinggi darjatnya dari yang lain, yaitu masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Baitul Muqaddis. Berjalan (musafir) untuk beribadah ke masjid yang tiga tersebut adalah ibadah hukumnya, jika dikerjakan mendapat pahala.
19. Seluruh manusia adalah anak cucu nabi Adam. Adam berasal dari tanah. Iblis dan jin dijadikan dari api, tetapi malaikat-malaikat dijadikan dari cahaya.
20. Bumi dan langit ada. Siapa yang mengatakan langit tidak ada ia keluar dari lingkungan kaum Ahlussunnah wal Jamaah.
21. Nama Tuhan tidak boleh dibuat-buat oleh manusia, tetapi harus seperti yang telah ditetapkan Allah swt dalam Al-Quran dan Hadits Nabi saw yang sahih. Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam Bukhari, nama Allah swt itu 99 banyaknya. Siapa yang menghafalkannya akan dimasukkan ke dalam surga (lihat sahih Bukhari juz IV bagian 195 dan shahih Tamizi juz XIII, halaman 37-42). Kita umat Islam boleh berdoa dan boleh menyeru dengan salah satu atau semua namaNya yang 99 ini, umpamanya Ya Latif, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud dan sebagainya.
22. Kalau terdapat ayat-ayat suci Al-Quran yang seolah-olah menyatakan bahwa Allah swt bertubuh seperti manusia, atau betangan seperti manusia, atau bermuka serupa manusia, maka ulama-ulama Ahlussunnah wal Jamaah mentakwilkan atau menafsirkan ayat di atas secara majazi, yakni bukan menurut asal dari perkataan itu, sesudah itu diserahkan kepada Allah swt apakah yang sebenarnya yang dimaksud oleh ayat tersebut. Misalnya ayat yang mengatakan bahwa Tuhan bermuka, maksudnya ialah zat yang qadim, yang tidak serupa dengan makhlukNya, kalau terdapat ayat mengatakan “Tuhan bertangan” maksudnya adalah bahwa “Tuhan berkuasa” karena tangan itu adalah alat kekuasaan. Kalau dijumpai ayat yang mengatakan “Tuhan duduk di atas Arsy” maksudnya bahwa “Tuhan menguasai Arsy”. Ada lagi ayat dan hadits yang mengatakan “Tuhan turun” maka yang turun adalah rahmatNya, bukan batang tubuhnya sebab Allah swt tidak berbatang tubuh. Jika dijumpai ayat mengatakan bahwa “Tuhan atau Allah swt itu cahaya”, maka maksudnya adalah Allah swt itu memberi cahaya, demikian
seterusnya dengan ayat-ayat yang lain.Hal ini dianggap sangat perlu agar kita tidak terperangkap ke dalam kekeliuan dalam memahami ayat-ayat suci Al-Quran. Juga agar termasuk org2 yang menyerupakan Allah SWT dengan makhlukNya atau golongan kaum Mutasyabbihah atau Mujasimmah yang menerapkan adanya keserupaan Allah swt dengan makhluk. Dalam surat as Syura ayat 11 disebutkan sejelas-jelasnya bahwa Allah swt tidak serupa dengan makhlukNya. Tetapi dalam mengertikan atau mentawilkan ayat ini janganlah memakai sembarang tawil. Hendaknya dipehatikan kitab-kitab tafsir Ahlussunnah wal Jamaah yang dipercayai, umpamanya kitab tafsir At- Thabari, tafsir Quhtubi, tafsir Jalalain, tafsir Khazin dan lain-lain sebagainya.
23. Bangkit sesudah mati hanya satu kali. Manusia mulanya tidak ada, kemudian lahir ke dunia kemudian mati. Lalu hidup kembali dari kematian setelah peniupan sangkakala dan berkumpul di padang Mahsyar sesuai dengan ayat Al-Quran pada surat Al Baqarah ayat 28.
24. Pahala yang Allah swt berikan kepada oang-orang yang soleh bukanlah karena Allah swt terpaksa untuk memberikannya dan bukan pula kewajipan Allah swt untuk membalas jasa orang itu. Begitu juga hukuman bagi orang yang durhaka tidaklah Allah swt terpaksa menghukumnya atau bukanlah kewajipan Allah swt untuk menghukumnya, tidak. Allah swt memberikan pahala kepada manusia dengan karuniaNya dan menghukum dengan keadilanNya.
