CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

[Copy link]
Post time 18-5-2010 04:05 PM | Show all posts
TT mmg penuh dgn cerita misteri... Semua cerita best. Tapi ada dua soalan, since tt asal dari pontian:

1) Betul ke nama pontian itu sendiri diambil sempena banyaknya pontianak di sana?
2) Ada satu tempat di Pontian, Seri Bunian yg sememangnya terdapat penempatan bunia di sana.

Contoh diberi oleh mak sedara wife aku, terdapat kes2 kehilangan barang di rumah. Tetapi selang beberapa hari akan dijumpai semual di tempat mana ianya hilang. Seolah2 dipinjamkan, tak kira masih elok atau sudah rosak. Any comment?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2010 06:34 PM | Show all posts
TT mmg penuh dgn cerita misteri... Semua cerita best. Tapi ada dua soalan, since tt asal dari pontia ...
zull4rs Post at 18-5-2010 16:05



    1-Tidak. Pontian berasal daripada perkataan 'Perhentian'. Menjadi persinggahan para nelayan dan lanun tak silap saya. Datang la melawat Pontian. Lanun semua dah join tabligh.

    2-Tentang Seri Bunian pula. mengikut pemahaman saya berasal daripada 'bunyian'. Mengenai orang bunian, saya tidak pula mengetahui secara spesifik perihal mereka di Seri Bunian. Tapi kalau-kalau hantu/jin lain memang saya ada terdengar terjadi di Seri Bunian.

Kedua-dua ini boleh dipertikaikan lagi bergantung pada maklumat yang diterima individu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 06:36 PM | Show all posts
perghh..abih gak aku bace..kat seminggu bace x khatam2..hahahhaa
anyway..nice posting beb...keep it ...
afira Post at 17-5-2010 13:25



    Terima kasih. Jangan lupa melawat link http://www.aimanku.com/ceritahantu/      Disana ada banyak lagi cerita yang ditulis bersama penulis lain.

p/s-bukan spam, tapi perkongsian minat cerita-cerita seram. Dan saya tidak mempunyai kepentingan dalam web aimanku tersebut.Sekadar mengesyorkan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 09:08 AM | Show all posts
Reply 102# gitarmahogani
thanks for the info.. tambah la lg citer anda...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 03:37 PM | Show all posts
Aku dh jumpa cerita pasal Kampung Seri Bunian di sini: http://mforum6.cari.com.my/viewt ... p;extra=&page=5
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:06 PM | Show all posts
akhirnya habeh jgk baca benang neh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2010 11:19 PM | Show all posts
Sekadar berkongsi
May 25th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 4

‘Mana nak cari rokok ni Mok? Takkan nak mintak kat monyet belakang asrama ni?’ Tanya Maek pada rakannya Tumok. Penulis hanya mendengar saja perbualan mereka berdua. Kami ditempatkan di asrama aka rumah tetamu. Dah tahu nak pergi tempat jin bertendang, kenapa tak bawak stok bekal? Penulis malas melayan kerana kepenatan setelah siang tadi meredah denai.

Kami iaitu 37 orang pelajar dan 10 pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Projek Terbaik Perumahan Bangunan dan Perancangan, Universiti Super Malaysia sekarang berada di ‘Mukahead’ untuk program motivasi.Ia satu tempat khas untuk penyelidikan akuatik, pantai dan laut Universiti Super Malaysia. Secara harfiahnya di Taman Negara Pulau Pinang. Mukahead dijaga beberapa kakitangan Universiti Super Malaysia.

Kami akan berada 2 hari 1 malam di sana.

Untuk sampai kesini, cuma ada 2 jalan iaitu laut dan darat. Sebelum memulakan perjalanan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sepanjang perjalanan ada beberapa aktiviti dijalankan, tiada yang menarik sangat untuk diceritakan disini berkenaan aktiviti yang berkonsepkan siapa cepat mereka menang.

