CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ry_ht

HEART, OST N Filem... Sessi sembang2..

[Copy link]
Post time 16-9-2006 01:08 AM | Show all posts
melly goeslow kalau buat lagu mmg best giler!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2006 11:15 AM | Show all posts
MEH TGK REMAJA SABTU NIH......JAM 1 PM TV3....UNDANGAN NYA ADA 3 WATAK UTAMA HEART NIH....IRWAN, ACHA GAN NIRINA...........
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 10:38 AM | Show all posts
wah aku mmg nk tgk citer after few kwn aku ckp citer nih boleh menyebabkan org menangis tuh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 10:14 AM | Show all posts
pada aku citer ni : MEMBOSANKAN......:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by carrim7 at 17-9-2006 10:38 AM
wah aku mmg nk tgk citer after few kwn aku ckp citer nih boleh menyebabkan org menangis tuh!!!!



memang pun...
aku rasa nak menangis sebab boring....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 11:53 AM | Show all posts
Ulasan dari Fadz (www.tontonfilem.blog-city.com)


Heart- Fairy Tale Untuk Yang Alpa

Ini adalah sebuah filem yang terang-terangan mencemar budaya Melayu Islam (bukan Malaysia) tetapi akan ditontoni dan disayangi oleh beribu-ribu gadis Melayu yang menontoninya. Elemen luar seperti Cyrano de Begerac, Love Story, lagu gospel waktu mati dan nama-nama Nasrani akan disimpan dan ditenangi oleh beribu-ribu kaum Melayu yang sekarang juga senang dengan lagu hit Melly Goslow itu.

Tetapi bukankah ia hanya sebuah filem?

Heart mempunyai hati dan roh sebenarnya. Ia sebuah dunia "fairy tale" yang dicipta oleh pengarah filem ini, mengulangi kegilaan (kini, semua perkara retro 80-an diulang bukan?) filem romantis 70-an Indonesia yang selalu berlingkar tentang cinta-penyakit-kematian yang sebenarnya dimulakan oleh mereka kerana dipengaruhi oleh kegilaan penonton asia tenggara waktu itu pada filem pemenang oskar Love Story (1970) arahan Arthur Hiller yang berlingkar tentang cinta-penyakit-kematian. Filem Indonesia pertama yang dicedok terus dari filem Arthur Hiller ini, Perkahwinan Remaja telah menunjukkan kekuatan pengaruh, hingga filem ini turut digilai oleh penonton Malaysia waktu itu. Malah Jins Samsuddin juga menggunakan berkali-kali elemen penyakit-kanser-kematian ini dalam filem-filem "Esok"nya.

Keduanya, filem ini terang-terangan mengambil idea Cyrano de Begerac, opera Peranchis yang terkenal itu bila memaparkan si hodoh (di dalam filem ini, si tomboy) menjadi perantara seorang pemuda dan seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Dicampur dengan elemen cantik hijau bukit, bunga dan lima sahaja watak nasrani dikelilingi penduduk yang ramainya bertudung, ini sebuah filem "fairy tale" remaja tentang pengorbanan dan romantisme cinta, cuba membawa "hype" ini kembali pada penonton pasca moden ini.

Ya, aku mengaku (kawan aku ajak menonton), aku menangis dan menangis menonton beberapa babak filem ini, dan aku marah pada diri aku kerana tidak tahan (itulah kenapa aku tak suka genre weepies begini, aku tahu aku lemah!) walaupun tampak ia hanya satu mekanisme "air mata".

Malah, filem-filem romantik yang aku suka lebih pada jenis-jenis Annie Hall, When Harry Met Sally dan Next Exit: Wonderland dan Sepet yang jauh lebih matang dan realiti dalam mengungkapkan cinta. Dan aku faham filem ini telah memperbodohkan aku dan bermain dengan emosi aku.

Filem ini mempunyai premis yang baik, watak yang hidup, latar imej cantik, latar lagu yang berjaya, idea yang baik, tetapi memberi aku satu kepuasan yang menipu kerana kebodohan motivasi watak tomboynya yang sampai sekarang aku tak dapat maafkan. Ya, benar, TAD mengatakan heroisme dan para romantis, sentiasa melakukan perkara-perkara bodoh untuk memenuhi sesuatu. Tetapi perasaan pesimistik yang keterlaluan yang ditunjukkan oleh filem ini, tanpa memberi satu kefahaman konkrit kenapa si tomboy itu SANGGUP melakukan perkara-perkara bodoh itu (berlari dalam wayang hindustan melihat kekasihnya pergi, berlari selepas melihat kekasihnya bercium), tanpa memberi kekuatan sejarah (menulis cintanya di atas pokok seakan cinta monyet tidak konkrit bagi aku, aku tak dapat mempercayainya) kenapa tomboy itu sanggup melakukan apa yang dia lakukan menyebabkan aku tidak percaya dengan kenyataan MORBID tomboy itu bila sanggup memberi hatinya untuk bahan korban dan membunuh dirinya semata-mata dapat dekat dengan kekasihnya yang dikasihi walaupun tak dibalas cintanya.

