CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Pejabat Dr Hamid Arshat diserbu KKM tanpa sebarang notis

[Copy link]
Post time 4-10-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila jadi macam ni lagi bertambah femes dr hamid arsat ni. Sebelum ni acik-acik kertu aje yg kenal. Lepas ni bbnu pun kenal dr ni.
Aku suka ayat dia kata sebelum budak-budak tu lahir dia dah berkhidmat di kkm. Teach them some manners sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 4-10-2019 07:55 AM
Kenapa call direct ke Putrajaya utk tanya requirements, tanya state jkn dah la. Mmg setiap state a ...

Hahaha..u know nothing bebehh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 4-10-2019 08:02 AM
Hahaha..u know nothing bebehh

Tiba2 u know nothing. So u know everything ke? Tanya requirements Klinik pon kat Putrajaya, mmg susah nak dpt lah. State jkn ada xnak gi tanya. Gi call, buat appt utk consultation, time consultation tu tanya lah puas2 smpai berbuih mulut pon xpe. Dh dpt requirements nnti jangan buat haru pulak, ujong2 salahkan ckaps pulak. Pffftttt
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 4-10-2019 08:13 AM
Tiba2 u know nothing. So u know everything ke? Tanya requirements Klinik pon kat Putrajaya, mmg su ...

Ko bebel sini pun tak guna sbb semua yg ko cakap utterly rubbish..not related at all
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh skng 8.20am dodolgemuk tak masuk keje ke arini..kalau ikut waktu keje ni namanya mengular main forum
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 4-10-2019 08:18 AM
Eh eh skng 8.20am dodolgemuk tak masuk keje ke arini..kalau ikut waktu keje ni namanya mengular main ...

Betul tu, kesah pulak kau pasal aku mengular ke tak? Haa apa lgi, report je lah. Sispaa ada, report online jah. Benda mudah buat susah, lepastu meroyan kehulu kehilir smbil tabur fitnah. Dh masak dh perangai org2 cmni lagu yg senior acah hebat. Pffftttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 4-10-2019 08:28 AM
Betul tu, kesah pulak kau pasal aku mengular ke tak? Haa apa lgi, report je lah. Sispaa ada, repor ...

Dodol dodol..aku da lama perati ko ni. Typical pegawai kkm yg lancau..harini ko rasa ko hebat...takpe..nanti sampai lah masa utk ko nanti..aku doakan ..hari jumaat ni moga dimakbulkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:43 AM | Show all posts
masing2 menjalankan tugas..dan ada sebab tertentu..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 4-10-2019 03:14 AM
Ni kerja la. Serbuan. Ada SOP. Bukan social visit.

Ohh ya jugak kn.. skrg baru saya paham knpa tentera yahudi masuk rmh palestin dgn perangai mcm tu. Lepas ni saya tak marah dah pada oppressive government. Terima kasih sebab tlg buka mata saya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:47 AM | Show all posts
Rumah najib dan rumah menteri pun kena serbu..ok sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dgr radio pagi tadi
katanya serbuan dibuat sebab ada laporan
mengatakan klinik tu ada simpan barangan yg xdpt kelulusan.. xibgat plk brg apa either ubat2 etc
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
duffyduck replied at 4-10-2019 07:45 AM
Ohh ya jugak kn.. skrg baru saya paham knpa tentera yahudi masuk rmh palestin dgn perangai mcm tu. ...

What. The. Fuck.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 09:04 AM | Show all posts
hasil penilaian dari komen2 di facebook, semua anggap dia seperti maksum yang tidak akan buat sebarang kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 4-10-2019 08:36 AM
Dodol dodol..aku da lama perati ko ni. Typical pegawai kkm yg lancau..harini ko rasa ko hebat...ta ...

Eh apasal pulak tiba2 cakap lancau ni? X ganggu apa tiba2 kena lancau. Nmpak sgat hati hitam penuh hasad dendam dgan pegawai ckaps. Moga bertaubat cepat. Amen
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
duffyduck replied at 4-10-2019 08:45 AM
Ohh ya jugak kn.. skrg baru saya paham knpa tentera yahudi masuk rmh palestin dgn perangai mcm tu. ...

Tiba2 nak banding dgan Yahudi isroel pulak dah kenapa? Sekarang ni betul ke kenyataan Dr tu yg pegawai kkm masuk tanpa adab sedangkan Dr tu sendiri xde di situ, hanya staf dia shj. Dan dh ikut sop semua, masuk berhemah beradab dah, tiba2 cakap israel pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
abdulariff replied at 4-10-2019 09:04 AM
hasil penilaian dari komen2 di facebook, semua anggap dia seperti maksum yang tidak akan buat sebara ...

