|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #98 rezeki's post
Selalunya gambar o.k., tapi kali ni ada masalah pulakl rezeki. Harap lepas ni dapat menantap semula gambar-gambar yang rezeki paparkan nanti yang merupakan santapan rohani bagi kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
11/12/2007 SELASA (Day 27)
Alhamdulillah, suhu pagi ni sekitar 32 c. Lebih kurang macam di Malaysia. Namun di sini kita jarang berpeluh tidak seperti di nagara kita kerana cuacanya panas dan kering. Namun kita mesti memastikan supaya sentiasa minum air , terutamanya air zam-zam kerana dikhuatiri berlaku kekurangan air dalam tubuh badan kita tanpa disedari.
Suasana kota mekah semakin meriah. Hari ini kami mendapat berita yang pemerintah Arab Saudi telah memilih 18/12/2007 bersamaan hari Selasa sebagai hari wukuf . Ini bermakna lagi lebih kurang 7 hari lagi akan tiba kemuncak bagi musim haji yang ditunggu2 oleh semua jemaah yang mengerjakan haji . Kami juga telah dinasihati oleh pihak Tabung Haji agar tidak melakukan umrah sunat menjelang seminggu hari wukuf dan sentiasa menjaga kesihatan diri.Hari wukuf merupakan hari yang dinantikan oleh semua jemaah yang merupakan salah satu rukun dalam mengerjakan ibadat haji. Tiada haji bagi seseorang sekiranya ia tidak berwukuf di Padang Arafah walaupun puluhan ribu ringgit yang dikeluarkan utk datang ke Mekah.
Kerajaan Arab Saudi juga telah menjalankan kerja2 penambahbaikan di kawasan Arafah dan Mina menjelang hari wukuf. Ini semua dapat dilihat melalui berita dan suratkhabar. Kami di sini setiap hari membeli akhbar ARAB NEWS yang berbahasa Inggeris berharga 2 riyal utk mengetahui berita setempat. Namun akhbarnya bukan seperti akhbar kita dan nipis sahaja dan sangat terhad. Kemungkinan besar membaca akhbar bukan budaya orang arab dan mereka lebih menitikberatkan membaca Al-Quran . Untuk mengetahui berita di tanah air pula , pihak pengurusan THTS akan menampalkan petikan berita yang diambil dari internet di papan kenyataan . Jadi kami di sini tahu serba sedikit perkembangan di tanah air seperti berita banjir dan masalah yang ditimbulkan oleh Hindraf. Masalah komunikasi dgn anggota keluarga di Malaysia pula terutama anak2 tidak timbul kerana kemudahan telefon bimbit . Selang 2-3 hari , kami akan menelefon mereka utk bertanya khabar .
Menjelang hari wukuf , pihak berkuasa Arab Saudi juga telah menyediakan jadual perjalanan dan pergerakan jemaah mengikut maktab ke Arafah dan Mina mengikut masa . Maktab di sini bermaksud lokasi sesuatu tempat seperti bagi kawasan hotel kami maktab 105. Jadual perjalanan disusun sedemikian rupa kerana lebih kurang 3 juta lebih jemaah yang akan bergerak ke Arafah . Sekiranya kesemua jemaah bergerak serentak , maka kesesakan lalulintas yang "dahsyat" akan berlaku . Itu sebabnya sebelum ini , kita sering kali terdengar cerita yang ada jemaah yang berangkat ke Arafah mengambil masa sehingga lebih 24 jam utk sampai ke sana sedangkan jarak antara Mekah dgn Arafah hanya 21.9 km sehinggakan ada jemaah yang meninggal dunia samada di dalam bas atau di Padang Arafah . Oleh itu , mereka telah menyediakan jadual perjalanan mengikut masa dan lebuhraya tertentu menuju ke sana yang perlu dipatuhi.
Malam ini juga kami mengikuti ceramah agama berkaitan ibadat haji di hotel penginapan . Ceramah malam ini berkisar tentang amalan-amalan dan adab di Mudzalifah seperti bertalbiah, berzikir , bertadarus dan berdoa sepanjang berada di sana kelak. Hanya menghitung hari sahaja menunggu tibanya hari wukuf nanti dan sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar kami dapat menjalani ibadat haji dengan baik dan sempurna dan diberikan kesihatan yang baik dan segala kemudahan dalam mengerjakannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
13/12/2007 KHAMIS (Day 29)
Pengurusan Masjidil Haram di bawah Syarikat Ben Laden yg menguruskan kebersihan, pengurusan air zam-zam dll. Kebanyakkan pekerja mereka berasal dari India, Pakistan dan jumlah yang kecil dr Indonesia. Gaji yang diterima oleh mereka tidak lumayan , sekadar 400 riyal dgn penginapan disediakan, tetapi mrk sgt berbesar hati kerana dpt bekerja di "Rumah ALLAH" yang pahalanya sgt besar dan dpt beribadat dan mengerjakan solat . Pada musim haji , ramai jemaah yang bermurah hati bersedekah kepada mereka . Setiap selepas waktu solat subuh dan zohor , mereka akan mencuci lantai masjid . Tong air zam-zam yang hampir kosong sentiasa diganti .