Itu yang aku marah. Aku rasa ditipu.

Dalam pelbagai mainan "suara hati" yang efektif dalam filem ini, dari awal filem hingga ke pertengahan (penuh hindustan dan dibuat-buat, dengan si lelaki memaparkan hadiah yang terlalu dan penonton kita akan kata benda ini tidak apa kerana ini filem luar, kalau filem ini dibuat di Malaysia, Tuk Imam Faisal Tehrani dan Perdana Menteri Akmal Abdullah tentu akan meloncati dari tempat duduk mereka dan 'mengeban' filem ini kerana mencemar budaya), ia jadi mandul dalam pertengahan apabila elemen "menipu" itu dapat aku sedari. Ada satu iklan yang memaparkan "Kejutan Trus"- satu tanda memikat bagi aku tentang "surprise" yang aku tunggu-tunggu dalam filem ini yang pada awal hingga babak kejar-mengejar itu sungguh memikat. Tetapi tak! Selepas itu, segalanya terlalu "predictable" dan nihilis, membuat aku rasa tertipu. Kalaulah adanya "plot twist", adanya satu perjalanan untuk si tomboy itu, aku boleh memaafkan filem ini, tetapi tak. Ia paparkan pada aku terus-menerus apa yang aku sudah agak, dan ini yang menyakitkan.

Sebuah filem yang memaparkan satu produksi dan teknikal yang sangat baik, lagu latarnya sempurna, latar tempat menakjubkan, lakonan yang memberangsangkan, tetapi memberi aku satu kepuasan yang alpa dalam memahami cinta sejati. Kalau anda mahukan sebuah filem yang efektif dan punya elemen dan tema yang sama tetapi lebih "smart" dan tidak menipu penontonnya, silalah menonton Perkahwinan Remaja dan Behind The Painting (ini sebuah filem Siam) yang jauh lebih pandai menggembleng elemen cinta-korban-penyakit-kematian ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2006 07:07 PM | Show all posts
aku ngantuk maut tgk citer ni tapi sbb jaga hati org yg ajak aku aku tgk gak...lagi best tgk muka org yg ajak aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 01:13 AM | Show all posts

Reply #101 HARRIER28's post

giler gaban...:pmuka:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by budakcikangcute at 18-9-2006 10:14 AM
pada aku citer ni : MEMBOSANKAN......:kant:



TENSENNNNNNNN...bile tgh2 tgk tu..aku menyesal..cemana la aku bleh terpedaya dgn lagu MY HEART yg sedap tu...lagu best..citer HAMPEHHHHHHHH!!nyesall...sib baik RM6..tp tensen..aku byr RM24..sbb belanje kawan2 lg 3 org tgk citer ni... :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 10-9-2006 08:41 PM
x la.. babak cium ke ape2 ke ade ke.. ssah plak nk tgk ngan ank sedare nnti..




ayie.... ada babak farel ngan luna kissing mulut tp kejap je....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 07:09 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 14-9-2006 03:11 PM


taklah... jln cerita tu mmg boring dan predictable. in fact aku tak paham pon nape rachel tu mati. bunuh diri ke?



yup..aku pun ghasa gitu..and aku sempat gak tertdo dlm panggung,...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:26 PM | Show all posts
ceta nih mmg buhsan pun..
tp aku tgk ramai jeq kat panggung...termasuk aku..wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:53 PM | Show all posts
Originally posted by evita_ina at 13-9-2006 12:45 AM
takdek ker minus one my heartt nih..sesaper ader or da dpt minus one kasitahu ina kay..


oo ya..selain dari guitar version tu..luv ada music score my heart tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 12:55 AM | Show all posts

Reply #113 luv_boril's post

ouw..score yg tuhpon ina dah ader...tkperla..hari yg ina nak guna music tuh dah lepas..alhmdulillah..smua brjln ngan baik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 01:01 AM | Show all posts
skang suker ngan lagu kat bwh ni..
(OST HEART)ANDA - MENGHITUNG HARI II(2)

Menghitung hari detik demi detik
menunggu itu kan menjemukan
tapi ku sabar menanti jawabmu
jawab cintamu

Jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yang aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura

Jangan pergi dari cintaku
biar saja tetap denganku
biar semua tahu adanya
dirimu memang punyaku

Belum pernah aku jatuh cinta
sekeras ini seperti padamu
jangan sebut aku lelaki
bila tak bisa dapatkan engkau
jangan sebut aku lelaki........
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by budakcikangcute at 2006/07/16 10:14 AM
pada aku citer ni : MEMBOSANKAN......:kant:



:setuju::setuju::setuju:  Betul 100 %. Boring banget dan bosan giler. Jalan cite sume sama, dua lelaki sorang pompuan, dua pompuan sorang llk, sorg hidup sorang nk dkt mati, sorang nk mat sorang lagk hidup. Aduh menderita kebosanan aku. Takde modal lain agaknye.:geram::geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by articulate at 2006/07/16 12:48 PM



TENSENNNNNNNN...bile tgh2 tgk tu..aku menyesal..cemana la aku bleh terpedaya dgn lagu MY HEART yg sedap tu...lagu best..citer HAMPEHHHHHHHH!!nyesall...sib baik RM6..tp tensen..aku byr RM24..s ...


blom tgk cite lagi dh tau mmbosankan. BOSANNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by lady_sarah83 at 2006/07/16 03:37 PM




ayie.... ada babak farel ngan luna kissing mulut tp kejap je....



