CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: milanhawkin

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 31-1-2007 08:16 AM | Show all posts

cepat la sambung.. PLEASSSSSSS...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 12:32 PM | Show all posts
woit milan...awat pendek sgt.....dah le lama aku nunggu....cpat ler smbg...:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 01:46 PM | Show all posts

Reply #102 thah's post

amboi thah
ko siap taruk pisau kat leher si milan tus...
huahahhahahah
cayalah...
milan, jgn ko majuk lak..tanak sambung
nanti nanti aku plak yg :@
huahhahahha
alamak, jahat ler kita nie thah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 02:21 PM | Show all posts
aku dah lama nunggu tau....ltih jer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2007 02:57 PM | Show all posts
alaa.. kowang nih... jgn ler marah kat milan. no worries guys/girls, hari jumaat ni milan akan postkan byk2 kat sini mkay?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2007 03:20 PM | Show all posts
thydiva said: am here to apologize to all for late posts. as milan said, this friday she'll post more. I really thank you all for the spent time to read this story. Appreciate it very, very much.


VERSI SELINGAN

MILA
Duhai sayang
Kaulah nadi hidupku
Nyawa cintaku
Biar begitu jauh kau lemparkan hati ini
Ia kan tetap mengekorimu
Andai cinta itu adalah pengorbanan
Percayalah kasih, akan kukorbankan segalanya
Jika cinta itu kebahagiaan
Akan kusinari hidupmu dengan senyuman
Namun, andai kata cinta itu bermaksud melepaskan
Maafkanku sayang
Aku takkan pernah melakukan itu
Bukan madah beracun yg kuhamparkan
Sekadar puisi rindu ulaman kalbu
Kini
Untuk apa lagi cinta ini kupertahankan
Untuk apa kasih ini diperjudikan
Andai dirimu tak mahu menjadi milikku


AMIRUL
Jauh kuhanyutkan duri perasaan ini
Kuregut akar lalang rindu ini
Yang terus membaja dan mekar
Demi tuhan, aku tak rela
Cinta ini bukan untukmu kusandarkan
Pun tanpa sedar
Jasadku makin mendekat
Hatiku makin teringin
Puas aku berlari
Rebahnya aku ke sisimu jua
Mungkinkah silap aku menduga
Lafaz ucap yg kau berikan
Adakah itu yg sebenar
Kurindukan?


DANI
Pertama kali ini
Jiwaku digugat
Bentengku digegar
Mataku dipaku
Mindaku terjerat
Sungguh aku terpukau
Olehmu intan terbuang
Oleh sinar matamu yg kudamba
Oleh senyummu yg kuimpi
Oleh tawamu yg kupuja
Andai waktu itu milikku
Kuputar ia menjadi mimpi
Dan bangunmu
Hanya akan ada aku
Bersama segunung cinta di hati
Percayalah intan
Kau dilahirkan untukku
Datanglah sayang
Datanglah ke dalam dakapanku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2007 03:47 PM | Show all posts

Macam Amirul dah mula menyukai Mila...
Lmbtnya hari Jumaat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 05:15 PM | Show all posts
mcm amirul dah nak kat mila tp mcm mila plak yg xnak....ntah2 b'paling kat dani kot...yelah laki mcm 2 perangai...suka2 hati dia jer...
milan,ko kena post bnyk2 ari jumaat ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 05:18 PM | Show all posts
sabar lah hati menunggu arie jumaat nie....sambung banyak2 tau...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 06:16 PM | Show all posts
hihihihi...aku wase si mila mmg dah nak majuk kot nanti2..
yea aaa
pipi dia dah ksik, si mirul plak duk juih2, tak nak...adusss, klu aku, aku pon tak sanggup duk sesaja gitu..malu. mila pon ada maruah dia...issssshhhhhhhhh
semenyer salah mirul ler ngan awek dia yg uuuuuuuppppssssss kereks tussss...

jgn marah aaaaaaaaaaaaaaa...
am waiting for ur post milan... harap nyer ber post post...huahahhahha...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 08:25 AM | Show all posts
cepat lah sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 09:14 AM | Show all posts
udah ari jumaat ni. bila nak sambung?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 11:09 AM | Show all posts

Reply #110 shah_jehan's post

btul 2 aku stuju.....