Hari wukuf yang semakin hampir menyebabkan kota Mekah telah sesak dgn hampir jutaan jemaah. Pada tahun ini , dijangkakan hampir 3 juta lebih jemaah yang akan mengerjakan fardhu haji . 1.8 juta jemaah terdiri dari negara-negara luar dan 1.5 juta pula terdiri dari rakyat Arab Saudi . Keadaan di Masjidil Haram pula sgt sesak dari tempat solat di tingkat bawah tanah sehinggalah ke aras di atas bumbung. Kesemua jemaah yang berada di Madinah juga telah berada di Mekah. Pada waktu sekarang, kota Madinah telah lengang. Jemaah yang ramai dapat dilihat apabila selesai waktu solat ketika mereka pulang ke penginapan masing-masing. Jalan-jalan dipenuhi dgn jemaah yang pulang mengikut setiap penjuru yang menuju ke Masjidil Haram. Jemaah yang bersolat juga telah kelihatan di atas-atas jalanraya , kaki lima kedai dan di mana-mana .Untuk keluar dari Masjidil Haram mengambil masa yang agak panjang sedikit kerana terlalu sesak dan berhimpit-himpit terutama selepas waktu subuh dan isyak . Ramai jemaah yang terus berada dari asar terus ke isyak di dalam Masjidil Haram.
Anggota polis yang mengawal Masjidil Haram juga kelihatan di sana-sini . Begitu juga dgn pasukan perubatan bergerak yang sentiasa berada di Masjidil Haram. Petugas-petugas sukarela pula sibuk mengarahkan para jemaah agar tidak duduk dan menghalang perjalanan . Di kesemua penjuru-penjuru jalan raya utama menuju ke Masjidil Haram , ambulan-ambulan di tempatkan di situ.. Kaunter yang di khaskan untuk orang yang sesat juga penuh dgn jemaah , terutama yang agak berumur yang sesat dan tidak tahu arah pulang ke tempat penginapan mereka.
Laman Kaabah sentiasa dipenuhi oleh jemaah yang melakukan tawaf dan beribadat tanpa mengira pagi atau petang, siang ataupun malam. Berteduh di bawah naugan Kaabah merupakan tempat berteduh yang paling mulia di muka bumi ini, dan Nabi pun pernah berbuat demikian. Sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dari Khubab, ia berkata " Ketika kami ingin mengadu kepada Rasulullah, baginda sedang berteduh dengan berbantalkan sarbannya di bawah naugan Kaabah".
Muhammad ibn Sauqah meriwayatkan, " Kami sedang bersama Said ibn Jabir di bawah naugan Kaabah, lalu Rasulullah bersabda " Saat ini kalian sedang berada di tempat berteduh yang paling mulia di muka bumi"
Kaabah yang ada di muka bumi ini juga sama dengan "Al-Bait Al- Makmur" yang ada di di langit sebagaimana diriwayatkan oleh Ali ibn Abbas dalam tafsirnya atas surah Al-Thur ayat 4 : "Dan demi Baitul Makmur. Di langit Baitul Makmur berada tepat di atas Kaabah, dan kesucian dan kemuliaannya sama dengan kesucian dan kemuliaan Kaabah di bumi. Terdapat 70 ribu malaikat yang mengerjakankan solat setiap hari selama-lamanya.
Suasana selepas waktu solat zohor , jemaah berpusu-pusu pulang dan kesesakan begini hampir 1-2 jam
|
|
|
|
|
|
|
|
13/12/2007 KHAMIS (Day 29)
Pengurusan Masjidil Haram di bawah Syarikat Ben Laden yg menguruskan kebersihan, pengurusan air zam-zam dll. Kebanyakkan pekerja mereka berasal dari India, Pakistan dan jumlah yang kecil dr Indonesia. Gaji yang diterima oleh mereka tidak lumayan , sekadar 400 riyal dgn penginapan disediakan, tetapi mrk sgt berbesar hati kerana dpt bekerja di "Rumah ALLAH" yang pahalanya sgt besar dan dpt beribadat dan mengerjakan solat . Pada musim haji , ramai jemaah yang bermurah hati bersedekah kepada mereka . Setiap selepas waktu solat subuh dan zohor , mereka akan mencuci lantai masjid . Tong air zam-zam yang hampir kosong sentiasa diganti .Hari wukuf yang semakin hampir menyebabkan kota Mekah telah sesak dgn hampir jutaan jemaah. Pada tahun ini , dijangkakan hampir 3 juta lebih jemaah yang akan mengerjakan fardhu haji . 