|
Siti Nordiana Didakwa Buat Dakwaan Palsu, Tak Ikut Standards Kes Saman Fitnah
[Copy link]
|
|
woven11 replied at 19-8-2021 03:02 PM
Jap sape yg ugut siapa skrg? Dah kenapa deols pula cakap nana bagi ugutan ancaman. Bencinya aku. Ko ...
lawyer keje dia defend je anak guam dia iols rasa..dia nk cr makan je dh itu ke sumber dia kan..cuma itula kn |
|
|
|
|
|
|
|
laywey yg ckp ni yg pakai tdg tu eh?dorg bukan adik bradik kan?gambar kt atas tu mcm bergambar adik beradik |
|
|
|
|
|
|
|
ayu_v6 replied at 19-8-2021 09:29 PM
Aku macam terdengar lawyer hafidzah tu dlm sinar pagi.. siap bg pick-up line kat angah.. x sangka pu ...
oooo laa dia tu ke? ada tertengok gk..dia siap komen kt bawah tu say thanks jemput |
|
|
|
|
|
|
|
rayray28 replied at 20-8-2021 06:05 AM
ha ah bila tgk cmni takot sgt2..ni kt dunia..kt akhirat nt xtau laa cmne nk hadap hari pembalasan. ...
Allah kan ada . Biarlah mereka |
|
|
|
|
|
|
|
izztmhmd replied at 19-8-2021 11:13 PM
Kalau tak ada elemen fitnah tp iglive tu mengaibkan. Dua dua pihak pon salah. Nana salah sbb cakap ...
rasanya part yg nana kata lan mkn x bayar tu..bukan dorg dgr dr mulut nana..tp org lain lain yg kata..part2 lain tu iols tgk yg kt ig live tu jela |
|
|
|
|
|
|
|
apabila yang dizahirkan dekat followers tidak selari dengan perbuatan
memberi tekanan pada victim untuk menyelamatkan leher 5 pembuli siber
is equivalent to jadi pembuli juga
putting pressure thru press com...ptuihhhh
hapizah ni pembuli juga akhirnya, legal lah tapi |
|
|
|
|
|
|
|
Haha so petty... Settle luarle. Mmg pedih lah nana tapi berumah ditepi pantai camni lah. Allah duga semua. Everybody's got their own journey. |
|
|
|
|
|
|
|
mzsnam replied at 20-8-2021 03:32 AM
semoga nana dan kawan2 nya bermaafan sesama kita. kawan da lama kan. tp salah lan syura juga nk kutu ...
kalau iols pn bermaafan je .tp kawan semula mmg tak dh laa |
|
|
|
|
|
|
|
winky1 replied at 20-8-2021 06:16 AM
Allah kan ada . Biarlah mereka
itulaa..kalau i mmg ntahlaa malas dh nk involve maafkan and xmau terlibat lgsg dh dlm kehidupan kt dunia ni |
|
|
|
|
|
|
|
rayray28 replied at 20-8-2021 06:24 AM
itulaa..kalau i mmg ntahlaa malas dh nk involve maafkan and xmau terlibat lgsg dh dlm kehidupan kt ...
iols maafkan.. tp nk berkawan rapat balik mmg x la.. |
|
|
|
|
|
|
|
bongok la si lan & geng dia tu..
harap2 siti nana teruskan kes ni & menang.. aamiiinnn. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aaz at 20-8-2021 08:18 AM
I copy n paste artikel tulisan loyer Haeme Hashim dalam Sinar Harian pasal saman fitnah:
SERING kali saya ditemui oleh orang awam untuk bertanyakan mengenai niat mereka untuk menyaman fitnah individu tertentu. Ada dalam kalangan individu tertentu tersebut merupakan rakan-rakan dan kenalan mereka, saudara, malah ada juga individu yang tidak langsung mereka kenal.
Ada dua persoalan utama yang sering ditanya kepada saya, “Bolehkah saya mengambil tindakan saman fitnah terhadap si polan ini kerana dia sudah memfitnah saya di Facebook?”
Dan ada juga yang bertanya, “Saya telah dimalukan oleh si polan ini di Facebook dan status si polan ini juga telah dikongsikan oleh ramai orang lain. Bolehkah saya saman malu?”
Dua persoalan ini dilihat seperti lebih kurang, tapi sebenarnya tidak sama. Bagi persoalan pertama di atas, orang bertanya kelihatan yakin bahawa beliau telah difitnah manakala bagi persoalan kedua, orang yang bertanya seakan menyatakan bahawa beliau telah dimalukan dengan satu kenyataan tertentu (yang belum tentu berunsur fitnah).
Dalam hal ini, ‘difitnah’ dan ‘dimalukan’ adalah dua perkara yang boleh jadi sangat berbeza. Jika anda difitnah, sudah tentu anda dimalukan dengan kenyataan yang tidak benar dan berniat jahat tersebut. Tetapi, jika anda sekadar dimalukan, ia tidak bermaksud anda telah difitnah. Kenyataan individu yang memalukan anda itu mungkin benar dan tiada unsur fitnah.
