|
Panduan Fotografi Perkahwinan Gezzeg untuk bakal2 pengantin
This article is written by personal experience of the writer, not attach or refer to anyone or publishers. No harm to share! If you want to publish it to anywhere, please inform us or link back to us to encourage us to write!
1. Communicate With Us
- The most important point. Selalu lah berborak dengan jurufoto anda, make them as your family. dari awal booking sehinggalah habis majlis. They can be your friends in a split second if you want to, tapi mereka juga mungkin akan jadi org yang paling benci bila anda mendapat album anda nanti. Tanpa komunikasi dan persefahaman sangatlah sukar untuk jurufoto melaksanakan tugas mereka. Jurufoto professional tahap dewa mana pun, tak mungkin dapat menghasilkan kerja yang bagus jika tidak mampu mengawal subjeknya. Anda bernyawa, maka tindakbalas anda sangat diperlukan. Anda adalah bos, kami takut pada bos yang garang, yang diam, yang dingin. Maka jadilah bos kami yang ramah dan sporting.
2. Masa hari majlis kahwin, lupakanlah yang lain-lain
- Ini majlis anda, anda adalah raja, andalah yang diraikan. Tak perlu risau hal lain, just be happy. Anda telah berusaha sebelum2 itu, maka hari ini hari merdeka! Lantiklah pembantu peribadi anda sendiri (biasanya pengapit) sebagai pengurus anda, lantiklah man in charge daripada family anda yang paling layak sebagai wakil untuk menguruskan hal-hal majlis. Tidaklah nanti mood anda terganggu sepanjang majlis.
3. Cermin2 Diri Anda, Perasankan Diri Anda
- Jadilah diri anda sendiri. Itulah yang terbaik. Dah dekat2 dengan majlis besar tu, rajin2lah tengok cermin. Anda buat apa sahaja pose yang anda tahu dan boleh lakukan. Dari yang control macho dan ayu, sehinggalah yang gila2.
- Test buat2 mimik muka pada cermin dengan pelbagai mood, ceria, sedih, ganas, serious. Memang anda akan tergelak sendiri bila buat semua ni, tapi percayalah, anda akan gembira bila melakukannya. Ala2 james bond sehingga lah awang spanar. Biarlah orang kata anda perasan pun. Mereka dengki sebab anda nak kawen sebenarnya.
4. Rancang Awal
Cuba rancang dengan pasangan anda pilihan pose anda. Kami akan cuba realisasikannya. Walaupun memang kami akan posekan anda nanti, tetapi hasil latihan yan dicadangkan boleh membantu anda memudahkan kerja kami. Just jadi diri sendiri, lepaskan apa yang terpendam dalam jiwa anda bersama kami, kami menerima seadanya. Kami perlu mengenali diri anda lebih dekat. Biarpun kita jadi budak2 pada hari itu, itulah memori Raja Sehari. Jadi diri anda sendiri cukup memadai. Apa yang selalu menjadi masalah adalah bila anda terlalu ingin menjadi orang lain, membuat posing2 yang susah dan tidak sesuai dengan jiwa dan karakter anda. Sebenarnya posing is simple, no need to do like commercial celebrity style. Ia adalah sesuatu yang selalu anda buat. Semasa anda berjalan, senyum, duduk, berdiri, memandang etc. Yang biasa itulah yang cantik, cuma kita tak sedar sebab ia terlalu biasa. Tanyalah pasangan anda seikhlas hati, tang mana kecantikan itu.
So, itulah some simple guide dari kami, lain2 terserah kepada jurufoto. Dialah yang akan perbaiki lagi kelemahan-kelemahan yang ada. Tapi anda perlu tahu, untuk mendapatkan satu foto yang bernilai tidak sekadar terletak pada jurufoto yang bagus, we are in one team, tanpa anda siapalah kami.
RajaLanun
GezzegPhotographer
http://rajalanun.fotopages.com
0199982092 |
|