Post Last Edit by alin33 at 3-2-2010 14:10
Pasangan pengantin bersama Izzat, anak sulung Zamarul bersama bekas isterinya.
Ditanya tentang penerimaan dua orang anaknya dengan bekas isteri, iaituIzzat, 10 dan Iqmal Haiqal, 7, tentang perkahwinan ini, kata Zamarul,mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Malah, akui pelakon itu, anaksulungnya, Izzat juga amat rapat dengan Diana.
"Izzat ni ibarat 'kawan baik' Diana. Memang dia sangat mahukan kamiberkahwin. Malah, dia asyik bertanya bila dia akan dapat adik baru,"katanya yang menambah, dia dan Diana memilih cara berbulan madu denganmengerjakan umrah tidak lama lagi.
"Selama lapan tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berattentang saya. Apa yang saya harapkan, semua yang diberikannya selamatempoh itu tidak akan berubah selepas ini," tutur Diana sambil mengukirsenyuman manis.
Mengulas tentang status ibu 'segera' yang dipegangnya kini, kataDiana, dia tidak kisah tentang hal itu apatah lagi hubungannya denganIzzat yang dipanggil 'Aboy' itu cukup rapat.
"Sejak tahun pertama saya mengenali Zamarul, dia sudah kenalkan sayadengan Aboy yang memang berada di bawah jagaan ibu Zamarul sendiri.Keluarga saya juga menyenangi Aboy kerana wajahnya yang ada irasanak-anak buah saya yang lain.
"Malah, kalau antara saya dan Zamarul ada tercetus pergaduhan,Aboylah yang akan cuba merapatkan kami semula dengan pelbagai cara,"kata Diana yang setakat ini belum pernah bertemu dengan anak keduaZamarul yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.
"Harap-harap saya akan dapat adik baru juga...kalau boleh, biarlahperempuan," kata Izzat yang merupakan pelajar tahun empat di SekolahKebangsaan Jalan Dua, Bandar Baru Bangi ini.
~~~~muka anak sulung dia ada x seiras ngan gmbr budak kt atas tu???
|