|
APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05
[Copy link]
|
|
Originally posted by Guys at 24-3-2005 09:51 PM:
heh heh..tepuk dada tanya iman, di forum ni bleh le kona2 tapi hati kecil sendiri tak bleh bohong atas dasar apa sesuatu signature tu dibuat..
:lol sapa yg fit description tuh guys, cita skit kat aku ? :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 24-3-2005 09:55 PM:
Dah le awk pun tak yah nak tegak benang yg basah tu...ckp je la awk tu sokong syiah meskipun secara indirect....tak yah kona2...pikir dalam2.
:lol pi belajar beza ayat tanya ngan ayat penyata, kat sekolah kerajaan selalu ada ajar :lol |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa pelik betul laa...... kalau islam tu, sokong al-Quran dah laa.... nie dok gaduh sesama sendiri..... :gila: |
|
|
|
|
|
|
|
syurga di tapak kaki ibu....?! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mianyi at 25-3-2005 10:26 PM:
Ko dah belajar ker ayat2 tu... Dulu ko pun ada sebut kemaluan besar untuk membawa maksud malu besar. Itu pun tak tahu nak beza kemaluan besar dengan malu besar...??
Buat malu kat budak2 s ...
Jangan buat fitnah! Yang tulis kemaluan besar tu mulanya aku bukan snipersnake. Kalau nak tahu seni menulis eloklah belajar lagi selok belok gaya penulisan. Kau tak tahu ker ayat metafora, ayat sinis, ayat sindiran atau ayat lain-lain lagi. Itulah kalau Abuya ajar cut&paste saja...menjadi-jadi jumudnya. |
|
|
|
|
|
|
|
LAAAAA......
thread ni pun dah jadik mangsa ker....
apa istimewanya WANITA kalau dikelilingi oleh lelaki yang bukan boleh dijadikan PELINDUNG tapi jadi COK COK KENDUNG....
Wahai wanita bangkitlah, ini zaman akhir zaman, perjuangan kita diperlukan untuk menseimbangkan situasi semasa...
asal jangan lupa tgjwab dan tetap menjaga syariat lahir dan batin, kita juga BISA MERUBAH SUASANA...kearah kebaikan dan kedamaian... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 25-3-2005 01:24 PM:
SOALAN:
Pada umumnya lelalki dan perempuan, pada usia-usia tertentu berlaku mudah tersinggung dan mudah marah. Para perempuan, sekitar usia menopause begitu juga lelaki sekitar 65 tahun. It ...
JAWAPAN :
Tuhan itu maha adil sebenarnya. Lahir-lahir sahaja manusia ke dunia, manusia dibekalkan 2 benih yang telah sedia ada yakni benih positif dan negatif. Benih mahmudah ada, benih mazmumah pun ada. Allah menyebut,"Kami tunjukkan 2 jalan yakni jalan kufur dan jalan syukur." Hendak ikut jalan kufur, benihnya sudah ada. Begitu juga jalan syukur, benihnya juga sudah ada.
Tapi ambil perhatian, kalau pilih jalan kufur Tuhan tidak redho. Maka jalan syukur itu perlu disuburkan. Sebab dalam diri manusia itu asas kasih sayang, asas simpati, asas pemurah dan lain-lainnya sudah ada.
Siapa yang hendak ikut jalan syukur, suburkan benih mahmudah itu. Siapa yang hendak ikut jalan kufur silakan. Tetapi Tuhan tidak redho. Benihnya juga sudah ada. Ada rasa marah, ada hasad, ada bakhil dll. Bila diransang oleh benda-benda positif, suburkanlah. Kalau teransang dengan benda-benda negatif, jangan suburkan.Tahanlah sehingga suatu masa nanti akan stabil di mana yang akan berperanan adalah sifat-sifat positif sahaja. Yang negatif sudah terbendung. Walaupun ada tetapi sudah tidak berperanan. Sebab itu manusia perlu didikan dari kecil. Bila sudah dewasa, sudah baligh, tinggal suburkan sahaja. Bukan baru hendak mujahadah.
