|
[Gambar Siti / Siti @ Ch. 72] ~ CT @ Grammy
[Copy link]
|
|
x sabar haku nak tgk appearance siti nnt! |
|
|
|
|
|
|
|
harap jgn ct wat rambut mcm abp hari tuh.nampak lagi tembam lah ct
kalau mekap mcm ms dia sanding tuh, fuh!lawa sgt!! :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Terkedu aku masa baca paper ari nih...napa ler jadi mcm nih..??..:@:@
Suaminya, Datuk K juga adalah antara orang yang bertanggungjawab memberikan idea untuk rekaan tersebut.
"Dulu baju yang Radzuan buat untuk Siti ketika menang Artis Berpakaian Paling Cantik itu juga ada melibatkan idea suami Siti.
"Kali ini, dia ada juga bagi sedikit idea tetapi memang kami beri kebebasan juga pada Bernard," jelas Siti yang juga sekaligus akan menyambut Hari Kekasih bersama suaminya di sana nanti.
HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap
keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.
Hari yang dikenali sebagai Valentineˇs Day atau Hari
Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk
mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan
masing-masing. Maka pada 14hb Februari
pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai
pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah
ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya
adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan
kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat
sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang
bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan
kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat
Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini
namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh
itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas
sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat
menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta
bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan
agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak
ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum
menyambutnya adalah haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #102 mawar_pinky's post
mekap masa persandingan tu mmg top gler, suke sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Siti gets red carpet invite
by JOE LEE
DATUK Siti Nurhaliza a giddy, star-struck fan. No way.
But when she graces the red carpet of the 49th Annual Grammy Awards at the Staples Centre in Los Angeles on Feb 11 (Monday morning in Malaysia), Siti will have nothing but stars in her eyes as she rubs shoulders with the world抯 biggest music stars like Beyonce, Red Hot Chilli Peppers, Justin Timberlake, James Blunt and Rihanna.
揥hat will I do? I抣l probably get my picture taken with them or ask for an autograph, |
|
|
|
|
|
|
|
Siti ke acara karpet merah Anugerah Grammy Ahad ini
2007-02-06 11:50:45.0
Bagaikan sebuah mimpi indah apabila Datuk Siti Nurhaliza apabila diundang berjalan seiring dengan selebriti terkenal Mariah Carey, Alicia Keys, Christine Aguilera, Jamie Fox dan ramai lagi di acara karpet merah Anugerah Grammy ke 49, yang akan berlangsung Ahad ini di STAPLES Center, Los Angeles.
Tapi inilah tuah insan kerdil yang bernama Siti Nurhaliza. Penghormatan yang julung-julung kali diterima oleh sebarang penyanyi tersohor di rantau ini bakal membuka mata selebriti terkenal antarabangsa terhadap insan bernama Siti Nurhaliza.
Dan semuanya berlaku secara kebetulan saja. Mulanya, Siti hanya memenangi dua tiket ke anugerah tersebut pada bulan Mac tahun lepas ketika terpilih sebagai Artis Berpakaian Paling Cantik di acara Ritz Carlton "Breakfast With The Stars" atas tajaan Star World.
Disebabkan namanya adalah ikon di rantau ini, Star World telah membuat cadangan agar Siti dimasukkan sekali ke acara karpet merah.
Dan pada hari Sabtu ini, penyanyi No 1 Malaysia ini akan berlepas ke Los Angeles, ditemani suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, juru mekap Nurul Shukor dan pengurus produksi, Saiful Kadri.
Penyanyi jelita ini mengaku cukup teruja dengan jemputan yang diterima ke acara berprestij itu.
"Tak sangka pula, Star World sudi membuat cadangan agar Siti berjalan di atas karpet merah di acara Grammys itu," jelas penyanyi di dalam perbualan telefon lewat petang semalam.
Siti yang menjadi idola ribuan peminat itu akan mengenakan pakaian berwarna hitam putih dari kain jenis Channel yang dibelinya dari London baru-baru ini.
"Siti telahpun memberi kain itu kepada Datuk Bernard Chandran. Siti serahkan pada dia bagaimana nak design baju Siti. Yang Siti tahu, konsepnya bercorak conservative with a modern touch dan berpotongan ala kebaya pendek serta berkerawang. Siti pun belum sempat lagi pergi fitting," jelas penyanyi anggun itu.