cepat milan smbg...aku nunggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 12:00 PM | Show all posts
dah jumaat dah nie...
hihihihi...
teori aku aaa
milan saja je simpan post dia
sebab dia nk post kul 11.59mlm nie , still lg valid, janji jumaat
kujam ko milan.. kijam...
  huhuhuh
sampai ati ko milan....
ko duk mesia gakkan? ari kita sama kan.. , jgn marah aaa milan klu kitorang nie  nampk cm tak penyabarnyer....
hiihihi sebab mmg tak sabar pon. ko jea aaa pengubat hati, pengarang jantung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 12:07 PM | Show all posts
Bab 15

   Sya dah pulang. Kata2 itu berputar2 di mindanya. Sudah beberapa malam dia tak dapat melelapkan mata bila teringatkan ayat keramat itu. Sya sudah pulang. Pulang ke Malaysia. Pulang pada Amirul. Inilah saat yg paling tidak diingininya. Dia merasa takut. Takut pada kenyataan yg bakal terjadi.
   Sya, maafkan aku. Aku bersalah pada kau.
   Dapatkah Syalinda memaafkannya jika dia tahu perkara sebenar? Tidakkah Pn Soraya dan En Zulkifli akan memberitahu anak mereka? Pastilah dia akan disalahkan dalam hal ini. Bukankah dia yg bersetuju untuk berkahwin dengan Amirul biarpun dihalang? Bagaimana mahu diterangkan pada Syalinda tentang ini?
   Dan Amirul... Lelaki itu terus saja pulang dari Genting sebaik saja mendengar perkhabaran itu dari Dani. Apa yg akan terjadi pada perkahwinan mereka? Pasti Amirul masih mahu memiliki Syalinda. Pasti dia akan memaafkan perbuatan Syalinda. Bagaimana dengan aku pula? Akankah aku di... Tidak. Ya Allah, tolonglah selamatkan cintaku ini.
   Mila mengeluh lagi. Tudungnya dirapikan kembali bila sedar ada helaian rambut yg terkeluar. Dia mengerling ke arah jam dinding di bilik pejabatnya. Sudah pukul 1.00 petang. Waktu untuk lunch tapi dia tak terasa lapar langsung. Tapi, perut perlu diisi.
   "Mila, makan" Hani, teman sepejabat Mila berdiri di pintu.
   "Ah, OK. Kejap ye, aku kemaskan meja" Mila kembali menyusun beberapa fail yg berterabur di atas mejanya.
   "OK, I抣l wait. Err...aku nak tanya sikit boleh tak?"
   Mila memandang Hani yg sudah duduk di kerusi di hadapannya dengan kening sedikit terangkat.
   "Apa dia?"
   "Kau dah kahwin ek?"
   "Huh??" Macam mana minah ni boleh tahu?
   "Tu" Mata Hani menunjuk ke arah cincin di jari manis Mila. Jemarinya menyentuh cincin permata satu di jarinya. Cincin ini... milik Sya. Hatinya tiba2 terasa pedih. Pedih yg amat sangat hingga tanpa sedar tangannya menekan dadanya.
   "Eh, kenapa ni?"
   Mila tersentak, kemudiannya tersenyum lemah.
   "Takde apa. Sorry. Ini sebenarnya cincin kahwin mak aku. Aku baru jer pakai" Mila berkalih kata.
Mulut Hani membentuk huruf 'O' walaupun sebenarnya sedikit ragu dengan penjelasan dari gadis itu.
   "Ehem!" Kedua mereka berpaling serentak pada suara yg baru muncul itu. Dani terpacak dengan segaknya di muka pintu dengan sejambak bunga di tangannya. Apa pula yg mamat ni buat kat sini? Dan macam mana dia boleh tahu aku kerja kat sini?
   "D..Dani..."
   "Hi. Sorry kalau saya kacau awak. I came here to ask you to accompany me for lunch. Boleh?" pelawa Dani, tersenyum memandang Mila yg kelihatan benar2 terkejut. Dani memandang sekilas pada Hani, menganggukkan kepalanya lalu terus berjalan mendapatkan Mila. Terlopong mulut Hani memandang jejaka tampan itu. Hairan, macam mana perempuan biasa macam Mila ni boleh dapat lelaki tampan macam lelaki itu? Ini nak kena belajar ni, desis Hani sambil tersenyum simpul pada jejaka berkenaan.
   "Or you抳e got another plan already?" Dani terus2an merenung wajah Mila.
   "Eh, tak.. takde... saya just berborak jer dgn dia. Er.. Oklah Mila. Aku jalan dulu. Bye!" Hani bergegas keluar setelah menghadiahkan sebuah senyuman penuh makna pada Mila. Mila memandang hampa. Ingatkan boleh ajak jadi teman, takdelah nampak sangat keluar berdua.
   "For you" Dani menghulurkan jambangan bunga ros merah itu pada Mila. Dengan teragak2 Mila menyambutnya.
   "Awak ni... membazir aje" ucap Mila sambil mencium haruman bunga ros. Ini kali pertama seseorang menghadiahkan bunga padanya. Sedikit sebanyak, terasa gembira juga hatinya.
   "Shall we?"
   Uhh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 12:16 PM | Show all posts
alaaa pendeknyer... uhuk2...sabar menanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2007 12:16 PM | Show all posts
Bab 16