1.8 juta jemaah terdiri dari negara-negara luar dan 1.5 juta pula terdiri dari rakyat Arab Saudi . Keadaan di Masjidil Haram pula sgt sesak dari tempat solat di tingkat bawah tanah sehinggalah ke aras di atas bumbung. Kesemua jemaah yang berada di Madinah juga telah berada di Mekah. Pada waktu sekarang, kota Madinah telah lengang. Jemaah yang ramai dapat dilihat apabila selesai waktu solat ketika mereka pulang ke penginapan masing-masing. Jalan-jalan dipenuhi dgn jemaah yang pulang mengikut setiap penjuru yang menuju ke Masjidil Haram. Jemaah yang bersolat juga telah kelihatan di atas-atas jalanraya , kaki lima kedai dan di mana-mana .Untuk keluar dari Masjidil Haram mengambil masa yang agak panjang sedikit kerana terlalu sesak dan berhimpit-himpit terutama selepas waktu subuh dan isyak . Ramai jemaah yang terus berada dari asar terus ke isyak di dalam Masjidil Haram.Anggota polis yang mengawal Masjidil Haram juga kelihatan di sana-sini . Begitu juga dgn pasukan perubatan bergerak yang sentiasa berada di Masjidil Haram. Petugas-petugas sukarela pula sibuk mengarahkan para jemaah agar tidak duduk dan menghalang perjalanan . Di kesemua penjuru-penjuru jalan raya utama menuju ke Masjidil Haram , ambulan-ambulan di tempatkan di situ.. Kaunter yang di khaskan untuk orang yang sesat juga penuh dgn jemaah , terutama yang agak berumur yang sesat dan tidak tahu arah pulang ke tempat penginapan mereka. Laman Kaabah sentiasa dipenuhi oleh jemaah yang melakukan tawaf dan beribadat tanpa mengira pagi atau petang, siang ataupun malam. Berteduh di bawah naugan Kaabah merupakan tempat berteduh yang paling mulia di muka bumi ini, dan Nabi pun pernah berbuat demikian. Sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dari Khubab, ia berkata " Ketika kami ingin mengadu kepada Rasulullah, baginda sedang berteduh dengan berbantalkan sarbannya di bawah naugan Kaabah". Muhammad ibn Sauqah meriwayatkan, " Kami sedang bersama Said ibn Jabir di bawah naugan Kaabah, lalu Rasulullah bersabda " Saat ini kalian sedang berada di tempat berteduh yang paling mulia di muka bumi"Kaabah yang ada di muka bumi ini juga sama dengan "Al-Bait Al- Makmur" yang ada di di langit sebagaimana diriwayatkan oleh Ali ibn Abbas dalam tafsirnya atas surah Al-Thur ayat 4 : "Dan demi Baitul Makmur. Di langit Baitul Makmur berada tepat di atas Kaabah, dan kesucian dan kemuliaannya sama dengan kesucian dan kemuliaan Kaabah di bumi. Terdapat 70 ribu malaikat yang mengerjakankan solat setiap hari selama-lamanya.
Suasana selepas waktu solat zohor , jemaah berpusu-pusu pulang dan kesesakan begini hampir 1-2 jam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #103 rezeki's post
syukur... dah dapat melihat semua gambar yang dipaparkan. |
|
|
|
|
|
|
|
14/12/2007 JUMAAT (Day 30)
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari Jumaat terakhir sebelum tiba hari wukuf. Dijangkakan kota suci Mekah dan Masjidil Haram hari ini akan mengalami kesesakan kerana semua jemaah yg mengerjakan fardhu haji telah berada di sini. Semalam imam Masjidil Haram meminta para jemaah agar melakukan solat hajat hari ini agar di turunkan hujan kerana telah lama bumi Mekah tidak dituruni hujan dan telah terlalu kontang dan kering.
9.15 pagi , telah ke Masjidil Haram utk solat Jumaat yang masuk waktu pada pukul 12.15 tgh kerana jika tidak, pasti tidak akan mendapat tempat. Jalanraya sekitar Masjidil Haram telah ditutup kepada semua kenderaan sejak pukul 10.00 pg lagi . Aku mengambil tempat di aras 2 hari ini. Sementara ada 2-3 jam lagi, menghabiskan masa dgn membaca Al-Quran. Bagi jemaah perempuan pula , pihak Tabung Haji tidak menggalakkan mereka utk pergi solat Jumaat kerana kesesakan dan tidak diwajibkan bagi kaum wanita bersolat Jumaat.
10.00 pagi Masjidil Haram telah mula dipenuhi oleh para jemaah. Tiada lagi ruang2 yang kosong. Namun para jemaah yang agak lewat sedikit terus mencari tempat dan kelihatan ramai yang melangkah bahu dan kepala jemaah yang duduk utk ke hadapan mencari sekiranya ada ruang2 kosong. Di sebelah ku , sekumpulan jemaah dr India telah memarahi 2-3 orang jemaah lain yang hendak duduk "betul-betul" di hadapan mereka , kerana ada masa yang panjang lebih kurang 2-3 jam lagi sebelum waktu solat dan adakalanya mereka terpaksa melunjurkan kaki kerana duduk bersila terlalu lama dan boleh menyebabkan kekejangan dan sakit pinggang.
