CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amandaatika

Lara Rindu (SE pg 9-pengubat RINDU yg LARA)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 31-8-2010 09:21 AM | Show all posts
Pusing kiri, nampak sofa yang berwarna coklat, sama warna dengan lantai dan dinding rumah. Kalau ada Aida, mesti dia akan panggil rumahku ini rumah koko. Semua berwarna koko. Orang dari sebelah timur akan menyebut warna coklat sebagai warna koko.
Di suatu sudut pula terletak elok mesin jahit emak. Memang dikhususkan di sudut tepi. Bukannya besar pun ruang tamu rumah aku ni. Hanya dihiasi dua buah almari hiasa dan beberapa kabinet rendah. Di sebelah sofa pula terdapat meja kecil yang menempatkan telefon.

Inilah kerja aku untuk beberapa hari. Menghafal kedudukan rumah setelah khatam aku hafal rancangan tv.
Sekarang ni aku tengah pening. Kepala dah serabut. Minggu depan, Chinta nak kahwin. Cepat saja dia ni nak berumahrangga. Tak sabar langsung. Katanya, dia nak lumba dengan Kas, siapa dulu yang akan dapat anak. Tak senonoh langsung. Ingat nak dapat anak tu macam beli ikan di pasarkah?. Cakap pula depan aku, saja nak bagi suhu aku naik sikit.

Boleh pula mereka nak suruh aku yang jadi baby sitter kalau mereka dah ada anak. Semua ini disebabkan anggur yang kutanam-tanam tak tumbuh sebab di tanam di tanah tandus.

Resume atau sebarang kelulusan tak diperlukan untuk jadi baby sitter mereka. Siap bagi gaji lumayan lagi. Kalau jaga untuk sejam dua, boleh juga, tapi kalau untuk dua puluh empat jam, aku tak sanggup.

Awal-awal lagi aku tolak lamaran kerja mereka. Sia-sialah aku sekolah dari darjah satu sampai keluar universiti kalau semata-mata nak jadi tukang jaga budak!

Nak bagi hadiah apalah dekat cik seorang ni. Dahlah aku tak kerja. Pernahlah dulu dia cakap kalau dia kahwin, dia cuma nak pakej bulan madu dari aku. Ingat benda tu boleh dapat dengan petik jari sajakah?

Susah-susah, aku buatkan saja pakej bulan madu di rumah aku ni. Kas pun dulu bulan madu di rumah ni juga.

Emak pula suruh rakam semua cerita yang ada di saluran Astro Ceria. Aku tanya untuk apa? Dia kata simpan dalam CD, bagi hadiah pada Chinta. Adakah patut?
Emak ingat Chinta layan dengan benda-benda ni. Kalau bagi pada anak dia yang seorang ni, logiklah. Kata abah, sebenarnya emak sindir aku. Apa tidaknya, sepanjang aku berada di rumah, selain berulang-alik ke rumah Kas, tempat utama aku landing adalah depan tv.
Aku yang menguasai tv. Kalau abah atau emak nak tengok tv, selalunya mereka mengalah dan join sama aku tengok Astro Ceria, termasuk Tom-Tom Bak, Untuk Kita Aje. Kalau mereka nak tengok tv pilihan sendiri, kena tunggu sampai aku merantau ke rumah kakak aku, tapi biasanya sekejap saja atau semasa mataku dah tak boleh nak buka. Asyik nak tidur sahaja. Masa tu barulah emak dan ayah berpeluang untuk pegang remote control.

Emak selalu cadangkan agar aku tidur di rumah Kas. Tapi biasanya aku tak tidur di sana. Sekadar melakukan lawatan sosial. Tak naklah aku mengganggu saat berdua mereka. Selalunya lepak di rumah Kas sekejap. Sejam dua saja. Itu pun aku pecutkan motor abah ke sana.

Merekakan masih pengantin baru, need more time. Macam orang dah ada pengalaman pula aku ni. Inilah yang selalu aku dengar dari orang, kalau orang baru kahwin sentiasa nak bersama macam dah tak cukup hari. Aku pun tak tahu, nanti aku dah kahwin, barulah aku tahu sendiri.

Aku cuma menjenguk rumah mereka sekali-sekala. Itupun kala bosan dah tahap Fidodido ataupun meletus perang dingin antara aku dengan emak sebab emak tak nak buatkan aku puding coklat kegemaranku. Aku lepak rumah mereka pun bosan juga. Tak buat apa-apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2010 09:22 AM | Show all posts
“Huuh...” Tidak sedar keluhan dari bibirku begitu kuat, membuatkan emak menoleh memandangku.