Tapi kalau sudah dewasa, baru hendak kenal dan mujahadah, teruk sikitlah. Jasad yang rohani ini macam tenaga lahirlah. Kalau hendak angkat lembu yang sudah besar tidak larat. Bagaimana kita akan larat untuk angkat lembu? Kalau sejak dari lahir, tiap-tiap hari kita angkat anak lembu itu. Jangan miss angkat. Insya Allah, bilal ia sudah besar pun, kita boleh angkat. Jasad batin lagi berat sebab tidak nampak. Kalau tidak ada latihan dari kecil, beratlah.
Mengikut kajian sains, perempuan yang dah putus haid, dia akan kekurangan atau kelebihan hormon tertentu. Hormon itu sendiri orang tidak pernah gambarkan apa bentuknya. Adakah hormon itu perkara rohaniah? Saintis pun tidak pasti apakah sebenarnya hormon itu.
Apa yang ada dalam Islam itu, istilahnya ditukar supaya jangan terasa itu dari Islam tetapi dari saintis.Bila perempuan sudah menopause, itu menggambarkan manusia sudah sampai tahap paling tinggi kematangannya sama ada positif atau negatif. Tetapi majoritinya, oleh kerana yang diasahnya adalah yang negatif, bila sampai menopause, telah sampai kemuncaklah apa yang disuburkan selama ini. Berapa orang yang boleh matangkan sifat-sifat positif? Dalam 1000, mungkin hanya seorang.
Bila dikaji saintis, bila sampai umur 50-60 tahun jadi pemarah. Itu kerana yang dia asah selama 50 tahun itu adalah yang negatif. Dia tidak jumpa yang positif. Lalu saintis putuskan orang yang menopause itu pemarah. Padahal sebelum itu memang ada marah tetapi waktu menopause itu lebih pemarah.Oleh kerana ego itu telah diasah sama dengan usia jasad lahirnya, lantas ahli sains putuskan bila putus haid maka manusia jadi pemarah.
Selalu juga diruangan wanita, ada pihak mempromosikan persiapan untuk hadapi menopause, yang dianggap begitu malang. Walhal Tuhan yang menyusun hidup kita dari lahir hingga mati.Takkan Tuhan sengaja hendak susahkan hidup wanita diakhirnya. Seorang perempuan yang kalau dia sudah memilih akhirat sebagai kerinduannya, yang sentiasa menungu hari matinya agar dapat berjumpa Tuhan, yang memilih Allah sebagai idola, bukan suaminya, sebenarnya menopause itu bukan sesuatu yang menakutkan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mianyi at 25-3-2005 04:26 AM:
Ko dah belajar ker ayat2 tu... Dulu ko pun ada sebut kemaluan besar untuk membawa maksud malu besar. Itu pun tak tahu nak beza kemaluan besar dengan malu besar...??
Buat malu kat budak2 s ...
haha..tok imam solat sekerat lubang..dulu ada NEWBIE cakap menda nih..paklah ke hapa tah nama dia..ai ai..koang nih tak abis2 multinick..dah naik kelakar plak aku tgk :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Dari kecil, majoriti manusia, yang diasah padanya adalah benda negatif. Cinta dunia, cinta duit, cinta pangkat, disuburkan sehingga sampai waktu menopause. Maka itulah kemuncaknya. Waktu itu, apa yang kita cintai mungkin akan terlepas. Sebab itu datang sifat marah. Patut boleh bersama suami, sudah tidak ada peluang. Jangan-jangan suami kahwin lagi. Maka waktu itu datang kemuncak marah. Cuba tanam cinta dengan Tuhan dari tadika. Nanti waktu menopause itu adalah kemuncak cinta dengan Tuhan, hendak bersama suami pun sudah tidak minat. Betapalah kalau dia sudah merasa dekat dengan mati.
Ahli sains tidak bertemu perkara ini. Mereka kaji dan mendapati semua orang menopause pemarah. Lantas diberi jawapan, yang pasti, bila wanita menopause akan jadi pemarah. Sebenarnya sebab dari kecil lagi ditanam cinta dunia hingga kemuncak.
Sepatutnya manusia gembira dengan menopause. Tuhan bermaksud baik bila wanita menopause. Yang pertama, wanita tidak perlu cuti sembahyang lagi. Wanita akan merasa Tuhan mahu sentiasa bertemu dengannya. Bertemu dengan Tuhan lebih indah lagi dari bertemu dengan suami. Yang kedua, waktu menopause itu, perasaan wanita itu sudah mula memikirkan mati. Menyuburkan perasaan itu adalah lebih baik dari mengangan-angankan sesuatu yang sudah berlaku.
