|
keajaiban solat: adakah anda mengalaminya [merge: AbangNun]
[Copy link]
|
|
Aku nak komen lg benda ni actually , tp byk aku nak komen ni , dan ramai org x puas ati nanti dgn pandangan aku , kerana kita dah lama dimomokkan degn benda2 yg salah , so dah jd tradisi org melayu islam mengamalkan budaya mengatasi agama , nanti aku perincikan lah , byk sgt nak kena sentuh ni |
|
|
|
|
|
|
|
sebaiknya kita jgn mengharapkan keajaiban nie.... sebaliknya kita berusaha utk mendalamkan ilmu agama kita. itu lebih penting daripada mengharapkan benda yg tak tentu kita boleh dpt. |
|
|
|
|
|
|
|
senang sahaja cuba kita fikir..kenapa ramai org Islam di Malaysia ni bersembahyang di seluruh masjid/rumah pada setiap waktu tetapi Islam masih berada Di bawah? kenapa tak jadi hebat macam zaman Khalifah Uthmaniah dulu? ..fikirkan...selama ni org Islam 'Solat' ape ? dahi berdarah pun Islam tak bangkit jugak..fikir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum w.b.t. salam muhibbah... salam keharmonian...
Hari ini hari jumaat. Setiap kali khutbah ke-2 khatib akan membacakan doa kesejahteraan untuk YDP Agong, Raja Permaisuri Agong, untuk negara, untuk muslimin dan muslimat. Pipi juga bertanyakan kepada diri pipi sendiri... sejahtera ke insan-insan yang dibacakan doa tadi....
Berkata-kata dengan hari jumaat, bagaimana rasanya orang-orang pro-quran solat jumaat. Dalam al-Quran hanya memerintahkan umat islam menunaikan solat jumaat.
Surah Al-Jumu'ah Ayat 9
![](http://quran.al-islam.com/GenGifImages/Search/290X800-1/62/9/0-0.png)
[9]Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
-----------------------/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\---------------------------------------
Originally posted by korokure at 16-9-2005 09:53 AM
senang sahaja cuba kita fikir..kenapa ramai org Islam di Malaysia ni bersembahyang di seluruh masjid/rumah pada setiap waktu tetapi Islam masih berada Di bawah? kenapa tak jadi hebat macam ...
Islam tidak berada di bawah. Cuma yang berada di bawah adalah Umat Islam. Islam tidak pernah berada di bawah. Cuma Tamadun Islam yang dibawa Umat Islam KINI, yang berada di bawah. Allah menaikkan martabat Agama Islam, cuma umat Islam yang tidak pergi kepada Islam.
Ya, ramai orang Islam di Malaysia ni bersembahyang. Sila rujuk post oleh saifulms berkaitan insan-insan yang bersolat; di manakah terletaknya solat insan itu.
Contoh mudah : Brother korokure, Uncle kepada Brother korokure, Father kepada Brother Korokure, membeli sebuah rumah (masing-masing beli) di sebuah kawasan perumahan baru. Rumah teres. Ciri-ciri rumah, keadaan dalam rumah adalah sama dari keadaan luarannya, catnya, dalamannya, biliknya, mozeknya, tandasnya, dari A-Z, dari 0-999999999999999999999999999999 (infiniti). Setelah dua bulan, didapati dalam rumah setiap daripada ahli keluarga brother korokure yang disebutkan di atas, berbeza-beza dalamannya. Berbeza dari segi hiasan dalamannnya, permaidaninya, televisyennya, siaran astro yang dilanggani, tandas, pewangi, dapur, peti ais, katil, tilam, almari, baju dalam almari, kesemuanya berbeza-beza.
Sama juga seperti ibadah solat ASWJ (saya tidak memasukkan ibadah solat PRO-QURAN kerana fokus tuan empunya thread kepada ASWJ). Ibadah solat mereka sama. Tetapi cara penghiasan ibadah tersebut. Tetapi kita tidak dapat melihat dalamannya kerana solat tersebut antara mereka dengan Allah Maha Esa berbanding dengan contoh rumah tadi, yang kita dapat memasuki rumah yang berbeza-beza hiasannya. Ada yang teruk, ada yang baik.
