CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] 26 jemaah Malaysia kandas di Jeddah: Agensi pelancongan lapor polis. #6, Hasrat

[Copy link]
Post time 8-8-2019 04:31 PM | Show all posts
Edited by natrahn at 8-8-2019 04:34 PM

Visa Furada : Visa Haji yang tidak melalui Tabung Haji. Ia datang dari Kedutaan Saudi.Memang betul, ramai yang gunakan Visa Furada pergi haji setiap tahun. Tapi yang gagalpun banyak juga. Ia satu risiko. Kadangkala bukan salah Travel Agent (TA) pun. Mereka dah bayar penginapan dsb di Makkah tapi dipermainkan orang Arab. Sampai Makkah banyak lagi benda kena bayar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 8-8-2019 06:58 PM
Pergi Las Vegas elok je tauke mesin melayan. pergi Buat ibadat nak visa la. nak quota la. dah baya ...


Bangkem kesian kat pakcik2 yang habis berpuluh ribu ni

Baik pakcik pergi ho chi minh je pakcik.. ntah2 dapat bawak bini vietnam sorang dua

Dapat gak tambah saudara baru

Pahala dapat, sedap pon dapat
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la pakcik makcik
Bukan rezeki naik haji tahun ni
Sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Patotnya mekah tu open je for all. No visa no owner. Gittew.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
syadail replied at 8-8-2019 09:45 AM
kawanku pun sepatut gi last week tapi tk dpt visa furada.

Agen akan bayar balik full amount 40k.  ...

ada aku terbaca kt twidder ada ummah kokesen ni pun kata thn ni ada few countries (negara2 maju lah) mmg boikot ereb saudi dan enggan gi haji sbb kes nak bom yaman ni la
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 04:25 AM | Show all posts
50k..... jadi habuk + sakit hati+frust

kl derma ke orang yg memerlukan ke.. homeless ke... kanak2 underprivilege ke.... lagi bagus... kompom ade yg happy..... bersedekah kompom dpt pahala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2019 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 8-8-2019 06:55 PM
rasanya makcik ni bukan orang biasa2 mungkin ada duit lebih. tapi turn tabung haji tak dapat. so d ...

Maybe dia tak tahu boleh apply pakej yg guna visa under TH yang dikelolakan oleh syarikat company lain. Byk kot. Boleh check ngan tabung haji. Selalunya x pyh queue. Cuma sediakan duit je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 09:38 AM | Show all posts
saya  C&P dari WA msg:

VISA FURADA vs KUOTA HAJI

Terdapat usaha sebahagian pihak yang memburuk-burukan Arab Saudi berkaitan urusan visa haji terutama apabila terdapat 26 jemaah haji yang dihantar balik selepas terkandas di Jeddah.

Berikut adalah penjelasan kepada situasi berikut:

1. Pihak Arab Saudi telah pun memberikan kuota haji tahunan melalui Tabung Haji sebanyak 32,000 jemaah haji.

2. Pihak Arab Saudi juga telah meluluskan kuota tambahan utk rakyat Malaysia sebanyak 5,000 kuota. Juga diserahkan pada Tabung Haji.

Untuk makluman Indonesia juga hanya mendapat kuota tambahan 10 ribu walaupun rakyat mereka 200 juta.

3. Pihak Tabung Haji sebagai pihak pengurusan Haji RASMI di Malaysia, telah menguruskan jemaah kuota rasmi dan kuota tambahan dengan baik bersama dengan travel yg diberi lesen haji dikenali sebagai PJH.

3. Satu lagi jenis visa ialah visa haji mujamalah. Mujamalah bermaksud budi bicara yang jumlahnya sangat TERHAD dan BUKAN satu ketetapan untuk diberikan bagi pihak yang memohon. Visa ini juga dinamakan visa FURADA.

4. Visa FURADA atau budi bicara bukan hanya untuk rakyat Malaysia malah ianya untuk semua warganegara luar yang tinggal di Malaysia dan tidak menikmati keistimewaan dari kuota rasmi dan kuota tambahan yang hanya dikhususkan untuk warganegara Malaysia.

5. Keghairahan pihak travel bukan PJH dalam mrmpromosikan Pakej Haji Furada telah menyebabkan ramai jemaah haji mendaftar haji dengan pakej ini tanpa berpandukan kepada bilangan visa FURADA dan menyebabkan bilangan jemaah melebihi jumlah visa FURADA.

6. Kebanyakan travel mengharapkan kepada janji manis pihak KETIGA yang mendakwa mereka mampu mendapatkan visa FURADA berdasarkan hubungan rapat mereka dengan pihak kedutaan. Namun pihak KETIGA sebenarnya tidak memiliki apa2 autoriti samada di pihak Arab Saudi mahupun pihak Tabung Haji. Mereka malah 'menjual' khidmat mereka dengan harga yang tinggi padahal pihak Arab Saudi memberikan visa secara PERCUMA.

7. Pihak kedutaan Arab Saudi telah berusaha untuk mengeluarkan visa kepada jemaah haji semampunya namun mereka terikat dengan jumlah bilangan visa mengikut kuota memandangkan jumlah jemaah haji makin bertambah terutama dari negara-negara barat yang menunjukkan jumlah mereka yang memeluk Islam bertambah saban hari.

Kesimpulannya:

1.Pihak Arab Saudi telah melakukan khidmat yang sepatutnya.

