Edited by Nfir at 1-8-2024 04:05 PM
Ada kemungkinan peperangan bukan semata-mata kerana Presiden Biden.
Jika peperangan bukan kerana Presiden Biden, peperangan berlaku kerana apa atau siapa?
Hishamuddin Rais ada berkongsi perspektif beliau tentang perkara ini baru-baru ini.
Sama ada benar atau tidak perspektif Hishamuddin Rais ini, ia adalah sesuatu yang sukar untuk kita buktikan secara conclusive.
Tetapi perspektif Hishamuddin Rais ini adalah suatu perspektif yang wajar untuk kita fahamkan, fikirkan, dan bincangkan. Worth our time and attention.
Dalam tulisan ini, Hishamuddin bercakap tentang daulah terpendam di America. Dalam English, daulah terpendam dikenali sebagai ‘deep state’.
+ + +
Apa itu daulah terpendam atau deep state?
An alleged secret network of especially nonelected government officials and sometimes private entities (as in the financial services and defense industries) operating extra-legally to influence and enact government policy.
“The power of the deep state comes from experience, knowledge, relationships, insight, craft, special skills, traditions, and shared values. Together, these purported attributes make nameless bureaucrats into a super-government that is accountable to no one. That is a scary prospect.” — David Rothkopf
“What the archbishop suspected was a crime stage-managed by Turkey's "deep state"—an opaque underworld where powerful elements of the state, especially the military and security services, act in conjunction with violent extremist groups … as well as the apolitical criminal underworld, to undertake special, illegal operations in the political interest of the country's ruling elite.” — John Eibner
+ + +
Kenapa daulah terpendam mahu Donald Trump dilupuskan dari politik Amerika?
Jawabnya mudah sahaja. Donald Trump ini menghuru-harakan garis politik AS. Donald Trump sosok pelik, kasar, lucah tetapi mendapat sokongan rakyat AS. Suara dan retorik Trump cukup popular di kalangan rakyat kelas bawahan AS.
Presiden AS semuanya adalah boneka. Di belakang boneka ini ialah deep state – daulah terpendam. Daulah terpendam inilah yang menjadi Pak Dalang Presiden AS.
Daulah terpendam ini adalah para kapitalis dan pemodal yang mahu garis politik AS memberi kepentingan kepada kaum kapitalis untuk menjajah dunia.
Abraham Lincoln dibunuh kerana membebaskan hamba abdi. Langkah Lincoln ini bertentangan dengan kepentingan kaum kapitalis pada ketika itu.
JFK di bunuh kerana dia mahu berhentikan Perang Vietnam. Pengganti JFK ialah Johnson yang datang ke Malaysia untuk melobi Tunku agar menghantar askar kita untuk sama berperang di Vietnam seperti askar Australia.
Ketika Trump ditembak bakal calon parti Demokrat masih lagi Joe Biden. Perhatikan dengan rapi bagaimana Biden berkeras untuk terus jadi calon walau pun ada tentangan dari Parti Demokrat.
Joe Biden berkata I will win – I am not going anywhere – saya akan menang – saya tidak akan pergi ke mana-mana.
Tup tup apabila projek bunuh Trump gagal Biden tarik diri. Ada rampasan kuasa di belakang tabir Parti Demokrat. Jika Biden lawan Trump, kepastian ialah Trump akan menang.
Biden adalah contoh terbaik boneka yang mengikut kata daulah terpendam. Boneka yang tak banyak kerenah. Walau pun nyanyuk media arus perdana AS dan para aparacik di Rumah Putih tiada berkata apa-apa tentang Biden yang kurang sihat.
Joe Biden akan mengajukan dasar – Perang Berterusan - Perang Ukraine dan Perang Gaza.
Donald Trump enggan jadi boneka dan payah untuk dikawal.
Trump satu-satunya Presiden AS yang berani berkata CNN adalah penipu.
Paling menakutkan daulah terpendam ialah dasar Trump terhadap Perang Ukraine. Jika Trump jadi presiden sekali lagi Perang Ukraine akan ditamatkan.
Trump mempersoalkan duit dan senjata yang diberi pada Ukraine dan Israel.
Paling menakutkan daulah terpendam ialah dasar Trump terhadap NATO. Ketika jadi Presiden Trump mahu NATO membayar perbelanjaan balatentera AS di Eropah.
Baru-baru ini Trump berkata: Perbelanjaan untuk keselamatan Taiwan wajib dibayar oleh Taiwan.
Semua dasar dan kata-kata Trump ini bercanggah dan berlawanan dengan kepentingan kompleks industri senjata – military industrial complex.
|