Agak lama juga masa yang diambil utk keluar dr Masjidil Haram selepas waktu Jumaat. Setelah balik ke hotel , aku difahamkan bahawa hari ini jemaah utk solat jumaat telah membuat saf di atas jalanraya sejak dr pukul 11.00 pg lagi hingga mencecah 2 km di atas jalanraya2 yang menuju ke Masjidil Haram dan saf itu bersambung. Itulah kelebihan di sini. Bagi jemaah wanita yang tidak solat jumaat tetapi pergi ke kedai berhampiran Masjidil Haram , ketika hendak pulang ke hotel juga menghadapi kesukaran dan terpaksa menunggu sehingga selesai solat Jumaat kerana di atas jalanraya menuju ke hotel dipenuhi oleh jemaah yang membuat saf dan kurang sopan bagi mereka utk lalu dicelah2 jemaah lelaki. Lautan manusia memenuhi di sekitar Masjidil Haram yang merupakan pengalaman yg sukar dilupakan.
Di mana-mana ceruk sekalipun sekitar Masjidil Haram dipenuhi manusia. Supermarket Ben Dawood yang terletak di Hilton Towers berhadapan dgn Masjidil Haram juga sungguh sesak kerana ramai jemaah persendirian dr negara luar yang membeli keperluan utk dibawa ke Arafah dan Mina nanti. Khemah2 kecil spt yang digunakan oleh anak2 kita semasa aktiviti "camping " di sekolah juga sgt laris di super market ini. Harga makanan dan barangan telah naik berikutan permintaan yang sgt tinggi .
Lautan manusia di laman Kaabah pada waktu malam
Lautan manusia selepas waktu solat Jumaat utk pulang ke tempat penginapan masing2.
|
|
|
|
|
|
|
|
15/12/2007 SABTU (Day 31)
16/12/2007 AHAD (Day 32)
Alhamdulillah, hari yang ditunggu hampir tiba setelah berada hampir 31 hari di tanah suci. Untuk 2 hari ini, kami melakukan persiapan dari segi kelengkapan , mental dan fizikal serta pengetahuan kerana kami akan meninggalkan kota Mekah utk wukuf di Padang Arafah, mabit di Muzalifah dan bermalam di Mina .
Kami dimestikan hadir pada Taklimat Arafah dan Mina yang yang diadakan di hotel penginapan sebagai persiapan dan perkara2 yang perlu dilakukan ketika berada di sana .Melihat kembali "checklist" yang dibekalkan kepada kami . Kami dibekalkan dengan "sticker" penempatan nombor khemah di Arafah dan Mina. Keperluan yang perlu dibawa seperti :
- pakaian utk 4 hari
- buku rekod kesihatan
- buku2 doa /Al-Quran,
- tasbih
- sejadah
- uncang batu
- tuala kecil
- gunting
- lampu suluh
- 1 botol air .
- Wang sekitar 200-300 riyal juga perlu dibawa utk kegunaan keperluan peribadi.
Wuquf di Arafah bermaksud berada di bumi Arafah walau 1 saat sekalipun dalam sebarang keadaan selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.Kita tidak boleh mewakilkan kepada org lain. Bagi jemaah yang sakit dan berada di hospital, mereka akan dibawa ke Arafah dgn menggunakan ambulan. Waktu afdal bagi wuquf ialah sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.
Syarat berwuquf ialah:
- telah berihram dgn niat haji
- tidak gila, mabuk atau hilang akal
- berada di bumi Arafah walau seketika dalam waktu wuquf
Pelbagai amalan2 sunat yang boleh dilakukan semasa wuquf seperti:
- solat berjemaah
- bertalbiah
- berdoa
- berzikir
- membaca Al-Quran
- solat sunat
Jarak antara Mekkah dan Arafah 21.9 km dan dijangka perjalanan mengambil masa antara 2-3 jam. Akan berada di sana lebih kurang 1 1/2 hari dan bertolak ke Muzdalifah utk mabit pula selepas tghmalam 10 Zulhijjah yang jaraknya 8 km dari Arafah. Selepas itu akan bertolak pula ke Mina utk bermalam antara 3-4 hari . Jarak dari Muzdalifah ke Mina 6.9 km.
Kota Mekah telah mula ditinggalkan oleh jemaah haji dari negara2 luar kerana mereka yang berfahaman imam Hambali dan Maliki akan bertolak terus ke Mina dahulu dan apabila tiba 9 Zulhijjah, dari Mina mereka akan ke Padang Arafah. Masjidil Haram mula lenggang sedikit kerana hampir 70 peratus dari jemaah haji berfahaman Maliki dan Hambali. Satu peristiwa yang menarik perhatian ku ialah ketika melihat sekumpulan jemaah dari Afrika sedang memunggah arang yang dibeli dr sebuah kedai utk dibawa ke sana nanti sebagai persediaan utk memasak nanti. Bas2 mula kelihatan sibuk di depan hotel2 utk membawa jemaah ini ke Mina. Bagi kami jemaah Malaysia , dijangkakan bertolak pada 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyyah) bersamaan 17/12/2007 (ISNIN) dan terus ke Arafah.
