CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: kp5x

Menteri Langgar Kuarantin

[Copy link]
Post time 20-8-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Yb ni tak pakai gelang pink ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 20-8-2020 09:54 AM
Oklah. Nak kempen undi MN/PN. Aku xmaki saper nak undi dap.

Xder masalah nk kempen, hak ko bro....good for u
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 20-8-2020 10:02 AM
Yb ni tak pakai gelang pink ker?

Kalau pakai tak leh masuk parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr Hisham sahkan sepatutnya Menteri perlu lalui kuarantin wajib 14 hari
19/08/2020 7:40 PM
Dr Hisham sahkan sepatutnya Menteri perlu lalui kuarantin wajib 14 hari


Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM sedang menyiasat dakwaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ingkar perintah kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Beliau memberitahu Malaysiakini menteri itu melalui ujian saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Turki bulan lalu.

“Kami sedang menyiasat.


“Ia tempoh kuarantin di rumah pada ketika itu.

“Jika (beliau) diuji positif, beliau akan dimasukkan ke hospital dan jika diuji negatif, (beliau perlu melalui) kuarantin di rumah mandatori selama 14 hari,” kata beliau ketika dihubungi.

Semalam, MP Seputeh Teresa Kok memberitahu Dewan Rakyat, Khairuddin baru pulang dari Turki pada 7 Julai lalu selepas berada di sana selama empat hari.

Beliau berada di parlimen enam hari kemudian pada 13 Julai, sebelum tempoh kuarantin di rumah berakhir.

Khairuddin masih belum memberi maklum balas terhadap berbagai permintaan untuk mendapat penjelasan beliau.



Hari ini, sumber yang dilaporkan dekat dengan Khairuddin kepada beberapa surat khabar bahawa beliau telah menjalani “ujian Covid-19 khas” selepas kembali dan didapati negatif terhadap virus tersebut. Sumber itu juga mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah bersetuju dengan perjalanan ke Turki itu kerana ia adalah “zon hijau”.

Antara 3 dan 7 Julai, ketika tarikh perjalanan Khairuddin, Turki mencatatkan lebih daripada 5,600 kes baru dan 93 kematian. Turki telah merekodkan lebih 250,000 kes Covid-19 dan sejumlah 6,061 kematian akibat wabak tersebut.

Beberapa MP telah menuntut penjelasan daripada menteri kabinet itu dan menggesa tindakan diambil terhadapnya.



Terdahulu Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng memberitahu Malaysiakini menteri perlu menjawab kenapa laporan polis tidak patut dibuat terhadapnya.

“Kami beri menteri itu sampai hari ini untuk memberi penjelaskan mengapa kita tidak harus lapor polis terhadapnya kerana melanggar SOP yang ditetapkan,” kata pemimpin DAP itu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula menggesa supaya kerajaan tidak bersikap berat sebelah dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap menteri berkenaan seperti mana dilakukan terhadap rakyat Malaysia yang lain.

Ahli parlimen Kota Raja turut sama menggesa Khairuddin tampil memberi penjelasan sewajarnya.



“Beliau (Khairuddin) sendiri perlu beri penjelasan mengapa tak perlu kuarantin selama 14 hari itu?

“Kita minta pihak kerajaan siasat jika betul dia tak ikut peraturan biasa, kerajaan boleh ambil tindakan,” kata bekas menteri pertahanan kepada Malaysiakini.

Minggu lalu, seorang wanita warga emas dipenjara satu hari dan didenda RM8,000 setelah mengaku bersalah melanggar kuarantin di rumah apabila keluar menjamu selera.

Seorang pemilik restoran yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga pula dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 kerana melanggar syarat kuarantin di rumah.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/539289

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 19-8-2020 10:58 AM
Menteri bukan rakyat biasa, jadi dia tak  perlu dikuarantin!

Sedangkan YDPA sekeluarga pun kuarantin berapa bulan lepas sbb ada petugas istana yg dijangkiti covid.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 19-8-2020 11:20 AM
Masuk jel nanti..gugur kelayakan jadi ahli parlmen

Kalau penjara tak melebihi 12 bulan tak gugur kelayakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Khairuddin tak bertanggungjawab, 3 hari lepas balik Turki terus hadiri program
20/08/2020 10:00 AM
Khairuddin tak bertanggungjawab, 3 hari lepas balik Turki terus hadiri program


Ini gambar-gambar yang diambil 3 hari balik dari Turki tanpa kuarantin. Beliau merasmikan program Seminar Usahawan Coklat di sebuah Hotel. Yang hadir tu semua bos-bos syarikat. Bila balik mereka akan bertemu staf dan pekerja mereka. Apa yang terjadi kiranya beliau membawa virus tersebut? Mala petaka yang lebih besar mengalahkan kluster Sivagangga.

Kita bernasib baik kerana kluster Sivagangga hanya tersebar di daerah yang agak kecil kerana epicenternya adalah sebuah restoran di daerah tersebut. Tetapi sekiranya berlaku kluster Takiri, ianya bukan satu daerah, tapi satu negeri dan negara.