Geli aku!!!!!!!!!!!!!:siok::siok::siok:ff:
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 12:07 PM | Show all posts
Heart memang hebat
Oleh Hartati Hassan Basri

KEJAYAAN filem Indonesia, Heart mencatat kutipan lebih RM500,000 dalam tempoh 10 hari tayangan, menarik minat panggung lain untuk menayangkannya bagi tayangan kedua.

Sebelum ini, filem arahan Hanny S Saputra dan diedarkan di sini oleh Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), hanya ditayangkan di 16 panggung termasuk satu di Brunei, sejak 7 September lalu. Namun dalam tempoh 11 hari, ia mampu mencatat kutipan RM549,049.54.

Eksekutif Promosi GBSB, Zurina Waji berkata, pihaknya bangga kerana filem itu mendapat sambutan yang cukup baik daripada penonton sejak ditayangkan di 15 pawagam pada 7 September lalu.

Katanya, beberapa pihak berminat menayangkan filem itu di panggung mereka bagi tayangan kedua (selepas dua minggu tayangan pertama) membabitkan 10 panggung seperti di GSC Kuantan, GSC Terminal 1, Seremban dan Cathay, Perangin Mall di Pulau Pinang.

?engan sokongan lebih banyak panggung ini, kami yakin kutipannya akan bertambah baik lagi. Selain itu, populariti lagu tema filem ini, My Heart ciptaan Melly Goeslaw dan dipersembahkan secara duet oleh Irwansyah & Acha dan juga Pencinta Wanita (Irwansyah), turut membantu penonton berkunjung ke panggung.

?agu My Heart yang berentak komersil, dihasilkan dalam dwibahasa manakala Pencinta Wanita (Irwansyah) bercorak moderate,? katanya.

Katanya, GBSB memilih filem ini kerana ia mendapat sambutan hebat ketika ditayangkan di Indonesia pada Mei lalu dan masih mendapat sambutan di beberapa panggung di Indonesia hingga kini.

?ilem ini juga turut mencatat kejayaan besar di Anugerah MTV Indonesia yang berlangsung di Jakarta pada 15 September rlalu apabila menang tiga kategori termasuk Filem Paling Digemari.

?nugerah lain ialah Lagu Paling Digemari (My Heart) dan Babak Paling Menyentuh Perasaan iaitu babak membabitkan Nirina Zubir dan Irwansyah,? katanya.

Heart yang dibintangi Nirina Zubir, Irwansyah, Acha Septriasa, Christina dan Anda, adalah filem cinta remaja yang menyentuh perasaan. Ia merungkai erti sebenar cinta dan persahabatan yang dipersembahkan menerusi tiga remaja lakonan Nirina, Irwansyah dan Acha.

Ia mengisahkan Rachel (Nirina), gadis tomboy mula menyedari dia menyintai Farel (Irwansyah) yang juga sahabatnya sejak kecil. Bagaimanapun ketika itu Farel menjalin hubungan dengan penulis komik misteri bernama Luna (Acha).

Sifat Luna yang feminin dan anggun membuatkan Rachel berusaha menjelma seperti gadis, namun usahanya tidak membuahkan hasil. Konflik mula tercetus dan apakah Rachel harus memilih persahabatan atau mengorbankan cintanya.

Album soundtrack Heart yang dihasilkan Melly Goeslaw dan suami, Anto Hoed, memuatkan 10 lagu dan dijayakan pelakon filem ini iaitu Irwansyah, Acha, Nirina, Anda dan Christine.

Lagu lain ialah Kehilangan, Sampai Menutup Mata, Perempuanku, Berdua Lebih Baik, Hari Ini, Esok dan Setersunya dan Menghitung Hari 2.

Sentuhan Melly dan suaminya untuk lagu tema filem dan album soundtrack sememangnya sudah diakui peminat sejak filem Ada Apa Dengan Cinta diikuti Eiffel I? In Love dan Tentang Dia.

Sebelum ini, GBSB membawa beberapa filem Indonesia seperti Tentang Dia, Garasi dan 9 Naga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 12:55 PM | Show all posts
aku rasa citer nih.. x lah sehebat mana.. biasa2 je... pasal nmpk sgt filem murah
pelakon pon x lebih dr sepuluh org-balik2 muke yg sama
byk sgt scene yg ala2 dongeng
yg paling aku nyampah.. part bestfrend dia (yg tomboy tuh) berkorban bg hati kt awek dia tuh.. aku rasa sia2 aje
pasal lelaki tuh bukan tahu nk hargai pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079238 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list