“Kenapa mengeluh macam kuda ni. Tak baguslah anak dara buat macam tu,” emak menggeleng.

“Penatlah mak,” aku memusing-musingkan badan.

Kononnya penat macam dah buat larian seratus meter, walhal duduk melangut depan tv sahaja sehari semalam. Jadual harian yang tiada perubahan.

“Kalau penat pun janganlah mendengus macam tu. Malu dengan orang. Nanti kalau ada laki ni, mesti lari menjauh,” aku mencebik mendengar celoteh emak.

Kuih kacang atau kuih kasturi yang ada di atas meja aku makan. Aku selalu suruh mak buat kuih ni sebab aku suka, lagi satu aku akan cakap pada Kas aku makan dia sebab nama mereka sama. Entah kenapalah emak pilih nama Kasturi ni. Tak seronok langsung, nama kuih pun ada, nama limau pun ada. Berkongsi nama dengan benda-benda sekeliling. Tak ada kelas langsung. Aku mencebik dalam hati. Padahal nama aku sendiri pun aku tak tahu apa maksudnya.

Aku sampai hafal macam mana nak buat kuih kasturi ni sebab aku suka nak kenakan Kasturi. Mudah saja untuk membuat kuih ini, hanya perlukan kacang hijau dan tepung. Kacang hijau direbuskan sehingga pecah, lembut dan kering airnya. Kalau nak sedap, masukkan kelapa. Selepas itu, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bebola. Leperkan. Masukkan kacang ke dalam bancuhan tepung kemudian goreng. Senang dan sedap.

“Makan saja yang kamu ingat. Tak bosankah?” soalan yang paling susah dikeluarkan emak. Sampai aku tergaru-garu kepala untuk memberi jawapan yang baik pada soalan tersebut.

“Makan pun boleh bosankah?” akhirnya pertanyaan juga kulontarkan balik setelah tidak menemui jawapan yang bersesuaian.

“Itulah emak nak tanya kamu. Lagipun kamu tak perasankah badan kamu dah jadi macam tong beras?” tak beriak ayat itu terlontar dari bibir emak.

“Emak...” laju teriakanaku memecah rumah bila emak sudah berkata begitu.

“Mak, betulkah Tia dah gemuk?” risau juga dengan fakta baru yang kudengar. Kalau aku, memang tak akan perasan perubahan pada tubuhku. Gemuk atau kurus, bagiku tiada perubahan langsung.

“Gaya macam orang nak obesiti nak tanya lagikah?” betul-betul kenyataan yang membuat seluruh urat sarafku bergetar hebat. Terkejut.

“Mak biar betul,” nada risau yang mencengkam sanubari sudah tidak terbendung. Terluah tanpa ada sekatan.

“Betullah,” ujaran emak membuat aku terkelu. Betulkah?

“Mak memang sengajakan. Nak suruh Tia berhenti makan supaya makanan di rumah tak kurang. Yalah. Tia sedar, Tia langsung tak bagi apa-apa belanja selama duduk dalam rumah ni. Goyang kaki depan tv saja,” nada berkeci hati sudah terluah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 09:23 AM | Show all posts
Emak tergelak kecil mendengar keluhanku. Dia datang menghampiriku. Duduk rapat di sisiku. Sebelum ini, dia duduk bertentangan dengan sofa yang sedang aku duduki.

“Ish.. ish, anak emak ni. Merajuk pula. Baru mak kata gemuk, kamu dah keluarkanlah fakta-fakta pelik. Kalau emak cakap benda lain, pasti kamu kata emak ni gila meroyan ya. Emak tak kisahlah, emak lagi suka kalau anak-anak emak tak sekat pemakanannya. Makan apa sahaja yang ada. Selagi ada rezeki di depan mata, kita patut hargai, syukuri nikmat yang ada. Jangan membazir,” panjang ceramah emak. Kepalaku diusap perlahan.

Aku acah saja tadi, nak bermanja dengan emak.
Aku tersengih. Ternyata taktikku menjadi.

“Lepas ini kita buat kuih lapis coklat pula ya,” aku meminta perlahan. Memegang tangan emak erat. Reaksi yang memang biasa kulakukan bila menginginkan sesuatu daripada seseorang.