Maafkan pipi sekiranya anda tidak faham....
wassalam.... |
|
|
|
|
|
|
|
saudara/i pipi yg dihormati..
cuba buka pandangan saudara/i..dimanakah Islam di Dunia sekarang?...kita di anggap pengganas..A/Q dibuang di dlm tandas..Iraq,Palestine..semua bergolak..Islam sememangnya di bawah sekarang..tiada Non-muslim country yg mengiktiraf Islam..Islam dibenci..apa yang saya cuba sampaikan ialah kita sendiri yang perlu menaikkan Islam itu kembali..bukannya tunggu imam mahdi ke atau nabi Isa..itu adalah masalah umat islam sekarang..mereka bersolat ..baca A/Q tetapi tidak membawa apa2 kesan..itu bukan Ibadah mahunya Allah..cara Rasullullah bersolat hasilnya ialah tertegak Kerajaan Islam..selama 700 tahun..tetapi kenapa kita bersolat tidak dpt hasil seperti Rasullullah?...mari kita cuba fikirkan dari sudut ini..mengapa solat itu dikatakan ibadah yg paling besar diantara ibadah yg lain..mari kita sama2 fikirkan cara bagaimana Solat yg Rasullullah lakukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by korokure at 16-9-2005 10:45 AM
saudara/i pipi yg dihormati..
cuba buka pandangan saudara/i..dimanakah Islam di Dunia sekarang?...kita di anggap pengganas..A/Q dibuang di dlm tandas..Iraq,Palestine..semua bergolak..Islam sememangnya di bawah sekarang..tiada Non-muslim country yg mengiktiraf Islam..Islam dibenci..apa yang saya cuba sampaikan ialah kita sendiri yang perlu menaikkan Islam itu kembali..bukannya tunggu imam mahdi ke atau nabi Isa..itu adalah masalah umat islam sekarang..mereka bersolat ..baca A/Q tetapi tidak membawa apa2 kesan..itu bukan Ibadah mahunya Allah..cara Rasullullah bersolat hasilnya ialah tertegak Kerajaan Islam..selama 700 tahun..tetapi kenapa kita bersolat tidak dpt hasil seperti Rasullullah?...mari kita cuba fikirkan dari sudut ini..mengapa solat itu dikatakan ibadah yg paling besar diantara ibadah yg lain..mari kita sama2 fikirkan cara bagaimana Solat yg Rasullullah lakukan..
Hamba lelaki; tetapi bukan seorang; anda boleh memanggil pipi sebagai saudarA.
Islam berada di mana-mana di seluruh pelusuk dunia ketika ini. Hampir keseluruhan dunia mengetahui dan pandai menyebut ISLAM. Tetapi, pandangan mereka terhadap Islam amat mendukacitakan.
Ya, kita dianggap pengganas. :cry: Dianggap pengganas kerana kesalahan mentafsir makna sebenar jihad. Kesalahan dalam menafsir Islam. Itu adalah kesalahan kita. Mereka menganggap PENGANUT AGAMA ISLAM sebagai pengganas lalu membuat kesimpulan APA YANG DIAJAR OLEH ISLAM itu adalah keganasan. Ini kerana beberapa golongan Umat Islam membuat tafsiran yang salah terhadap Islam. Brother korokure tidak takut tersalah tafsir al-Quran?. Inilah yang diingatkan oleh Allah s.w.t. seperti dalam FirmanNYA :
A-li 'Imraan, Ayat 7
![](http://quran.al-islam.com/GenGifImages/Search/290X800-1/3/7/0-0.png)
Maksudnya : Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Brother masih berani untuk menafsir al-Quran tanpa ada sebarang rujukan?
Bagi pipi, Islam tetap berada di atas. Cuma yang berada terlalu jauh di bawah ialah Umat Islam. Umat. Umat. Umat. Umat yang berpegang kepada agama Islam. Islam tetap tinggi kerana Islam adalah sebuah agama yang dijamin Allah. Umat Islam sahaja yang tergelincir.
Ya, pipi setuju. Kita yang perlu menaikkan semula Umat Islam. Umat Islam bukan wajar, tetapi wajib membangun, wajib bekerjasama. Tinggalkanlah segala persengketaan. Carilah persamaan. Semuanya adalah baik-baik, tetapi pilihlah yang terbaik daripada yang baik-baik. Tetapi, jangan sekali-kali menyalahkan yang baik itu kerana ianya tetap baik.
mereka bersolat ..baca A/Q tetapi tidak membawa apa2 kesan.
Bagi pipi, mereka bersolat, mereka membaca al-Quran dan membawa kesan!. Antara kesan-kesannya :-
Kesan fizikal :
Dahi bertanda
Lidah Mahir membaca ayat-ayat
Urat-Urat, Otot-Otot kurang mengalami impak
dan mungkin ada lagi...
