CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 27-10-2009 08:56 AM | Show all posts
ish! sian Alis satu2 masalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 09:04 AM | Show all posts
wah..., makin best nie.., tak sabar nak tau kisah seterusnya...
cepat2 la smbung...........
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:14 AM | Show all posts
wah..., makin best nie.., tak sabar nak tau kisah seterusnya...
cepat2 la smbung...........
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:14 AM | Show all posts
makin menyampah plak ngan si carol tue....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:15 AM | Show all posts
makin banyak pulak watak yang aku tak suka dalam neh....
carol tal setel lagik neh da timbul plak si mastura buat hal.....saba yolah alis...ko  memang insan terpilih....tuhan nak uji alis la tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:20 AM | Show all posts
Kesian Alis... sentiasa diuji dari remaja hingga dewasa... sabar jelah...
Aril pun satu tak berusaha nak cari Alis walau dah sampai Msia... cuba2 le jernihkan keadaan
takan nak berdendam dan sakit hati pada sesuatu yg belum pasti kebenarannya....
pastinya yg melonjak gembira si Carol kalau dia dgr Aril berusaha nak lupakan Alis terus dari memorinya....

Sedih bila Aril cakap Alis "budak kejam" yg menghuru-harakan hidup dia tu.....
sedih Alis kalau tau ...sedangkan Alis sentiasa merindui Aril.... Fizzi ko yg buat kami huru-hara ni bagi le chance
Alis jumpa Aril ... sekali je... dan berterus terang dgn Aril....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-10-2009 11:21 AM | Show all posts
Alisya terpinga-pinga merenung 3 lelaki di depannya. Rumah kawan ayah Anaz, Pak Shukor tidaklah jauh mana. Rumahnya Cuma sebelah masjid kampung itu. Pak Majid, Anaz, Pak Shukor duduk bersantai sambil minum kopi dan menikmati goreng pisang yang disediakan oleh isterinya.

        “Makan Alis..jangan tengok saja..” pelawa Pak Shukor. Alisya pandang Anaz, Anaz pandang Alisya, kemudian Alisya sengih.

        “Makanlah dulu..sambil2 makan ni, kita bercerita pasal masalah Alis tu..” bagai dapat meneka hati Alisya, Pak Shukor bersuara.

        “Ah…iya pak cik..” pisang goreng dicapai juga lalu disumbat ke dalam mulut. Sesekali, Alisya merenung sekitar kawasan rumah itu. Hatinya berdetik…takkan datang berbincang dengan bomoh, sekadar sembang2 depan rumah saja? Ini sudah pelik!!!Dalam bayangannya, asap kemenyan dan limau nipis wajib menjadi saksi perbincangan. Ini tidak…yang ada Cuma air kopi dan pisang goreng…

        “Siapa nama penuh kawan perempuan kamu tu?” soal Pak Shukor tiba2. Pak Majid dan Anaz memandang Alisya.

        “Mastura binti Abdul Malek,” balas Alisya.

        “Dia tinggal di Puchong ya?” soal Pak Shukor. Alisya terdiam. Macammana Pak Shukor boleh tahu?Alisya angguk perlahan2.

        “Kawan kamu tu dah lama merancang semua ni. Dia dah mula merancang bila dia nampak lelaki tu. Dia sebenarnya dah puja semangat lelaki tu. Jadi, lelaki tu, memang asyik nak bersama dengan kawan kamu tu,” ujar Pak Shukor lambat2. Pak Majid dan Anaz masing2 terus diam.

        “Habis tu, apa saya nak buat sekarang pak cik?” soal Alisya gelisah.

        “Tak apalah…ilmu yang dia kenakan pada lelaki tu boleh tahan jugak. Ini…ilmu dari Thailand ni. Tapi, insya_Allah, malam Jumaat nanti, Pak Cik cuba ubatkan lelaki ni..” kata Pak Shukor.

        Alisya terdiam sambil merenung Pak Shukor.

        “Saya tak perlu bawak orang sakit tu datang jumpa pak cik ke?” soal Alisya ragu2. Pak Shukor senyum.

        “Tak payahlah. Kalau kamu nak bawak dia ke sini, susah. Silap2, kamu yang dituduh bukan2 nanti. Pak cik akan cuba. Pak Cik rasa benda ni, boleh diubat melalui angin…”kata Pak Shukor. Alisya ternganga, sambil mengangguk.

        “Tapi, satu pak cik nak pesan…kawan kamu tu, sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak. Selepas pak cik ubatkan lelaki tu, pak cik nak kamu buat satu perkara ni…jangan tinggal…” kata Pak Shukor serius. Alisya ternganga.

        “Apa dia pak cik?” soal Alisya berdebar2.

