|
wah... porum berwajah baru la... |
|
|
|
|
|
|
|
taman meynan BD
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku tau taman ni kat mana :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #103 Gemukkkkkkk's post
;) lalalalalala... ada owang tue.. pi parking keta dekat2 jeti.... takmo parking kat taman neh... :jeler: :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 BabeYSHa's post
sapa? moh kita gelakkan dia :lol  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 Gemukkkkkkk's post
:jeler: Mentang2 naik keta wira... kemain haaa... Gamaknya kalo naik keta Myvi kee.. Mau tak pandang pun pekan BD neh... :jeling: :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Ni gambor umah mak mertua teman wehhhhh, alamat dia NO. 122F, Jln Pasar Bagan Datoh, sapa2 udah tersesat kat sana boleh singgah wehhhhhhh, mak mertua aku ok weh boleh bawak bersembang, x kira sapa dtg mesti di jamu ngan goreng pisang & ubi kayu, kdg2 kalu terlebih siap dibungkus bawak balik
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #107 TUKANGKEBUN's post
ikan bakar takde ke? :bgrin: wah, demand pulak aku ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #108 Gemukkkkkkk's post
ikan bakar ada, sebab ikan murah je kat pasar , 1 kilo dlm Rm 5.00 je, fresh lagi wehhhhhhh
tapi ko bakar sendiri la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #109 TUKANGKEBUN's post
:bgrin: aku tak reti he he he.. reti makan je.. :lol |
|
|
|
|
|
|
|
inilah kubur pekan BD yg aku kata cantik tu, yg dkt sebelah rumah mak mentua aku wehhhhhhhh
[ Last edited by TUKANGKEBUN at 12-1-2007 09:10 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
uish bgn datoh udah kebawah.. |
|
|
|
|
|
|
|
JETI BAGAN DATOH AKAN DIBANGUNKAN... RUANGAN PEJALAN KAKI AKAN DITARUH BUMBUNG DAN AKAN DIPERBAHARUI LAGIK. CUMA RUANGAN LEPAK2 TUE MCM BIASA JE...
SHEMALAM BOSS BESAR DATANG.... WAHH.. ARTIS SUAM2 KUKU BARD (GENRE ROCK) PUN DATANG... NNTI HAKU TARUH GAMBAQ DIA..... SHEMALAM DAPEK POSTER BELIAU.. VCD TAK DAPEK PUN.. LAM TIBI NAMPAK GARANG DAN BESAR.. KAT LUAR.. PERGH!! LEH TAHAN ENSEM.. WALOPONG TAK BRAPA POPULAR, LEPAS NEH LEH LAA TK USHAR2...SEBAB INI WORANG AKAN KERAP KE SINIK..
RASA HAKU DIA WAT KEJA SAMBILAN AS PHOTOGRAPHER...
:dia: http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0212083925/Article/
[ Last edited by BabeYSHa at 15-2-2007 10:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #111 TUKANGKEBUN's post
tgk air parit tu...jernih je... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BabeYSHa at 15-2-2007 10:47 AM
JETI BAGAN DATOH AKAN DIBANGUNKAN... RUANGAN PEJALAN KAKI AKAN DITARUH BUMBUNG DAN AKAN DIPERBAHARUI LAGIK. CUMA RUANGAN LEPAK2 TUE MCM BIASA JE...
SHEMALAM BOSS BESAR DATANG.... WAHH.. ARTIS ...
m. daud kilau tak dtg ke... huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #116 shahx's post
tak larat nak terjumpak |
|
|
|
|
|
|
|
minggu depan Cuti Sekolah weh seminggu dari 10 - 17 Mac 2007
aku balik Bagan Datoh wehhhhhhh
sapa nak pekena MEE SOTO free jumpa aku kat Jeti Sabtu nanti
udah 3 bulan aku x balik Bgn, rindu rasanya lambaian nyor ngan hembusan air kuala Bgn Datoh |
|
|
|
|
|
|
Shadow03 This user has been deleted
|
Reply #73 TUKANGKEBUN's post
TK,
Assalamualaikum. Baru masuk board ni...gmbr ko amik tu bekas umah ipar mak mertua ako...wakakaka. Rumah mak mertua ako betul2 sebolah umah tu arna biru. Kalo ko tanya mak mertua ko musti dia kenai. Hajjah Ramlah...arwah pak mertua ako Hj Salleh....silap2 saudara mara wakakaka. |
|
|
|
|
|
|
|
salam orang bagan datuk
saja nak war-war org bagan datuk dan kawasan yang sewaktu dengannya..
tentang orang tua ni...dia org bagan datuk..dah berpuluh tahun duk petaling jaya..
bekas rakan sekerja teman masa jaman mude belia dulu..
orang tua ni pada masa dolu2 aktif aktiviti lasak spt memanjat gunung.rock climbing dll lah.. dia lah yang paling tua toben di kalangan kami yang muda belia..
udah pencen ni...kerojenye buat sarung keris dan parang ajelah...
PENGUKIR SARUNG SENJATA MELAYU
Pengukir sarung senjata Melayu Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected] 
MENGUKIR hulu parang berbentuk kepala burung.
| Sampul lakukan kerja mengikut gerak hati dan tidak pernah mempunyai guru dalam seni membuat sarung parang daripada kayu
MOHD Sampul Din, 66. Namanya saja sudah cukup unik dan menarik, apatah lagi warga emas ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang boleh dikongsi bersama.