|
|
|
|
|
|
|
|
17/12/2007 ISNIN (Day 33)
Alhamdulillah, hari ini 17/12/2007 bersamaan 8 Zulhujjah merupakan hari Tarwiyah. Kami dijangkakan bertolak ke Arafah selepas waktu zohor lebih kurang pukul 2.00 ptg. Namun di sini, kita hanya mampu merancang sahaja dan segala ketentuan hanya pada ALLAH. Kami diberitahu bahawa kami hanya akan bertolak ke Arafah selepas waktu Isyak kerana masalah kesesakan jalanraya menuju ke Arafah yang penuh dgn "lautan bas" menyebabkan bas ulang-alik sebanyak 10 buah yang akan membawa kami seramai lebih kurang 2000++ jemaah mengambil masa yang panjang. Ada diantara rakan kami yang telah memakaikan ihram . Jadi aku menangguhkan dahulu niat utk memakai ihram dan berniat haji . Naik semula ke bilik hotel dan berehat kerana ada lagi masa hampir 6 jam sebelum bertolak. 1 jam lagi sebelum bertolak seperti yang dijangkakan, aku melakukan persiapan dgn melakukan perkara2 yang disunatkan sebelum ihram spt :
- mengerat kuku
- merapikan janggut/misai/rambut
- memotong bulu ketiak/ari2 dan sebagainya
- mandi sunat ihram
- mengambil wuduk
- memakai wangi-wangian pada badan
- memakai kain ihram berwarna putih
- solat sunat ihram
Selepas itu menghadap kiblat , melafazkan dan berniat haji , 揝ahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana ALLAH Taala |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #109 rezeki's post
Terima kasih rezeki. Tulisan rezeki mengembalikan semula rasa kerinduan dan nostalgia kepada yang pernah berada di bumi Arafah ini. Padang Arafah yang luas terbentang penuh dengan kesepian ketika kita melewatinya di luar musim haji. Masih setiia menunggu catatan selanjutnya dari rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
Pictures Tells a thousand words!... Congrats! |
|
|
|
|
|
|
|
18/12/2007 SELASA (Day 34) BERSAMAAN 9 ZULHIJJAH
Alhamdulillah, Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Setelah menempatkan beg galas di khemah, terus ke bilik air yang terletak berdekatan dgn khemah. Sejumlah 20 buah bilik air lelaki dan 20 buah bilik air wanita ini yang akan kami gunakan utk lebih kurang 2500 jemaah selama 1 1/2 hari ini. Jadi setiap jemaah mestilah bertimbangrasa semasa menggunakannya kerana tandas adalah terhad.
Bagi jemaah yang kepenatan, ada yang telah melelapkan mata .Ada pula yang berehat di khemah sambil berzikir, bertalbiah dan bermacam2 bentuk ibadat . Aku mengambil keputusan utk ke surau yang disediakan yang beralaskan permaidani di atas padang pasir yang kontang . Aku mengambil peluang pada malam yang indah ini di bumi yang penuh keberkatan utk melakukan ibadat sebaik mungkin kerana peluang , masa dan kesempatan yang datang ini kemungkinan hanya sekali dalam hidup ini kerana aku tidak tahu sampai bila aku akan bernafas dan berada di bumi ALLAH ini. Memperbanyakkan solat tahajjud, solat sunat taubat , solat sunat hajat , di samping berdoa dan bermuhasabah diri.Padang Arafah merupakan tempat yang sebaik-baiknya utk bermuhasabah diri, mengenang dan mengingati kembali apa yang telah aku lakukan selama ini . Adakah aku sebagai hambaNYA telah melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA semasa aku masih hidup dengan sebaiknya ?
Kemudian dgn diketuai oleh seorang guru agama menlakukan Qiamulail sementara menunggu masuk waktu subuh yang dijangkakan 5.29 pagi.
Subuh ini kami beramai-ramai solat secara berjemaah. Dinding khemah dibuka bagi menyambung saf-saf dgn imam. Kemudian diikuti dgn tazkirah. Pagi ini acara bebas bagi jemaah sementara menunggu pukul 10.00 pagi. Aku mengambil kesempatan utk melelapkan mata seketika agar aku segar dan cergas kembali apabila menjelang masa wukuf nanti kerana sepanjang malam tadi aku berjaga.
Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika . Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia ,tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Pukul 11.00 pg melakukan persiapan diri utk wukuf yang dijangka 12.18 tgh. Menjelang waktu wukuf dgn dipimpin oleh beberapa orang guru agama, acara dimulai dgn talbiah dan zikir serta tazkirah .
Masuk sahaja waktu zohor , khutbah pertama dibaca . Setelah selesai diikuti dgn khutbah kedua serentak dgn laugan azan Zohor. Kemudian kami solat zohor dan asar secara jamak takdim tamam .
Khutbah Arafah yang dibaca sungguh meruntun jiwa , menyentuh hati dan perasaan . Dengan nada suara yang merayu dan merintih kepada ALLAH memohon taubat dan keampunanNya Tanpa disedari air mata bergenang dan berlinangan . Ia mengingatkan diri kita sebagai hambaNYA yang kerdil banyak melakukan dosa-dosa , kesilapan dan perkara yang mungkar semasa kita hidup , dosa-dosa yang kita lakukan terhadap kedua ibubapa kita , dosa-dosa terhadap isteri atau suami , anak-anak dan anggota keluarga. Namun masih diberi kesempatan dapat menjadi tetamuNYA dan berpeluang memohon keampunanNYA. Berdoa di bumi Arafah semasa wukuf merupakan salah satu tempat mustajab dan diangkat terus doa itu ke langit.
