|
Hanya satu gol
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12
Hanya kemenangan tipis 1-0 mampu diraih Johor Darul Takzim tatkala berdepan sembilan pemain Perak sepanjang babak kedua pada saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam tadi.
Apapun ia cukup memadai untuk meraih tiga mata pertama selepas kecundang 2-3 kepada Pahang, Selasa lalu.
Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad yang kecewa dengan kekalahan perlawanan pertama pantas menukar strategi dengan menurunkan Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Faizal Mansor di posisi pertahanan untuk bergandingan dengan Muslim Ahmad dan Azmi Muslim yang melengkapkan barisan kubu pertahanan skuad Harimau Selatan. Percubaan skuad Harimau Selatan hadir seawal minit ke-10 selepas sepakan sudut kapten pasukan, Syafiq Rahim disudahkan dengan tandukan Aidil Zafuan, namun melepasi palang gol skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah.
Seakan-akan terdesak mencari gol, Perak terus membalas asakan hingga mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti selepas pemainnya dikasari pertahanan Harimau Selatan. Tendangan pemain import, Rafael Souza Silva Novais bagaimanapun berjaya dihalang benteng yang dibina pertahanan tuan rumah. Bagaimanapun, pada hujung separuh masa pertama, skuad Seladang terpaksa beraksi sembilan pemain apabila Khairi Kiman dan Mohd Hisyamudin Md Shaari dilayangkan kad merah oleh pengadil, Syed Azhar Syed Kamar pada minit ke-38 dan minit ke-44 selepas kedua-dua pemain itu mengutip dua kad kuning.
Nyata gandingan kapten pasukan, Syafiq dan Aidil Zafuan pada babak kedua memberi kesan apabila jaringan tunggal perlawanan itu hadir pada minit ke-48 selepas hantaran lintang Syafiq ditanduk kemas pemain pertahanan kanan itu untuk menewaskan penjaga gol Perak, Mohd Farizal Marlias.
Kemasukan penyerang Safee Sali pada minit ke-55 nyata memberi kelebihan kepada skuad kendalian Fandi yang bertahan hingga akhir perlawanan di depan kira-kira 30,000 penyokong.
- Harian Metro -
|
|
|
|
|
|
|
|
Johor Darul Takzim bangkit
2013/01/12 - 05:25:21 AM
Oleh Rizar Mohd Noor
PEMAIN Johor Darul Takzim, Daniel Guiza mengawal bola sambil diasak dua pemain Perak, Khairi Kiman dan Mohd Nasir Basharuddin (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. - Foto BERNAMA
Johor Bahru : Johor Darul Takzim kembali menemui sentuhan kemenangan selepas menang tipis 1-0 ke atas Perak yang hanya beraksi dengan sembilan pemain sepanjang babak kedua pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Ketua jurulatih, Fandi Ahmad yang kecewa dengan kekalahan 3-2 di tangan Pahang, Selasa lalu melakukan rombakan di benteng pertahanan dengan penampilan pertama Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Faizal Mansor dalam kesebelasan utama bergandingan dengan Muslim Ahmad dan Azmi Muslim bagi menguatkan posisi itu selain turut meletak Zamir Selamat mengemudi gawang gol.
Penguasaan awal tuan rumah bermula dengan percubaan terbaik kapten Safiq Rahim pada minit keenam apabila melambungkan bola dari luar kotak penalti namun sedikit tersasar dari pintu gol pelawat manakala tandukan Aidil Zafuan berpunca dari sepakan sudut selang empat minit kemudian sekadar melepasi palang gol.
Malang buat skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah apabila terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas Khairi Kiman dan Md Hisyamudin Md Shaari dilayangkan kad merah pada minit ke-38 dan minit ke-44 selepas kedua-dua pemain itu mengutip dua kad kuning kerana mengasari Daniel Guiza dan Simone Del Nero.
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh skuad Harimau Selatan untuk merungkai jaringan sebaik babak kedua bermula apabila bola sepakan sudut Safiq pada minit ke-48 ditanduk kemas Aidil Zafuan untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.
Skuad Seladang hampir menyamakan jaringan pada minit ke-53 selepas bola sepakan percuma Muhd Nazri Mohd Kamal ditanduk kemas pemain import, Rafael Souza Novais namun palang gol menjadi penghalang ketika Zamir sudah tertewas.
Bagaikan dahagakan jaringan, Fandi bertindak menajamkan barisan serangan apabila memasukkan Safee Sali dan mengeluarkan Azmi untuk mengubah formasi 3-4-3 namun masih gagal menambah gol tatkala skuad Seladang mengamal corak ` berkampung ' di kawasan sendiri sehingga tamat perlawanan.
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Liga Super 2013 Chart (12/1/2013)
|
|
|
|
|
|
|
|
seat class ko dah macam nak bawa keta.. hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
seri pulok dgn kelate mlm td ... |
|
|
|
|
|
|
|
Esok lawan PKNS.
Jgnla seri lg. Boring. Tp jgn kalah pulak. Haha..
U guys shud see Daniel's equalizer gol masa lwn ATM. Selamba! |
|
|
|
|
|
|
|
guiza cepat pancit...tp dia sgt bagus bila umpan bola...crossing nya pun cun..cuma syg..membe2 kdg2 x dpt nk baca/ finishing ke laut.. |
|
|
|
|
|
|
|
midfield tu kena rajin tutup ruang pihak lawan & cipta gerakan ke arah pintu gol lawan ..... |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup bagus untuk team BINTANG2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ape crita del nero italian tu.
Ari tu dgr balik italy gi berubat.
Jgn jadik kaki gelas sudah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Johor Darul Takzim FC Supporter (Ultras Johor)
|
|
|
|
|
|
|
|
Harimau Selatan - Darul Takzim FC Official Magazine
|
|
|
|
|
|
|
|
Piala FA 2013 (FA Cup 2013)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|