Memang kuakui nafsu makan semenjak menjadi tukang jaga rumah ni sentiasa hendak makan. Makin berselera pula. Apalagi setiap keinginan yang kusuarakan kepada emak, pasti emak akan tunaikan. Sanggup tengah hari panas-panas pergi ambil daun pandan semata-mata nak buat cendol.

“Boleh saja. Asalkan kamu tak kisah kalau sofa ni patah sebab tak dapat nak tampung berat badan kamu,” selesai emak berbicara tanpa riak pada nadanya, dia bangun menjauh dariku.

“Emak...” sekali lagi teriakan bergema di rumah Pak Mud.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 09:25 AM | Show all posts
Ish, nyamuk ni. Betullah. Kacau daun. Aku sudah menggaru lenganku yang berbintat. Gigitan cinta yang ditinggalkan oleh nyamuk. Mengacau betul!

Aku tengah syok mengelamun ni. Masa ni jugalah nyamuk nak datang gigit aku. Aku memang pemurah, tapi bukan pemurah pada nyamuk. Tak sanggup aku nak derma darah pada nyamuk-nyamuk ni. Kalau ada peluang, pasti laju tanganku memukul nyamuk yang singgah ditubuhku. Biar mereka mati.

"Ini apa cerita pula, anak dara bangun awal, pengantin basi tak bangun lagi,” sapaan emak mengejutkan aku seketika.

Aku mengalihkan tubuh yang sedang santai di atas pangkin bawah pokok mangga. Memandang ibu yang tercinta. Rutin yang sudah lama aku tinggalkan. Berkampung di bawah pokok sambil melakar impian.

“Tengah cari ilham ni mak, nak susun jadual untuk hari ini. Pagi-pagi begini, ilham mudah datang,” balasku.

Emak hanya memandangku sekilas sambil masuk ke dalam rumah. Di tangannya terdapat beberapa batang serai yang baru diambil di sebelah rumah.

Hujung minggu begini, anak menantu emak datang ke rumah, mesti nak makan istimewa sikit. Aku juga yang untung, dapat tumpang sekali makan sedap. Dulu, kalau aku cuti semester, baru emak masak yang sedap-sedap. Kini disebabkan aku tercongok hari-hari depan emak, jarang dah merasa makanan yang istimewa kalau tak diminta, atau kena tunggu orang datang ke rumah barulah dapat makanan istimewa sikit.

“Biarlah mak. Dah lama tak derma darah,” aku tersengih memandang emak.

“Kamu ni, ada saja jawapannya. Dah, mari masuk tolong emak masak nasi lemak kukus,” pelawa emak.

Sedapnya nasi lemak kukus. Pagi-pagi dah kecur air liur dengar menu sarapan yang hendak disediakan emak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 09:26 AM | Show all posts
Entah kenapa, selepas subuh tadi aku sudah tidak mengantuk untuk menyambung lena semula. Terus mengambil selipar Jepun dan mengheret kaki ke luar rumah. Melepaskan ayam-ayam di reban sambil memberi makan dengan lebihan nasi semalam. Kemudian aku sambung angan-angan di atas pangkin sambil melihat saujana kehijauan di desaku yang tercinta. Mata pula terpana memandang ke atas sebuah sarang burung murai yang ada di atas pokok. Langsung tak menghiraukan kehidupan lain yang ada di sekeliling mereka. Hanya dunia mereka sendiri. Tidak pula burung-burung ini mencari tempat lain walaupun ada kehidupan manusia di samping mereka. Tidak takut untuk diceroboh.

Kasturi dan Abang Leman datang semalam. Sekarang terasa janggal sedikit sebab ada lelaki lain dalam rumah ini. Orang yang bukan muhrimku. Memakai pakaian yang menutup aurat untuk setiap pergerakannku dalam rumah kecuali dalam bilik. Keadaan ini sedikit sebanyak mengubah penampilanku untuk sentiasa mengenakan tudung keluar sahaja dari bilik. Sebelum ini, aku begitu bebas bergerak untuk ke segenap ruang dalam rumah tanpa mengenakan tudung. Kini aku sedar, Abang Leman adalah abang iparku. Tidak boleh untukku mendedahkan aurat kepadanya.

Kakiku begitu lurus mengikuti langkah emak ke dapur. Emak sedang menggoreng sambal tumis di kuali. Bahan-bahan lain untuk memasak nasi lemak kukus nampaknya sudah tersedia.

“Tia nak tolong apa ni? Semua dah siap. Tolong makan sajalah,” ujarku sambil menarik kerusi yang ada di dapur.