   "Sayang, you marah I lagi ke?" manja suara Syalinda menerpa ke telinganya. Dia jadi rindu tiba2 pada kemanjaan gadis itu. Namun ditahan hatinya agar terus teguh. Sekurang2nya biar sampai seminggu dua. Biar dia rasakan apa yg aku rasa dulu.
   Amirul merenung wajah Syalinda. Tidak dinafikan, mereka memang sepadan. Syalinda begitu jelita, menawan dan tampak begitu elegan dengan gaun labuh warna hitam. Dari dulu juga, Syalinda amat mementingkan penampilan agar sentiasa nampak cantik dan bergaya. Apalagi setelah dia bergelar model terkenal.
   "Please Mirul, stop being mad at me. I know what I did was wrong. I cuma nak cari kepastian tentang hubungan kita. I just wanna know whether we really meant for each other" jelas Syalinda lagi. Tangannya memaut lengan Amirul dengan lembut. Amirul hanya membiarkan. Matanya dialihkan, memandang pada gerombolan manusia yg semakin membanjiri KLCC. Malah dia juga sedar ada beberapa pasang mata memerhatikan mereka. Atau lebih tepat lagi, memerhatikan Syalinda.
   Amirul bermain2 dengan straw minumannya. Aisnya juga sudah semakin menghilang. Kemudian dia membuang pandang pada tasik di hadapan mereka. Begitu ramai manusia yg terdiri dari pelbagai bangsa sama2 menikmati keindahan taman itu. Di sini nampaknya lebih ramai bangsa asing yg singgah. Ada yg mengambil gambar ke sana ke mari. Ada juga yg sekadar melihat2.
   "Mirul, please dont do this to me. Cukuplah dengan rajuk you tu. Say something, please" Syalinda masih tak berputus asa. Hati kekasihnya itu mesti ditawan kembali. Tangannya mengelus lembut bahu Amirul, cuba menarik perhatian lelaki itu padanya. Sejak dari tadi, Amirul sedikit pun tidak membuka mulut. Malah sejak dia memberanikan diri menelefon Amirul, lelaki itu hanya mengatakan bersetuju untuk berjumpa dengannya tanpa emosi.
   Sungguh dia tahu dia bersalah pada Amirul. Hilangnya bukan bermakna dia tidak lagi cintakan Amirul. Tidak sama sekali! Malah seluruh kasih dan sayangnya hanya tertumpu pada Amirul. Lelaki yg dikenali sejak di sekolah. Bibit cinta yg disemai dari alam remaja terus mekar hingga dewasa. Amirullah cinta pertama dan terakhirnya. Dia takkan mungkin mencintai lelaki lain. Malah cintanya tak pernah surut untuk lelaki itu.
   Syalinda mengimbas kembali kenangan pada seminggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung. Dia bertemu Mila, sahabat lamanya yg dianggap seperti saudara sendiri meskipun kerap kali ibunya melarang dia bersahabat dengan gadis itu. Dia percaya pada Mila, pada nasihat dan cadangannya. Selama mereka berkawan, Mila memang byk membantunya. Baik dari segi akademik mahupun kehidupan.
   "Mila, tolong aku. Aku makin keliru dengan perasaan aku sendiri"
   "Apa yg kau keliru? Cubalah cerita kat aku. Maybe aku boleh tolong"
   "I love him, I do. Cuma kebelakangan ni, aku rasa keliru sangat. Confuse sangat. Aku tiba2 terfikir betulkah dia tu jodoh aku yg sebenarnya"
   "Apa maksud kau?"
   "Aku kenal dengan dia sejak di bangku sekolah lagi. Lepas tu, aku memang tak berkawan dengan org lain lagi. Hidup aku hanya bersama dia saja. Aku memang tak berpeluang nak berkawan dengan org lain. Dia terlalu cemburu"
   "Baguslah. Cemburu kan tandanya sayang"
   "Tapi, kalau aku tak kawan dengan org lain, macam mana aku nak tahu dia tu sememangnya untuk aku? Bagaimana kalau selepas kami kahwin, kami tak bahagia?"
   "Kalau dah jodoh kau, kau lari macam mana pun, kau akan tetap kahwin dengan dia. Bahagia? Setiap hubungan tu kan ada pasang surutnya. Kehidupan berumahtangga pun macam tu juga. Takkanlah bahagia sentiasa. Memang akan ada saatnya kau akan bergaduh, sakit hati dan sengsara. Tapi semua tu kan ujian Allah. Selagi kau teguh dan yakin pada dia, InsyaAllah, semua tu akan diatasi dengan mudah. Aku takkan cakap bila kau kahwin dengan dia, kau akan sentiasa bahagia, gembira. Tapi setiap kesusahan yg kau alami dengan dia akan merapatkan lagi hubungan korang"
   Sebab itulah dia hormatkan Mila. Nasihat Mila sentiasa berasaskan realiti. Difikirkan memang ada betulnya kata2 Mila itu. Mana ada pasangan yg tiada dilanda masalah. Dia dan Amirul juga kerap bertengkar, dari hal yg remeh temeh hinggalah ke perkara yg besar. Namun hingga sekarang dia masih bersama lelaki itu, cintanya juga masih pada Amirul.
   "Aku tak tahu la. Aku rasa, aku perlukan lebih masa untuk fikirkan pasal perkahwinan ni. Lagipula, dia cakap dia tak mahu aku jadi model lagi. Dia tak suka kongsi aku dengan org lain. But I also love modelling. Aku tak sanggup nak lepaskan career aku buat masa ni"
   "Apa salahnya kau tak jadi model. Bukan tadi kau cakap kau sayang dia ker? Takkan ini pun kau tak boleh buat demi dia?"
   "Kau tak faham Mila. Dari dulu aku cuma ada bakat untuk jadi model saja. Aku cuma ada rupa. Aku tak sebijak kau. Malah, bila aku jadi model, aku rasakan I am born to do this. Aku tak boleh nak lepaskan macam tu aje"
   "Compromise la, Sya"
   "Entahlah. Aku cuma rasa aku tak bersedia untuk hadapi semua ni"
   "Beginilah, nasihat aku, mungkin kau boleh tangguhkan majlis ni. Kau pergi la bercuti kat mana2 for a week or two, tenangkan fikiran and think about this all over again. Think deeply, Sya. Make your decision, stick with it and come back here. That抯 all I can say. Tapi make sure la kau bincang dulu dengan bakal laki kau tu"
   "Good idea. Thanks Mil"
   "Aku harap kau buat keputusan yg betul..."