Yang buat penulis seronok ialah kerana ada 2 gadis gebu dalam kumpulan penulis, tapi ini cerita seram bukan cerita romance.

Perjalanan meredah denai dalam setengah jam saja sebenarnya, dan kerana penulis telah dilantik secara paksa menjadi ketua kumpulan, maka penulis kadang-kadang sengaja curi-curi berehat dibelakang dan meminta pembantu mengemudi jalan didepan. Yang penting sampai ke setiap ‘point’ ditetapkan. Kumpulan kami bagaimanapun bertuah kerana sesampai saja di kawasan Mukahead, makan tengahari telah siap dihidangkan. Seronok sungguh.

Petangnya aktiviti bebas. Penulis menyertai sukaneka dan kumpulan kami nyaris memenangi semua game. Kemudian terjun laut berenang sampai matahari hampir tenggelam. Penulis kemudian mencari tandas dan mandi sebelum bersiap untuk maghrib.

Selepas aktiviti terakhir pada malam tersebut, kami menikmati supper dan kemudian balik ke asrama. Penulis di dorm sebelah, dan beberapa orang lagi di dorm lain berkongsi dengan pensyarah. Maka suasana dorm penulis lebih meriah dan gila-gila. Penulis masih ingat antara rakan satu dorm dengan penulis ialah-2 pelajar Indonesia, seorang Sabahan,3 Kelantanese, dan beberapa lagi orang Semenanjung.

Program ini dikhaskan untuk kami kerana kecemerlangan kami dalam peperiksaan semester lepas dan kami diarahkan untuk tidak menghebahkan program ini secara meluas.

Malam tersebut berlalu dengan tenang.

‘Ouk, Ouk’ gegar satu suara pada penulis.

‘Mu nak gapo?Sarapan siap dah ko?’ balas penulis terpisat-pisat.

‘Mu make sokmo, Subuh, Subuh. Solat. Surau. Maghi’ balas suara tersebut. Rupa-rupanya kawan penulis.

.....................................................................

Paginya waktu sarapan, kami bergerak ke dewan makan. Pelajar perempuan kelihatan mengelilingi sebuah meja bulat. Agak kecoh suasananya.Entah apa yang dicakapkan. Pelajar lelaki cuma tertarik pada sandwich dan nasi lemak yang dihidangkan,kemudian ada masa lagi untuk sambung tidur, aktiviti bermula jam 10 pagi nanti.

Usai solat Zuhur pada tengaharinya, penulis turun kebawah surau. Seorang kawan penulis dilihat berbual dengan seorang pelajar wanita. Penulis sekadar menegur dan kemudian pulang ke asrama. Kawan tersebut kemudian mendekati penulis didalam dorm.

‘Oud, ang tau ka dak?’ Tanya kawan tersebut.

‘Tau pa dia?ang ni aku nak tidoq sat la.’ Balas penulis.

‘Malam tadi kat dorm pempuan, depa kena kacau’ jawab kawan tersebut.

‘Depa kata lepas katup( tutup) lampu, entah camna dengar tengah malam semalam di tengah-tengah dorm bunyi orang berjalan. Depa dengar jelas. Lantai kayu kan, sama la macam dorm sini.Dukk,dukk dukk gitu.’ terang kawan tersebut lagi.

‘Oooo’ balas penulis dan terus tertidur.

.....................................................................

Sebenarnya pada maghrib semalamnya, penulis ke tandas disebelah asrama kami. Tandas tersebut masih elok berfungsi, cuma kelihatan tidak diselenggarakan dengan kemas. Sawang-sawang penuh disudut dinding.

Waktu duduk termenung di tandas paling hujung, penulis terdenganr flush dibilik air sebelah ditarik. Tidak kedengaran tanda-tanda jika ada orang lain masuk ke tandas tersebut sebelum dan selepas penulis, kerana penulis sendiri yang menghidupkan suis lampu tandas sebelum masuk.