        “Mulai hari Isnin, 3 pagi berturut2, selepas kamu sembahyang subuh, baca ayat Kursi 7 kali, hembus pada air zam-zam, kemudian kamu sapu kat muka dan minum sikit lepas tu. Itu akan jadi pendinding kamu nanti…” kata Pak Shukor.

        Alisya ternganga, sambil mengangguk. Kenapa pula dia perlu melakukan itu semua??Alisya gusar.

        “Kawan kamu tu akan sedar perlahan2 bila ilmu dia mula hilang. Jadi, dia akan cuba buat sesuatu pada kamu. Jadi, kamu kena ada pendinding. Yang penting, jangan lupa Allah. Itu saja pesan pak Cik..” kata Pak Shukor. Alisya ternganga. Lambat2, dia mengangguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 11:22 AM | Show all posts
“Akak takutla Anaz…” Alisya mula menggeletar. Itulah kali pertama dia berhadapan dengan perkara2 seumpama dengan itu. Sejak pulang dari rumah Pak Shukor ke chalet, Alisya gementar bukan kepalang.

        “Akak..kita berada dipihak yang betul.Insya-Allah…Tuhan akan tolong kita kak..Akak jangan takutlah..” pujuk Anaz.

        “Entahlah Anaz…Akak tak tahulah apa sebenarnya yang berlaku sekarang. Segalanya berlaku terlalu cepat. Kadang2, akak terfikir, kenapalah semua benda ni terjadi kat akak. Akak malas nak masuk campur hal orang lain. Tapi…masalahnya, kak Mas ni dah melampau. Dia dah menipu orang, dia dah khianati kepercayaan orang dan dalam masa yang sama, dia menganiaya kaum dia sendiri..” kata Alisya.

        “Akak jangan lemah semangat. Mungkin ada sebab kenapa Tuhan pilih akak untuk selesaikan perkara ni..” kata Anaz lagi. Alisya diam. Kepalanya disandarkan ke kerusi. Anaz masih memandu. Hari sudah hampir Maghrib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2009 11:22 AM | Show all posts
Aril duduk di biliknya. Baju2 yang bertimbun terlonggok dimerata2 tempat dibiliknya. Dia sudah lemah longlai kepenatan. Tak cukup dipejabat dan di restoran dia mengemas, kini di sambung di rumah pula. Dia sudah kehabisan idea untuk memenatkan dirinya.

        Kipas yang dipasang sehingga nak tercabut bilah kipas pun, masih tidak dapat menyejukkan hatinya yang panas. Aril duduk merenung lantai. Barang2 dan baju yang berterabur mengusutkan lagi fikirannya.

        Alis!!!Kau jahat!!!Kenapa kau jahat sangat???  Kau ingat kau bagus sangat???Kau tolak aku kenapa Alis????Kenapa???

        Alis….aku dah balik Malaysia Alis…aku dah ada kat Kuala Lumpur ni…kenapa sekali pun aku tak terserempak dengan kau? Kau tahu tak yang aku dah pulang Alis??Kau tak nak jumpa aku walau sekalipun kah Alis?

        Aku rindukan zaman2 sekolah kita Alis…Aku rindukan suasana pantai kampung kita…aku rindukan bayu laut yang menerbangkan rambut kau…Aku rindukan pasir putih yang menenggelamkan kaki kau dan aku…aku rindukan birunya laut yang membasahkan kau…aku rindu nak tengok basikal merah kau Alis…

        Ada lagi tak basikal merah kau tu Alis? Masih elokkah? Kalau masih elok, boleh aku tunggang sekejap? Kau jangan bimbang, kalau tayarnya meletup, aku akan ganti semula. Kau jangan bimbang Alis…

        Alis…kau kat mana? Penat aku balik ke KL ni Alis…sekali pun aku tak pernah jumpa kau….aku rindukan suara kau Alis..aku rindukan wajah kau…Alis…aku benci kau Alis!!Aku benci!!!kau kemana?????

        Aril tunduk bisu dalam kesamaran cahaya biliknya. Peluh merinik dari dahinya. Singlet yang dipakainya sudah basah. Aril termangu keseorangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 11:24 AM | Show all posts
Fendy sudah terpacak di depan rumah Aril awal2 lagi. Semalam Aril menelefonnya lewat malam menyatakan bahawa Aril ingin bertemu dengannya. Sebaik ternampak wajah Aril yang tersembul di muka pintu pagar, Fendy sengih. Aril segera membuka pintu pagar.

        “Masuklah..” ajak Aril. Fendy terus sahaja masuk ke rumah teres berkembar 2 tingkat itu.

        “Kau duduk seorang saja?” soal Fendy.

        “A’a. Aku balik umah mak ayah aku hujung2 minggu atau time aku lapar je..” sambung Aril sambil membuka TV. Fendy melabuhkan punggungnya ke sofa berwarna hitam gelap.