Kesan Rohani :
Hati tenang tetapi seketika sahaja
Mengingati Allah tetapi seketika sahaja
dan mungkin ada lagi...
Soalan kecil : pihak pro-quran bersolat mengikut mereka, adakah memberikan kesan kepada mereka? jika ya, sila lampirkan, dan adakah itu yang dimahukan oleh Allah s.w.t.?
Ya, Rasullah bersolat hasilnya tertegak Kerajaan Islam. Kita juga bersolat, dan terbina juga kerajaan Umat Islam tetapi bukanlah beerti kerajaan Islam. Sebelum bersolat kita perlu bersuci. Bersuci zahir dan rohani. Sebelum kita nak bersuci perlu lihat kepada apa yang digunakan untuk kita bersuci. Adakah suci juga? Dari mana datangnya? Secara zahirnya bersuci menggunakan air yang suci, secara rohaninya bersuci dengan bertahmid kepada Allah;
Adakah kita mengetahui tujuan kita bersolat? Kisah paling mudah, adakah yang kita ingin "berbicara" sebentar lagi, kita kenal? ataupun kita buat-buat kenal? Kisah lagi mudah, Yakin kepada Allah?
Ya, mari kita sama-sama fikirkan, kita singkap sama-sama. Semoga ditemui kebenaran. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
wassalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
saudara Pipi,
soalan 1. saya tidak takut untuk memahami A/Q kerana itu adalah sebab saya dijadikan sebagai manusia.
soalan 2. saya bukan golongan pro-A/Q. Islam hanya satu iaitu tiada golongan2 atau puak2.
Yakin pada Allah perlu Iman..dan iman itu datangnya dari A/Q..itulah rukun iman yang boleh kita nampak daripada 6 Rukun Iman. seperti yg pernah di jelaskan sebelum ini dari surah 42 ayat 52 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by korokure at 16-9-2005 12:25 PM
saudara Pipi,
soalan 1. saya tidak takut untuk memahami A/Q kerana itu adalah sebab saya dijadikan sebagai manusia.
soalan 2. saya bukan golongan pro-A/Q. Islam hanya satu iaitu tiada golong ...
jawapan 1 : terima kasih atas penjelasan saudara. maafkan pipi..pipi salah. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
jawapan 2 : baiklah... tetapi pipi tujukan soalan kepada pro-Quran sahaja...
Yakin pada Allah perlu Iman..dan iman itu datangnya dari A/Q..itulah rukun iman yang boleh kita nampak daripada 6 Rukun Iman. seperti yg pernah di jelaskan sebelum ini dari surah 42 ayat 52
rukun iman :
1. percaya kepada Allah
2. percaya kepada malaikat.
3. percaya kepada kitab
4. percaya kepada Rasul
5. percaya kepada hari kiamat
6. percaya kepada qada' dan qadar...
1. percaya kepada Allah : bagaimana nak percaya kepada Allah? mm.. kena rujuk kepada kisah Nabi Ibrahim. jika ada kesempatan.. sama-sama kita bertukar-tukar pandangan; insya'allah...
time to solah.... |
|
|
|
|
|
|
etaiqo This user has been deleted
|
PERSOALAN UTAMANYA: Bagaimanakah solat Rasullah itu?
Ingatlah Islam suatu masa dahulu gemilang...hingga jatuhnya kerajaan Islam terakhir iaitu kerajaan Turki Uthmaniyah...gara2 si munafik kamal attarturk...dan selepas itu bagaimanakah Islam itu di mata dunia? apakah saudara/i semua tidak terfikir apa yg kita dpt dr nenek moyang itu mungkin tlh lari dr track yg sebenarnye? mereka glgn yahudi,nasrani teru-terusan memerangi Islam walaupun mereka dah di atas...tak mustahil apa kalau ape yg kite dpt dr nenek moyang kita dah ade yg lr dr yg sebenarnye
al-baqarah
[170] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama) dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)?