Penulis bagaimanapun mujurlah tidak panik.

Esoknya waktu tengahari, waktu kami telah berkemas dan berkumpul untuk bertolak balik, seorang kakitangan/penjaga di Mukahead ditegur oleh seorang kawan penulis, terkeluarlah pelbagai cerita seram yang sebenarnya tidak dibenarkan sangat untuk dihebahkan pada pengunjung.

Contohnya jika berjalan seorang diri waktu malam di kawasan tersebut, andai ada bunyi memanggil dibelakang, jangan cuba disahut dan menoleh. Syaitan yang memanggil.

Perjalanan pulang kami bagaimanapun selamat sampai.

Alhamdullillah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 02:28 PM | Show all posts
Menarik cite TT. Terutama yang cik ponti dalam tandas tu..
Saya pun penah alami kejadian serupa. Cuma tak dgr bunyi menggilai je. Tmpt kejadian di R&R Ulu Bernam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2010 04:31 PM | Show all posts
3.Penulis pernah satu malam dalam keadaan separuh sedar mengalami kejadian pelik.Waktu itu penulis sedang berbaring dalam bilik yang gelap,kemudian tiba-tiba kedua-dua tangan penulis bergerak secara spontan menangkap 'tangan' sesuatu.Yang berupa asap berbentuk manusia cuma sekadar sampai ke pinggang saja,bahagian bawah seperti ekor asap.Penulis bergelut dengan 'benda' tersebut dalam 2 minit.Benda tersebut bergerak-gerak keras untuk melepaskan diri.

Letih rasanya,penulis kemudian terlepas genggaman,dan 'benda' itu menyusup laju menembusi muka penulis.Terasa darah penuh naik ke kepala.Hampir 5 minit keadaan begitu,baru penulis keluar dari bilik.Sambung tidur diruang tamu.

4.Ibu saudara penulis pada suatu malam terjaga tiba-tiba.Dilihatnya sesuatu yang berupa asap bergerak-gerak diatas nya.Membentuk makhluk-makhluk pelik.Ada kala berupa tengkorak berkepak,adakala berbentuk rangka cicak,adakala muka orang tersenyum bertukar menjadi rangka manusia.Dibacakan ayat Qursi baru hilang.Apa itu sebenarnya?
Pelik-pelik terjadi
gitarmahogani Post at 15-5-2010 00:32


Saya pun pernah mengalaminya dalam keadaan separuh sedar jugak.

Katil saya rapat ke tingkap dan kebetulan malam tu saya tidur tak tutup tingkap. Dalam keadaan di bawah sedar tiba-tiba saya nampak satu gumpalan asap membentuk sebelah tangan dihulur dari luar tingkap. Tangan tu mengusap-usap jari saya. Saya perhatikan tangan tu dan jenguk keluar tingkap mencari kalau2 lembaga diluar yang hulur tangannya tapi yang anehnya tiada apa2kat luar sana. Hanya tangan sehingga paras bahu saja anggota badan lain takde. Ia adalah gumpalan asap berbentuk tangan sebelah. Saya boleh rasa tangan tu mengusap jari saya. Saya perhatikan tangan lepas tu saya cuba tangkap tangan tu tapi tak boleh ibarat kita cuba pegang asap begitulah rasanya.

Kemudian tangan tu mengusap2 rambut saya. Anehnya masa saya tak takut sikitpun dan saya halau tangan tu. Saya cakap: "Pergilah! jangan ganggu aku. Aku nak tidur!". Lepas tu tangan tu pun pergi dan saya pun tersedar. Lepas tu cepat2 saya tutup tingkap dan sambung tidur.

TT tahu tak ini hantu jenis apa pulak ye??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2010 01:02 AM | Show all posts
[quote]Saya pun pernah mengalaminya dalam keadaan separuh sedar jugak.