25. Allah swt dapat dilihat oleh penduduk surga dengan mata kepala, bukan dengan mata hati saja. Tetapi Allah tidak didlm atau diluar syurga. Hanya kita yang bertempat dalam surga yang melihatNya.
26. Pada waktu di dunia tidak ada manusia dapat yang melihat Allah swt kecuali Nabi Muhammad SAW, pada malam Miraj.
27. Mengutus rasul-rasul adalah karunia Allah swt kepada hambaNya untuk menunjuki jalan yang lurus, bukanlah kewajipan Allah swt untuk mengutus rasul-rasulNya.
28. Wajib diketahui dan diyakini oleh seluruh ummat Islam bahwa Nabi Muhammad saw lahir di kota Makkah. Sesudah berusia 40 tahun diangkat menjadi rasul, lalu diturunkan kepada beliau ayat-ayat Al-Quran berturut-berturut selama 23 tahun. Sesudah 13 tahun menjadi rasul beliau pindah ke Madinah, menetap disitu sampai wafat. Beliau wafat sesudah melakukan tugas 23 tahun dalam usia 63 tahun. Makam Nabi Muhammad saw berada di Madinah.
29. Nabi Muhammad saw adalah manusia serupa kita, bukan malaikat. Beliau makan, minum, tidur, sakit, kawin,mempunyai keluarga serupa manusia biasa. Akan tetapi kemanusiaan beliau luar biasa, rohaniyah dan jasmaniyah beliau luar biasa kuatnya, krn kepada beliau diturunkan wahyu ilahi, yang kalau diturunkan di atas bukit maka bukit tersebut akan hancur lebur. Kaum Ahlussunnah wal Jamaah menganggap bahwa Nabi Muhammad saw walaupun beliau serupa manusia biasa tetapi beliau adalah sayyidul khalaik, makhluk Allah swt yang termulia di antara makhluk yang lain.
30. Silsilah nenek moyang Nabi Muhammad SAW adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutthalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qushai bin Kilab bin Marrah bin Ka’ab bin Luai bin Galib bin Fihir bin Malik bin Nadlar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudlar bin Ma’ad bin Adnan. Dari pihak ibu adalah ; Muhammad bin Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab (nenek Nabi yang keenam dari pihak bapak).
31. Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW dari mulai kawin sampai beliau wafat adalah:
a. Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid,
b. Aisyah binti Abu Bakar,
c. Hafsah binti Umar,
d. Ummu Salamah binti Abi Umayyah,
e. Ummu Habibah binti Abi Sufyan,
f. Saudah binti Zam’ah,
g. Zainab binti Jahasy,
h. Zainab binti Khuzaimah,
i. Maimunah binti Harits,
j. Juwairiyah binti Harits, dan
k. Safiyah binti Hay, (Radliyallahu an hunna).
32. Putra-putri Nabi Muhammad SAW adalah :
a. Zainab,
b. Ruqayyah,
c. Ummu Kalsum,
d. Siti Fatimah,
e. Qasim,
f. Abdullah, dan
g. Ibrahim
33. Nabi Muhammad saw diutus oleh Allah swt kepada seluruh umat manusia dan jin.
34. Nabi Muhammad saw Mi’raj ke langit melalui Baitul Muqaddis tanggal 27 Rajab dan kembali malam itu juga ke dunia membawa perintah solat 5 kali sehari semalam. Beliau Mi’raj roh dan jasad.
35. Nabi Muhammad saw terdahulu diangkat menjadi nabi dibanding nabi-nabi yang lain, yaitu pada masa Nabi Adam as antara roh dan jasad. Karena itu, beliau adalah nabi yang paling dahulu diangkat dan yang paling akhir lahir ke dunia.
36. Nabi Muhammad saw memberi syafaat di akhirat kepada seluruh manusia.
37. Sesudah Nabi Muhammad saw wafat, maka pengganti beliau yang sah adalah Sayyidina Abu Bakar ra., sebagai khalifah pertama, Sayyidin Umar bin Khattab ra. sebagai khalifah kedua, Sayyidina Utsman bin Affan sebagai khalifah ketiga, dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah keempat, radliyallahu an hum.
38. Wajib diyakini bahwa yang paling mulia di antara makhluk Tuhan ialah Nabi Muhammad saw, sesudah itu Rasul-rasul yang lain, lalu para Nabi, para Malaikat, barulah manusia yang lain.
