|
Balas #98 sang_arjuna\ catat
kan dah cakap tadi... akan terbalik kah hati Acap pada Fuyah semula?..... dah mula tik-tak dlm ati Acap tu... ada kah patut nak tukar tunang cam tukar barang permainan yg x suka dipulangkan balik yg suka dibeli lak.... adoi.... betul2 big problem ni....
next.... kami faham kebusyan smiley tu... jgn risau ya.... tak mendesak pun... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai adik , abg, bos semua suke kt heroin?
ape cun bebeno ke heroin? kate dak kampong? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #101 Jaza2008's post
jaza & spekulasinya...susah susah..abg ajib ada... ...dah fuyah cam bertih goreng sesuai ler ngan mamat sonyap cam abg ajib tu...kalo dua dua kuat membebel..x de sapa tukang dengor..haru ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka fuyah dgn acap... Biar fuyah dgn uzir atau ajib..
Siankan adik fuyah klu acap buat hal... |
|
|
|
|
|
|
|
wah...dah agak mesti acap suka dkt fuyah... |
|
|
|
|
|
|
|
adoi aiiiii apa pasal la acap dan tangkap cintan ngan fuyah pulak kang jadi world war 3 la pulak......suka fuyah ngan uzir.....nanti mesti si uzir tu tangkap cintan ngan fuyah tu kannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #109 juliet80's post
zue pn suka Fuyah dgn Uzir
tak sabar nak tahu kisah seterusnya...tuan rumah cepat sambung yea |
|
|
|
|
|
|
|
yelah tuan rumah
teruja ni nak tau ttg uzir,acap&fuyah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #107 Jaza2008's post
yaaahh!! setuju 120%..dari awal mmg sudah ku agak Fuyah dan Uzir...kekeke
ooppss..ajib tu mcm tak masuk list jek.. pendiam dgn becok...haha..x serasi bersama |
|
|
|
|
|
|
|
Ala... kesian le pulak kat adik dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
morning....
hari nie masih takde n3 ker |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...mana arjuna ni...holiday mood ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #116 qimi08\ catat
aik...takkan smiley dah bercuti awal.... kot?....
smiley muncul lah sambung n3 lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #117 Jaza2008's post
kene seru 5-6 kali baru dia muncul ..hehe
smiley! smiley! smiley! semua dah dok nunggu n3 nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
best la citer ni....
Baca marathon cm ni mmg best...
Tp sangkut lk... garisan akhir x draw lg... |
|
|
|
|
|
|
|
hello semua
..................................................
Uzir melangkah masuk ke ofis Tapis Engineering dengan senyuman kecil. Dinner appointment semalam dengan Mr Gary Tan dari Petrochem telah membuahkan hasil. Kontrak berjumlah RM 400 ribu sudah di dalam tangannya. Tahun ini keuntungan syarikat mesti berlipat ganda. Aku nak tengok muka Papa bila syarikat aku di senaraikan di Bursa Malaysia dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang. Tapis Engineering yang aku tubuhkan hasil titik peluh sendiri tanpa apa apa bantuan darinya akan berdiri gah satu hari nanti, Insyaallah.
Roman wajahnya berubah bila terpandang meja Fauziah. Pelik! Selalunya sebelum pukul sembilan dia sudah ada di tempatnya. Mana minah ni? Hilang seri pagi. Setiap pagi aku mesti di sapanya dengan senyum terpaksa . He he! Syoknya buli budak ni. Hari ini dia lewat datang, adalah habuan untuk dia nanti. Wajah Fauziah mengherotkan bibir bermain di mata. Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, degup jantungnya berubah rentak bila terpandang wajah Fauziah. Bukannya cantik sangat minah ni kalau di bandingkan dengan Natasha, Julie, Zana - model model jelita dan sexy yang sering mendampingi nya. Tapi kenapa aku asyik teringatkan dia? No way, Uzir... jangan biarkan diri kau di buai perasaan. Cinta itu melalaikan. Dia mengulang mantera didalam kepalanya. Fokus pada kerja dan masa depan syarikat.
Uzir membuka laptop. Emel yang baru masuk di telitinya satu persatu. Yang tak mustahak terus di delete selepas membaca. Tangannya menyelak suratkhabar ke bahagian Business Times. Tiada berita yang menarik. Dia menekan nombor extension Fauziah . Tiada jawapan. Minah ni pergi bilik air ke? Atau pantry? Lamanya. Dia menekan nombor lain. Secretarynya menyahut dengan suara manja.
" Ain, suruh Fauziah jumpa I" Selagi boleh dia tak mahu memanggil gadis itu Fuyah. Tak sedap! Tak sesuai dengan orangnya.
Ain mencebik. Sikit sikit Fauziah , sikit sikit Fauziah. Sejak hampir sebulan Fuyah kerja di sini, aku dah jadi tunggul. Tapi seronok juga makan gaji buta, dia menyedapkan hati.
" Fuyah belum masuk "
" HAH? Ini dah pukul 9.30. Apa dia ingat ni company bapak dia?" dengus Uzir. Ain tersenyum puas. Gasak kau Fuyah. Selalunya boss faham kalau terlambat sebab ada emergency tapi kena telefon bagi tahu.
" Dia dah siapkan Power Point presentation yang saya suruh buat?" tanya Uzir, risau. Petang nanti ada presentation di Petronas Carigali. Mampus aku kalau presentation tak siap. Siap kau Fauziah, aku .. aku.... aku... picit hidung mancung kau tu!
" Tak tahu pula. Semalam dia stay back dengan CC dan Firdaus, nanti saya tanya CC" balas Ain. Mesti dia dah siap. Fauziah tak pernah culas, otak dia macam sponge. Bagi banyak mana kerja pun , semua pasti langsai dan tak pernah ada silap. Bela jin kot, getus Ain dengan geram.
Uzir mematah matahkan jarinya. Kerisauan yang membelenggu reda sedikit bila CC atau nama penuhnya Celine Sipaun masuk.
" The presentation is saved under Petronas." Kata gadis Kadazan itu sambil menghulurkan thumbdrive.
" Thanks...thanks a lot. Panik sekejap tadi bila Fauziah tak masuk lagi. You guys balik pukul berapa semalam?"
" I balik pukul 7.30 sebab nak pick up my parents kat KLIA. Kata Firdaus dia dengan Fuyah balik around 9. "
Jawapan CC membuahkan rasa tak sedap di hati Uzir. Bukan aku tak tahu, Firdaus tu asyik nak menempel dengan Fauziah. Seronoklah tu, dapat peluang togeder geder.
" You dah check the presentation?" tanya Uzir dengan nada tegang
" Sudah. Nampak okay, information yang penting semua ada. Layout pun kemas. But you check lah dulu. If there's any changes, I can amend " balas CC. Cuak pula tengok mood boss yang tak berapa baik.
Intercom di meja Uzir berbunyi.
" Uzir, kawan Fauziah telefon. Katanya Fauziah masuk hospital" suara Ain cemas
" WHAT?! Kenapa ? Apa jadi kat Fauziah?" tempik Uzir
" Dia pengsan di bas stop pagi tadi. Sekarang dia di Damai Hospital."
Nafas Uzir terhenti sejenak. Mukanya pucat macam waktu Tok Mudin datang bila dia berumur 10 tahun.
" I am going there now. Reschedule all my appointments for today." Deras jawapannya.
................................................................................................................................ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|