Katalah waktu hendak mati itu kebetulan cinta kita dengan kereta, bila ditanya dalam kubur, siapa Tuhan kamu? Jawapan kita, "kereta." Waktu disoal mungkar dan nakir, jawapan yang akan datang adalah apa yang ada dalam hati. Yang jawab bukan mulut kita tetapi iman kita.
Tentang bagaimana hendak mujahadah, perlulah pengajian yang mendalam. Mujahadah ini sepertilah jogging yang dibuat orang untuk kesihatan tubuhnya. Mujahadah adalah satu exercise yang perlu dibuat untuk kesihatan rohnya. Kalau kita bersenam untuk mengeluarkan peluh dan toksin, mujahadah ini adalah untuk keluarkan syaitan dan nafsu yang selalu merosakkan perasaan kita. Caranya dengan menggunakan Allah.
Senaman fizikal guna tenaga fizikal. Untuk lawan nafsu syaitan, kena gunakan Allah, Rasul dan guru mursyid. Sebenarnya kalau hendak berjaya dalam mujahadah ini perlu ada cinta dan takut dengan Allah yang dipandu oleh mursyid.
SEKIAN
(MINDA ABUYA)
[ Last edited by serihartatie on 28-3-2005 at 10:10 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
TIPS PENJAGAAN KECANTIKAN UNTUK WANITA
Penyebab Rosaknya Badan
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan ialah perasaan runsing,
gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiamullail).
*Menerangkan Penglihatan
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati ialah
melihat warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang atau
barang yang di sayangi dan melihat buahan serta dedaun. Perkara yang
boleh menggelapkan pandangan ialah berjalan tanpa alas(berkaki ayam),
menyambut waktu pagi dengan wajah muram(masam), banyak menangis dan
banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
*Penyebab Wajah Bersinar
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering(hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa
ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah
bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, dan taqwa.
*Kefahaman dan Ingatan
Perkara yang boleh merosakkan ingatan dan kefahaman ialah sentiasa
memakan buah yang masam, tidur menggunakan tengkuk(belakang kepala),
hati sedih dan fikiran runsing. Sementara perkara yang menyebabkan
bertambahnya daya ingatan dan kefahaman ialah hati gembira, sedikit
makan dan minum, mengawal makanan yang manis dan berlemak serta
mengurangkan lebihan berat badan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acong at 25/3/05 22:29:
aku rasa pelik betul laa...... kalau islam tu, sokong al-Quran dah laa.... nie dok gaduh sesama sendiri..... :gila:
acong, ko jgn judge agama tu berdasarkan sikap atau perangai org2 yg buat salah. ko kena judge agama tu berdasarkan ajaran nya. bukannya melalui manusia. ok ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bedah at 1-4-2005 01:16 PM:
acong, ko jgn judge agama tu berdasarkan sikap atau perangai org2 yg buat salah. ko kena judge agama tu berdasarkan ajaran nya. bukannya melalui manusia. ok ;)
Ko ni Bedah... bawa ajaran Islam ker atau ajaran Kristian? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mianyi at 1-4-2005 05:11 AM:
Ko ni Bedah... bawa ajaran Islam ker atau ajaran Kristian?
:lol
singkatnya akal kau nih :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Keadilan Terhadap Isteri
Kaum lelaki adalah pemimpin kepada wanita kerana ALLAH telah
melebihkan mereka (lelaki) dari wanita dan kerana mereka
membelanjakan harta (untuk wanita itu).
(An Nisa': 34)
DALAM keluarga, ketua adalah ayah atau suami atau kalau ibu ayah sudah tiada, maka ketua keluarga mungkin datuk, pak cik dan lain-lain lagi. Sebab itu dalam Islam, seorang wanita yang berkahwin itu sekaligus mendapat seorang suami, guru dan pemimpin (di peringkat rumahtangga). Sebab seorang lelaki selain daripada diperintahkan jadi suami, juga mesti bertindak sebagai seorang guru dan pemimpin. Mana-kala kaum wanita sesudah menjadi isteri kepada seorang lelaki mesti juga menjadi murid dan pengikut.