Katil saya rapat ke tingkap d ...
Fieza-mira Post at 4-6-2010 16:31 [/quote

Maaf, saya tak tahu. Cuma waktu itu saya terasa tangan tergerak sendiri menangkap tangan lembaga asap tersebut. Munculnya tiba-tiba didepan mata. Selalu juga dulu bila waktu maghrib dan malam, terasa diluar tingkap, ada lintasan laju melintas. Tak tahulah jika makhluk tersebut kadang-kadang menerobos masuk ke dalam bilik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 01:31 AM | Show all posts
Di sudut atas alang rumah

Suatu malam pada tahun 1984.

Ibu sedang dalam proses melahirkan anak. Berada dikampung. Waktu zaman tersebut cuma bertemankan pelita minyak tanah dan air perigi atau sungai. Dengan menggunakan khidmat bidan kerajaan, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat dilahirkan. Alhamdullillah, bayi tersebut sempurna sifatnya. Seorang lelaki. Setelah diazan dan di qamat kan dan dipotong tali pusat serta dimandikan, bayi tersebut diserahkan pada seorang  saudara sulung Ibu. Dibalut dengan kain pelekat agar tidak kesejukan. Seisi rumah bergembira meraikan kehadiran ahli terbaru.

Malam keesokkan dan seterusnya.

Bayi tersebut menangis-nangis dengan teruk sekali. Seperti di agah sesuatu yang tidak kelihatan. Seisi rumah kepelikan. Datuk cuba berikhtiar. Ibu dan Ayah kebingungan. Saudara mara yang lain berjaga-jaga disebalik kegembiraan menerima ahli muda keluarga, mungkin ada makhluk lain bergembira sama.

Bayi kemudian dipindahkan tempat tidurnya diruang luar selain bilik asal. Namun masih kuat menangis-nangis tidak putus-putus.

Akhirnya.

Datuk menerima alamat. Cucu nya diganggu syaitan. Dengan kuasa Allah dapat dilihat, di sudut tepi atas alang rumah- suatu makhluk hodoh berwarna merah, berkaki tangan 8 seperti lelabah mengacah-ngacah cucunya.  Cuba menyentuh-nyentuh bayi tersebut dengan tangan menjalar panjang.

Kadang-kadang dijilat-jilat muka anak kecil tersebut. Waktu-waktu lain menjerit-jerit pada bayi tersebut sambil menunjukkan taring, pastilah manusia biasa tidak senang-senang dapat melihat makhluk alam lain itu. Mata bayi tersebut asyik terpaku pada sudut alang tersebut. Membulat besar matanya. Melihat aksi syaitan menyakat.

Menangis lah budak tersebut.

Setelah diselidik mendalam, punca gangguan ialah kerana saudara sulung Ibu menidurkan bayi yang baru lahir dengan segar darah bersalin di bilik tidur Datuk, yang diketahui seisi rumah sebagai bilik paling keras dalam rumah tersebut. Datuk kemudian memagar seisi rumah dengan amalannya. Barulah terhenti gangguan.

Takdir Allah, dalam usia baru beberapa hari bayi tersebut diserang sawan dan demam kuning pula. Mujurlah sembuh kemudiannya. Bagaimanapun bayi tersebut membesar dengan keadaan yang tidak berapa memuaskan.  Tidaklah diketahui jika punca semua ini adalah bermula dari gangguan syaitan merah tersebut.

Setelah membesar, badannya terlalu kurus dan kecil berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Segala puji bagi Allah yang Maha mengetahu segala sesuatu. Wallahualam.

p/s- cerita diatas benar terjadi pada keluarga penulis. Pada abang sulung penulis.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 03:10 PM | Show all posts
Sekadar berkongsi
May 25th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 4

‘Mana nak cari rokok ni Mok? Takkan ...
gitarmahogani Post at 26-5-2010 23:19



    TT pun penah pegi Stesen Penyelidikan Muka Head ek?hehe, ingatkan kami yg student2 Bio je blh pegi sana....so far pegi sana xde la apa2, maybe budak2 bio dia x kacau kot..huhu..