...perkara yg haqq disembunyikan...dan dicampuradukkan yg benar dgn yg salah
al-baqarah
[42] Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
sbb itu kalau ditanya sikit soalan yg "mencabar" terus disuruh diam(yelah,dah campuraduk..mcmana nak sure yg mana betul yg mana salah),...nanti takut terpesong aqidah lah jwpnye....
tak pun jwpn direka2 sendiri "kot"(bersangka-sangka yg tak sudah), tak pun jwp je dgn yakin..padahal berduata terhadap Allah
Al-An'am
[116] Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
kite perhatikan negara kite sendiri sudah...nak dpt kemerdekaan dr mereka(british) mereka tak kesah...sbb mereka yakin dah dpt memesongkan minda kite semua...perjanjiannya pun...perlu dilaksanakan undang2 mereka....sudah merdeka kah kita?diorg pun tak kesah bina lg byk masjid lg byk duit org islam mengalir ke poket diorg....dah diorg yg buat projek2 pembinaan tu...
kalau benarlah solat kite itu mengikuti apa yg diperbuat oleh Rasullah, sudah pasti golongan mereka ini GERUN dan pasti lihatlah bagaimana umat Islam itu bangkit.... |
|
|
|
|
|
|
|
macamana nak kenal Allah? pertama kita kena tahu siapa Allah itu..SIAPA ALLAH? mari kita sama2 jawab.. |
|
|
|
|
|
|
satria_aku This user has been deleted
|
Salamun 'alaikum...
Solat...
Ape maksud solat? kalo biase kita jumpe ejaan solat ialah shadd lam alif taa kan...
Betul ke eja solat camtu? Ape maksudnya...
Kita rujuk dalam Al-Quran...ejaan nya shadd lam wau taa/haa yg membawa banyak maksud...
salah satu maksudnya ialah selawat, iaitu memuji...ape yg nak di puji?
Kemudian ape yg dimaksudkan dengan solat akimuddin (solat tegakkan agama)...?
Bagaimana caranya? adakah dengan sembahyang 5 waktu dapat membangunkan negara Islam, umat Islam?
Rasulullah menerima wahyu ke lima iaitu Al Fatihah...tapi sebelum nya telah diperintahkan Allah untuk bersolat...
sedangkan ketika itu Al Fatihah belum diwahyukan lagi, jadi solat yg bagaimana Rasulullah buat?
Bagaimana pula solat2 yg dilakukan Rasul2 terdahulu dalam menegakkan Islam?
Kalo kite perhatikan bebetul, sebelum Rasulullah mendapat perintah sembahyang 5 waktu telah turun ayat utk dirikan solat
Jadi solat yg bagaimana Rasulullah dirikan itu...selepas tertegak nya negara Islam Madinnah barulah Rasulullah mendirikan solat 5 waktu...
Nampak tak perbezaan solat yg Rasulullah lakukan? Mari kita bincangkan |
|
|
|
|
|
|
mail25 This user has been deleted
|
Originally posted by biezie_slalu at 7-9-2005 12:14 AM
dahi ko dah ada tanda ke?
tapi pelik juga kan, org yg rajin solat ada tanda di dahi. ada sapa2 yg tahu mengapa?
kau nak tanda yee...pegi hantuk dahi kau kat dinding..gerenti ada tanda jildad.....
then lepas tu kau bole rasa la solat kau ni direcognize...abid.lagi apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
KESAN DARIPADA
MENGHAYATI SOLAT : RAJIN
Sembahyang itu dengan ilmu, faham dan penghayatan, macam-macam ubat yang ada ubat di situ. Oleh kerana tidak faham dan tidak menghayati, hanya ada ilmu maka sembahyang tidak terasa ada ubat. Bahkan tidak terfikirkan sembahyang itu ada ubat. Salah satu ubat ialah untuk menjadi berani.
Kita akan perkatakan dalam sembahyang ada ubat untuk jadi rajin. Pemalas adalah sangat dibenci Tuhan. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kena jadi rajin. Rajin tidak boleh dibuat-buat, dia mesti ada pemangkin dan pendorong. Pendorong bersifat rohaniah.
Ada satu dalam sembahyang, setiap kali kita sembahyang, kita berjanji pada Tuhan. Tuhan Maha Besar, serba-serbi nak Tuhan tak ada nak makhluk. Kita akui lagi Tuhan Maha suci dari segala penyerapan sama ada zat, sifat dan perbuatan. Kita buat janji lagi, Tuhanlah Pentadbir dunia dan akhirat. Kita berikrar lagi, hati atau roh kita hanya dihadap kepada Tuhan. Hatinya rasa bertuhan. Kita nak rasakan hati kita ini Tuhan itu besar. Tuhan Maha Melihat, Tuhan ada. Kita janji lagi bahawa sembahyang itu semua ibadahku, semua hidup, mati kerana Allah semata-mata. Bukan kerana orang, adat dan malu. Ibadahku, sembahyang dipisahkan, walhal sembahyang pun ibadah. Itulah tandanya sembahyang itu ibadah, penting. Utama dan pertama, itulah disebut secara khusus. Ibadah masuk wajib dan sunat.