“Dari tadi emak ajak tolong, kamu duduk juga di luar tu lama-lama. Sampai semua dah siap baru kamu nak masuk,” emak memandang aku sekilas sebelum mengacau sambal di atas kuali.

“Tia memang sengaja,” aku tersengih. Adalah dalam setengah jam aku lepak di atas pangkin sebelum masuk ke dalam rumah.

“Pagi,” suara serak Kas menyapa telinga kami. Aku nampak dia sudah menuju ke bilik mandi dengan tuala tersandang di bahu.

“Kamu ni, tak berubah langsung. Sudah kahwin tu patutnya bangunlah pagi-pagi. Siapkan sarapan pagi untuk laki kamu. Ini, suami dulu yang bangun baru kamu. Entah bangun subuh atau tidak,” terkena das tembakan Kasturi pagi-pagi. Ceramah merangkap sarapan pagi yang mengenyangkan.

“Bangunlah. Tadi sama-sama bangun dengan abang,” terhenti sebentar langkahnya yang baru hendak masuk ke bilik mandi. Dia menoleh sekejap ke arah emak sebelum masuk ke dalam bilik air.

Aku hanya senyap. Subuh tadi ayah dan Abang Leman pergi jemaah di masjid. Entah bila mereka nak balik. Pasti singgah di mana-mana tempat sebelum balik ke rumah. Aku juga sedar Kasturi ada bangun subuh tadi. Kalau dia bangun memang kecoh sikit rumah ini. Emak saja menyakat anaknya pagi-pagi begini. Emak sendiri yang mengejutkan pasangan itu untuk bangun solat.

“Entah macam manalah Kasturi ni nak berubah. Tak pernahnya nak bangun awal-awal pagi. Dah jadi isteri orang pun, tabiat masih macam tu. Ada anak nanti, harap-haraplah ada perubahan,” keluhan emak membuat aku kembali ke alam nyata. Berpaling mamandang wajah tua itu.

Aku hanya memandang emak menyambung kerjanya. Selepas beberapa minit, sambal itu dialihkan dari kuali. Sudah sedia untuk dimakan. Aku bangun menuju ke kabinet. Jag air aku ambil dan bersedia untuk membancuh air. Pagi-pagi macam ni memang sedap pekena teh tarik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 09:26 AM | Show all posts
enjoy reading
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-8-2010 09:27 AM | Show all posts
sory smua...
lma x jenguk sni..
busy sikit..almaklum nk cuti raya
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 09:31 AM | Show all posts
tanda ......baca sampai sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2010 09:34 AM | Show all posts
Reply 108# suyfea


baru nmpak nama suyfea...
slamat mbaca
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 09:39 AM | Show all posts
Reply 109# amandaatika

baru nak cuba baca novel lara rindu ....novel2 lain kena rempit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 09:44 AM | Show all posts
Reply 110# suyfea


slamat merempit
mmg bnyak tu kena rempit.
novel amanda ada 2 yg da tamat
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 02:11 PM | Show all posts
alahai tia..tia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:42 AM | Show all posts
nak tau kisah tia, jemputlah p blog amanda(wwwamandaatika.blogspot.com)
cam malas plak nak main paste2
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 08:23 PM | Show all posts
cari lara rindu kt mph td...
tak jumpa...belum masuk mph lagi kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:57 PM | Show all posts
cari lara rindu kt mph td...
tak jumpa...belum masuk mph lagi kot
mijot Post at 1-9-2010 20:23



  itu la saya pun cari semalam...xjumpa lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2010 05:33 PM | Show all posts
Reply 114# mijot


memang pn lum masuk lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2010 05:34 PM | Show all posts
Reply 115# asnita


x di pasaran lagi buku ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2010 05:36 PM | Show all posts
salam
sory fren. aku buka laman web buku prima tadi, dorang da tukar tarikh terbit LR ni, tanggal 15.09 pla(bole pla:@)
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 05:36 PM | Show all posts
bila tarikhnya keluar
(macam tengok anak bulan pula)
nak buat stok raya ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2010 05:40 PM | Show all posts
Reply 119# cmf_azure

sedih pla aku coz LR kluar pas raya...
ingatkn dapat duit rayalah(nmpaknya kna tggu duit raya dari azure la)
penat lah dok tggu, rupanya x lahir lagi...
kalo ank bulan leh lagi d tggu tggal 8 ni...
LR kena tggu 15.09 pla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.172070 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list