        “Lapar baru balik rumah mak? Kau ni apa la..” kata Fendy.

        “Lagi baik dari kau yang langsung susah nak balik..” sempat lagi Aril membidas. Fendy tersengih.

        “Ha..apa cerita kau nak jumpa aku pagi2 buta ni?” soal Fendy. Aril terus duduk berhadapan dengan Fendy.

        “Step 1 kau tu tak jalanlah!!!Buat aku lagi penat..ada,” rungut Aril. Fendy tergelak.

        “Kau masih ingatkan dia kah?” soal Fendy. Aril angguk.

        “Kuat jugak cinta kau pada dia..” tutur Fendy perlahan. Aril mengerutkan dahinya. Benci mendengar kata2 Fendy itu. Apa guna kalau aku seorang saja yang memberi??

        “Okaylah…since step 1 tak jalan…kita cuba step 2…iaitu, cari pengganti dia!” kata Fendy. Sebaik mendengar usul itu, terus Aril bertukar menjadi Transformers!!!

        “Kau gila???!!!” herdiknya kuat. Aril kembali bertukar menjadi manusia biasa.

        “Listen. Kau sukar nak lupakan dia sebab dalam kepala kau, kau dah setkan dalam otak kau bahawa…she’s the only one…she’s everything for you…so, kali ni, kau kena tukar mind-set kau bahawa, she’s not the only one…and she’s not everything for you…Do you get that?” soal Fendy sungguh2.

        Aril terpana mendengar kata2 Fendy.

        “Mana kau belajar semua ni?” soal Aril ragu2. Yang aku pun tolol jugak pergi berguru dengan si Fendy ni apahal??

        “Ala…dalam internet berlambak benda2 macam ni..” Fendy ketawa mengekek. Aril ternganga sambil merenung Fendy. Tak sukanya aku tengok dia ketawa macam tu…

        “Tapi..ini serius tau! Aku tak main2!!Kau kena cuba cari pengganti dia…Kau dah ada calon?” soal Fendy pula.

        Aril ternganga. Terus ingatannya membuka album2 gambar perempuan2 yang pernah singgah dalam hidupnya. Puas dibelek2, tapi dia buntu, kerana, Cuma ada seorang saja perempuan yang paling baik dengannnya sekarang!!!

        “Ada..tapi sorang je calon..” kata Aril teragak2.

        “Siapa?” soal Fendy.

        “Carol…classmate aku masa study kat Australia…” kata Aril lagi.

        “Ha…apalagi..sebat ajelah..” kata Fendy.

        “Tapi…she’s not my taste..” kata Aril lagi.

        “Alamak…apa susah sangat kau ni…Senang2, kau nak aku bawak ke satu tempat tak? Kat situ, kau boleh jumpa macam2 jenis perisa…kau taste lah yang mana satu ngkau nak…” pelawa Fendy. Mata Aril terjojol.

        “Haa….” Aril ternganga lagi merenung Fendy. Fendy di depannya tersengih2.Matanya terkedip2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:36 AM | Show all posts
110# fizziany

agak2 cerah tak peluang mereka berdua nak bertemu?....rindunya aku nak tgk kemesraan dan kebahagiaan mereka....
Fizzi.... Fizzi...Fizzi....:pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:55 PM | Show all posts
thanks...byk tul dpt n3 hari nie...
mesti n3 nanti kwn Aril bwk Aril kat resort yg Alis managed...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:22 PM | Show all posts
Alamak…apa susah sangat kau ni…Senang2, kau nak aku bawak ke satu tempat tak? Kat situ, kau boleh jumpa macam2 jenis perisa…kau taste lah yang mana satu ngkau nak…” pelawa Fendy. Mata Aril terjojol.

        “Haa….” Aril ternganga lagi merenung Fendy. Fendy di depannya tersengih2.Matanya terkedip2.


Adui ya ni yg buat aku benggang ni harap di Fendy tu ajak si Aril buat kerja bodoh...cari perempuan yg tak baik or melantak pil hayal.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 03:06 PM | Show all posts
kekekeke.......
adoyai...nak gelak terguling2 aku baca ko nyer reply qimi08...
kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 03:06 PM | Show all posts
nak lagii...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 04:03 PM | Show all posts
fendi nk bwk aril g mane lak tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 04:25 PM | Show all posts
Harap2 Aril x leh lupakan Alis & Alis lembut hati utk terima Aril.. AMIN...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 05:26 PM | Show all posts
adoi.....jgn le aril tergoda ngan fendy lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:02 PM | Show all posts
fizzy..cpat la smbg lagi,, mana fendy nk bawak aril.. jgn sampai tmpat dia bawak tu boleh timbulkan lagi salah paham between aril n alisya  sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:14 AM | Show all posts
x sabo nak tau n3...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.888859 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list