Sbb katanya dia Dr pakar dh berkhidmat separuh abad, siap buat kerja percuma lgi tanpa bayaran. Tu yg masing2 tgok dia suchi dan tak layak berbuat dosa sedangkan dh diberitahu dlm kenyataan rasmi kkm apa kesalahan dia. Mmg netizen ni cepat termakan cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 09:31 AM | Show all posts
abdulariff replied at 4-10-2019 09:04 AM
hasil penilaian dari komen2 di facebook, semua anggap dia seperti maksum yang tidak akan buat sebara ...

zarina zainuddinkembar 7g pon ramai bekap

be strong sis etc

ala2 mangsa teraniaya

xpikir plak mangsa perbuatan illegal / xberdaftar tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2019 09:37 AM | Show all posts
“Tidak berlaku kucar-kacir, kekasaran” - Bertindak atas aduan, KKM jawab kenapa pejabat pakar perbidanan diserbu
Jumaat, 4 Oktober 2019 2:23 AM



SERBUAN ke atas premis seorang pakar perbidanan dan sakit puan di Bukit Damasara, Kuala Lumpur pada Rabu dilakukan berdasarkan aduan awam kerana disyaki memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Param Jeeth Singh Pakar Singh turut mendedahkan fasiliti tersebut tidak pernah berlesen dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM sejak penubuhannya.


"Sebelum pemeriksaan dijalankan ke atas premis DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara, siasatan awal mendapati premis tersebut telah disahkan memiliki dan menjual produk sasaran berdasarkan belian percubaan (test buy) berserta resit bayaran.

"Meskipun produk tersebut didapati tiada lagi di premis ketika pemeriksaan dijalankan, bahan iklan berbentuk risalah produk tidak berdaftar tersebut telah ditemui di premis terbabit.

"Pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan itu adalah mengikut prosedur dan standard operasi iaitu bersandarkan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan yang ditetapkan oleh KKM," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Khamis.

Beliau turut menafikan berlaku kekasaran ketika serbuan dilakukan seperti mana yang dilaporkan di media sosial.

"Pemeriksaan tersebut telah dijalankan dengan penuh berhemah dan beretika serta dalam keadaan yang tenang. Tidak berlaku sebarang kucar-kacir atau kekasaran seperti yang dilaporkan di media sosial," katanya.

Berkenaan perlesenan premis tersebut, Dr Param berkata meskipun banyak perbincangan dan usaha oleh CKAPS untuk memudahcara perlesenan premis ini, namun pemilik masih tidak dapat memenuhi syor yang diberi supaya ianya dapat dilesenkan sebagai fasiliti kesihatan swasta berlesen yang sah.

"Oleh itu, pada 26 Februari 2016, CKAPS telah mengeluarkan satu surat arahan supaya premis ini menghentikan operasi perkhidmatan kesihatan.

"Memiliki atau menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM adalah merupakan pelanggaran di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Susulan itu, Dr Param turut menasihati orang ramai untuk tidak membeli dan memgambil sebarang ubat dan produk kesihatan tidak berdaftar dengan KKM yang dijual di pasaran.

"KKM turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik dijual serta memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang dikuatkuasakan," katanya.

"Orang ramai boleh membuat semakan kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400 selain memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi menyemak status pendaftaran produk," katanya.

Beliau berkata, semua pihak digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk meragukan sebagai usaha bersama pihak KKM untuk membanteras penjualan produk kesihatan tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam.

Aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berhampiran.

"Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03 78413200 supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran," katanya.

Pada Rabu, Dr Hamid Arshat melalui posting di Facebooknya meluahkan rasa kesal dan kecewa selepas premisnya diserbu pengawai KKM tanpa diberikan sebarang notis dan tujuan yang jelas selain mendakwa kakitangan-kakitangan yang melakukan serbuan bertindak kasar.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 09:40 AM | Show all posts
mrsamz replied at 4-10-2019 07:41 AM
Premis tu adalah pejabat..dulu2 mmg klinik kan..tapi dah bertahun2 tutup dijadikan pejabat..so aku ...

Betul, sekarang Dr Hamid Praktis Di Taman Desa Medical Centre & Pantai Hospital KL, semua ubatan hospital  tersebut yang bagi...bukan klinik DHA yang bagi...

Dr Hamid siap mintak maaf ke kami lagi, sbb once dah praktis di 2 hospital ni, kos rawatan dia x boleh nak kawal. Before this kalo checkup tanpa ubat, Dr Hamid charge below RM100 dengan kami..mana nak dapat rate ni If jumpa pakar O&G di mana2 private hospital..

So..kepada sape2 yg cuba perlekehkan Dr. Hamid, fikir la banyak kali...ramai memerlukan perkhidmatan dan kepakaran beliau ...sbb x semua pakar O&G yang ambik kes2 mencabar seperti Dr Hamid..tu berdasarkan pengalaman kami...



Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 3-10-2019 10:00 PM
Betul tu sis. Ramai netizen hencap xtentu hala dgan dgar kenyataan sebelah pihak sedangkan pihak k ...

Dr blh praktis sampai umur brp sis? Rasanya Dr ni dh tua bona, kot2 masa nk cek labor tersalah seluk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.538266 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list