Jadi, bolehkah anda mengambil tindakan saman fitnah jika anda dimalukan? Boleh jadi ya, boleh jadi juga tidak. Jika kenyataan yang memalukan anda itu mempunyai unsur fitnah, sudah tentu anda ada kes yang boleh dibawa terhadap penulis status tersebut.
Tetapi, jika kenyataan yang dikeluarkan oleh penulis itu satu kenyataan yang benar dan tidak mempunyai unsur fitnah, sudah tentu anda tidak akan dapat menyaman fitnah beliau. Namun, unsur fitnah yang terkandung dalam sesuatu kenyataan individu bukanlah satu-satunya elemen yang akan dipandang oleh mahkamah. Lebih daripada itu.
Tiga elemen
Terdapat tiga elemen utama sebelum anda boleh mengambil tindakan saman fitnah terhadap pemfitnah anda. Pertama, kenyataan yang diungkapkan mestilah mempunyai elemen atau unsur fitnah terhadap anda. Kenyataan yang semata-mata memalukan anda (tetapi tidak mempunyai unsur fitnah) tidak boleh dijadikan sebagai hujahan dan pembuktian dalam kes saman fitnah.
Kedua, kenyataan fitnah tersebut haruslah ditujukan secara jelas kepada anda atau kenyataan berunsur fitnah tersebut boleh dikenal pasti sebagai telah ditujukan kepada anda walaupun nama anda tidak disebut secara nyata dalam kenyataan berunsur fitnah tersebut.
Ketiga, kenyataan berunsur fitnah itu telah diungkapkan atau dikongsikan kepada orang ramai.
Jika cukup tiga elemen utama yang disebutkan itu, maka anda layak untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap sesiapa sahaja yang memfitnah anda. Tetapi pastikan anda menyimpan semua bukti berkenaan kenyataan fitnah tersebut, terutamanya (i) seluruh kenyataan berunsur fitnah yang telah dikongsikan; (ii) tarikh, masa dan tempat kenyataan fitnah itu dikongsikan; (iii) siapa yang membuat kenyataan fitnah tersebut; dan juga (iv) saksi, jika ada. Bukti perlulah lengkap agar kes saman fitnah anda boleh berjalan dengan lancar di mahkamah kelak.
Bagaimana pula dengan pampasan atau ganti rugi yang bakal diterima oleh anda jika anda menang kes saman fitnah itu? Tiada formula tetap dalam menentukan nilai pampasan atau ganti rugi yang bakal diterima oleh anda. Segala ganti rugi akan ditentukan oleh mahkamah mengikut pelbagai faktor antaranya seperti (i) reputasi si penuntut, (ii) tahap keseriusan dan impak yang datang daripada kenyataan fitnah tersebut, (iii) wujudnya sebarang niat jahat (malice), dan (iv) sama ada defendan telah membuat permohonan maaf.
Di Malaysia, rekod tuntutan saman fitnah paling tinggi yang pernah direkodkan adalah dalam kes saman fitnah oleh ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan yang berjaya mendapat ganti rugi bernilai RM10 juta terhadap seorang wartawan, MGG Pillai.
Jadi bagaimana pula dengan saman malu? Sebenarnya, dari segi amalan undang-undang, tidak wujud istilah ‘saman malu’. Namun, seandainya anda dimalukan dengan teruk, secara kasarnya anda masih berhak menyaman individu tertentu di bawah saman sivil dengan syarat-syarat tertentu. Isu ini akan diperbincangkan dalam kolum saya pada minggu hadapan, insya-ALLAH.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ulakan-saman-fitnah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Apapun nampak mainan lawyer nie makin nampak buruk geng 5 sekawan nie bukan makin mewangi. Mmg dasar nak bg tekanan pada nana tetapi pada masa yang sama teserlah sikap buruk so called best friend |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by woven11 at 20-8-2021 08:37 AM
aaz replied at 20-8-2021 08:17 AM
I copy n paste artikel tulisan loyer Haeme Hashim dalam Sinar Harian pasal saman fitnah:
SERING k ...
Thanks chuolss.. nana lengkap 3 elemen ini.. I saspek lawyer deols tengah psycho team sini saje bagi pressure. Dari first statement deols nafikan macam2.. sedangkan alan sendiri dah setuju sesi review 11hb di article mstar tapi hari kejadian lain plak jawapan heshe. Fishy betol lawyer 5 sekawan… |
|
|
|
|
|
|
|
rayray28 replied at 20-8-2021 06:06 AM
lawyer keje dia defend je anak guam dia iols rasa..dia nk cr makan je dh itu ke sumber dia kan..cu ...
Mainan lawyer.. saje perang psychology.. Hazab perangai masing2 lagi tegakkan benang yg basah |
|
|
|
|
|
|
|
Diharap Nana proceed ja kes ni , jangan settle luar.
Sebab nak dgr hujah-hujah lawyers kedua-dua pihak.
|
|
|
|
|
|
|
|
lawyer gempak jer tu..nak bagi nana fikir dua kali..untung2 kes settle luar mahkamah... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga Allah mudahkan urusan Nana..sian gak kt dia..terasa dianiaya pn ada jg..semoga nana terus kuat..sabar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga baik baik saje.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|