Isu asasnya ialah sikap tidak bertanggungjawab beliau terhadap keselamatan rakyat dan negara.


Beliau juga hadir ke Sidang Parlimen tanpa kuarantin. Ahli-ahli Parlimen dari seluruh negara hadir sidang parlimen. Sekiranya berlaku jangkitan semasa Sidang Parlimen, virus ini akan terus merebak ke 222 kawasan parlimen di seluruh negara.

Macam mana boleh dipilih jadi menteri.

Sumber :


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2020 11:25 AM | Show all posts

Makcik Gelang Pink Dipenjara, Menteri Kerajaan Bebas Langgar Kuarantin


Kredit foto : Malaysiakini




Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razalli didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila gagal melakukan kuarantin wajib selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.





Kredit foto : Malaysiakini





Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika berucap di Dewan Rakyat berkata, ahli parlimen Kuala Nerus (PAS) itu dilaporkan telah berkunjung ke Turki pada 3 hingga 7 Julai, tetapi dilihat hadir ke parlimen pada 13 Julai iaitu enam hari selepas kembali ke Malaysia.


Memetik Harian Metro, menurut sumber, beliau dikatakan pergi ke Turki pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Malah, Turki ketika itu adalah sebuah negara yang dikategorikan sebagai zon hijau.


Beliau juga dikatakan telah membuat ujian saringan Covid-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa lima jam sebelum didapati negatif.


Ketika kecoh individu yang memakai gelang pink Covid-19 diburu polis dan kes tular 'makcik gelang pink' melanggar perintah kuarantin dipenjara sehari serta didenda baru-baru ini, tindakan yang dilakukan menteri itu dilihat amatlah tidak bertanggungjawab serta memalukan pentadbiran kerajaan sekarang.





Kredit foto : Harian Metro




Mengikut SOP, kerajaan Malaysia mewajibkan sesiapa sahaja yang pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari walaupun ujian saringan di pintu masuk sempadan negara negatif. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kp5x replied at 20-8-2020 11:25 AM
Kredit foto : Malaysiakini


Lmbtnye .. Bpe kali nk ulang post daaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala, rata3 Menteri n anak2 Menteri bebas turun Naik kayangan. Korang je yg termaktub ngan undang2. Tu pun tak sedar diri lagi ke???? Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap hukuman lebih berat dikenakan sbb merata betul mp ni jalan.. Dh la xmengaku pastu memberi risiko pd byk mp lain.nasibla xjadi kluster... Klu xnaya je. Dh dkt prk prn ni jgn main2
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 20-8-2020 01:00 PM
Harap hukuman lebih berat dikenakan sbb merata betul mp ni jalan.. Dh la xmengaku pastu memberi risi ...

Buat masa skang ni isu Khairuddin At-Takuarantini xkan jejas apa2 momentum pada MN/PN....Sentimen anti DAPig/PH masih memuncak so xder apa yg perlu dirisaukan dari segi undi rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku geram nak menyumpah babi di hari baik bulan baik ni aiii aiii aaiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2020 01:17 PM | Show all posts
Normabaru replied at 20-8-2020 12:53 PM
Lmbtnye .. Bpe kali nk ulang post daaa

Management CARI baru clearkan artikel ini untuk dipublish.

Terima kasih sudi membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 20-8-2020 01:00 PM
Harap hukuman lebih berat dikenakan sbb merata betul mp ni jalan.. Dh la xmengaku pastu memberi risi ...

Tolong letak jawatan menteri dan parti kalu makhluk ni ada integriti dan maruah...phuiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 20-8-2020 01:07 PM
Buat masa skang ni isu Khairuddin At-Takuarantini xkan jejas apa2 momentum pada MN/PN....Sentimen  ...

Pada kaka ni perangai individu xbtanggungjawab.. Xde kaitan dgn parti pon. Sama gak kes mudin isap vape.. Xde isu dr pihak mana. Sama je..pas ke bn ke bsatu ke dap ke ph ke ape..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kp5x replied at 20-8-2020 01:17 PM
Management CARI baru clearkan artikel ini untuk dipublish.

Terima kasih sudi membaca.

Menyampah baca ayat "sbg menteri yang BERTANGGUNGJAWAB, saya akan akur dgn peraturan dan arahan kkm"

Bertanggungjawab hapenya dah kantoi br terhegeh nk ngaku.. Nasibla terciduk.. Sama mcm mumia95 mudin timb kkm kak long semua yang terciduk itu hari
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ot, Apsal thread zaman BN dulu abis up balik?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 03:24 PM | Show all posts
pas babi  boooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 20-8-2020 09:16 AM
So next pru boleh undi dap yeay yeyyy

Sesapa pon boleh, asal bukan penunggang agama
PAS - Penunggang Agama Sejati, menunggang bersama PAS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.312106 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list