Bagi Siti, kehadirannya ke acara anugerah tersebut bagaikan satu lagi mimpi indah yang akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
"Siti bersyukur, dapat pergipun dah best sangat, tambahan pula dipelawa jalan atas red carpet. Memang tak sangka lah. Lagipun selama ini nama-nama ini Siti cuma tengok kat TV saja," kata Siti yang begitu mengkagumi penyanyi Celine Dion, Christine Aguilera dan Mariah Carey.
Siti juga akan membawa bersamanya cenderahati untuk diberi kepada mereka yang berkenaan.
"Siti memang selalu membawa cenderamata begini apabila pergi ke luar negara untuk menghadiri acara hiburan," jelas penyanyi bersuara merdu itu lagi yang akan menginap di Renaissance Hollywood Hotel, berhampiran dengan Grauman抯 Chinese Theater dan Kodak Theatre.
Pemergiannya yang akan ditemani suami tercinta juga membuat hatinya bertambah teruja.
"Suami Siti amat ambil berat tentang karier Siti tambahan pula kalau Siti mendapat pencapaian begini. Dia caring dan memahami perjalanan karier Siti tapi dia tidak suka diberi publisiti. Cukuplah sekadar di belakang tabir sebagai penyokong," kata Siti lagi.
Pasangan bahagia ini khabarnya akan berada di Los Angeles selama lima hari sebelum bertolak ke Vancouver "untuk melawat seorang teman".
Khabarnya juga, Siti dan Datuk K akan mengambil cuti selama dua minggu sebelum pulang ke tanah air pada 20 Februari nanti.
Siti lebih rileks sekarang
Siti mengaku kehidupannya sebagai penyanyi "agak rileks" kebelakangan ini kerana dia tidak mengambil semua show yang ditawarkan.
"Siti dah slow down banyak. Kalau dulu memang banyak show Siti ambil, sekarang ni cuma satu show untuk satu minggu. Alhamdulillah, kehidupan begini yang Siti idamkan selama ini, dapat rileks bersama keluarga dan memberi tumpuan kepada rumahtangga," katanya lagi.
Walalupun begitu, Siti tetap memenuhi tuntutan dan tanggungjawabnya sebagai Duta Oil of Olay dan Pantene dengan memberi komitmen seperti yang dipersetujui.
"Siti akan mula sibuk pada bulan April nanti untuk Secretaries Week. Siti belum tahu lagi tawaran yang mana satu Siti akan ambil, semuanya terpulang kepada kesesuaian masa," kata Siti yang bercadang membuat album baru tahun ini.
Siti juga akan masuk studio pada bulan April nanti untuk pembikinan album barunya yang berbentuk pop tradisional di bawah penerbitan syarikat Siti Nurhaliza Productions (SNP) Sdn Bhd.
"Kak Rozie banyak membantu Siti membuat pemilihan lagu. Beberapa komposer sudahpun memberi lagu mereka seperti Ayob, Pak Ngah dan komposer Indonesia Katon," jelasnya.
Selepas pembikinan album tradisional ini nanti, Siti bercadang untuk membuat satu lagi album "Tribute To Legend" untuk semua komposer lagenda di tanah air kita seperti Datuk Ahmad Nawab, M.Nasir dan Zubir Ali.
"Siti dah lama minat dengan ciptaan komposer-komposer ini. Tentus eronok kan menyanyikan lagu-lagu nostalgia ciptaan mereka," kata Siti.
Di sebalik kebahagiaan yang tercipta, bukan sedikit yang cuba memberikan gambaran begatif pada rumahtangga Siti dan Datuk K. Gosip dan fitnah silih berganti dan datang bertali arus.
"Siti doakan Tuhan bukakan pintu hati mereka supaya berubah. Tiada apa yang dapat mengubah apa-apa sekali pun melainkan dengan izinNya. Memang Siti dah dengar banyak cerita-cerita burok tapi Siti dah lali dan anggap ia berlaku kerana penyakit hati," kata Siti yang semakin menampakkan kematangannya.
Menurut Siti, dia dan suaminya akan tersenyum setiapkali terbaca gosip atau fitnah tentang diri mereka.
"Datuk tersenyum saja. Dia cuma kata "dia orang ni semua tak ada kerja kut"," kata Siti.
Siti ikon di rantau ini
Bagi Nini Yusof, Pembantu Timbalan Presiden Pengedaran & Pemasaran Star TV Asia Tenggara, pemilihan Siti untuk acara karpet merah pada anugerah Grammys nanti "adalah tepat dan paling wajar kerana Sitilah satu-satunya ikon yang disayangi ramai di rantau ini."
