CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: VernMrManager

~~ 1st Wedding Anniversary CT & DK ~~

[Copy link]
Post time 27-8-2007 01:22 AM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 27-8-2007 01:21 AM



habislah kita bertiga kene pancung kredit pasal mengata dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by adie82 at 26-8-2007 01:22 AM


off topic

mcm tak tersusun je start menu ko jz!!!!!


ya rabbi...MIRC pun ada lagik dlm PC... .
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by VernMrManager at 25-8-2007 06:09 AM
Last last I pakai suit sutra berbelang hitam emas, direka oleh Jovian Mandagie. Flared bell-bottom, sesuailah dengan tema majlis.

http://i243.photobucket.com/albums/ff267/khalidctanniversa ...

Fasah ku cayang p0n adee
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 10:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 12:35 PM | Show all posts

Siti-Datuk K raikan cinta...

Siti-Datuk K raikan cinta...
dari mstar.com.my

27-08-2007 11:48:00 AM
oleh WAHIDA ASRANI  

"Kita semua dijadikan di dalam dunia ini berpasangan dan hari ini saya gembira kerana pasangan saya ada di sebelah saya," - itulah luahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada majlis sambutan ulangtahun pertama perkahwinannya dan suami, Datuk Khalid Mohammad Jiwa yang diadakan di Hotel One World, Bandar Utama, Jumaat lalu.

Terasa begitu pantas masa berlalu. Pastinya ramai yang masih mengingati tarikh 21 Ogos tahun lalu di mana penyanyi pujaan ramai ini selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya itu dengan mendapat liputan media yang cukup hebat.

Begitu juga dengan dua buah majlis persandingan pasangan ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan di kampung halaman Siti, Kuala Lipis, Pahang di mana perkahwinan mereka turut dinobatkan oleh banyak pihak sebagai Wedding of the Year.

Mungkin bagi sesetengah pihak, usia setahun itu masih terlalu awal dan banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi di alam perkahwinan ini. Malah, bagi Siti sendiri, dia tidak menafikan perkara itu ada benarnya.

Namun, bagi penyanyi berusia 28 tahun ini, ulangtahun pertama di dalam sesebuah perkahwinan sebenarnya amat istimewa.


Siti dan suami, Datuk K tiba di majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)

"Ramai orang cakap, ulangtahun yang pertama patut diraikan. Sebab itu kami adakan majlis ini. Kami nak buat majlis ini secara santai sahaja, tetapi tidak sangka pula jadi 'grand' macam ni.

"Pada 20 Ogos lalu, kami sempat juga buat kenduri kesyukuran dan majlis hari ini pula sengaja kami lakukan pada hari Jumaat, supaya lebih diberkati.

"Walau bagaimanapun, saya sedar perjalanan masih jauh dan saya akan cuba jaga hubungan ini hingga ke akhir hayat," kata Siti yang kelihatan anggun dengan dress rekaan Datuk Bernard Chandran.

Bertemakan retro, tidak dinafikan walaupun majlis ulangtahun pertama perkahwinan pasangan ini dijalankan di dalam suasana yang sederhana, tetapi ia tetap meriah lebih-lebih lagi rata-rata tetamu hadir mengikut tema yang ditetapkan.

Majlis yang dihoskan oleh Ally Iskandar itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, termasuklah ibubapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik, abang dan kakak iparnya, Ayie dan Rozie serta adik perempuannya, Siti Saerah.

Mereka juga ditemani ibu Khalid, Zainab Hanapi, tiga orang anaknya, Mohd Adib, 16, Mohd Ashraf, 14, dan Mohd Azif, 9 serta kakak Khalid sendiri, Zaiton Mohammad Jiwa yang menjadi antara 'orang penting' majlis tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah kenalan pasangan tersebut, termasuklah rakan-rakan artis seperti Ning Baizura dan tunang, Chris, Linda Onn, Fahrin Ahmad, Hans Isaac, Fasha Sandha, Ezlynn, Hattan dan Juliza Adlizan.


Acara memotong kek turut disertai oleh ibubapa Siti yang juga bakal menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-39 pada 28 Ogos ini (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)

Selain dihiburkan dengan persembahan oleh artis-artis seperti Fazli Zainal, Ning, Hattan, kumpulan Lips, Amir Sofaz dan pelajar-pelajar MyStarz LG, majlis malam itu turut bertukar kepada suasana romantis tatkala koleksi peribadi gambar pasangan ini ditayangkan di skrin besar dengan diiringi lagu-lagu yang cukup membuai jiwa.

Terbukti, masih utuh kasih sayang antara mereka walaupun alam rumahtangga pasangan ini belum lagi dilengkapi dengan cahayamata.

Begitu juga dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan buat pasangan ini sepanjang setahun usia perkahwinan mereka, tidak langsung dilihat menjejaskan rumahtangga mereka. Begitulah kuatnya 'penangan' cinta Siti dan Datuk K!

Pada acara memotong kek, pasangan tersebut juga disertai oleh ibubapa Siti yang juga bakal menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-39 pada 28 Ogos ini.

"Memang tidak sangka langsung majlis ulangtahun kami boleh jadi semeriah ini. Selain untuk menyambut anniversary, kami juga adakan majlis ini sebagai tanda terima kasih kami kepada semua yang terlibat pada majlis perkahwinan kami tahun lalu," kata Khalid.

