|
Firman Allah:
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
(Al-Kahfi 18:28) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.
(Al-Kahfi 18:55) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Mereka merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
(Al-A'raaf 7:23) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
(Saad 38:27) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Dzulqarnain at 26-2-2012 11:29
Surah Al-Muddaththir ( ) #74
1 . Wahai orang yang berselubung!
2 . Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran.
3 . Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4 . Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
5 . Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
6 . Dan janganlah engkau memberi untuk mendapat lebih banyak daripadanya.
7 . Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar!
8 . Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
9 . Maka saat yang demikian adalah saat hari yang sukar-
10. Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah.
11. Biarkanlah Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia seorang diri,
12. Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
13. Serta anak pinak, yang sentiasa ada di sisinya.
14. Dan Aku mudahkan baginya dengan semudah-mudahnya.
15. Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
16. Tidak sekali-kali! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami.
17. Aku akan menyeksanya yang memuncak beratnya.
18. Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka.
19. Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka?
20. Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka?
21. Kemudian ia merenung dan memikirkan.
22. Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
23. Kemudian ia berpaling dan berlaku sombong angkuh,
24. Serta ia berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari;
25. "Ini tidak lain hanyalah kata-kata manusia!"
26. Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
27. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
28. Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya
29. Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
30. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas
31. Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan malaikat dan Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab boleh percaya dengan yakin, dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu; dan supaya orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
32. Sebenarnya! Demi bulan,
33. Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
34. Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
35. Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu yang amat besar,
36. Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
37. bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju atau yang mahu mundur.
38. Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada yang dikerjakannya,
39. Kecuali puak Kanan,
40. di dalam Syurga, mereka bertanya-tanya,
41. Tentang orang-orang yang bersalah,
42. "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Saqar?"
43. Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
44. "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
45. "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
46. "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
47. "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
48. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
49. Maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan?
50. Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
51. Melarikan diri dari singa!
52. Bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka.
53. Sebenarnya! Bahkan mereka tidak takut akan hari akhirat.
54. Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan.
55. Oleh itu sesiapa yang mahu dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
56. Dan tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan.
|
|
|
|
|
|
|
|
107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah,
107:5. Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai,
107:6. Orang-orang yang menunjuk-nunjukkan, |
|
|
|
|
|
|
|
Surah Al-Muzammil ( ) #73
![](http://www.surah.my/assets/bismillah-36a3b4f9c11018994fe8d49e2db5408f.png)
![](http://www.surah.my/assets/s073/a003-f6de19e083d966761331c1c6a1f2ec00.png) ![](http://www.surah.my/assets/s073/a002-c48a715af6a6b0d2963be0e87aa3cd19.png) ![](http://www.surah.my/assets/s073/a001-ee20af1da72f7bff474e12bfb107c6d1.png)
![](http://www.surah.my/assets/s073/a005-db7e75f17070f445b13c12368ba95f9e.png) ![](http://www.surah.my/assets/s073/a004-69e7a65c79109a6c0e80df71141198ea.png)
![](http://www.surah.my/assets/s073/a007-d0b11f520f5527d4aff58b03f91d96b7.png) ![](http://www.surah.my/assets/s073/a006-1f244edf8c0bb114d9f494d5326eec89.png)
![](http://www.surah.my/assets/s073/a009-52a0fa54d0a59fb11b400012345ad28a.png) ![](http://www.surah.my/assets/s073/a008-e2aef736bf8ecd5751831d39671e4f26.png)
![](http://www.surah.my/assets/s073/a013-f5059555762955f936593e5bf6fdd936.png) ![](http://www.surah.my/assets/s073/a012-3f05f238cd6630794e74ff93e6883f30.png)
![](http://www.surah.my/assets/s073/a018-2d8aa4af3c3f60e6e6a4d533ed7ed0da.png) ![](http://www.surah.my/assets/s073/a017-c5a75b4b7de5cbd092c289bd3d5a7a9f.png)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Wahai orang yang berselimut!
2. Bangunlah pada waktu malam, selain dari sedikit masa,
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat.
6. Sebenarnya bahagian pertama malam lebih kuat kesannya, dan lebih tetap betul bacaannya.
7. Kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
10. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka, dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
11. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
12. Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,
13. Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
14. Pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang, dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
15. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu, seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu, sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
16. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
17. Maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
18. Langit akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. Janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
19. Sesungguhnya ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya.
20. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya engkau bangun selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu; padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran. Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah. Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik. Dan, apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
(Ar-Ruum 30:8) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Dzulqarnain at 27-2-2012 20:21
Firman Allah:
Mereka itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.
(Al-An'aam 6:90) |
|
|
|
|
|
|
|
28:51. Sesungguhnya Kami mendatangkan kepada mereka Ucapan supaya mereka mengingati.
28:52. Orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan al-Kitab sebelum ini mempercayainya.
28:53. Dan, apabila ia dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami percaya kepadanya; sesungguhnya ia adalah yang benar daripada Pemelihara kami. Sesungguhnya, sebelumnya kami telah muslim."
28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka bersabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (At-Taubah 9:119) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah;
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu, maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira, dan pemberi amaran; dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka, dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. (Al-Baqarah 2:213) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar. (Al-Ahzaab 33:70) |
|
|
|
|
|
|
|
Firnan Allah:
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai bersyukur kepadaNya.
(Adh-Dhuha 93:11) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan, Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya: "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman".
(Yunus 10:87) |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah:
Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui. (A-li'Imraan 3:75) |
|
|
|
|
|
|
| |
|