   Salahnya kerana dia tak maklumkan perkara itu pada Amirul, tentang keputusannya untuk memikirkan semua ini kembali. Salahnya kerana dia lari begitu saja. Memang dia bersalah, tapi kalau Amirul benar2 cintakannya, takkan dia tak boleh memaafkan kesalahannya itu?
   "Mirul, sayang. I dah fikir pasal benda ni. Pasal perkahwinan kita. Akhirnya I sedar yg I takkan dapat hidup tanpa you. You抮e everything to me. So, sekarang I dah betul2 bersedia untuk kahwin dengan you. I promise, kali ni I takkan lari lagi. I memang dah nekad nak kahwin dengan you. And I akan tinggalkan kerjaya I untuk you"
   Amirul berpaling, kali ini merenung wajah gadis kesayangannya dengan lama, seakan mencari kepastian.
   "Senangnya you bercakap" dengus Amirul, kembali memalingkan wajahnya.
   "Sayang, I dah minta maaf ni. Takkan you sikit pun tak boleh maafkan I?" Hati Syalinda meruntun. Risau tiba2 jika Amirul tak mahu menerimanya kembali.
   "You dah kira tinggalkan I. It should be over between us. Lagipun you ingat I akan pinang you semula?!" Amirul masih jual mahal.
   Bibir Syalinda bergetar. Sesak rasa nafasnya. Betulkah Amirul takkan menerimanya?
   "Tttapi... sayang..."
   "Have you talk to your parents about this?" soal Amirul, membuatkan Syalinda menggigit bibir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 12:22 PM | Show all posts
Bab 17