"Ketika saya memberitahu Siti pada hari Ahad lepas yang dia terpilih untuk acara karpet merah, dia kedengaran begitu gembira sekali," ujar Nini dalam perbualan telefon dari Singapura hari ini.
Nini juga begitu gembira yang Siti turut terpilih, sekaligus meletakkan harapan yang bukan sedikit ke atas penyanyi bersuara merdu ini.
"Siti amat popular bukan saja di sini tetapi juga di Indonesia dan Singapura. Dia sememangnya layak diberi penghargaan sebegini. Kami akan menghantar krew Channel V seramai tiga orang dan dibantu oleh krew tempatan di LA.
"Kami akan membuat liputan bagi acara Anugerah tersebut dan semua footages ini akan disiarkan secara ekslusif pada akhir bulan Februari di rangkaian Star World," jelas Nini yang akan bertemu Siti pada hari Rabu ini untuk berbincang persediaan ke anugerah Grammys itu.
Bagi Nini, Star World sudah menyediakan satu platform yang terbaik bagi Siti mengenalkan dirinya di peringkat antarabangsa, selebihnya terpulanglah kepada Siti sendiri.
"Sekiranya pakaian yang dipakainya mendapat perhatian paparazi di sana, kemungkinan mereka akan memberi perhatian kepadanya," jelas Nini.
Menurut Nini lagi, "6 tahun dulu, orang tidak berapa kenal Elizabeth Hurley tetapi disebabkan pakaian Versace yang dikenakan begitu cantik sehinggakan semua orang memperkatakan tentang Elizabeth selepas itu. Harap-harap Siti pun akan mengalami keadaan yang sama," jelas Nini lagi.
Acara red carpet itu akan memakan masa selama 30 minit namun Nini yakin keterampilan dan kebijaksanaan gabungan Siti dan Bernard Chandran, ramai mata akan terpaku melihat kelibat Siti di karpet merah itu nanti.
"Siti cuma perlu untuk menarik perhatian media di sana. Kalau mereka suka apa yang Siti pakai dan penampilan Siti yang anggun dan memukau, sudah tentu mereka akan memberi perhatian kepadanya," kata Nini lagi.
Satu sidang akhbar untuk pengumuman Siti ke Anugerah Grammys akan diadakan pada hari esok, jam 3 petang bertempat di Presidential Suite, Hotel JW Marriot. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks Eddy fYI....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LaMia_aiMaL at 8-2-2007 08:08 PM
Terkedu aku masa baca paper ari nih...napa ler jadi mcm nih..??..:@:@
Suaminya, Datuk K juga adalah antara orang yang bertanggungjawab memberikan idea untuk rekaan tersebut.
"Dulu baju ...
tang valentine day tu x yah nak persoalkan..mmg benda tu haram tp dh cam budaya kita jer....
so saper yg tau pasal hukum dia tu better la x yah celebrate..n kalo sesaper yg x tau tu beteer kita inform kat diorg...sama la kes siti nie....even dia calebrate ngan husband dia nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by wizardLy_boy at 8-2-2007 08:50 PM
thanks Eddy fYI.......
time kacih..bykkan info baru yg diperolehi dlm artikel tue..
album tribute pencipta lagu, pakaian CT kat grammy konservatif moden hitam putih, CT n suami nak gi vancouver pastue..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 kate_lost's post
baju tu ok la, mcm lebih kurang ngan baju masa mtv asia awards..tapi siti tak sejuk ke nnt? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #111 calmille's post
sejuk??dk kan leh peluk!!panas la balikk... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa impian CT utk bertemu Celina Dion tidak akan tercapai kerana kemungkinan besar Celine tidak akan menghadiri anugerah Grammy kali ini krana sibut dgn jadual konsertnye di Las Vegas... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #113 ColbyRaikkonen's post
tp mcm simple sangat kan? tapi kalau over2 plak, mesti anti2 mengutuk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by calmille at 9-2-2007 08:19 PM
tp mcm simple sangat kan? tapi kalau over2 plak, mesti anti2 mengutuk
ala..... kalau siti pakai jubah sekalipun mesti anti mengutuk punyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by calmille at 9-2-2007 08:19 PM
tp mcm simple sangat kan? tapi kalau over2 plak, mesti anti2 mengutuk
cantik gak
tapi
mungkin bahagian depan ada lagi tak tunjuk...
remember.. the kerawang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn masuk list worst dress on the red carpet dah le... US magazines suke sgt wat list2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #119 JAY-Z's post
mmg simple sgt laa, harap2 siti ubah fikiran amek baju lain, tapi still color hitam putih |
|
|
|
|
|
|
| |
|