Tapi mmg pernah dengar jugak pasal gangguan kat sana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2010 12:39 AM | Show all posts
TT pun penah pegi Stesen Penyelidikan Muka Head ek?hehe, ingatkan kami yg student2 Bio je  ...
al-tapahi87 Post at 6-6-2010 15:10



1-Ha la. Chek penah pi sana tahun 2007 dulu.
2-Ada dengar cerita pasai pa?Mai la kongsi sama
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 07:59 AM | Show all posts
Salam, saya pun nak tumpang sekaki. Kisah ini berlaku ketika kami membuat latihan kem tahunan askar wataniah di sebuah kem. Kem ini agak lama dan menyimpan banyak sejarah sejak dari zaman british. Oleh kerana besoknya kami perlu mengikuti latihan medan, maka malam tersebut kami tak la dapat tidur. Ketika jam 0100, kami ternampakla seorang anggota dalam gelap, memakai baju loreng. Maka dengan penuh yakinnya, ic kami, memberi salam, "Selamat pagi staff, kebenaran jalankan tugas staff". Namun tak di jawab, kelihatan susuk tubuh tu menghilang dalam kegelapan. Kami pun menyambung kerja kami semula, tiba-tiba kami teringat, loreng yang dipakai itu adalah loreng patern tahun 70. Loreng lama yang telah dilucutkan dari tentera darat. Ketika itu masing-masing dah tergamam, takkanlah anggota tetap disitu nak buat lawak bodoh pakai loreng lama pagi-pagi buta. Apalagi, semua lari masuk dalam bilik. Tapi persoalannya, siapa anggota tersebut? Besoknya ketika kami bertanya tentang hal tersebut kepada duty bos kem tersebut, apa namanya, sarjan jamal. Dia hanya tersenyum, mengatakan, biasalah kem lama, ada cerita yang tak amsuk akal. Anggota yang duty malam dah biasa dengan keadaan pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 12:07 PM | Show all posts
best ar cite kt sini, aku yg penakut pon bleh brani baca sampai abis
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 06:53 PM | Show all posts
besnye kalo sume koleksi hantu nie bleh wat movie pendek.

bru bc 2 page...;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2010 07:40 PM | Show all posts
Hiii
Jun 17th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 40

‘Teh O panas satu Banggg’ laung Andak pada Mat ‘Tupperware’. Sambil-sambil membelek Kosmo sambil kedengaran suara pengunjung kedai berkaraoke. Lagu Kalau Dah Gila Judi oleh Datuk M.Daud Kilau. Adalah dalam 6 ke 7 pelanggan malam itu.

Jam menghampiri 12 tengah malam. Suasana sejuk ke sum sum tulang selepas teduh hujan. Kedai ini menyediakan set karaoke. Satu lagu 50 sen. CD cetak rompak. Lagu pelbagai.

‘Wehh, tukar orang lain pulak la nyanyi tu oi’ marah Pak Long. Lantas mikrofon diambil alih seorang gadis baru habis sekolah. Berkumandang pula lagu Secangkir Madu Merah.

‘Kau dari mana Andak oi?’ Tanya Mat tauke Kedai Singgah-singgah La pada Andak yang sibuk menonton TV hansetnya.

‘Dari Kota(Tinggi) Bang, ni kejap lagi nak pegi (Lok Heng) Timur kejap.’ balas Andak sebelum menghirup teh o nya.
Kedengaran pula Di Penjara Janji oleh Awie. Kedai ini terletak disimpang memasuki Gugusan Felda. Agak tersorok sedikit. Namun popular dikalangan penduduk untuk melepak malam-malam.