   "Mila! Dani?" Syalinda bergegas mendapatkan pasangan yg baru memasuki KLCC. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Syalinda. Syalinda memeluk Mila dengan gemas. Cemas bercampur gembira. Cemas dengan persoalan yg dibangkitkan Amirul tadi, namun agak gembira bila berjumpa temannya.
   "Mila, where have you been? Bila aku balik sini, aku terus cari kau. Kau dah pindah ke? Apsal aku pergi rumah kau hari tu kau takde? And what are you guys doing here?" bertalu2 Syalinda menyoal. Mila pula seakan baru terlihat sesuatu yg menakutkan. Terasa tiada darah yg mengalir dalam badannya. Apalagi bila terpaksa berdepan dengan Amirul.
   "Korang ni dah berbaik ker?" Dani pula bersuara. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Entah apa yg seronok sangat.
   "Mestilah. My darling takkan marah lama2 kat I" bohong Syalinda, memaut lengan Amirul dengan mesra. Amirul tersengih sambil tangannya melingkar pada pinggang ramping Syalinda. Pun begitu, matanya tak lepas dari memandang wanita bertudung di hadapannya. Mahu melihat reaksi Mila.
   "Dani, are you trying to tackle Mila? Watch out ya, my friend ni mmg susah nak dipikat. Sebab tu la sampai sekarang pun takde boyfriend" Syalinda mengenyit mata pada Mila. Gadis itu hanya mampu tersenyum nipis. Kenapalah hari ini banyak sangat kejutannya? Tadi Dani, sekarang Syalinda bersama Amirul pula. Dahlah tu, siap berpeluk sakan lagi depan aku. Tak guna punya laki! Mila menggumam di dalam hati.
   "Trying to, hehe... Actually kitaorg ni nak gi makan. Tak sangka jumpa korang kat sini. Wanna join us?" Dani berbasa-basi. Sebenarnya dia mahu bersendirian dengan Mila. Mahu mengenali gadis itu dengan mendalam. Lalu dia berharap Amirul faham dengan lirikan yg diberikan.
   "Oh, we were just..."
   "OK jer. We抣l join you. Kan sayang?" potong Amirul sambil mengelus lembut rambut Syalinda yg panjang dan lurus itu. Hati Mila semakin membara dengan kelakuan Amirul.
   Syalinda agak tercengang dengan tindakan Amirul. Bukankah mereka baru saja selesai makan? Namun dia hanya mengikut saja langkah Amirul. Dani pula sedikit bengang bila rancangannya terganggu. Mila pula makin gelisah dengan drama ini.
   "Tak sangka Mila ni kawan you, ye Sya. What a small, small world. So you taulah Mila ni kakak angkat Alia. Currently staying with Mirul抯 family" Dari mana si Dani ni dapat byk sangat information pasal aku ni? Ah, sudah...
   "Really? Well, Mirul definitely didnt say anything about it. So does Mila" Syalinda mula terasa ada yg tidak kena. Sejak bila pula temannya ini mengenali Alia, adik Amirul? Dan kenapa pula Mila menetap di rumah Amirul? Syalinda mengerling pada Amirul, yg buat2 tak dengar.
   "Err.. everybody, pls excuse me. Saya nak ke 'ladies' kejap" Mila segera bangun meninggalkan meja. Sungguh dia gelisah. Cemas. Habislah aku bila balik ke rumah nanti, fikir Mila.
   Namun sebenarnya dia perlu menghadapi semua itu lebih awal. Sebaik saja keluar dari bilik air, tangannya disambar dan tubuhnya ditolak ke dinding. Sakit!
   "Aqim..."
   "What the hell are you trying to do?" bisik Amirul, keras. Matanya dicerlung ke arah Mila. Wajahnya begitu dekat, begitu garang.
   "Aqim, saya... saya..." kecut perutnya melihat rupa Amirul.
   "Apa kau buat dengan Dani? Nak perangkap dia pula?" ketus suara Amirul. Kedua lengannya masih lagi mencengkam erat tangan Mila hingga gadis itu meringis kesakitan.
   "Saya tak buat apa2. Dia... dia cuma ajak saya makan. Itu jer. Aqim, sakit..." keluh Mila. Kenapa Amirul melayannya sebegini rupa?
   Amirul cepat2 melepaskan Mila bila seorang gadis keluar dari bilik air restoran tersebut.
   "Kau dengar sini baik2. Jangan cuba nak bongkarkan rahsia ni pada mereka, especially Sya. We continue this at home. Balik awal" Amirul menamatkan perbualan mereka dengan melangkah pergi. Mila mengusap tangannya yg kemerahan dengan air mata bergenang di tubir matanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 12:24 PM | Show all posts
mak aii... kowang ni... tak sabonyerrrr...

nak post kat sini dah la kena edit balik, tu yg lambat tuh. milan tak kisah kowang nak psiko kan milan ni pasal milan mmg dah psiko

tu 3 entry tu byk dak? byk kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 12:29 PM | Show all posts
kalo ikut kan tak cukup 3 entry tu.....makin best citer nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061101 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list