Sebagai pemimpin kepada isteri atau isteri-isterinya, se-orang suami mesti adil. Adil dalam Islam ialah meletakkan isterinya pada tempat yang tepat dengan kelayakannya. Adil dalam menyediakan keperluan isteri-isterinya dan adil dalam mendidik isteri-isterinya. Supaya mudah mereka menunaikan kewajipan-kewajipan kepada ALLAH. Isteri tidak hanya diberi nafkah lahir dan batin tetapi juga diberi didikan dan pim-pinan rohaniah. Suami juga mesti adil dalam memberikan giliran kepada isteri-isteri (bagi mereka yang berpoligami).
Perempuan kalau dibiarkan pada fitrahnya yang asal yang penuh emosi itu, tidak dikendalikan dengan pengawalan-pe-ngawalan emosi dan panduan-panduan tindakan, akan sentiasa keterlaluan dalam hidupnya. Misalnya seorang isteri yang suaminya seorang yang berjawatan besar, seorang jutawan, seorang yang hebat, kacak dan gagah, mendapat segala-gala yang menjadi keinginan nafsu wanita, dibelai dan dilayan semahu-mahunya serta sangat dimuliakan oleh rakyat, apakah yang akan jadi pada wanita ini?
Dia akan jadi wanita yang sangat pemboros dan mem-bazir. Dia juga akan sangat meninggi diri dengan angkuh dan sombongnya. Dia akan menzalim dalam tindakannya sama ada dia sedar atau tidak.
Bagaimana mengawal dan memandu isteri supaya tidak terlalu ke kiri atau tidak terlalu ke kanan? Supaya dia tetap menjadi wanita yang sederhana, yang zuhud, pemurah, tawadhuk dan penyayang? Supaya hatinya selamat dari sifat-sifat jahat dan selamat dari tindakan liar yang membahayakan kedudukan suaminya?
bersambung..........
[ Last edited by serihartatie on 2-4-2005 at 06:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Strong Woman vs. A Woman of Strength 
A strong woman works out every day to keep her body in shape...
but a woman of strength kneels in prayer to keep her soul in shape...
A strong woman isn't afraid of anything...
but a woman of strength shows courage in the midst of her fear...
A strong woman won't let anyone get the best of her...
but a woman of strength gives the best of her to everyone...
A strong woman walks sure footedly...
but a woman of strength knows God will catch her when she falls...
A strong woman wears the look of confidence on her face...
but a woman of strength wears grace...
A strong woman has faith that she is strong enough for the journey...
but a woman of strength has faith that it is in the journey that she will become strong...
|
|
|
|
|
|
|
|
KEADILAN TERHADAP ISTERI (sambungan)
Suami yang beriman dan berilmu akan tahu caranya untuk mengawal emosi isterinya itu. Antara kaedah-kaedahnya ialah:
1. Beri ilmu tentang manusia yang baik dan yang tidak baik. Tentang nasib manusia di Akhirat. Ilmu tentang nafsu jahat dan nafsu baik. Ilmu tentang cara bermujahadah dengan nafsu jahat dan syaitan yang sangat jahat. Ilmu ini semua terdapat dalam kitab-kitab tasawuf. Saya sudah ringkaskan ilmu-ilmu tarbiah ini dalam kitab-kitab saya, antaranya: Iman dan Persoalannya, Mengenal Diri Melalui Rasa Hati, Ilmu Rohaniah. Terdapat juga dalam video dan kaset yang bertajuk Lapan Syarat Menjadi Orang Bertaqwa dan lain-lain kuliah tasawuf seperti Ghurur (21 siri dalam 21 video), Akhlak dan sebagainya.
2. Didik ibadah, zikir wiridnya agar berbekas di hati dan didik akhlaknya dengan akhlak-akhlak yang baik. Suami menjadikan dirinya peribadi contoh dalam didikan melalui perbuatan ini (bilhal).
3. Hukuman-hukuman pada kesalahannya perlu diberi. Misalnya, kalau dia sudah salah gunakan wang, hentikan pemberian wang padanya beberapa waktu. Kalau dia menghina-hina orang, 'elok dia pun dihina secara yang dibenarkan oleh syariat. Supaya dia tahu sakitnya seseorang yang kena hina. Dengan itu perangainya itu tidak diulang. Demikian seterusnya. Peraturan menghukum itu mula-mula dinasihat, kalau tidak berubah dipukul. Sewaktu memukul tidak boleh di muka dan jangan sampai mudharat. Jikalau tetap tidak berubah juga diasingkan tempat tidurnya. Akhir sekali datangkan dua puak di kalangan ketua keluarga untuk mengadili dan membaiki.