‘Wehh, nyanyi lagu-lagu 60 an pulak la’ marah lagi Pak Long. Kedengaran kemudian Di tepi Pantai versi Metal dinyanyikan. ‘Wehhh bukan jenis ni’ marah lagi lah Pak Long tu kemudian.

‘Laaa…biarlah bebudak tu nyanyi apa pun. Diorang bayar. Kamu tu asyik mengarah orang menyanyi aje. Hahh. Pegi la nyanyi sendiri’ marah Mat ‘Tupperware pada Pak Long.

Kemudian kedengaran pula lagu-lagu lain dinyanyikan. Pak Long senyap terus.

Hiiii Hiiii Hiiii. Mula kedengaran perlahan.

Andak menoleh keluar kedai. Melihat-lihat belukar berhampiran ladang sawit. Gelap. Mat ‘Tupperware’ perlahan-lahan mengacau air, memasang telinga. Suasana masih bising dengan lagu karaoke.

Hiii Hiii Hiiii. Kedengaran lagi.

Lagu Bunga-bunga Cinta oleh Misha Omar memenuhi ruang kedai. Pak Long berganjak sedikit kedalam kedai. Andak menggulung Kosmo dalam tangan.

Hiii Hiii Hiii.

Mat ‘Tupperware’ berlari merampas mikrofon. Di tutupnya TV dan set karaoke.

Hiiii Hiiii Hiiii Hiiiii Hiiiii Hiiiiii. Semua orang terdengar. Bunyi kedengaran di dalam ladang sawit yang gelap. Hilaian Pontianak.

Malam itu kedai Singgah-singgah La ditutup awal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2010 10:59 AM | Show all posts
Cebisan imbasan kenangan supernatural
Jun 22nd 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 14

1-Seorang kawan penulis, kami panggil Balau pernah bercerita, saat kami semua berkumpul ditengah dorm selepas jam 12 malam berkongsi cerita-cerita hantu, di tempat tinggalnya di Kota Tinggi, tak silap penulis, di suatu sekolah.

Suatu malam, ada kelas tuisyen diadakan. Sedang asyik mengajar dan belajar lebih kurang setengah jam bermula, cikgu dan murid-murid melihat di koridor luar blok sebelah yang gelap-pocong.

2-Warden kesayangan penulis dan rakan-rakan Blok Berseri semasa di sekolah Teknik sesi 2002/2003-Cikgu Pi’e mengaku kalau-kalau cuti sekolah, dorm dibawah seliaan beliau (Blok Berseri) selalu riuh rendah. Bila dijengah sudah pasti tiada sesiapa.

3-Kucing kesayangan keluarga penulis hilang pada suatu masa. Berhari-hari tidak pulang. Kucing jantan baka kampung berwarna oren. Kucing kesayangan penulis juga.

Pernah suatu hari penulis lihat kucing tersebut bergaduh dengan kucing liar. Penulis capai kucing belaan kami dan sepak jauh-jauh kucing liar itu.

Suatu malam, penulis berada dalam keadaan separuh sedar selepas terjaga daripada tidur, dilihat sekilas bayang kucing tersebut berlari dan merengkok manja disebelah penulis. Dan menghilang.

Akhirnya kami sekeluarga faham sudah, kucing tersebut sudah pergi meninggalkan keluarga kami selama-lamanya. Insya Allah jika di syurga nanti kami nak bela lagi kucing tersebut.%
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2010 11:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 24-4-2012 01:19

Tahlil
Aug 1st 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 1

‘Balik rumah sekarang, cepat!! Atuk meninggal!!!’

Pernyataan kata diatas adalah antara pengalaman paling menakutkan sepanjang hidup aku. Kehilangan orang penting dan disayangi adalah sesuatu yang diharapkan tidak akan terjadi. Bagaimanapun takdir Allah Taala tetap berjalan mengikut ketetapan. Ibu berderai airmata sebaik menerima khabar dari Kota Tinggi, tempat Atuk dijaga oleh keluarga Mak Andak.