2. Rakyat Malaysia telah mendapat kuota yang sepatutnya.

3. Visa FURADA adalah mengikut budi bicara dan jumlahnya TERHAD.

4. Pakej FURADA berlebihan dalam mempromosi sehingga menawarkan pakej sebelum mengesahkan visa.

5. Wujudnya pihak KETIGA yang menjanjikan visa padahal mereka BUKAN wakil rasmi dari kedua2 pihak berkenaan samada Kedutaan mahupun TABUNG HAJI.

6. Terdapat pula pihak yang berani memalsukan visa samada untuk mengaut keuntungan dan menipu jemaah haji.

Diharapkan penjelasan ini menjernihkan kekusutan berkaitan isu visa haji dan tidak menyalahkan pihak yang berkaitan yang telah berusaha sedaya mungkin untuk menyantuni jemaah haji dari seluruh dunia yang jumlah mereka berjuta setiap tahun.

Ustaz Ahmad Hasyimi
Presiden WASIM
Alumni Universiti Arab Saudi Malaysia
7 Zulhijjah 1440
8 Ogos 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2019 09:43 AM | Show all posts
Kenapa dipanggil furada? Mcm nama jepun pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 10:15 AM | Show all posts
sudah tiada jodoh nak ke sana, apa pun kehidupan kena berjalan seperti biasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 10:37 AM | Show all posts
aunty_onion replied at 8-8-2019 02:12 PM
bukan ke kalau guna andalusia, rayharm TH travel ni pon kena daftar and tunggu giliran?
bila dah ...

ye sis..setau saya even u pegi dgn travel agency still kena dapatkan kuota from tabung haji..sebab tabung haji yang control..parents dedua dapat pegi muassasah tahun ni tapi opt for rayhar sebab diorang x larat berjalan jauh..hotel tabung haji jauh..tapi still kena ade kuota th baru boleh pegi dgn travel agent..

kalau sesape bleh pegi xdela special nya buat haji dah gitu..
for jemaah ni anggap je la belum rezeki terpilih jadi tetamuNya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 10:38 AM | Show all posts
Edited by Maideen. at 9-8-2019 10:39 AM

Dulu ada forumner nak tunjuk pandai kata bakal haji ni adalah "tetamu Allah". Sekali ada forumner lain tanya "Bila masa Allah jemput? allah hantar kad jemputan ka? "

Terus terdiam forumner itu lalu hanya mampu buat lawak bodoh......

Untuk kes ini mungkin jemaah haji tu dapat kad jemputan dari Allah yang pelesu agaknya.....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lalalili66778 replied at 7-8-2019 07:28 PM
Ya Allah sedihnya... tak boleh bayangkn kalau kena kat mak ayah sendiri atau diri sendiri kena... se ...

Nelopa kena mcmana?
Vjsa muka orang lain ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 11:52 AM | Show all posts
sarajevo replied at 8-8-2019 12:58 PM
Kenapa dorang nih tak pergi dgn pakej under TH? Dah ada duit. Ke nak pergi dgn pakej TH kena tunggu  ...

furada TH rm68k...  furada agent biasanya paling mahal rm50k... sebab tu ramai lari ke agent luar...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 12:07 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 8-8-2019 02:47 AM
Kalau dah harga nak pergi haji sehingga RM30k-RM60K  atau lebih tu bukan rukun islam kelima lagi dah ...

bila agama diperniagakan...  dulu bagi alasan kuota visa ni sebab taknak bagi kesesakan yang teruk disana...  aku boleh accept lagi la...  tapi bila kuota yang diberi pun ada package2 dia, bermula dari muasassah sampai la ke package paling mahal...  pastu ada pulak perniagaan visa furada, buat aku rasa lari dah konsep haji yang sebenarnya...

ramai yang marah kan dengan keluarga yang handle haji ni...  king amende ntah tu...  terutamanya masa diorang buat keputusan buat hotel berbintang2 segala siap ada shopping mall n ada jam besar segala...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 9-8-2019 10:48 AM
Nelopa kena mcmana?
Vjsa muka orang lain ka?

Dia dah lepas.. takpe... ramai kot tolong dia... ada duit sume jalan bhai... plus dia org terkenal.. takkkan x de yg tolong.. aku lagi kesian yang makcik terkandas tu serious sngt kesian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lalalili66778 replied at 9-8-2019 12:09 PM
Dia dah lepas.. takpe... ramai kot tolong dia... ada duit sume jalan bhai... plus dia org terkenal ...

Alahai..biasa la
Dia ada nama
Acik acik ni ada diri sendiri je..sian sgt
Duit tu ....isk...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 02:55 PM | Show all posts
azharfcsit replied at 7-8-2019 06:22 PM
33k untuk Furada... murah nya... 33k ni level Pakej paling murah je...
So kena scam dengan travel  ...

yes murah..boss i pegi Haji Furada ngan Jat Travel dlm RM55,000 seorang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 04:00 PM | Show all posts
sukekucing83 replied at 9-8-2019 10:37 AM
ye sis..setau saya even u pegi dgn travel agency still kena dapatkan kuota from tabung haji..sebab ...

actually kuota memang dapat dari tabung haji, tapi takde la kena tunggu.
mcm ur parents sbb dah dpt muassasah,then opt to package kan. mcm my fren dapat muassasah then upgrade hotel so byr tambahan RM20k gitu.
those yang xnak tunggu muassasah boleh terus contact agensi2 tersebut insyaAllah ada la tu rezeki tp biasa minimum Rm35k kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 04:54 PM | Show all posts
watie79 replied at 9-8-2019 02:55 PM
yes murah..boss i pegi Haji Furada ngan Jat Travel dlm RM55,000 seorang.

membazir nya sampai RM55k.
baik travel the world jah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.396656 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list