Penduduk Pulau Perhentian, Redang dijangka terima suntikan vaksin satu dosNur Fazlizai Ali
Jun 18, 2021 22:28 MYT
Alias berkata, permohonan bagi mendapatkan bekalan vaksin satu dos untuk penduduk Pulau Perhentian dan Pulau Redang akan dilakukan selepas diluluskan kerajaan pusat kelak. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Penduduk yang tinggal di kawasan Pulau Perhentian dan Pulau Redang dijangka menerima suntikan vaksin satu dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, vaksin satu dos itu dilihat lebih bertepatan untuk disuntik kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.
[color=currentcolor !important]
Katanya, langkah yang bakal dilakukan itu dapat menjimatkan kos pengangkutan dan masa di pulau yang mempunyai perkampungan penduduk berkenaan.
[color=currentcolor !important]
“Vaksin satu dos sebab kesukaran untuk ke pulau. Kos pengangkutan ke pulau tinggi jika terpaksa pergi dua kali. Jadi mudah vaksin satu dos sahaja,” katanya.
Jelasnya, penduduk pulau itu juga adalah golongan berisiko yang perlu menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum kawasan pulau peranginan itu kembali beroperasi.
Jelasnya permohonan bagi mendapatkan bekalan vaksin satu dos untuk penduduk pulau tersebut akan dilakukan selepas diluluskan kerajaan pusat kelak.
Terdahulu, katanya, Terengganu bakal menerima bekalan tambahan lebih 200,000 vaksin COVID-19 pada bulan hadapan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, bekalan tersebut membolehkan pemberian vaksin boleh ditingkatkan lebih 12,000 suntikan pada setiap hari di negeri tersebut.
|