(Atuk mempunyai rumah di Pontian, namun semenjak uzur 6 bulan lepas, kami sekeluarga bersetuju untuk Mak Andak menjaga Atuk di Kota Tinggi, walau kami sedikit keberatan, namun untuk kebajikan dan keselesaan Atuk maka kami relakan. Setiap bulan keluarga penulis ke Kota Tinggi menjenguk Atuk. Sempat juga seminggu sebelum pemergian Atuk, kami menginap di chalet di Tanjung Balau. Atuk kelihatan seronok melihat anak cucu cicit berkumpul.)

Maka kami sekeluarga bertolak maghrib tersebut.30 Julai 2010. Bertolak ke rumah keluarga Mak Andak di Felda daerah Kota Tinggi.

Jenazah Atuk terbujur mengadap kiblat.Dilapisi beberapa helai kain. Ditempatkan di sudut rumah Mak Andak. Penulis seakan tak percaya orang yang paling di sayangi selepas Ibu dan Ayah, telah menjauh pergi. Tak akan kembali lagi. Tak akan lagi tersenyum hidup-hidup melihat keluarga kami.

Menurut Pak Andak yang menjaga Atuk, pemergian Atuk sangat mudah. Siang harinya masih boleh berjalan-jalan dalam rumah, makan, mandi dan pelbagai lagi. Petangnya Atuk yang bergolek-golek diatas katil memanggil Pak Andak dari dalam bilik. Minta diurut. Pak Andak meminta Atuk mengikat kain pelikatnya yang sedikit longgar sambil keluar mencari minyak urut.

Sebaik Pak Andak masuk sekali lagi kedalam bilik, dilihat Atuk menarik nafas panjang. Nazak. Perlahan-lahan kendur dan selepas itu……..Terlalu senang Atuk pergi. Atuk tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kecuali uzur orang tua. Jam 5 setengah petang Atuk meninggal.

Oleh kerana menunggu waris-waris terdekat pulang, jenazah Atuk terpaksa bermalaman semalam di rumah Mak Andak. Keluarga penulis sampai jam 9 malam dan menunggu semua waris kuat pulang. Ada yang dari Segamat, Batu Pahat(Senggarang), Pontian, Kuantan, Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan lain-lain. Itulah sebabnya jenazah terpaksa bermalam semalaman. Menunggu semua waris kuat pulang berkumpul. Ibu dan Mak Andak berpelukan hiba mengenangkan Atuk yang juga bapa mereka berdua dan 5 beradik lagi.

Yang menahan kami seluruh keluarga dan waris daripada terus bersedih ialah apabila mengenangkan semua hajat Atuk terpenuh disaat-saat akhir kehidupannya. Semua yang pantang dimakannya semasa di Pontian semua diberi. Peliknya Atuk tidak pula alah. Maka semakin banyaklah diberi pada Atuk untuk dimakan. Mungkin Allah memberi peluang terakhir Atuk bermanja dengan keluarga buat kali penghabisan. Kami redha. Atuk meninggal pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Alhamdullillah.Alhamdullillah. Alhamdullillah.


Esok pagi jam 8. Perkarangan rumah Mak Andak dan Pak Andak dipenuhi orang. Cuaca, Alhamdullillah, cukup cantik. Kami menguruskan jenazah dengan cermat. Sewaktu dimandikan jenazah Atuk mudah diuruskan. Tiada najis tatkala diurut perut. Bersih. Anak cucu dan menantu yang lelaki bergilir-gilir menyabun badan Atuk. Kami semua menyayangi Atuk. Itu saja yang mampu kami lakukan untuk lelaki yang sangat berjasa ini selain mengirimkan doa. Kemudian jenazah Atuk dikapankan. Kami para waris mencium pipi dan dahi Atuk buat kali penghabisan. Jatuh air mata semua waris termasuk penulis juga. Biarlah.Demi Atuk yang disayangi.