Siti sendiri turut menyanyikan beberapa buah lagu di akhir majlis tersebut, antaranya I Will Always Love You dan Mencintaimu.

"Saya ingat nak berehat saja malam ini, tetapi memang betul la kalau sudah jadi penyanyi, memang kena menyanyi juga tidak kiralah di mana pun," ujar Siti berseloroh.

Tarudin Ismail (bapa Siti):

"Semoga panjang umur, murah rezeki dan semoga dianugerahkan tuhan dengan cahayamata."

Zainab Hanapi (ibu Khalid):

"Semoga dipanjangkan umur dan kalau boleh, Mak nak sangat terima cucu cepat-cepat."
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 12:50 PM | Show all posts

bravo dato k misai power

kita minta pulak datauk nyanyi bersama siti dalam satu album. bleh tak. mesti ada peminat punya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2007 01:40 PM | Show all posts

Reply #2 exinco's post

what?..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 12:04 AM | Show all posts
Penjelasan Pihak SitiZone
Written by SitiZone Admin   
Tuesday, 28 August 2007
Pertama sekali pihak SitiZone ingin memohon ribuan maaf jika ada di antara pemenang peraduan di SitiZone yang tidak mendapat emel pemberitahuan tentang kejayaan mereka terpilih ke majlis ulangtahun perkahwinan Dato' Khalid dan Dato' Siti Nurhaliza. Justeru kami mohon maaf di atas perkara ini kerana setelah diteliti ianya harus kami terangkan di sini supaya isu ini dapat diperjelaskan dan tidak ada salah faham di mana-mana pihak.

Pihak SitiZone telahpun memilih 5 orang pemenang bertuah untuk peraduan ucapan terbaik dan setiap seorang pemenang dibenarkan membawa seorang teman. Ini bermakna 10 orang terpilih untuk menghadiri majlis tersebut. (Ia tidak termasuk 10 orang pemenang peraduan ulangtahun SitiZone ke 2, mereka yang terpilih 10 orang dan jumlahnya menjadi 20 orang bersama teman. Hanya seorang sahaja yang tidak dapat hadir ke majlis ini kerana berada di luar negara dan seorang lagi memberitahu ketidakhadirannya pada keesokan harinya atas sebab-sebab tertentu. Kesemua pemenang ini berjaya dihubungi melalui emel yang dihantar pada 22 Ogos, sekitar jam 2 petang).

Bagi kelima-lima pemenang peraduan ucapan pula, emel mereka juga telah dihantar pada 22 Ogos, sekitar waktu yang sama. Tidak timbul soal kami menghantar emel lewat kepada mereka. Memandangkan kelima-lima pemenang ini masih tidak membalas emel kepada SitiZone, pihak kami akhirnya mengambil keputusan untuk menyiarkan emel mereka di SitiZone. Justeru pihak kami tidak tahu mengapa semua pemenang tidak menghubungi kami sedangkan emel telah dihantar pada 22 Ogos. Selain itu di peti 'sent item' emel kami juga telah menerima mesej bahawa kesemua pemenang telah mendapat emel daripada kami.

Jika ini satu kesilapan, mungkin dari segi teknikal, tetapi pihak SitiZone memang telah menghantar emel kepada kelima-lima pemenang pada 22 Ogos dan kami mengambil keputusan menyiarkan emel mereka di SitiZone kerana pihak SitiZone masih tidak menerima balasan emel dari pemenang.

Dalam soal ini, kami mohon maaf tetapi kami telah berusaha yang terbaik dan tidak menyangka perkara yang sebaliknya berlaku. Kepada semua pemenang peraduan ucapan, kami mohon agar anda berpuas hati dengan penjelasan ini. InsyaAllah jika ada majlis lain nanti, kami akan cuba hubungi anda lagi. Terima kasih.

Team SitiZone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 12:08 AM | Show all posts

Reply #108 calmille's post

sitizone patutnye hantar emel DAN paparkan emel tersebut kat sitizone pada hari yang sama. fan siti slalunye check sitizone untuk makluman lanjut berkenaan isu tertentu.

next time, sitizone patut invite pemenang2 yg tak dpt hadir hari tu mcm heisebeno utk event2 akan dtg
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 08:01 AM | Show all posts
naper tak call jer..takder no phone ker...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:31 AM | Show all posts
huhuhu
grandnyer la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by kate_lost at 29-8-2007 08:01 AM
naper tak call jer..takder no phone ker...


peminat2 dia dok hulu
takdak no phone
tak dapat dikontek
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 06:13 PM | Show all posts

Reply #110 kate_lost's post

sbb masuk peraduan tu x yah kasi no tel, just emel jer pape pon dah lepas dah isu ni, sitizone akan contact heisebeno utk event akan dtg
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by kate_lost at 27-8-2007 10:09 AM
http://i43.photobucket.com/albums/e359/kate_lost/tokt12.jpg


comelnya Erah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 29-8-2007 06:31 PM


comelnya Erah


CT la tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 01:39 AM | Show all posts

Reply #115 peacefrog's post

Erah la...:@ :@ :@ :@

CT tukang tangkap pic Erah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.860280 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list