|
Kursus Ilmu Ikhwan Ahir Zaman *mesti baca*(darul arqam makam al kazab)
[Copy link]
|
|
Originally posted by snipersnake at 2-12-2006 08:30 PM
huih, siap anto sms ugut Jakim lagik? perggh!
Kita tak pasti siapa yang hantar sms? Mungkin pegawai Jakim ker, pegawai Jais ker atau snipersnake ker?Atau sesiapa jer ler. Sebab belum terbukti dari mana datang sms.
Yang TV3 pi siarkan laporan yang tak masuk akai buat apa? Penonton boleh menilai. Mereka bukan bebudak kecik lagik.
Boleh menrima bulat2 apa yang TV3 siarkan.
[ Last edited by janggutmuda at 2-12-2006 08:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.... sikit demi sikit...ghehehehe! |
|
|
|
|
|
|
|
paper pagi Ahad
Dalam Negeri
Pegawai JAIS terima SMS perlekeh usaha perangi ajaran sesat
SHAH ALAM 2 Dis |
|
|
|
|
|
|
|
SIFAT-SIFAT PERJUANGAN KEBENARAN
Perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu sifatnya sama, dari dahulu hingga sekarang. Tempatnya berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama. Apa yang berlaku kepada pejuang-pejuang Islam atau pejuang-pejuang kebenaran pada setiap zaman juga sama. Ini kerana apa yang diperjuangkan ialah Tuhan yang sama, prinsip yang sama dan syariat yang sama.
Oleh yang demikian perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu, kalau ianya benar-benar mengikut lunas-lunas dan landasan Islam yang sebenar dan dilaksanakan tepat mengikut cara yang Allah mahu, maka sifatnya pasti sama dengan perjuangan Islam di sepanjang zaman. Kalau ini tidak berlaku, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan perjuangan tersebut ataupun perjuangan tersebut tidak tepat dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala.
Di antara sifat-sifat perjuangan itu ialah:
• Sentiasa diuji
Ujiannya berat. Namun demikian, ia tidak menjejaskan perjuangan. Ia setakat menapis dan menyaring pejuang-pejuangnya untuk menambah kekuatan.
• Mendapat bantuan ghaib
Berlaku berbagai-bagai bantuan bagi mengatasi ujian-ujian tersebut seperti Firasat, Yakazah, Hatif dan sebagainya yang berbentuk Khawariqul `adah (perkara yang mencarik adat atau di luar logik). Bagi para rasul dinamakan mukijzat, bagi para wali dinamakan karamah dan bagi orang-orang soleh dinamakan maunah. Maunah selalunya disandarkan kepada karamah. Bantuan-bantuan inilah merupakan hiburan di dalam menempuh ujian yang menimpa.
• Berlaku tapisan dan saringan
Pada pertengahan jalan dalam perjuangan, akan terdapat ramai pengikut. Pengikut yang ramai ini akan tertapis dan tersaring hingga tinggal sedikit. Kemenangan akan berlaku selepas saringan ini. Perjuangan kebenaran tidak pernah menang ketika mereka ramai.
• Tuhanlah yang mengalahkan musuh
Yang mengalahkan musuh bukan para pejuang tetapi Tuhan sendiri. Tuhanlah yang mengalahkan musuh supaya rasa kehambaan tetap kekal di hati para pejuang, dan Allah itu nampak Hebat dan Penuh Berkuasa.
• Faktor kemenangan adalah iman dan taqwa
Dalam perjuangan Islam atau kebenaran ada usaha lahir dan ada usaha rohaniah. Usaha lahir ialah seperti menggunakan tenaga, mencari kekuatan kewangan dan aset. Ini dinamakan "quwwah". Tetapi ini hanyalah sepuluh peratus 10% dari usaha keseluruhan. Usaha rohaniah, iaitu mengusahakan iman dan taqwa adalah 90% dari usaha keseluruhan. Iman dan taqwa inilah faktor utama bagi kemenangan perjuangan kebenaran.
• Mempunyai kekuatan melebihi manusia biasa
Dalam perjuangan kebenaran ada nisbah kelebihan kekuatan 1:10. Di dalam Al-Quran ada disebut nisbah 1:20. Ini melibatkan tenaga manusia, masa, modal dan wang ringgit. Seorang pejuang kebenaran mampu melaksanakan kerja sepuluh kali ganda melebihi seorang pejuang kebatilan. Kalau pejuang kebatilan mengambil masa setahun untuk membuat sesuatu kerja, pejuang kebenaran hanya perlu satu bulan sahaja. Kalau pejuang kebatilan memerlukan modal RM100,000, pejuang kebenaran hanya memerlukan RM10,000 sahaja untuk menegakkan projek yang sama.