Kemudian diteruskan lagi dgn Zikir dan Doa Arafah sebagai pengisian wukuf sehingga hampir pukul 5.00 ptg. . Sebelum waktu magrib tiba pada 5.43 ptg , aku berdoa secara bersendirian kerana itulah waktu yang paling afdal utk berdoa ketika berada di bumi Arafah.
Mengerjakan solat magrib dan isyak secara jamak takdim tamam dan seterusnya bersiap-siap pula untuk meninggalkan bumi Arafah yang penuh keberkatan ini menuju ke Mudzalifah .
Melelapkan mata seketika selepas waktu subuh
Besiap sedia sebelum masuk waktu wukuf
Dinding-dinding khemah disingkap supaya saf bersambung dan tidak terputus
Jemaah-jemaah dari negara luar yang bermazhab Hanafi,Hambali dan Maliki datang ke Arafah dari Mina utk berwukuf
dan mereka duduk di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai tanpa bermalam di Arafah
Sistem "Air Cooler " yang menyejukkan khemah
[ Last edited by rezeki at 28-3-2008 07:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
19/12/2007 RABU (Day 35) BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH
Alhamdulillah, selesai sudah salah rukun dalam ibadat haji. Kami masih dalam keadaan berihram lagi. Jemaah mula bertolak ke Mudzalifah menaiki bas mengikut giliran yang ditetapkan .Pada tahun ini , sistem at-Taraddudiah (ulang-alik) diperkenalkan utk membawa jemaah . Kami bertolak lebih kurang pukul 9.00 malam . Jarak perjalanan dari Arafah ke Mudzalifah 8 Km memakan masa hampir 1 jam juga . Kira-kira jam 10.00 kami telah tiba di Mudzalifah, satu kawasan padang pasir yang memanjang yang menempatkan berjuta-juta jemaah . Bermalam (mabit) di Mudzalifah bermaksud berada di bumi Mudzalifah sepanjang malam sehingga pagi atau berada di bumi Mudzalifah seketika selepas tengah malam dan waktunya ialah pada malam 10 Zulhijjah. Ia merupakankan salah satu hokum wajib haji .
Tiada khemah di sana . Hanya kanvas besar yang diletakkan di atas padang pasir yang kering kontang dan beratapkan langit Mudzalifah yang indah dgn disinari oleh lampu limpah . Di kiri kanan kami ialah lebuhraya yang dipenuhi dgn lautan bas yang tidak putus-putus. Kami di tempatkan di kawasan bagi jemaah haji Asia . Kelihatan kumpulan jemaah dr Zahafiz Travel, Rayhar dan byk lagi pakej haji swasta . Kami mengutip 7 anak batu sebagai persiapan utk melontar di Jamratul Aqabah nanti. Kemudian terus melakukan amalan2 sunat yang dituntut semasa berada di Mudzalifah seperti berzikir, berdoa dan solat sunat.
Keletihan mula terasa . Jam menunjukkan hampir pukul 2.00 pagi , namun pergerakan jemaah dari Mudzalifah ke Mina menaiki bas terlalu perlahan. Ada yang terlalu kepenatan tertidur dgn beralaskan khemah, berbantalkan beg dan beratapkan langit. Keadaan ini berterusan sehinggalah hampir masuk waktu subuh. Diam tak diam, hampir 7 jam kami telah berada di Mudzalifah. Apabila waktu subuh tiba, kami menunaikan solat subuh berjemaah di sini dgn membentangkan tikar2 plastik yang dibawa. Hampir pukul 6.00 pagi barulah tiba giliran kami utk menaiki bas dan bertolak ke Mina.
Kami difahamkan bahawa masalah pengangkutan dan kelambatan ini berlaku kerana bas yang diperuntukan kepada jemaah haji Asia telah di 揹iculik |
|
|
|
|
|
|
|
20/12/2007 KHAMIS (Day 36) BERSAMAAN 11 ZULHIJJAH-Hari Tasyrik
Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi pekerjaan wajib haji, iaitu melontar jamratul Aqabah pada Hari Nahar iaitu 10 Zulhijjah. Semuanya berjalan dgn lancar . Jam menunjukan pukul 12.00++ tgh malam Selesai sahaja melakukan lontaran, kami terus bergerak secara perlahan-lahan sambil membaca doa. Anggota tentera yang mengawal kawasan jamrah tidak membenarkan kami berhenti kerana dikhuatiri mengganggu kelancaran pergerakan jemaah lain. Aku mencari tempat yang sesuai dan mengeluarkan gunting utk memotong sekurang-kurang 3 helai rambut dan bertahalul awal, Sekarang lepas 10 dari 13 pantang larang dalam ihram.