慔idup aku, matiku untuk Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by biezie_slalu at 23-8-2005 09:41 AM
solat adalah amalan yg mula2 dihisab di akhirat nanti. solat itu tiang agama. begitulah hebatnya solat di sisi Allah.
sebagai org Islam ,kita pernah mendgr akan peristiwa2 hebat yg berlaku kpd in ...
Aku nak citer ttg pengalaman aku pada korang. Aku tak peduli aper korang nak komen atau nak kondem tapi yang pasti pengalaman yang aku terima dari DIA sangat2 terasa dihati sampai ke saat ini. Aku tak akan lupakan sehingga aku menutup mata....
Aku ni bukan seorang yang warak. Namun begitu aku tetap tunaikan suruhan ALLAH S.W.T. Kejadian berlaku pada diriku pada tahun lepas ketika itu aku menunaikan fardu solat ASAR ditempat kerja. Bila mase sesudah menunaikan solat seperti biasa aku akan berdoa untuk diri sendiri, untuk ahli keluarga yg hidup mau pun yg telah meninggal dunia dan juga doa ku sedekah pada seluruh muslimin dan muslimat..
Waktu aku sedang asyik membaca surah Alfatihah untuk almarhum ayahanda .. tiba2 aku terpandang wajah ayahanda datang menuju ke arah aku.. Ya ALLAH sesungguhnya DIA saja yg mengetahui akan keadaan diri aku pada waktu itu... .seperti hembusan angin yg teramat nyaman sukar aku nak gambarkan.... especially dibahagian muka.. wajah ayah dan hembusan angin itu meresap terus ke muka ku...selepas itu wajah ayah hilang dari pandangan dan juga hembusan angin diwajah aku... dan pada saat itu juga airmata terus mengalir... tersedu2 aku menangis ...
Ini pengalaman aku.... Sesungguhnya ALLAH S.W.T. itu Maha Kaya..... Allahuakbar... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang pengalaman saya yang seberapa ni.. tempat yang paling sesuai utk merasai keajaiban solat & doa adalah di Makkah (Masjidl Haram) dan Masjid Nabawi.. saya dah rasainya... boleh bertukar pengalaman dgn org yang balik haji @ umrah. yang penting kita tahu apa yang kita baca dlm solat dan faham apa yang dibaca oleh imam, faham makna doa yang dibaca.. satu lagi mestilah fikiran kita 100% dalam solat/doa sbb itu 2/3 mlm paling sesuai, tengah org tidur.. amalkan solat Tahajjud dsb.
TQ. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun setiap hari solat.tapi,aku solat waktu waktu yang dah hujung hujung.keadaan ini berlaku semenjak duduk di rumah.kalau kat hostel,solat dengan kushuk sampai terniat nak buat solat tasbih.tapi bila cuti jer,perasaan tu semua hilang.kenapa hah???adakah aku sudah tertutup pintu hati?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lina66 at 28-10-2005 03:51 PM
Aku nak citer ttg pengalaman aku pada korang. Aku tak peduli aper korang nak komen atau nak kondem tapi yang pasti pengalaman yang aku terima dari DIA sangat2 terasa dihati sampai ke saat in ...
Alhamdulillah, ada juga yg dapat merasakan keajaiban solat. Sememangnya solat itu ada kehebatannya, tapi tak semua dapat merasakannya. Hanya insan2 yg terpilih dan yg berhati bersih dapat merasakannya. Kpd yg belum merasakan kehebatan solat, bersihkanlah hati agar cahaya keimanan bersinar di kalbu lantas akan temui hakikat yg sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 14-9-2005 08:44 PM
Assalamu'alaikum,
cik etaiqo, memang la aku tak jawab habis pun soalan awak tu, aku cuma jawab yang ni saja;
tapi soalan seterusnya dari awak tu:
kan ayat terakhir tu awak suruh &quo ...
Info yg bagus sekali. Terima kasih. Taulah aku tahap solat aku. Hmmm![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu bayi...solat di masjidilharam n masjid nabawi lebih terasa khusyuknya...lebih2 lagi kiblatnya depan mata... |
|
|
|
|
|
|
|
hati2 membincangkan perkara ini.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|