CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wizerntai

ANEKA RESEPI MASAKAN HALAL CINA

[Copy link]
Post time 1-12-2008 11:21 PM | Show all posts

Reply #1 hylim007's post

suka dim sum tapi susah nak dapat yang halal punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 11:25 PM | Show all posts

Balas #6 hylim007\ catat

boleh kalau ko betul2 yakin yang orang yang menyediakan makanan tu adalah orang Islam. tapi untuk elak was2 biarlah bersijil TAPI kena pastikan sijil tu betul punya .. bukan tipu sebab sekarang banyak yang tipu semata2 nak tarik muslim makan sama kat kedai depa, siap tulis halal dalam jawi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 11:31 PM | Show all posts

Balas #8 nir\ catat

Betul juga, tapi macam mana nak pastikan sijil tu betul?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 11:38 PM | Show all posts

Balas #9 hylim007\ catat

pastikan sijil dengan logo halal tu dari jakim dan juga tarikh pengesahan. mungkin juga dah bertahun tak diperbaharui. tak salah kita mintak tengok dari dok jeling2 yang tampal kat dinding yang belum tentu nampak jelas. kalau salinan yang ditayang, mintak tengok yang original. itu hak kita sebagai pengguna. kalau tak nak bagi, macam2 alasan .. abaikan je makan kat situ.

pastu .. rajin2 la ke web jakim atau Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk ketahui status halal sesuatu produk etc.

kalau rasa was2 .. elok lapor pada jakim atau PPIM .. insyaAllah, depa boleh buat susulan untuk pastikan kesahihan sijil halal tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 11:20 AM | Show all posts
suka nasi ayam chee meng..
and all the seafood one..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 01:49 PM | Show all posts

Reply #6 hylim007's post

klu nak bukak kedai, wajib la ada sijil bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2009 10:48 PM | Show all posts
saya nak kongsi sket resepi oriental yg saya blajar kat kolej dulu...ye lah ramai yg suka masakan cina ni sbenarnya...tp resepi aje laa...gamba x dapet laa...selamat mencuba

CHI KUT TEH

Bahan2
bawang putih,bawang merah,halia[potong halus @ cincang]
kicap cair,kicap pekat
red date
cendawan shiitake[rendam]
ayam[potong kecil,buang kulit]
tan qui ,yuk chuk [chinese herbs blh dapat kat kedai ubat cina @ jusco]
kalo saya beli nanti saya boh gamba tan qui ngan yuk chuk ni kat sini...dalam penyediaan stok oriental yg saya blajar memang pakai benda ni...dan juga kalau nak buat nasi ayam hainan...

Cara2
#tumis bawang putih,bawang merah dan halia sehingga wangi
#masukkan air, tan qui dan yuk chuk, biarkan mendidih
#masukkan kicap cair, garam gula,seosoning
#last skali masukkan kicap pekat,ayam,red date dan cendawan kering
#tunggu sampai ayam masak,siap..!! kalau nak bagi ayam tu lembut biarkan mendidih dalam stengah jam

chi kut teh ni nama untuk ayam...bak kut teh plak untuk pork

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:57 PM | Show all posts
CHINESE HERBAL SOUP

Bahan2
bawang putih [cincang]
kicap cair
yuk chuk & tan qui
red date
shiitake mushroom
black mushroom
tauhu kering @ fucuk & su'un  [rendam]
carrot
bunga lily
minyak bijan

Cara2
#tumis bawang putih sehingga wangi
#kemudian masukkan air, biarkan mendidh
#lepas tu blh la masukkan semua bahan2 yang lain dan seasoning..
#minyak bijan tu last skali agak2 2 minit sebelum padamkan api..skit je, untuk menaikkan aroma..main renjis2 je
#kalau suka bleh masukkan ayam

yuk chuk ngan tan qui tu jangan makan....pahit...yang lain semua bleh telan
saya memang plan nak buat sup ni dalam masa terdekat..nanti saya paste gambar bahan2 dengan sup yang dah masak...tapi makan masa skit la...harap bersabar

[ Last edited by  chef_katak at 11-1-2009 11:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 12:27 PM | Show all posts
Nak tanya ada sape2 resipi ala2 lontong kering yang selalu jual di pasar malam tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 10:56 PM | Show all posts

BEEF HORFUN cubalah.............

Mummy ada resepi beef hor fun. Senang skali utk membuatnya......

Bahan2nya:

Kuey Teow ( goreng dgn sedikit kicap manis dgn minyak bijan )
Angkat ketepikan

Bahan utk kuah:
Hirisan halia
Bawang putih ( CINCANG KASAR )
Daging lembu dihiris nipis ( yg cepat empuk )
Sawi
Sedikit tepung jagung ( bancuh dgn sedikit air )
Beef cube
Pepper
air
*** Kalau suka boleh tambah sotong, udang n mcm2lah

Caranya:
Tumis halia ngan bwg putih jgn sampai hangus
Masukan daging kacau sebentar msk air n beef cube ( byk mana kuah yg korang hendaklah )
Tunggu hingga empok masukkan sayur air sekali masukkan tepung jagung yg telah dibancuh ngan air.
Bila siap letak kuah diatas mee kuey teow. Ready to eat. Sedap di makan bersama cili padi yg dicampur kicap cair. Cubalah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 02:25 AM | Show all posts
cakoi tu traditional chinese food kan?correct me if im wrong...