Istilah sampul itu sendiri jika mengikut istilah Kamus Dewan merujuk kepada sarung, pembungkus atau penyalut.
Nama itu sebenarnya sinonim dengan kemahiran yang dimiliki Sampul atau lebih dikenali dengan panggilan Atuk di kalangan penduduk Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Ia memang sesuai dengan kemahirannya membuat sarung parang, pisau dan keris yang siap lengkap dengan ukiran seni Melayu dengan pelbagai corak dan tema serta bergantung kepada permintaan pelanggan.
Itulah kelebihannya yang tidak diwarisi tetapi dipelajari sendiri, hasil minat dan mencuba kehendak hati hingga berjaya menghasilkan ukiran seni yang boleh dibanggakan.
Walaupun tidak mempunyai guru dalam seni membuat sarung parang daripada kayu, Sampul mengakui dia bekerja mengikut gerak hati dan terus mencuba sehingga ke tahap sekarang iaitu mampu untuk menerima tempahan.
“Ini anugerah Allah. Tiada ahli keluarga yang membuat kerja ini, saya tak mewarisi daripada sesiapa, sekadar mencuba dan menjadi. Jadi, saya teruskan minat hingga ke hari ini.
“Mungkin kebetulan, nama Sampul, buat kerja pun dalam bidang berkaitan sarung parang,” katanya tersenyum.
Datuk kepada enam cucu ini menjadikan ruang kecil di tepi rumahnya sebagai bengkel bekerja menyiapkan tempahan. Kebiasaannya, ia lebih kepada hulu dan sarung pisau serta parang yang digunakan untuk melapah lembu dan memotong daging.
Sarung keris pula lebih banyak digunakan untuk perhiasan. Walaupun beliau tidak membuat sendiri senjata berkenaan tetapi bersedia mengambil tempahan pelanggan dan akan menghantarnya ke bengkel membuat senjata di Kuala Selangor, Selangor.
Peralatan yang digunakannya cukup mudah iaitu gergaji, beberapa bilah pisau kecil, kertas pasir dan tin semburan pewarna asli khas untuk kayu.
Mengenai idea corak ukiran, bekas pekerja kilang ini menjelaskan ia bergantung kepada permintaan pelanggan tetapi kebiasaannya mereka lebih sukakan kepada corak yang sedia ada atau dibuat oleh Sampul.
“Susah nak cakap pasal idea corak ini. Ia boleh datang tiba-tiba. Kadangkala dalam tandas pun boleh datang ilham, duduk minum kopi dan atas motosikal pun boleh dapat.
“Bila dapat idea, saya akan terus lakarkan dalam buku, nanti hilang dalam ingatan. Bila dah ada idea, baru boleh mengukir sebab dah ada panduan dan asas nak buat,” katanya sambil menunjukkan sebuah buku nota berisi pelbagai lukisan dan corak lakaran sendiri.
Pembuat sarung parang juga harus bijak memilih jenis kayu bagi memastikan bertepatan dengan pilihan pelanggan kerana setiap jenis kayu mempunyai corak serta warna tersendiri yang berbeza sekali gus menjadikannya lebih ekslusif.
Kebanyakan kayu yang digunakan ialah jenis Surian, Rengas, Ciku, Cempedak, Meranti Bunga dan Menireh. Kayu itu diperoleh atau dibeli daripada rakan di sekitar Selangor. Kayu pilihan popular jenis Surian dibelinya di Lenggong, Perak.
“Kayu Surian paling mahal dan cantik manakala kayu Menireh memberikan pelanggan lebih banyak pilihan kerana warnanya bercampur aduk tetapi menarik. Jika disembur pewarna khas, coraknya akan lebih jelas,” katanya.
Setiap tempahan biasanya akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan disebabkan kesibukan Sampul membantu hal keluarga termasuk menguruskan cucu yang tinggal bersamanya. Jika dibuat berterusan, ia boleh disiapkan dalam masa dua hingga tiga hari.
Tegasnya, walaupun ada pelanggan yang hanya berminat dengan sarung tanpa corak, beliau tetap teliti dengan kerjanya bagi memastikan corak kayu asli kekal dan warnanya menyerlah selepas digosok dan diwarnakan.
“Kita perlu sembur cat sekurang-kurangnya tiga kali. Setiap kali selepas mengecat, mesti digosok dengan kertas pasir halus dan ia dilakukan berterusan,” katanya.
Selain mahir dalam menyediakan sarung parang secara tradisional, Sampul juga berkebolehan membuat sangkar burung dan perangkap burung untuk dijual.
Info
Sarung parang dan pisau
Tema corak ukiran hulu dan sarung parang atau pisau:
Harimau
Naga
Batik
Tumbuhan
Harga tempahan
Antara RM200 hingga RM400 sepasang.
Gam hulu keris: diperbuat daripada kopi dan pulut hitam atau putih.

Profil
Mohd Sampul Din
Usia: 66
Tarikh lahir: 1943
Asal: Bagan Datoh, Perak
Isteri: Sabi Manan, 57,
Anak:
Mimi Zalila, 32
Sharul Nizan, 31
Zulkiflee, 30
Nazarina, 23
Cucu: 6 orang
Pendidikan:
Sekolah Sungai Batang, Bagan Datoh, Perak (1957)
Sekolah Batu 20, Bagan Pasir Laut, Bagan Datoh, Perak (1958)
Nota: sesiapa yg berminat buat tempahan sarung keris.parang boleh pm teman...
terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|