• Jalannya tetap dan jelas
Perjuangan kebenaran itu tetap dan jelas. Jalan perjuangannya juga tetap dan jelas. Tidak ada pakatan-pakatan. Tidak ada kompromi-kompromi. Tidak ada terima separuh, tolak separuh. Tidak ada ambil separuh, tinggal separuh. Perjuangan adalah tetap di jalan Allah dan di jalan kebenaran. Justeru itu, sejarah perjuangan kebenaran mesti digunakan sebagai panduan kerana ianya sentiasa berulang. Kalau perjuangan kita tidak mengikut sifat-sifat perjuangan kebenaran seperti yang dipaparkan oleh sejarah dan oleh Al Quran itu sendiri, maka tahulah kita bahawa kita sudah banyak tersasar dari perjuangan yang sebenar sama ada pada niatnya, pada perlaksanaannya, pada natijahnya, ataupun kita telah mengabaikan perkara-perkara yang pokok dan asas di dalam agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
penampilan
Nabi dan Rasul = berwajah tampan dan menarik
Assaari = berwajah huduh, gigi tak teratur dan air liur mengalir. Mustahil tuhan menurunkan pembela agamanya seorang yang wajahnya tak berdaya untuk menarik manusia lain.
mmm..... mcm nak setuju jek with this state
Everytime i see his pic, i see a huge snake with mouth widely open!
Ampun Ya Allah! Bukan nak menghina, but just cannot help myself to have this kinda feeling!!! Really tried to avoid his pic during preggy.
Ya ALLAH! Sebarkanlah HIDAYAHMU ke seluruh alam :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HOTlips at 3-12-2006 09:46 AM
Ya ALLAH! Sebarkanlah HIDAYAHMU ke seluruh alam ...
:setuju::setuju:
Heran ya? Kenapa ramai sangat tertarik dan taksub pada Ustaz Ashaari?
Kenapa tak ikut menteri lepasan Phd bidang agama? kenapa tak taksub pada Pengarah Jakim? Kenapa berlakon kat TDM dan Pak Lah?
Alih-alih pada Ustaz Ashaari yang tiada apa2 kelulusan mereka dengki? |
|
|
|
|
|
|
|
Bersabda RSAW "Akan keluar satu kaum di akhir zaman orang-orang muda yang berfahaman buruk. Mereka banyak mengucapkan perkataan ''khairilbariyah'' (maksudnya fadhilat, firman Tuhan dan hadis nabi). Iman mereka tidak melebihi kerongkong mereka. Meerka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya. Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu lawanlah mereka.
Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari |
|
|
|
|
|
|
|
ERM, LARIK LAGIK ASAARI YER
berani kerana BENAR, takut kerana SALAH
nampak sgt la. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguih jugak laman web tu.
Berkata benarlah walau pun pahit.
:pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
benar ke tuh? mereka pon dok kata tak mahu hidupkan kembali arqam] :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 4-12-2006 09:02 AM
benar ke tuh? mereka pon dok kata tak mahu hidupkan kembali arqam] :lol
Mereka bukan hidup kembali Arqam.
Mereka cuba dalam bidang perniagaan tanpa Riba. Jadi tertubuhlah Rufaqa. |
|
|
|
|
|
|
muslimbest This user has been deleted
|
Originally posted by Hari2mau at 4-12-2006 09:31 AM
Mereka bukan hidup kembali Arqam.
Mereka cuba dalam bidang perniagaan tanpa Riba. Jadi tertubuhlah Rufaqa.
aku sambung sket :
dengan tujuan utk cover line atas penipuan - penipuan arqam dan asaari. ahli2 rapakak plak akan kerje kat luar dan bg gaji kat asaari. korang duk tangung mcm2 utang tp asaari dok banglo senang lenang cuci kepala korang tiap2 hari.
ape baza asaari dgn ayahpin dan haji kahar? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muslimbest at 4-12-2006 11:45 AM
aku sambung sket :
dengan tujuan utk cover line atas penipuan - penipuan arqam dan asaari. ahli2 rapakak plak akan kerje kat luar dan bg gaji kat asaari. korang duk tangung mcm2 utang tp asa ...
semua tu sesuailah dengan konsep sufi/ tarekat dan messiah (penyelamat)
buang dunia dan hapus semua kepentingan diri dan hak atau harta peribadi
kerja kuat untuk jemaah dan perjuangan.... :bgrin:
konsep perniagaan rufaqa tak boleh jalan kalau takda amalan aurad muhammadiyah, pemuda tamim dan konsep messiah imam mahadi.
cuba cabut salah satu atau ketiga2nya... rufaqa akan gugur macam buah nangka busuk.