kalu iyer,nk tnyla kalu ade resepi wat cakoi ni..tringin nk wat sendrik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 11:31 PM | Show all posts

CAKOI

Bahan2
500g high protein flour
100g plain flour
5g bread improver
40g milk powder
10g baking powder
(sieve @ ayak bersama semua bahan di atas)

150g castor sugar
5g salt
40g egg
340ml water
10g instant yeast
40g butter
40g shortening


Cara2
* campurkan air dan yeast...seeloknya air tu biar suam...ketepikan (elok biarkan dalam 10 minit)
* dalam satu bekas besar, campurkan butter,shortening,gula,telur, garam...pukul sikit just untuk bagi bahan2 tu rata
* masukkan bahan2 yang di ayak dah boleh masukkan air bercampur yeast tadi
* uli sehingga menjadi doh...tutup bekas dan biarkan doh rehat dalam 1-2 jam.doh akan mengembang
* lepas tu boleh la canaikan panjang2, potong dan gunakan lidi basah untuk lekatkan 2 doh...(u mesti tau kann cara dia)
* boleh la goreng...makan mcm tu pun dah sedap..dah cukup manis dan lemak dia..kalau suka bleh la makan ngan kaya...

# resepi ni boleh juga digunakan untuk pau goreng @ roti goreng...beli je red bean paste kat kedai jual peralatan kek..kalo x silap rm4.50 je skilo..tapi jumlah gula kena kurangkan kepada 90gram sebab red bean paste tu dah manis...lepas uli doh terus bulatkan dan masukkan red  bean paste kat tengah...pastu baru rehatkan doh lebih kurang 1-2 jam...bergantung pada keadaan jugak...jangan sampai kembang sangat...nanti x cantik...selamat mencuba..!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 07:39 AM | Show all posts

Reply #112 chef_katak's post

menarik nihh..wajib dicuba!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 11:11 AM | Show all posts
tuan rumah
boleh tak bagi resepi mee wantan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 11:14 PM | Show all posts

Reply #112 chef_katak's post

tenkiu chef_katak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 03:53 PM | Show all posts
kak bai mcm nei nak molah ayam sos plum yg ktk paste kat atas nun? dim sum ktk yg hanya guna tepung n air ajak kah? mek suka gilak dgn dim sum. ms mek ngandung anak sulung dolok tiap2 minggu mesti mkn dim sum kat plaza massalam tp kinek tok tmpt ya dah ditutup...

wizern mcm nei nak molah ayam sos lemon?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 12:52 PM | Show all posts
tuan rumah ader tak resepi sotong goreng telur masin....
ni masakan cina rasernyer...
haritu sumi no chioce ikut bos2 gi makan kat restoran cina 'halal"...
menu nih yg paling sumi suker... tapi xmo gi beli kat situ... takut gak...
kalo ada resepi...nak wat sendirik jerlah.... tolong ekkk sesapa tau....tq tq tq
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 01:07 PM | Show all posts
sotong telur masin tak pernah makna..tp ketam telor masim adalah..best sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 02:00 PM | Show all posts
saya sangat suka makan chiness food ni..yummy!...nasib baik sekarang ni banyak yang halal kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 07:12 AM | Show all posts
nak kongsi juga resepi hokkien sizzling yee mee



Perlu ada:
3 sanggul yee mee (boleh juga kalau nak guna wantan mee)
3 pokok sawi (celur dengan air panas+minyak - nak bg kaler hijau dia tak hilang)
4 ulas bawang putih - kisar
3 inci halia - kisar
6 biji cili kering – potong 2
300 g ayam (potong kecil) – part mana pon belasah jek
6 biji shitake – rendam dgn air panas, potong 2
2 sb sos tiram
3 sb kicap pekat
2 sb kicap kicap manis
2 sb kicap cair
3 cawan air
2 sb tepung jagung – bancuh
Garam
Lada sulah
Minyak bijan
sedikit minyak utk menumis

Perlu buat
1. Tumis bahan2 kisar, cili kering sampai naik bau. Tambahkan ayam dan shitake sampai empuk.
2. Masukkan air, segala jenis kicap dan lada sulah.
3. Bila dah mendidih. Tambahkan tepung jagung yang dibancuh dan garam.
4. Rasalah agak-agak cukup rasa (kuah sizzling ni kalo buat bermalam lg sedap, sbb nak kan rasa mushroomnya tu). Tutup api. Letak beberapa titik minyak bijan dan kacau rata.

• Cara celur yee mee - air yang mendidih, tutup api, masuk mee. Biarkan sekejap dan tapis.
• Cara celur wantan mee – leraikan dulu wantan. Supaya tidak berketul-ketul. Guna cara celur yang sama dgn yee mee. Tapi bila tapis, kena lalukan dgn air sejuk supaya tak melekat.
• Kalau ada sizzling pan, tak payah celur mee. Letak yee mee atas sizzling pan yang panas, letak kuah yang mendidih.
• Kalau suka telur, goreng telur asing. Kalau masuk dalam kuah, buruk benar rupa kuah itu.
• Sedap dimakan dengan cili potong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 1.576431 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list