Solat jenazah seterusnya didirikan. Rumah Mak Andak dan Pak Andak dipenuhi ramai orang, saf solat jenazah yang biasanya tak sampai 3 saf kalau-kalau berlaku kematian di Felda tersebut kebiasaannya, entah telah bertambah beberapa lagi saf kebelakang. Rezeki Atuk. Alhamdullillah.Alhamdullillah. Alhamdullillah. Pak Andak melahirkan ketakjuban kerana sepanjang hampir 30 tahun di Felda tersebut, inilah kali pertama kematian seseorang dipenuhi jiran-jiran dan juga entah sesiapa lagi untuk disembahyangkan. Syukurlah.

Hampir jam 11 setengah pagi jenazah Atuk selamat dikebumikan.Sewaktu Imam membaca talkin cuaca menjadi redup dan cerah sekejap-sekejap. Sebaik Imam menutup kitab talkin, cuaca terus menjadi panas. Angin bertiup sepoi-sepoi. Cuaca yang tenang dan cantik. Sedang waktu itu seluruh Johor bermusim hujan.

Kami mengiringi pemergian Atuk dengan sebanyak-banyak doa yang kami mampu.

Bersemadilah sudah Atuk di Kota Tinggi sedang sepanjang hidupnya lebih 90 tahun bekerja dan berkeluarga di Pontian. Takdir Allah kita tak akan pernah tahu. Kami juga tak mahu menyakitkan jenazahnya dengan perjalanan Kota Tinggi-Pontian yang memakan masa 2 jam melalui jalan Mersing-Kulai- Pontian.

Misterinya bermula…

Tahlil akan diadakan selepas Isyak. Penulis adik beradik dan sepupu-sepupu lelaki bersiap sedia menunggu jemaah datang sebelum maghrib lagi. Rumah Mak Andak terbahagi 3, ruang depan(35 ft x30ft), ruang tengah (35ftx35 ft) dan ruang dapur 35ftx10ft). Kami menunggu diruang depan.

Ibu penulis sedang berehat-rehat diruang tengah ditepi pintu setelah membantu menyiapkan hidangan untuk jemaah. Seorang Kakak saudara anak Mak Andak keluar sebentar menjemur kain ditepian sebelah ruang tengah. Ibu tiba-tiba mendengar suara orang perempuan separuh baya memberi salam diluar rumah.

Kakak saudara masuk kerumah seperti biasa, sedang kalau orang luar datang dan memberi salam sepatutnya orang diluar rumah yang akan nampak dan terdengar dulu, iya atau tidak? Namun hanya Ibu seorang saja yang mendengar. Bila dijengah tiada sesiapa. Ibu mendiamkan saja.

Tahlil kemudian tamat jam 10 malam.

Esoknya sedang sarapan, Pak Andak bercerita selesai tahlil semalamnya terdengar orang memberi salam, bila dijengah diluar tiada sesiapa. Rupanya bukan sekadar Pak Andak saja yang terdengar, ada lagi 2 atau 3 orang turut terdengar sama. Suara memberi salam tanpa kelihatan sesiapa . Maka Ibu teringat peristiwa semalam dan bercerita. Mengiyakan yang memang sah kejadian tersebut.

Kami semua terdiam mendengar cerita ini. Wallahualam. Apa yang pasti kami anggap kejadian misteri itu sebagai tanda kekuasaan Allah jua.



Al Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 12:05 AM | Show all posts
penah gi Mukahead masa kiteorg amik 1 paper ni dulu
ktorg kesana ikut jln darat
tido kat dorm kayu tu mmg menyeramkan
ala2 mcm kat summer camp gitu
sib baik tak ada apa2 berlaku
dah la kat belakang tu utan..
toilet & bilik air pun kat tepi utan
seram nak gi toilet mlm2
yg syoknya dekat dgn pantai
siap mancing lagi mlm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.431314 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list