39. Wajib diyakini bahwa sahabat Nabi Muhammad saw yang paling mulia adalah Sayyidina Abu Bakar, sesudah itu Sayyidina Umar bin Khattab, sesudah itu Sayyidina Utsman bin Affan lalu Sayyidina Ali bin Abi Thalib, sesudah itu sahabat-sahabat yang sepuluh yang telah dikabarkan oleh Nabi Muhammad saw akan masuk surga, yaitu 4 orang khalifah ditambah dengan Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abdurahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas, Sa’id bin Zaid, Abu Ubaidah, Amir bin Jarrah, sesudah itu sahabat-sahabat yang ikut Perang Badar, sesudah itu sahabat-sahabat yang ikut Perang Uhud, sesudah sahabat-sahabat yang ikut Bai’atur Ridlwan, lalu sekalian sahabat Nabi, radliyallahu ‘an hum.
40. Dalam soal pertikaian dan peperangan yang terjadi antara para sahabat Nabi, seperti “Perang Jamal” antara Siti Aisyah dan Sayyidina Ali, “Perang Shifin” antara Sayyidina Ali dengan Mu’awiyah, kaum Ahlussunnah wal Jama’ah menanggapi secara positif tidak banyak dibicarakan, tetapi dianggap bahwa mereka berijtihad menurut pendapat mereka masing-masing. Kalau ijtihad itu benar pada sisi Allah SWT mereka dapat pahala dua, tetapi kalau ijtihad mereka salah maka mereka mendapat pahala satu atas
ijtihadnya itu.
41. Kaum Ahlussunnah wal Jamaah yakin, bahwa sekalian keluarga Nabi Muhammad saw, khususnya Siti Aisyah Ummul Mukminin yang dituduh berbuat kesalahan adalah bersih dari noda. Fitnah yang dilancakan kepada keluarga Nabi adalah fitnah yang dibuat-buat (lihat Al-Quran surat An Nur ayat 11).
42. Kerasulan seorang rasul adalah karunia Allah swt. Pangkat tersebut tidak mungkin didapati dengan usaha.
43. Semua Rasul-rasul dibekalkan dengan mukjizat.
44. Kaum Ahlussunnah wal Jamaah meyakini adanya keramat. Keramat ertinya pekerjaan yang ganjil yang di luar kebiasaan yang mampu dikerjakan oleh para wali Allah, ualama-ulama, orang-orang soleh, umpamanya makanan datang sendiri kepada Siti Mariam, ahli gua tidur selama 309 tahun tanpa rosak dagingnya.
45. Nabi Muhammad saw adalah nabi yang terakhir, tidak ada lagi nabi sesudah beliau. Begitu juga pangkat kenabian dan kerasulan, begitu juga nabi-nabi pembantu tidak ada lagi sesudah Nabi Muhammad saw. Siapa saja yang mendakwakan dirinya sebagai nabi atau rasul baik nabi bersendiri maupun untuk menjelaskan syariat Nabi Muhammad saw, maka orang itu pembohong yang wajib dilawan.
46. Wajib dipercayai adanya Arsy, yaitu suatu benda makhluk Allah swt yang dijadikan dari nur, terletak di tempat yang tinggi dan mulia, yang tidak diketahui hakikatnya dan kebesarannya. Hanya Allah swt yang mengetahui.
47. Wajib diketahui adanya 'Kursi Allah swt' yaitu suatu benda makhluk Allah swt yang bedekatan dan bertalian dengan Arsy. Hakikat keberadaannya diserahkan kepada Allah swt. Yang wajib kaum Ahlussunnah wal Jamaah adalah mempercayainya.
48. Wajib dipercayai adanya Qalam, yaitu suatu benda yang dijadikan Allah swt untuk menuliskan segala sesuatu yang akan terjadi di Lauh Mahfuh. Sekalian yang terjadi di dunia ini sudah dituliskan dengan Qalam di Lauh Mahfuh terlebih dahulu.
49. Surga dan neraka bersama penduduknya akan kekal selama-lamanya, tidak akan habis. Keduanya dikekalkan Allah swt agar yang berbuat baik merasai selama-lamanya nikmat pekerjaan dan yang berbuat dosa merasai selama-lamanya siksa atas pebuatannya.