[ Last edited by petola at 4-12-2006 01:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
iyer ke untuk jemaah?
http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 1203234035/Article/
Berdasarkan rekod itu, Ashaari adalah pemegang saham terbesar dalam Rufaqa Corporation dengan sejumlah 332,500 saham berbanding Mohamad Abu Bakar (40,000 saham) dan Fakhrur Razi Shahri (52,500).
:lol
tak habis2 depa punya takiyyah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tok_imam at 5-12-2006 07:23 AM
Walau pun aku sebagai simpati,belum pernah ada kenyataan pehak Rufaqa yang buat Takiyah. Kalau pehak Syiah buat tahi kiyah tak tahu ler aku.Sebab tu akhlak dia orang merosot.
:
[quote]"...Telah timbul tuduhan mengatakan bahawa anggota-anggota Darul Arqam dan saya sendiri mempercayai, bahawa Syeikh Muhammad al-Suhaimi yang meninggal di Kelang, Selangor dalam tahun 1924 akan hidup semula, dan akan menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman. Sebagai orang Islam kita dikehendaki berpegang dengan jaran al-Quran danHadith dan berpandukan ijmak ulama dan qiyas. Saya sebagai mudir Yayasan al-Arqam, tidak pernah memberitahu atau mengajar mana-mana anggota Darul Arqam supaya berkeyakinan sedemikian. Dengan itu, tuduhan tersebut adalah tidak benar malahan ia merupakan fitnah semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
muslimbest This user has been deleted
|
Eksklusif: Ashaari nafi hidup semula al-Arqam
Oleh Norfatimah Ahmad
Keluarga pekerja Rufaqa tak amal Aurad Muhammadiah
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Rufaqa Corporation Sdn Bhd, Ashaari Muhammad, menafikan beliau menggunakan syarikat itu sebagai saluran untuk menghidupkan semula al-Arqam yang diharamkan kerajaan pada 1994.
Ashaari, 69, mendakwa beliau tidak pernah berhasrat dan tidak akan menghidupkan kembali kumpulan al-Arqam yang diasaskannya pada awal 1970-an itu kerana sudah benar-benar insaf serta serik.
Malah, Ashaari yang kini menghidap penyakit kronik 憁ulti stroke |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 30-11-2006 05:13 PM
buktikan kesampahan blog yg ada AYAT QURAN DAN HADIS TU aku cabar
ayuh, kita mulakan!:pmuka:
lebih elok dari bersandarkan ini :
itu b ...
Setakat tepek ayat Quran dan hadis...Yahudi pun boleh buat.
Tapi isi dan ulasannya sampah...ha ha ha ha... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 4-12-2006 05:55 PM
Setakat tepek ayat Quran dan hadis...Yahudi pun boleh buat.
Tapi isi dan ulasannya sampah...ha ha ha ha...
ye lah, isi tafsiran ulama2 lain mana ada gambaran tentang kedudukan New york bakal direbut Putrajaya, tentang pengikut2 buaya Assaari yang diramal menjadi pemimpin2 dunia di bawah pimpinan bani jawi, mana ada tentang ramalan2 yang membangkitkan nafsu gila kedudukan dan perasaan bangga, serta membuai2 jiwa pengikut Aqram/rupakak yang tidak berakal. Sekurang2nya budak2 yang masih kecil akalnya dibuai dengan kisah2 bed time stories, geng2 rupakak yang akal dan akhlak yang rendah pun suka dengar tafsiran Quran khayalan Assaari. At least ada juga bahan untuk berhibur... |
|
|
|
|
|
|
|
betul laguys, org yahudi pon boleh tepek ayat quran dan hadis. malangnya asaari dan sebondon2 konco2nya yg islam (aku rasa la) pon tak leh tepek dan hayati ayat quran dan hadis tuh.
hehe, biasa la guys, dah takleh nak counter, sebab pemikiran CETEK, mcm tiu la. kurang2 aku tepek hadis dan ayat quran, bukan sajak bodoh dari seorang alkazab wa dajjal.
silap aku la, tanya mesin fotostat, dia apa tau. :lol.
insyallah, kali nih asaari tak leh larik mana dah ;) hehehe.
bagus guys, reply la mcm nih lagik, biar org sumer tgk 'kecerdikan' anak didik asaari. tgk camner depa takleh nak kata apa ;).
post lagik, post lagik.si mawar ngan tatie dah ilangk kurang ada gak aku sparring partner, setakat water boy aku tak layan :lol
[ Last edited by snipersnake at 5-12-2006 11:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|