4. Poligami adalah kaedah didikan dan pimpinan yang paling berkesan bagi isteri. Perempuan yang disusahkan dengan poligami, yakni di hari-hari -yang bukan gilirannya, adalah seperti pesakit yang doktor arahkan supaya berpuasa sebagai ubat kepada penyakitnya. Tetapi puasa itu bukan berterusan. Sehari puasa sehari tidak. Kesakitan berpuasa dan kenikmatan berbuka yang dipergilirkan itu akan mengimbangkan perjalanan penghadaman supaya sentiasa seimbang dan normal, tidak keterlaluan.
Demikianlah pendidikan poligami yang menggilirkan seorang wanita dengan susah dan senang; ia sebenarnya akan memandu emosi wanita agar sentiasa menengah, tidak keterlaluan sama ada ke kiri atau ke kanan. Inilah pendidikan dan pimpinan yang dapat dilakukan secara istiqamah, berkesan dan cepat membawa hasil yang diharapkan.
5. Isteri atau isteri-isteri mesti diletakkan pada tempatnya supaya tidak rosak. Seorang yang kemampuannya hanya setakat menjadi suri rumah, jangan dibawa ke dalam soal-soal kemasyarakatan sekalipun suaminya orang besar. Sebaliknya seorang isteri yang boleh diketengahkan dalam soal-soal kebajikan masyarakat, jangan dikurung di rumah saja. Dikeluarkan dengan menurut syarat. Seorang yang berwatak ayam hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai, jangan disuruh jadi watak kambing. Inilah keadilan. Ayam dipaksa jadi watak kambing adalah satu penzaliman, sekalipun si ayam meminta dan meronta-ronta ingin menjadi watak kambing.
Isteri-isteri mesti diletakkan di fungsi masing-masing dengan keperluan dan kewajipan yang berbeza-beza. Suami selaku pemimpin mesti tegas dalam menjalankan keadilan ini. Jangan diperturutkan nafsu tamak dan cemburu wanita. Me-nyamarasa dan menyamarata perihal mereka adalah satu penzaliman kepada mereka. Perlu diingat, bahawa Rasulullah sangat adil dalam memberi giliran kepada isteri-isterinya di waktu baginda berkumpul bersama.
Semua isterinya ialah anak murid dan pengikut-pengikut-nya. Tetapi ingat, ada isteri yang redha memberikan giliran-nya pada isteri yang lain. Apabila dalam keadaan safar atau berpergian (untuk jihad), kalau mahu membawa isteri, wajib diundi. Isteri mana yang mahu dibawa. Pada saya, kalau pergi itu atas urusan perjuangan, eloklah isteri yang dibawa adalah yang boleh membantu buat kerja-kerja perjuangan. Isteri yang berperanan di rumah, didik dia supaya berperanan di rumah. Jangan sebaliknya. Pendidikan dan pimpinan yang tepat ke-pada isteri-isteri boleh membuatkan mereka redha dengan keputusan itu.
MINDA ABUYA.
[ Last edited by serihartatie on 3-4-2005 at 03:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
MADAH MENGENAI WANITA
Pandangan mata seorang wanita,
lebih tajam dan merbahaya,
daripada tembusan panah yang berbisa.
Oleh itu awaslah selalu
agar jangan kita kena panahan matanya.
:ah:
Antara watak wanita itu ialah, menangis, simpati, merajuk,
mudah lupa kebaikan orang,
menunjuk-nunjuk, sabar, pemurah,
mudah hilang pertimbangan,
pemalu, penakut dan
suka kepada pakaian lebih daripada suka kepada makan dan minum.
:stp:::malu:..Eh yer ker...
[ Last edited by serihartatie on 5-4-2005 at 10:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KASIHNYA TUHAN PADA WANITA
揔eistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Penulisan Asaari Muhammad ini berdasarkan isteri-isterinya yang rela dimadu ker?? Awat depa tak mau tulis pandangan depa pula? Awat pula Asaari yang mewakili kaum wanita lak yer?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|