50. Dosa itu, menurut faham Ahlussunnah wal Jamaah, terbagi dua, ada dosa besar dan ada dosa kecil. Dosa besar itu ialah syirik ini paling berat atau paling besar, membunuh manusia dengan tidak hak, makan riba, lari dari jihad, menjadi tukang sihir, mendurhakai ibu bapa, berbuat zina, berbuat liwat, berdusta terhadap Nabi dan lain-lain sebagainya. Kalau dosa besar tidak dikerjakan, maka dosa-dosa kecil akan diampuni saja oleh Allah swt. Dosa besar dapat diampuni kalau si pembuatnya bertaubat kepada Allah swt.
51. Orang mukmin akan menjadi kafir kembali (riddat) jika; Dalam beriktiqad :
a. Syak atau ragu atas adanya Tuhan.
b. Syak atau ragu akan keRasulan Nabi Muhammad saw.
c. Syak atau ragu bahwa Al-Quran itu wahyu Tuhan.
d. Syak atau ragu bahwa akan ada hari kiamat, hari akhirat, surga, neraka dll.
e. Syak atau ragu bahwa Nabi Muhammad Saw Isra’ Mi’raj dengan ruh dan jasad.
f. Mengiktiqadkan bahwa Tuhan tidak mempunyai sifat seperti ilmu, hayat, qidam baqa’ dll.
g. Mengiktiqadkan bahwa Tuhan bertubuh spt makhluknya.
h. Menghalalkan pekerjaan yang telah sepakat ulama Islam mengharamkannya,
i. Mengharamkan pekerjaan yang sudah sepakat ulama Islam membolehkannya,
j. Menidakkan suatu amalan ibadat yang telah sepakat ulama Islam mewajibkannnya.
k. Mengingkari kesahabatan para sahabat-sahabat Nabi yang utama seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar bin Khathab dll.
l. Mengingkari sepotong atau seluruhnya ayat suci Al-Quran atau menambah sepotong atau seluruh ayat suci al-Qur’an dengan tujuan menjadikan ia menjadi Al-Quran.
m. Mengingkari salah seorang Rasul yang telah sepakat ulama-ulama Islam mengatakannya Rasul.
n. Mendustakan Rasul-rasul Tuhan
o. Mengiktiqadkan ada Nabi sesudah Nabi Muhammad saw.
Dalam amalan:
a. Sujud kepada berhala, pada matahari, pada bulan dan lain-lain.
b. Sujud kepada manusia dengan suka rela.
c. Menghina Nabi-nabi atau Rasul-rasul dengan lisan maupun perbuatan.
d. Menghina kitab-kitab suci dengan lisan atau perbuatan.
e. Mempersendakan agama atau Tuhan dengan lisan atau tulisan.
Dalam perkataan
a. Mengucapkan “Hai kafir”, kepada orang Islam.
b. Mempersendakan nama Tuhan.
c. Mempersendakan hari akhirat, syurga dan neraka.
d. Mempersendakan salah satu syariat, sebagai contoh solat, puasa, aurat, Baitullah, dll.
e. Mempersendakan para malaikat
f. Mempersendakan para Nabi dan Rasul-rasul.
g. Mempersendakan keluarga serta para Sahabat Nabi.
h. Mempersendakan Nabi Muhammad Saw dan banyak lagi.
Aahil_adha posted on 20-3-2013 01:16 AM
Sebentar, kamu tak baca kah dalil yang dibentang? atau mungkin tuan rabun, atau nyanyok sebentar ...
takpa ginilah....
anda kutuk lah apa nak kutuk sebab tentang ibnu taimiyah....
la ni anda pergi lah cari wahabi yg ada kat malaysia, tak payah tanya tentang ibnu taimiyah,
tanya apa yg mereka pegang..... pendapat2 mereka.....adakah mereka (org awam) buat ijtihad sendiri atau mereka berpegang pada imam2 muktabar....
cukuplah buat masa ini, sy tegaskan bahawa tuduhan bahawa org awam wahabi buat ijtihad sendiri itu salah faham dr pihak anti wahabi....
sy selesaikan satu2 dulu....
dan jika ada apa yg ingin dijelaskan, silalah kemukakan satu2....
dalam forum yg melibatkan typing, seeloknya post adalah pendek2 dan jelas....elakkan post yg terlalu panjang dengan terlalu banyak persoalan.....
selesaikan satu2.....sebab kita nak bagi jelas...jangan bawa persoalan banyak2 tetapi satu2 ya..
baca balik post sy number 94,
callmeuncleusin pun dh reply dlm post dia number 105, dia kata ini iktiqod ahlussunnah....
padahal itulah yg geng wahabi praktikkan....itulah wahabi yg sy kenal di kalangan yg sy kenal...