Kami beramai-ramai menuruni jalan yang curam di situ sehingga bertemu dgn 2 persimpangan. Satu utk kembali semula ke Mina tempat perkhemahan kami dan satu lagi di sebelah kiri utk menuju ke Mekah. Seramai lebih kurang 500++ org jemaah termasuk kami dgn diketui oleh seorang guru agama THTS mengambil keputusan utk pulang terus ke Mekah dgn berjalan kaki bagi menyempurnakan rukun haji yang lain iaitu tawaf Ifadah dan saei haji utk tahalul thani dan lepas semua 13 pantang larang dalam ihram, manakala jemaah yang selebihnya belok ke persimpangan sebelah kanan dan pulang ke khemah semula. Aku terus menyalin pakaian ihram ku di tepi jalan yang aku bawa bersama tadi iaitu sehelai tracksuit dan t shirt. Jarak perjalanan utk pulang ke Mekah lebih kurang 10-12 km dan jika aku masih memakai kain ihram, nanti dikhuatiri melecet di kedua belah peha kerana perjalanan agak jauh.
Mula-mula kami melalui lebuhraya 2 lorong yang agak besar hanya utk pejalan kaki . Dikiri kanan jalan penuh dgn sampah sarap yang tidak dapat dibayangkan seperti kotak-kotak bekas makanan dan minuman yang disumbang oleh kerajaan Arab Saudi dan orang Perseorangan kepada jamaah haji . (SABIL) Melihat sampah-sarap disepanjang perjalanan pulang ke Mekah menandakan betapa jutaan jemaah yang telah melalui jalan ini utk pulang ke Mekah dgn berjalan kaki. Kemudian memasuki lebuhraya melalui terowong bawah tanah seperti terowong Muaasim yang sgt panjang hingga tidak kelihatan penghujungnya . Hati ku gembira setelah penat berjalan apabila terlihat penghujung terowong tetapi itu hanya penhujung terowong tersebut sebelum memasuki satu lagi terowong. Segala kepenatan dilupakan. Hampir 2 jam lebih berjalan ,akhirnya kami sampai dipenghujung terowong yang penamatnya berhampiran Masjidil Haram melalui tepi kawasan istana Raja yang menghadap Masjidil Haram. Kelihatan ramai anggota tentera lengkap bersenjata mengawal persekitaran Masjidil Haram .
Terus pulang ke hotel penginapan dahulu utk membersihkan diri dan berwuduk lantas keluar kembali ke Masjidil Haram utk melakukan satu rukun haji iaitu tawaf ifadah. Jam menunjukkan hampir 2.45 pagi dan kelihatan ramai jemaah sedang melakukan tawaf.
Hampir 1 jam juga masa yang diambil utk menyempurnakan 7 pusingan tawaf . Pusingan semasa tawaf kadangkala sering terhenti terutama apabila sekumpulan anggota tentera yamg mengepung beberapa orang 搗vip |
|
|
|
|
|
|
|
21/12/2007 JUMAAT (Day 37) BERSAMAAN 12 ZULHIJJAH-Hari Tasyrik
Alhamdulillah, pagi Jumaat yang indah di bumi Mina. Bumi yang penuh dengan keberkatan. Hanya setahun sekali sahaja pada musim haji, bumi ini akan dipenuhi oleh para jemaah yang menjadi tetamu ALLAH.
Dinamakankan Mina kerana di situlah tempat berkumpulnya manusia. Mina terletak antara Mudzalifah dgn Mekah sekitar 7 km. Di sinilah jemaah haji bermabit pada malam 11,12,13 tapi bagi yang bermazhab Hanafi,Hambali dan Maliki mereka mabit di bumi Mina pada 9,11 dan 12 Zulhijjah. Di sinilah Nabi Ibrahim melontar jamrah dan menyembelih kibas sebagai ganti anaknya Nabi Ismail seperti yang diperintahkan oleh ALLAH. Di sini terdapat masjid Khaif dan tempat melontar bagi jamrah.
Surah Al-Nasr juga diturunkan di sini kepada Nabi Muhammad SAW pada Haji perpisahan.
Jamrah dalam bahasa arab membawa maksud batu kerikil kecil. Terdapat 3 jamrah di sini iaitu Jamratul Sughra(jamrah pertma dan kecil), Jamratul Wustha (jamrah kedua ) dan Jamratul Aqabah. Dalam mengerjakan ibadat haji , kita diwajibkan melontar . Melontar jamrah merupakan satu simbolik dalam diri kita untuk menunjukkan penentangan, penghinaan dan permusuhan kita dgn syaitan.
Dalam riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, ketika Nabi Ibrahim menuju jamrah dgn ditemani malaikat Jibril, syaitan menghalangi baginda lalu dilemparkan dgn 7 biji anak batu kecil hingga syaitan tersebut pergi. Tiang yang terdapat di jamrah sebagai tanda tempat munculnya syaitan yang kemudian dilontar dgn batu oleh Nabi Ibrahim. Namun pelbagai kerja penambahbaikan kemudahan di situ telah dijalankan oleh pemerintah Arab Saudi. Kalau dahulu, tiang-tiang jamrah hanya kecil sahaja, tapi sekarang ia telah berubah bentuk seperti kapal layar yang memanjang kerana pada musim-musim haji yang terdahulu, seringkali berlaku insiden yang meragut banyak nyawa ketika melontar jamrah akibat jumlah jemaah yang terlalu ramai. Kini, kemudahan utk melontar baru siap sehingga tingkat 3 dan dijangka akan siap dalam masa beberapa tahun lagi sehingga ke tingkat 5 agar tiada lagi insiden berlaku akibat jumlah jemaah yang mengerjakan haji semakin tahun semakin ramai.
Hari ini waktu melontar bagi jemaah haji Malaysia ialah selepas waktu magrib lebih kurang pukul 7.00 mlm. Jadi hari ini , banyak masa dihabiskan di khemah dgn ibadat-ibadat yang dituntut semasa berada di bumi Mina. Kami juga tidak perlu bersolat Jumaat kerana tidak diwajibkan kepada orang yang sedang melakukan perkerjaan haji bersolat Jumaat. Kami hanya perlu solat Zohor sahaja yang dilakukan secara jamak takdim tamam dgn solat asar. Solat dilakukan secara berjemaah di dalam khemah masing-masing . Pagi ini , aku dan seorang rakanku pergi ke atas jejambat yang berada betul2 di pintu masuk terowong Muaasim menuju kawasan jamrah. Keadaan dipintu masuk sungguh sesak pagi itu kerana ramai jemaah yang hendak pergi melontar dan melakukan nafar awal. Nafar Awal ialah keluar meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah iaitu hari ini dan tidak perlu bermalam lagi di Mina pada keesokkan harinya (13 Zulhijjah). Tapi mereka mesti meninggalkan Mina pada hari ini sebelum terbenam matahari dan telah menyempurnakan semua lontaran di ketiga-tiga jamrah pada 11,12 Zulhijjah dan juga telah mabit di Mina .
SITUASI DI PINTU MASUK TEROWONG MUAASIM YANG PENUH SESAK
Anggota tentera yang mengawal pintu masuk ke kawasan terowong terpakasa bekerja keras bagi menghalang jemaah yang membawa barang-barang larangan seperti beg, khemah dan sebagainya kerana itulah punca berlakunya tragedi yang mengorbankan banyak nyawa sebelum ini . Bagi jemaah yang degil, mereka akan merampas beg yang dibawa dan "melontar" di kawasan tepi pintu masuk terowong.
Situasi di pintu keluar dari terowong menghala kawasan perkhemahan yang tidak sibuk kerana ramai jemaah yang melakukan nafar awal akan terus ke Mekah selepas melontar dan tidak pulang semula ke khemah.
Selepas solat magrib, kami suami isteri dan beberapa orang rakan terus menuju ke kawasan jamrah lebih kurang 3.5 km pergi dan 3.5 km balik. Perjalanan begitu lancar kerana tiada kesesakan yang teruk . Dapat melakukan lontaran di hadapan takungan jamrah dgn sempurna dan terus pulang ke kawasan perkhemahan. Pada malam ini , cuaca sedikit berangin dan agak dingin. Malam ini kami akan mabit utk hari terakhir di bumi Mina dan pada malam ini juga beberapa jemaah terlihat kalimah ALLAH dalam tulisan jawi terbentuk dilangit dari kepulan awan sebagai menunjukan tanda kebesaranNYA.
[ Last edited by rezeki at 26-3-2008 07:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #116 rezeki's post
Baru dua hari rezeki tak berposting, rasa macam dah lama sangat kita ditinggalkan olehnya. Hati dah macam terasa sayu pulak kerana pekerjaan haji rezeki hampir selesai dan mungkin selepas ini gambar-gambar atau cerita-cerita rezeki mula berkurangan.
Fiitrah kehidupan, , seperti kebiasaan yang dilalui oleh setiap insan mengenai sesuatu peristiwa. Begitu juga bagi kita yang mengerjakan haji atau umrah, bila dah kembali ke tanah air dan menjalani rutin harian dengan pelbagai tanggungjawab dan komitmen, kenangan, ketenangan dan kesyahduan yang kita alami dan rasai semasa berada di bumi Makkah dan Madinah akan mula pudar dari ingatan dan dari sehari ke sehari kenangan itu semakin jauh ditinggalkan
Itulah sebabnya saya sangat gembira sekiranya topik umrah atau pengalaman haji dan umrah seperti ini sentiasa berada di antara kita kerana ianya dapat mengembalikan ingatan dan kerinduan kita dengan tanah suci ini sebelum kita dapat menjejakkan kaki semula ke sana ,Insya Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
wah..bestnyer bila dapat ingat balik citer2 kat sana.... thx sebab gambo2 tur mengembalikan memori..... saya tak banyak dapat tangkap gambo sebab strict sket.... maybe sebab pompuan kut.... larangan tur ketat.. takut kita tangkap gambo pompuan tak bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
sebak aku tgk thread nih....
terutama ayat: 'Ya Allah. Dari jauh kami dtg......dengan membawa segala dosa... n bla bla bla....'..
bila la rezeki aku nk sampai ke sana.... InsyaAllah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|